Saturday, February 28, 2009

ORANG YANG KATA, BUKAN SAYA

Orang kata jangan menulis kalau tak ada idea. Nanti hasilnya jadik cam sampah. Jadi baik saya layan komik dulu lalalalalala...

"MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU"

Wednesday, February 25, 2009

SAYA DAH BERUBAH?

Hmmm...tadi rasa sangat bosan. Jadinya sambil-sambil layan perasaan saya belek balik entry-entry saya yang lama. Saya mula menulis blog bulan jun tahun lepas. Kira-kiranya belum sampai setahun pun saya menjadi seorang blogger. Masih hingusan lagi kata orang.

Kenapa saya menulis blog ya? Nak glemer? Rasanya tak..Nak duit? Nuffnang pun tak ada..Nak cari gaduh? Lagi la tak..Masa mula-mula saya terfikir nak buat blog ni sebab tertarik tengok blog kakak saya. Lagipun saya suka menulis, tapi cuma untuk suka-suka. Tak pernah terfikir pun nak menjadi penulis profesional. Sebabnya saya selalu saja ketandusan idea.

Sebut pasal penulis ni,semua orang ada style penulisan masing-masing kan. Dan selalunya style penulisan tu pun salah satu faktor penarik minat pembaca. Tapi saya rasa style penulisan saya dulu dan sekarang ada sedikit perbezaan. Mungkin betul, mungkin tak. Tapi kalau ya, sejujurnya saya lebih suka cara saya menulis dulu-dulu. Sekarang saya rasa semacam saya dah hilang skill untuk menulis. Banyak hu ha hu ha saja..huhuhu..

Tapi entahlah...manusia memang akan selalu berubah kan. Kadang-kadang jadi lebih baik, kadang-kadang jadi lebih buruk. kadang-kadang di dorong oleh perasaan, kadang-kadang di dorong oleh persekitaran. Apa-apapun diri kita, kita sendirilah yang mengawalnya. Dan walaupun mungkin saya dah hilang skill untuk menulis (yang tak seberapa sebenarnya huhuhu), saya harap saya tak hilang mood untuk terus berblog hehehe...

Tuesday, February 24, 2009

BILAKAH MASA ITU AKAN TIBA?

Huuuuuu..semua orang asyik cakap pasal benda ni je...Di sini..Di sana...Di belakang..Di depan..Kiri..Kanan...Semua cakap benda ni best...Tahulah memang best, tapi dok diam-diam jelah. Langssung tak jaga hati saya. Sedihh tauu..



Uwaaaa...saya nak tengok citer ni gakkk!!!!!

Kenapa kat tempat saya takde panggung wayang? Why?Why? Why? Karam Sing A Song sila siasat dengan pantas okey!


*tapi kalau ada pun mak saya bagi ke saya gi tengok wayang? Tokei vcd, citer ni bila mau keluar? wakakaka*

Monday, February 23, 2009

SAYA SUKA MINUM AIR TAHU

Kamu tahu apa itu 'air tahu'? Apa tak tahu? Ishk..ishk..ishkk

Air tahu = air tauhu = susu kacang soya = orang ganu


Gambar dicurik dari google


Hahahaha....itulah dia 'air tahu' atau bahasa orang putihnya soy bean milk. Saya tak pasti la pulak sama ada memang semua orang ganu memanggilnya' air tahu' ataupun cuma kami-kami aje. Tapi yang pasti masa sekolah dulu bila pakcik jual susu kacang soya tu datang semua akan berebut sambil memekik "air tahu se...nok letok nisan!!". Heii bukan batu nisan la...nisan tu lebih kurang gula melaka la. Ada dua pilihan 'air tahu' ni. Yang di campur nisan ataupun air gula biasa.Dan taufu fah yang lazat berkrim tu pulak di sebut sebagai 'isi tahu'.

