Saturday, August 30, 2008

Selamat Hari Merdeka

Saya sebenarnya nak menulis esei sempena kemerdekaan. Tapi pikir punya pikir apa la maknanya tulis panjang-panjang tapi tak boleh nak menghayati. Merdeka tu bukan hanya pada kata. Merdeka tu bukan hanya pada perbuatan . Merdeka tu bukan hanya pada bendera. Merdeka tu bukan hanya pada nyanyian lagu patriotik. Merdeka tu bukan hanya setakat menunggu detik 12 malam. Merdeka tu nilainya pada makna. Pada penghayatan. Pada pengertian. Pada pemikiran. Merdeka itu ada pada jiwa. Tapi kita ada ke jiwa tu? Jiwa merdeka...Betul ke saya ada jiwa tu...Betul ke anda ada jiwa tu? Betul ke pemimpin-pemimpin kita (tak kira parti apa...cap ayam ke cap itik ke) ada jiwa tu? Betul ke rakyat malaysia ni ada jiwa tu? Atau jiwa kita hanya pada harta, pada pangkat, pada nama. Kita bertarung sesama sendiri itu untuk apa? Betul ke untuk perjuangkan nasib rakyat? Betul ke untuk anak bangsa? Betul ke untuk negara kita? Saya keliru..mungkin sebab saya masih budak mentah, belum mengerti asam garam kehidupan, belum mengerti apa itu politik, belum mengerti apa itu kepimpinan, belum mengerti apa itu pentadbiran. Tapi saya cuma takut...takut perjuangan Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Rentap dan Haji Abdul Rahman Limbong berkecai ditangan cucu cicit sendiri. Takut kalau-kalau ada yang menang sorak kampung tergadai. Jangan nanti yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Huh harap-harap ketakutan saya itu tidak berasas sama sekali. Harap-harap tahun depan masih ada sambutan hari kemerdekaan yang ke 52. Harap-harap jugak masa tu kita sambut dengan jiwa yang benar-benar merdeka.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA SEMUA"

10 terpaksa telan:

Alexi August 30, 2008 11:27 PM  

Merdeka...hehehe...tp skang budak2 muda smbut merdeka ngan benda2 xbermoral...adeiihh pening2

Tirana August 31, 2008 4:23 AM  

Dik, selamat hari merdeka!!!

~Cinta Milo Ais~ August 31, 2008 10:03 AM  

alexi-> itulah pasal...apa nak jadi la

nadia yuna-> salam merdeka jugak :D

kak tirana-> selamat hari merdeka jugak kak :D

Anak Mami August 31, 2008 12:11 PM  

selamat berpose & selamat merdeka..

ras-adieza August 31, 2008 4:09 PM  

malam tadi kat tempat akak, hujan lebat so tak sempatlah deorang nak tunggu detik 12 malam. Alhamdulillah kalau tidak bising, kalau sambut cara betul oklah.

13may August 31, 2008 4:10 PM  

selamat berpuasa milo!

jom nanti kita berbuka sesama ;)

~Cinta Milo Ais~ August 31, 2008 4:33 PM  

anak mami-> selalamt berpose jugak kak :D

kak ras-> hu...merdeka dlm hujan ke? hujan rahmat tu :D

13may-> eh..mana bleh berbuka sesame...waktu berbuka kat penang dgn kat sini lain sket hehe

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) August 31, 2008 11:02 PM  

Merdeka..Merdeka..Merdeka...pastu jangan lupe poese yee..hehe..

~Cinta Milo Ais~ September 1, 2008 4:35 PM  

nrina-> hehe...tak lupa la kak :D