Friday, July 10, 2009

Sehitam kulit manggis

Tadi kakak kawan saya datang. Bawak buah manggis segar dari ladang hehe..apalagi melantak la kitorang. Seingat saya dah lama jugak saya tak makan manggis. Sambil makan kitorang borak-borak la pasal buah manggis tu. Dan terkeluarlah peribahasa baru..don't judge the manggis by its kulit haha...sukahati je kan.

Ya lah,kulit manggis kan hitam, tapi isi dia putih melepak, manis pulak tu. Sangat kontra kan. Kesimpulannya tak boleh lah nak menilai sesuatu tu dari kulit dia. Apa yang diluar kadang-kadang tak sama dengan apa yang ada didalam. Pensyarah saya selalu berpesan 'don' be judgemental. Katanya 'outer appearance may be deceiving, our covers may be different but our values are the same’.

Tapi hakikatnya memang susah mahu jadi manusia yang sentiasa berbaik sangka. Melihat perempuan seksi sedikit, kita sudah buat kesimpulan bahawa dia itu ‘perempuan dotdotdot..’. Sangat tidak adil bukan . Tapi susah mahu membuang stigma yang ada dalam kepala kita. Tapi susah tak semestinya mustahil. Yang penting kita sendiri mesti bersihkan hati kita. Kalau luaran sahaja baik tapi dalam hati penuh kekotoran pun tak guna jugak kan?

Lagi satu, dua manusia yang berpenampilan serupa tak semestinya mempunyai hati yang sama. Macam buah manggis jugak, kulit sama hitam, tapi yang satu itu mungkin rasanya manis, tapi yang satu lagi mungkin isinya masam. Jadi kita tak bolehlah buat kesimpulan melihat dari luaran saja. Telek dan teliti jugak apa yang ada dihati. Manusia yang kita nampak agak 'tidak senonoh' penampilan luarannya bukan semuanya adalah jahat. Mungkin hati dia baik tapi for some reason, dia belum dapat hidayah lagi untuk berubah..sapa tahukan kan? Kita bukan Tuhan untuk menghukum sesama manusia. Lagipun orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dibuka kulitnya, diambil dan dirasa isinya, manakan kita tahu manis atau tidak isinya, betul tak? huhuu...





p/s : soalnya hati sukar dimengerti :p

19 terpaksa telan:

[S]itie [B]Um [B]Um July 10, 2009 9:33 PM  

tajuk psm kite kena buat serbuk manggis

ZARA 札拉 July 10, 2009 9:54 PM  

hehehe~

hati mmg amat sukar mahu dimengerti syg~

Zyma Saad July 10, 2009 10:01 PM  

CC....
Alololo buah manggis hitam manis Akak yg comel sorang nih...

Apa khbr?Terubat rindu Akak kat CC dpt baca n3 ni.

**Jgn la kita menilai seseorg melalui luaran. Kenali hati budi dahulu, then baru buat kesimpulan & judgement. Kadang2 yg bertutup litup rapat tanpa seurat rambut terlihat, memiliki sesuatu yg "gelap". Dan kadang2 yg terbuka sana sini hingga menampakkan setiap helaian sisa rambut; is even much better. Biar ALLAH yg judge hamba2-Nya.

Life is so simple to judge, but hard to understand!! Erkkkk,mcm pelik kan. Hentam je labu.... hihihihi.

Take care....

Zyma Saad July 10, 2009 10:01 PM  
This post has been removed by the author.
ku tak sempurna July 10, 2009 10:05 PM  

jgn makan byk2 buah manggis..
kolestrol dia lagi tinggi berbanding durian..
err.. ini luaran yg aku nak ckp.. yg tersurat
.
.
.
..
.
.
..

yg tersiratnya,
bagi la aku sikit buah manggis tu!!! makan tak ajak!! kedekut!!


hahaha..

rinduuuuuuuuuuunyaaaaaaaaaa cik cc!!

Mira Aida July 10, 2009 10:16 PM  

uwaaa!! dh lama sy tak makan buah manggis..bila la boleh makan

Na Shari July 10, 2009 10:22 PM  

hitam-hitam si tampuk manggis...sungguhpun hitam dipandang manis...:)

- j o h a r i - July 11, 2009 12:07 AM  

kalo dah nmpk dgn jelas skali kulit manggis tu buruk, berlubang, kemek sana sini dan berulat, adakah kita masih nk bersangka yg isinya baik atau akan berubah juga menjadi baik?

HEMY July 11, 2009 12:46 AM  

mmg susah nk tau apa yg tersirat.tp kita leh bljr utk tau..hehe

green July 11, 2009 12:56 AM  

betul..bkn mudah nak bersangka baik pd impression yg pertama..tp boleh sebenarnye..

messyremo July 11, 2009 3:34 AM  

kesimpulannya...

jgn jadi cm manggis...jadila cm sotong,transparent...
luar dalam nampak..hehe

Nadia Yuna July 11, 2009 8:44 AM  

lamo akak tak makan mangges. hehe. rindu nak pegi petik buah manggis kat kebun

aiyooo

kene pegi beli manggis neh

** betul tu. jgn cepat judge orang, repair diri sendiri dulu adelah lebih baik =)

syah shah July 11, 2009 9:28 AM  

manggis... sedapnya... err... ada lagi tak? mintak skett... Hahahahahah :P :P

Betul tu... kita jangan jadi judgmental... pantang tengok orang tu lain sikit dari kita, dah macam-macam kita kata... tapi kalau kita kena, pandai pulak nak terasa...

ah... rindunya sama kamu... Wooo~~

arazma @ ami m July 11, 2009 10:46 AM  

makan manggis tu sedap tp nak membukanya mengotorkan tangan...

tajuk psm?? buat serbuk manggis nak wat apa? ade unsur kosmetik ke??

ArPeGGiOS July 11, 2009 11:26 AM  

a'ah dik...

dulu masa akak lom kawen dok ngan kekawan. dapat kawan sebilik muka cun...

bila keluar wangi....cantik tapi hakikat mandi pun tak. baju pun malas basuh. sembur minyak wangi jer...


jangan nilai kecantikan pompuan dari luaran sajer di sebaliknya kita tak tau

Mus July 11, 2009 12:10 PM  

Kulit mggis kaler hitam ek??
Ingtkn ungu..
Huuu...
Ye betol..don jaj mangges by its kulet

aslina July 12, 2009 4:10 PM  

manggehhh...nak makan manggehhh

Ivy Metaga July 13, 2009 12:51 PM  

alamak lama dah tak makan buang manggis..

cukulet rindu lah kat awak, macam mana study??ok ke...

sy rindu kan cukulet, semasam2 dan semanis2 buah manggis hak hak hak..:p

Adila July 13, 2009 5:01 PM  

hehe dari manggis jadi cerita..

tapi tu la kan..
nak buat mcm mana
org suka assume dr apa yg diorg tgk physically