Tapi hakikatnya memang dah lama sangat saya tak beli 'air tahu' dengan pakcik-pakcik tepi jalan ni. Kalau ada pun time posa. Tupun beli kat bazar. Sebagai ganti minum je yang dalam kotak tu. Tapi mana boleh lawan beb...pakcik tu punya lagi superb..campur pulak dengan isi tahu ishkk...perghh meleleh air liur basi hehehe....

Saya memang giler dengan 'air tahu' ni. Kalau ada dalam peti sejuk tu, dua tiga gelas pun saya boleh habiskan sehari. Mengikut kajian, 'air tahu' ni boleh membantu mengguatkan memori, menurunkan berat badan,menentang radikal berbahaya dan jugak sebagai sumber tenaga. Huhu baguskan? Dan kandungan phytoestrogen dalam kacang soya juga dipercayai mungkin boleh menolong melindungi kita dari risiko kanser payu dara dan juga kanser prostat.

Tapi yang membimbangkan adalah khabar yang mengatakan minum 'air tahu' secara overdose ni boleh menyebabkan kanser. Aikk gitu pulak. Tadi kata cegah..konpius..konpius. Hehe...pensyarah saya pun pernah bagitau hal yang sama. Sebabnya dalam kacang soya ni ada sejenis bahan yang dipercayai punca kepada permasalahan ini. Tetapi..awas! Ada tetapi ya..menurut sumber lain pulak ketepatan dakwaan ini sukar ditentukan kerana menurutnya dalam kacang soya memanglah terdapat pelbagai jenis phytohormon tetapi kesemua ini belum dikaji sepenuhnya.

Oleh itu janganlah takut minum 'air tahu' ni. Banyak khasiat dia. Tapi jangan sampai berlebih-lebih..kerana berlebihan tu yang boleh membawa mudarat. Orang kata buat apa pun biar secara sederhana...termasuk lah dalam hal ehwal makan dan minum ni.Semua benda kan ada pro dan kontra dia, jadik pandai-pandailah.

Hape ..nak tahu lagi lanjut..dah gi gugel sendirik. Ni blog merepek bukan ensiklopedia paham??



p/s: 'air tahu' buat saya lupa pada milo hehehe

Sunday, February 22, 2009

SAYA SEORANG JUTAWAN??

Hairan betul saya..dua tiga hari ni ramai betul orang yang baik hati. Sebelum ni tak ada pulak. Berebut-rebut diorang nak bagi harta pusaka kat saya. Tak sangka saya ni ramai sedara eh? Luar negara pulak tu. Kesian diorang meninggal tapi tak ada waris..nasib baik saya ada.

Lagi best pulak tu, saya ni amat bertuah rupanya. Tak masuk peraduan pun boleh menang..ratus-ratus ribu dollar US pulak tukan. Agaknya kalau saya masuk mana-mana pertandingan busuk-busuk pun mesti dapat naib johan. Tangan bertuah la katakan huhuhu..

Tapi yang kesiannya tu tetiba ada sorang 'sahabat' saya ni. Kematian ayah, Harta juta-juta tapi tak boleh nak ambik. Ada mak tiri jahat pulak tu. Kalah Snow White. Tak caya bleh baca emel kat bawah tu. Klik la kasik besor kalau dah tahu diri tu rabun hehehe



Amacam?? Ni kalau saya tolong dia ni jadik jutawan la saya. Tak main la blog-blog ni. Dengan google sekali saya beli hikhikhik...

p/s : hampeh punya spam. pergi la kacau inbox org lain

Saturday, February 21, 2009

SAYA MESTI PILIH...INI PILIHAN SAYA!!

Huhuhu..akhirnya saya memilih yang simple saja..... Cuma make up sikit-sikit. Walaupun masih sayang pada 'yang comel itu' apakan daya saya terpaksa melepaskan dia. Sebabnya? Dia comel tapi lembab huahuahua...

Ehh paham ke saya maksudkan apa ni?

