Hari ni saya berjaya jugak ditewaskan. Oleh sapa? Huwaaaa dengan budak kecik je. Memang sangat geram dengan perangai mereka sampai saya nangis. Siyes saya nangis. Kalau bukan sebab terpaksa jangan harap saya nak jaga diorang. Giler nakal tahap raksasa gaban. Baik jaga Sin Chan camni. Sungguh la saya tak tau apasal diorang jadik camtu. Lepas perasaan ke hapa? Pantang terleka sket, habis satu rumah jahanam. Tapi hari ni merasa la kena jerit dengan saya. Jangan tak tau saya ni mewarisi gen ayah saya. Susah nak marah orang tapi kalau dah naik darah Awaaasss!!! Nasib baik budak kecik,kira masih boleh control lagi la marah tu..sebab tu sampai menangis -nangis tu huhu...
Susah rupanya nak jaga anak orang nih. Kalau anak sendiri lain sket. Kalau anak sendiri mesti dah tau kan camna perangai diorang sebab kita sendiri yang didik sejak kecik. Anak orang nih lain...nak marah lebih-lebih kan makpak diorang kecik hati pulak. Nak pukul kan kita pulak yang tak sampai hati (tapi mak dia pun pakai hanger je bila anak dia degil sangat..apo nak dikatokan laie?).Seingat saya masa kitorang adik beradik kecik-kecik dulu takde la menakal camtu. Kalau pergi rumah orang dediam je lah duduk menyelit kat mak. Seingat saya satu kali je ayah saya pernah acah nak pukul dengan pembaris. Tupun sebab bergaduh dengan kakak tengah malam buta hehehe..tapi saya tak ingat kena pukul ke tak..tak la kot huhu. Selain tu cubit ke,tampar ke memang tak pernah merasa dari mak ayah saya. See..kitorang memang anak yang baik kan wakakaka....
Mungkin sebab tu jugak saya tak berapa setuju dengan pendekatan pukul ke cubit ke anak2. Sebab rasa sangat kesian bila tengok muka diorang yang naif tu dan jugak sebab saya sendiri tak pernah merasa kena macam tu. Tapi bila saya tengok perangai budak-budak ni yang tak makan dengan kata-kata, saya sendiri pun tak tahu pendekatan apa lagi yang sesuai untuk bebudak yang nakal cam gini. Even bila dipukul pun diorang boleh melawan balik, siap ludah kita tu? So how? Sapa yang nak disalahkan? Anak tu sendiri, ibu bapa, atau cara didikan yang salah? Perghhh pening la pulak memikirkan. Bukan senang rupanya nak didik anak-anak. Setakat bagi makan pakai tu mungkin mudah, tapi nak asuh supaya jadi manusia berguna tu yang susah. Kalau dari kecik anak-anak dah tak dengar kata, bila besar? Ishk3 mintak-mintak budak-budak ni tak jadik macam tu sampai ke besar..aminnn.