Friday, August 29, 2008

Cerita Pasal Pusat

Siapa kat sini tak ada pusat? Sila jawab Ho...Siapa ada pusat? Sila jawab He...Hahaha...Mesti kamu semua tertanya-tanya apesal lah budak Milo ni tanya pasal pusat pulak. Sungguh kurang sopan ..hahaha. Selama ni mesti korang menganggap pusat itu tidak penting selain dari menjadi pusat pengumpulan daki-daki kerana malas mengelap sesudah mandi. Mesti korang tak kisah kan kalau tak ada pusat, lainlah kalau tak ada lubang hidung mesti dah menggelabah sebab tak boleh nak bernafas. Iyalah siapalah cik pusat itu kan? iBarat melukut di tepi gantang.


Saya pun selama ni tak adalah mementingkan sangat pusat itu. Lagipun tiada tajuk yang khusus mengajar mengenai pusat semata-mata. Ia hanya terselit di celah-celah kuliah lain hehehe...Tapi kini presepsi saya sudah berubah. Ya kata-kata pensyarah saya telah menggubah pandangan saya mengenai pusat. Kata beliau yang sungguh comel itu, pusat itu penting bagi kita. Pusat itulah sebagai bukti bahawa kita ini pernah bergantung hidup dengan insan yang bergelar ibu. Ingat tak masa kita dalam rahim ibu dulu-dulu (bukan dalam perut ye..), Mesti dah tak ingat ni ishk ishk ishk. Masa tu kan kita bergantung pada ibu, makanan, oksigen, antibodi semuanya kita dapat dari ibu kita. Bukan itu je bahan-bahan kumuh pun di bagi balik kat ibu. Melalui apa? Mestilah melalui tali pusat. Bayangkan kalau tak ada itu semua, mesti kita pun tak boleh nak survive kan. Oleh itu kita kena menyedari peri pentingnya ibu pada diri kita. Beliau telah banyak berkorban untuk kita sejak kita belum dilahirkan lagi. Walaupun tali pusat itu dah tak ada( ke ada sesapa yang tali pusat dia tak tanggal lagi?hehehe) tapi pusat itu masih kekal di situ kan.


Maka kata pensyarah saya


"Sapa-sapa yang rasa nak derhaka, tak nak balik rumah, suka gaduh dengan mak,suka melawan cakap mak, sengaja tak nak kirim duit kat mak kat kampung sila tekan pusat itu kuat-kuat. Pusat tu bukti kita kena pernah bergantung hidup dengan mak kita masa dalam rahim dulu. Dah besar panjang sesuka hati nak melawan. Apakah?"


Ha gitulah lebih kurang ayat beliau yang saya dah tokok tambah sesuka hati untuk menyedapkan jalan cerita.


Oleh itu rakan-rakan sekalian, setiap kali ingin menderhaka pada ibu, tenung-tenunglah pusat anda itu. Ingat balik jasa bonda pada kita. Pusat itu rupa-rupanya bukan sekadar perhiasan tapi jugak satu peringatan kepada kita.

P/S: Owh ye baru saya faham sekarang kenapa ada orang suka sangat tindik pusat dan tayang-tayang pada orang. Rupa-rupanya mereka ini sangat sayangkan emak Wakakakaka...


15 terpaksa telan:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) August 30, 2008 12:39 AM  

ahahaha..pasal tu ke diorg tindik pusat bukan nak tunjuk pusat diorg cantik ke hehehe...

tul gak ek...seksa oo bersalin..dah jadi ibu baru tau jasa ibu...nangis pasal dulu buat jahat kat ibu hehe..

Milo..amik tugasan tau..jgn tak buat hehe...

chEMPAKA August 30, 2008 12:54 AM  

huhu..teringat kat mama...dh mkn ke blum dia ek...milo nie mmg kelakar...ader2 je topic yg blh bt org gelihati ble mmbacanya tapi penuh makna

Shais August 30, 2008 1:28 AM  

salam kenal dan salam ziarah,

tak suka tengok orang tindik pusat.

miss N August 30, 2008 3:59 AM  

halo. salam kenal.ni first time saya baca orang blog pasal pusat.;p

Tirana August 30, 2008 5:45 AM  

Wanita yang pernah mengandung, melahirkan dan mendidik anak..tahulah bagaimana susah payahnya menjadi seorang ibu..tapi biasanya ibu tak pernah mengeluh sebab kasihsayangnya pada anak melebihi apa yang ada di sekelilingnya...

~Cinta Milo Ais~ August 30, 2008 7:36 AM  

kak nrina-> hehe sempat lagi tu kak nrina bagi tugasan.baik cikgu hehe

chempaka-> huu...itulah gelak, gelak jugak kan tapi maksud dia tu yg penting hehe

shais-> salam kenal jugak, terima kasih sudi ziarah. saya pun tak suka tengok jugak :D

miss n-> hehe lain kali nak blog benda lain plak tunggguu...:P

kak tirana-> betul tu kak...pengorbanan ibu mmg tak ternilai banyaknya :)

sultan August 30, 2008 10:35 AM  

eh... pusat aku cantek la. sbb mak aku suro jg elok2. dia kate mane tau 1 ari nnt aku g hospital pastu ada nurse yg cun2 cek bdn aku. pastu dia tgk pusat aku... wow...

echah_syed August 30, 2008 11:15 AM  

patutlaa skrg ramai remaja nak tunjuk pusat..baru combi tau ekeke :p

psstttt...yg dok tunjuk alur BONTOT tu nak appreciate mak gak ke.. ?? kuikuikui :D

Shila August 30, 2008 11:54 AM  

YUp..pusat ni ibarat simbol kepada pengorbanan ibu..dan tali pusat kita tu pun seperti kenangan untuk menyedarkan kita..betapa kita pernah bergantung hidup dan nyawa dari darah dan daging wanita yang melahirkan kita...

~Cinta Milo Ais~ August 30, 2008 1:37 PM  

sultan-> ah..tak de maknanya nurse tu nak tergoda dgn pusat kamu hahaha

echah_syed-> yang tunjuk alur bontot tu kes lain kak combi...yg tu perasan chantekk wakkaka

kak shila-> huhu..betul tu kak shila...pendek kata sayangilah ibu kita :D

Si Tukang Karut August 30, 2008 1:37 PM  

Kalau kita pikir secara mendalam setiap mahkluk bernyawa atau tidak pasti berpusat...dek milo ais coba pikirkan...heheheheheh kasi pening sikit...

tapi tulah kenyataannya...setiap mende di dunia ini mesti ada permulaan dan akhirnya...pusat adalah permulaan dan pusat juga akan berakhirkan riwayat yang hidup...

~Cinta Milo Ais~ August 31, 2008 10:01 AM  

si tukang karut-> semut ada pusat tak momi? hehehe

ras-adieza August 31, 2008 4:07 PM  

nak tunggu adik milo jadi ibu...

~Cinta Milo Ais~ August 31, 2008 4:30 PM  

kak ras-> huu..lambat lagi la tu gamaknya...calon pun tak ada ngeeheehehe

lemangcute@chah September 8, 2008 3:05 PM  

hahahaha!! cukup berpusat artikel mu milo.. hahahaha!!