Friday, February 20, 2009

Saya Suka Ini Hantu

"Walaupun saya boleh buat sesuatu perkara, tapi tak semestinya saya patut buat benda tu."-Danny Phantom

Maksudnya adik-adik, kalau kita ada kuasa, tak semestinya kita boleh gunakan kuasa tu sesuka hati kita. Ada benda yang kita boleh buat dan ada yang tak patut kita buat. Jangan menyalahgunakan kuasa tau, nanti sendiri yang binasa huhuhuhu....

pesanan tulus ikhlas dari : akak yang baikk

Thursday, February 19, 2009

I'm So Happyyyyyyy

I'm so happpy...Happy sangat-sangat...Syukur Alhamdulillah...akhirnya semuanya selesai jugak..tak ada lagi keresahan dalam penantian...Lepas ni boleh tarik nafas lega dan bertenang....Thanks Ya Allah...

Huhu..apa cerrr ni?? Tadi saya turun bawah jap...telan seketul kuih tat..pastu tengok ada surat atas meja..Uikss surat saya..siap tulis Important Document Enclosed..tengok cop..wah sah ni surat yang saya tunggu selama nih...Berdebar-debar nak bukak..Bukak je..yaaa permohonan diluluskan..I'm so happyyyyyy...Bayangkan selama nih macam ada batu yang menghempap and then sekelip mata...zassss batu tu dah takde..lega sangat-sangat. Boleh tidor lena, boleh senyum gembira, boleh rehat dengan tenang..rest in peace erkk??? hahaha...

Sebab happy sangat tu yang terus saya luahkan kat sini hehe....Walaupun korang mungkin tak paham, tapi saya cuma nak bagitau saya happy sangat2 tu je...huhu...

Dan yang sweet nya ia berlaku di hari istimewa saya..satu kebetulan yang sangat indah...:) Terima kasih Tuhan atas rahmatMu.

p/s: rasa macam matahari bersinar indah je hari ni hehe

Wednesday, February 18, 2009

Pesanan Penaja

"Our main business is not to see what lies dimly at a distance but to do what lies clearly at hand"-Thomas Carlyle

*Dah..dah ..Pergi buat kerja!!! Jangan dok berangan je..wakakaka..

Tuesday, February 17, 2009

Saya Musykil

Kenapa burung bangau suka dok dekat dengan lembu eh..padahal lembu tu bukannya kachak pun??

*gambar di ambil di belakang rumah huhuhu...

Sunday, February 15, 2009

dan Dia lebih mengetahui

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

(email yg diforward dari big sis...takde idea la ni huhu..apepun renung-renungkanlah)

Thursday, February 12, 2009

The Death Report


Erkkkk?????

Wednesday, February 11, 2009

Saya Begitu dan Saya begini

Dulu-dulu, kakak saya ada bagi sekeping kertas...Tajuknya "rahsia mengikut bulan kelahiran". Ni ikut tajul muluk la ni. Elok lagi dalam simpanan saya. Err..kalau nak ikutkan ada gak la yang sama tapi bukan la 100% tepat.Saja je la nak kongsi -kongsi. Tak nak baca pun tak pe..ada saya kisah?wakakaka...

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
-abstrak la sangat..ingat ni lukisan ke hehe..

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
-betul2...berpijak la pada realiti huhu..

* Bijak dan pintar
-err..no komen lalalalaa

* Berpewatakan yang mudah berubah.
-agak la...tak tetap pendirian saya nih kehkehkeh..

* Mudah menawan orang lain.
-ehh..korang tertawan dengan saya ke??(sambil mengedip-ngedipkan mata)..wakaka

* Agak pendiam.
-bukan agak la nih...memang dah tak teragak-agak lagi..sangat-sangat-sangat-sangat pendiam hehe..

* Pemalu dan rendah diri.
-yang ni saya mengaku la...saya memang pemalu dan rendah diri..camna la nak naikkan self esteem nih..help me plisss

* Jujur dan setia pada segalanya.
-ehemm..saya memang jujur dan..setia..ekekee..

* Keras hati untuk mencapai matlamat.
-kakak saya cakap saya macam tu..tapi saya tak rasa pun saya cam ni huhu..

* Tidak suka dikongkong.
-betul..saya benci di arah-arah hahahaha..

* Mudah memberontak apabila dikongkong.
-betul la..tapi saya memberontak dalam diam je hehe..wat muka sedey..

* Suka kegiatan yang lasak.
-sukaaa..tapi tak dapat peluang..kalau boleh saya nak try flying fox dan rock climbing hehe..

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
-apa nak dikatakan lagi..dulu masa kecik2 saya la juara nangis...sekarang ..tak nangis..sedey jer..sendiri menanggung pilu..hahaha..

* Mudah mempamerkan marahnya.
-ya betul..walaupun saya jarang marah orang (tengking-tengking2, maki hamun dan sama waktu dengannya ) tapi kalau tengok dari riak muka mesti tau saya tengah marah hehee..

* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
-ada ke orang yang suka??hihihi.

* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
-maklumlah I kan pemalu orangnya..hahaha.

* Sangat berani dan suka memberontak.
-takdelah, penakut hampeh saya ni

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
-hidup ni kena ada impian

* Pemerhatian yang tajam.
-suka perhati orang..kihkihkih

* Suka hiburan dan sukan.
-sukan??uwekkk nehi nehi..mencikk

* Suka benda yang bersifat seni.
-I love art..hehe

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
-romantik ke?auwww huhu..

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
-awasss..jangan pandang belakang..pandanglah kiri-kanan sebelum melintas..wakakaa

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
-betul..telah terbukti,tepat dan tak syak lagi...jom gi shopping hehehe..

* Belajar untuk mempamerkan emosi-
I'm still learning kehkehkeh..awas kauuu hahaha..


Itu la nyer sebahagian dari diri saya..kadang-kadang bila kita buat camni baru lah tau..owh camtu aku rupa-rupanya..hehe..Tapi walau camna pun sikap kita, cubalah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik, bukannya lebih buruk. Bak kata Karam Singh Waliya.. buang yang keruh ambillah yang jernih..hehehe..

Tuesday, February 10, 2009

Mintak Perhatian! Mintak Perhatian!!

Setelah berfikir selama 3 purnama merindu, maka akhirnya semalam saya menekadkan jua hati dan jiwa untuk menukar nama saya. Hal ini adalah bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan gosip yang tidak berasas. Oleh itu setelah berbincang dengan tok penggawa, ketua kampung dan semua ajk rukun tetangga, maka nama baru yang telah dipersetujui untuk diguna pakai secara rasmi oleh saya adalah...jeng..jeng..jeng...(drum roll).................................................................Cinta Cukulet"...tepuk..tepuk..tepuk...mekasih.. Untuk pengetahuan semua nama ini telah pun didaftarkan di jabatan pendaftaran negara pada siang tadi dan sebarang bantahan adalah tidak diterima. Walaubagaimanapun nama ini mungkin akan berubah lagi mengikut keadaan cuaca negara Urganda di sebelah utara barat.

Mengikut spekulasi pemimpin-pemimpin dunia, nama ini dipilih adalah kerana saya sangat suka makan cukulet..lebih-lebih lagi yang berharga mahal dan diimport dari luar negara. Tak syak lagi..memang tepat jangkaan mereka itu. Selain suka makan cukulet saya jua sebenarnya gemar makan nasik tapi nama Cinta Nasik adalah tidak diperkenankan oleh tok penggawa kerana menurutnya nama itu adalah tidak bernilai komersial dan tidak sesuai untuk pasaran Eropah dan Asia Barat. Maka dengan itu kami sebulat suara memilih nama Cinta Cukulet ini. Sekian laporan berita dari saya untuk tv tiger..Majulah makan untuk negara.

Monday, February 9, 2009

Bila pakai cincin rasa cam dah berpunya pulak hahaha...

Oppss sila jangan buat gosip ya..tak kuasa I huhu..Saja ja buat tajuk camtu. Takde kena mengena dengan hati dan perasaan pun. Cuma rasa cam best je bila pakai cincin nih, walaupun cuma sekadar cincin pinjam wakaka..Nak wat camna takde orang yang sudi nak hadiah kan saya sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian 18 karat yang berharga rm15000 hengget...hahaha..gilosss. Adehh apa sebenarnya yang saya nak cerita ni?

Sebenarnya saya nak bercerita tentang ehem..ehem..Tentang cinta.Best owh topik nih..saya mesti pilih hahaha..Sebelum ni saya takde pun buat story mory pasal cinta ke buah hati ke err pasal perasaan yang terpendam ke kan. Sebabnya..saya tak pernah pun bercinta kuikuikui..dan tak pernah pun jatuh cinta...kuikuikui lagi..wahh rupa-rupanya perasaan saya masih suci murni hehe..tapi..tapi..setakat suka-suki kat orang tu adalah. Tapi harus ditegaskan disini ianya adalah suka semata-mata belum tahap jatuh tangga lagi (walaupun ada gak termimpi kan dia agagagaga..)

Kenapa saya tak bercinta yek? Atau sekurang-kurangnya jatuh cinta. Adakah saya tidak normal dan hati saya tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya? Haha...harus jumpa doktor nih ekekeke..Kalau ikutkan kawan-kawan saya ramai yang dah berboipren..ada yang dah tunang..ada yang dah dirisik orang..ada yang dah kawen dan beranak pinak pun..uihhh advance nye dia kan..huhu..Tapi ada saya kesah? hehe..saya mendoakan la kebahagiaan depa semua.

Sebenarnya kan dalam hal cintan cintun nih tepuk dada tanyalah hati..opps lebih baik tanya akal hehe..Kalau ikutkan saya adalah lebih kita bercinta lepas kawen je..kan..kan..kan. Bak kata abang saya tak elok bercouple-couple nih..mengundang marabahaya wahaha..Tapi masalahnya, disana -sini kita tengok orang bercouple..pastu mulalah hati terdetik nak ikut sama. Ermm sebenarnya saya tak naklah komen isu nih sebab saya pun tak cukup ilmu tapi saya rasa dalam hidup ni kita buat apa pun biarlah dalam keredhaan Allah. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu salah, so apa tunggu lagi? Bak kata Nabil..lu pikirlah sendiri beb..wakaka..
Huhu...sebut pasal cinta gak..nih lagu cinta yang saya suka hehe..
Kerana Cinta~Inteam
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Hanya sementara
Serta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan

Friday, February 6, 2009

Kampungku Indah Permai : Saya sebenarnya tak ada kampung

Haa…pelikkan..saya mengaku orang kampung tapi saya sebenarnya tak ada kampung hehe…Yalah sebabnya..saya lahir kat kampung lain, mak saya asal kat kampung lain, ayah saya pun asal kat kampung lain pastu kami semua tinggal pun kat kampung lain (dan rasanya lepas nih terpaksa jugak pindah kat kampung lain).Jadi persoalannya sekarang dimanakah kampung saya sebenarnya..tak ada kan hahaha…Alah korang pun sebenarnya tak ada kampung gak..kalau ada mesti korang dah jadi ketua kampung sekarang nih hehehe…


Tapi tak kisahlah tu..kampungmu kampungku jua. Walaupun menumpang di kampung orang, saya tetap seorang orang kampung yang tulen dan asli,segar dari ladang. Saya tak boleh lah sesuka hati nak mengaku saya ini orang bandar kerana sah-sah dalam surat beranak saya ada tercatat perkataan kampung di ruangan tempat kelahiran. Lainlah kalau beranak kat hospital..bleh gak nak eksyen haha…Tapi kampung-kampung pun best apa. Kampung saya ni kalau setakat nak gi ke bandar tu tak sampai 5 saat nya. Itupun kalau berlari menggunakan tahap kelajuan cahaya la. Kalau tahap siput sedut mungkin 5 tahun akan datang pun tak sampai-sampai lagi hehe…


Hmmm apa sebenarnya yang best kat kampung yang saya tinggal ni yek. Best sebab ada sawah padi nan luas terbentang(walaupun cuma ada lalang nan memanjang). Best sebab ada parit yang airnya tenang(walaupun kekadang ikan pun tak sudi berenang).Best sebab ada pohon nyior yang melambai-lambai(walaupun time ribut rasa nak tebang-tebang). Best sebab suasananya nyaman tiada kekecohan (walaupun kekadang ada mat rempit bertandang).Pendek kata memang bestlah..saya mesti pilih, anda bagaimana? Hahahaha...



Wednesday, February 4, 2009

Bukan Terlupa....Terlambat Je hehe...

Disebabkan saya sudah insaf tak nak lupa dan malas-malas lagi, maka saya gigihkan jua menampal dua award yang saya dapat ni. Nipun sebenarnya dah delay beberapa hari nih err..ke minggu hehe...Takpe, takpe saya tau mereka tak kisah kan kan.... huhu

Yang hijau rumput-rumput ni..Ummul Aqeem yang bagi...Tq kak..errm patutnya saya kena bagi dekat 4 org lain tapi..susah la nak buat pilihan..saya tak nak nanti ada hati yang terluka hehe...amacam best tak alasan saya?




Yang gambar cawan-cawan ni pulak Kak Tie kita yang bagi..Sebagai lambang persahabatan gitu...Maaf ya kak terlambat sikit..eh banyak pulak nak disiarkan huhu...Apa-apa pun terima kasih kerana mengingati diriku ini huhu..











Tuesday, February 3, 2009

Ngeeee.....


Monday, February 2, 2009

Apa kamu ingat orang kampung tak reti main friendster ke?

Ehem..ehem...dengan ini secara rasminya saya selaku tuan tanah ingin mengumumkan bahawa saya telah meletakkan link friendster saya di blog ini. Setelah mengabaikannya sekian lama maka saya rasa sudah tibalah masanya untuk saya mencurahkan kasih sayang kepada beliau pulak..Anda semua apa tunggu lagik? Marilah kita sama-sama menyemai kasih dihalaman saya ini...hehehe...add jgn tak add ya kih..kih..kih..


(walaupun friendster saya ini amatlah membosankan tapi takpe tunggulah dia nyer make over)

Sunday, February 1, 2009

Ini adalah bulan Februari...sila wish saya hepi besday


Hari ni dah masuk bulan Februari...cepatnya masa berlalu....ermm besday saya tau bulan nih hehe. Berapa hari bulan tu tak mau bagitaulah kan. Umur saya pulak 16 forever hehehe...


Sebenarnya kan...saya teringat tahun lepas. Saya sambut besday dengan kekawan saya. Diorang belikan saya kek dan belanja kepsi. Masa tuh kepsi tak kena banned lagi. Baik sungguh kan hati diorang. Sebenarnya jugak tulah kali pertama saya sambut besday sendiri siap dengan kek -kek nih. Sebelum nih mana pernah. Sebagai orang kampung yang tulen dan asli mana ada budaya sambut menyambut besday nih. Bila diorang menyuprisedkan saya tuh, heppy jugak lah rasa. Rasa diri ini dihargai...hehe...mekasih kekawan...i lap u...


Hmm..tapi tu kisah dulu..tahun nikan..saya rasa saya sambut sesorang je. Biarkan kusendiri bertemankan sepi huhuhu...Tapi takpe...kakak saya kan ada...nanti saya paksalah diorang nyanyikan saya lagu besday pastu belanja makan kat warung mamak hahaha...Tapi sebenornya kan saya tak kisah pun bab-bab besday nih. Serupa je dengan hari-hari biasa..cuma usia je makin tua...kena banyak-banyak buat amal ibadah nih..


Hmm saya sedih sebenornya nih.....huuuuuuuuu