Tuesday, March 31, 2009

LANGIT SENJA DI KG SEMERAH PADI

Haha..banyak la Kg Semerah Padi...Ni kampung saya la. Gambar-gambar ni semua diambil dari tingkap rumah saya je..tak kuasa nak keluar rumah semata-mata nak ambik gambar uhuhuhu..(padahal malu hikhik)..Kira bolehlah ni..gambar yang diambil oleh seorang amatur...pakai digi cam je plak tu..pastu pakai mode auto je plak tu hahahhaa...




(sila abaikan imej bendera tu..ni bukan kempen politik ya huhu)

Hmmm..saya suka ambik gambar..macam satu kepuasan pulak kan bila dapat ambik gambar yang cantik(saya tak maksudkan gambar saya ni..kan ada yg kata saya perasan hahaha)..Hajat di hati nak jadi photographer tapi apakan daya, cita-cita tak kesampaian (banyak la ko punya cita-cita). Ambik gambar suka-suka lagi best kan..tak terikat dgn apa-apa..Main belasah je huhu..Kalau la dapat kamera DSLR tu kan ke best..ishk ishk ishk angan-angan tinggi, digi cam pun tak habis menuntut lagi wakakaka....


p/s: ingatkan nak ambik gambar burung tengah terbang tapi sekor pun tak sudi bergambar hahaha

SIPUT BABI PUN RAJIN PERGI SURAU

Godek-godek file, nampak gambor lama nih...gambor siput babi..
*selingan
nak, ni siput apa?
siput babi, yah
siput apa?
siput babi la ,yah
siput apa?
siput babi..
siput apa?
siput la babi!!!

Hahahaa..okey selingan je tuh

(gambar terbalik..pusingkan kepala korang 90 darjah lawan arah jam)

Berbalik pada topik asal...saya nak cerita pasal siput babi nih sebenarnya.. Bagi saya beliau adalah seekor siput yang istimewa dan err..ada kelas tersendiri huhu. Nak tahu saya jumpa beliau kat mana? Kat tiang surau. Sebab tu la saya kata beliau istimewa. Bukan senang owhh nak jumpa siput yang masih berpegang teguh pada ajaran agama di akhir zaman ni. Mungkin beliauu satu diantara berjuta kot. Sejuk perut mak beliau bertelurkan beliau. Gigih tu panjat tiang semata-mata nak solat jemaah..agaknya kalau nak solat subuh, beliau kena gerak dari rumah kul 2.15 pagi lagi, takut lambat sampai hahaha..Pastu lagi kena berhati-hati di jalan raya takut kena lenyek dengan lori...kan tak pasal-pasal beliau arwah..tapi lebih baik dari kena lenyek masa nak gi kelab dangdut kan?Huhu...

Owh ya...pengajaran dari cerita ini adalah..jikalau siput babi pun reti gi surau, kita yang manusia ni tak reti-reti ker? (owh..rasa cam terkena batang hidung sendiri lalala...)


Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanyaaaaa...
(tetiba korang nyanyi hahaha)

Monday, March 30, 2009

WHERE ARE YOU?

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
zwani.com myspace graphic comments
Lorrr patut la tak de kubur..dah selamat jadi telur goreng rupanya MUAHAHAHAHA...


ANAK SIAPA LA YANG LUPA DIRI NIH

Kalau korang perasan, minggu lepas saya ada letak poll kat sidebar tu. Saja je nak buat survey huhu..tajuk poll tu SIAPAKAH ANDA? Ada 16 orang dah menjalankan tanggungjawab mengundi. So hasil kajian adalah...

Ada dalam bloglist dan selalu tinggal jejak > 3 org (18%)
-syukran..syukran...sebab sudi tinggal komen

Ada dalam bloglist tapi malas tinggal jejak > o org (o%)
-ni memang malas ni, sampai jawab poll pun malas hahahaa...

Selalu tinggal jejak tapi takdelah pulak dalam bloglist..grrr > 2 org (12%)
-err..marah ke? Saya harap nama anda dah ada dlm bloglist. kalau takde jugak sila inform saya ye..hehe

Pembaca senyap > 2 org (12%)
-taknak kenal2 ke huhu

Baru pertama kali tersesat kesini dan takkan datang lagi > 0 org (0%)
-Yang ni mmg tak sempat jawab poll..terus dia tekan pangkah kat hujung window tu hehehe

First time datang sini dan akan datang lagi > 2 org (12%)
-Hehe...mekasih..rajin2 la menjenguk ya

Dan last sekali..paling ramai yang vote for this...jengjengjeng..

SAYA LUPA SIAPA SAYA..LALALA > 7ORG (43%)

Hahaha..Haiyaaa apa sudah jadi nih? Kenapa korang lupa diri? Tak baik owh..atau mungkin jugak korang hilang ingatan?Hahaha...

Sapa yang tujuh orang ni? Baik mengaku cepat. Saya nak hantar gi jumpa psychiatrist...nak check kot-kot something wrong somewheregile hehehehe....

p/s : ada poll baru kat tepi tu..kalau rajin votelah hehe..

SELAMAT DATANG PAGI

Selamat datang pagi,
Lihatlah pada siang ini.
Kerana itulah kehidupan, hidupnya kehidupan.
Pada masa yang singkat itulah
kau menemui berbagai hakikat keberadaanmu.
Itulah saat meraih nikmat
saat meraih cahaya kemenangan.
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok hanyalah fantasi.
Tetapi hari yang sedang kau jalani sekarang ini
akan menjadi kelmarin
sebuah mimpi yang indah
dan esok adalah wujudnya harapan.
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
Inilah erti penghormatan untuk hari ini.

(dipetik dari buku Jangan Bersedih :Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni, puisi oleh Kalidasa)

Semoga hari anda bermula dengan indah....

Sunday, March 29, 2009

APA..BUDAK TU DAH NAK KAHWIN?

Elok je selepas saya buat entry kat bawah tu (cinta tak mengenal rupa) tetiba je saya dapat satu SMS..Owh dari kawan lama rupanya..dah agak lama la tak contact beliau nih. Tapi mesej beliau nih buat saya terkedu seketika pastu ketawa terbahak-bahak..gelakguling

Nak tahu beliau tulis apa... nih haa..

Salam. pe kabo? dgr kte dh nk kawen?

Hahahaaa..makhluk mana la dah buat cerita nih...mandai-mandai je fitnahkan aii dah nak kahwin. Tak koserrr you hehehe. Adehh la..buat lawak pulak kawanku yang sorang nih. Tak tau la dari sumber mana beliau dapat cerita tu. Cam tau-tau je saya baru lepas tulis entry tentang cinta huhu..Silap saya gak..menyepi lama sangat..Hah sekali hambik kau..keluar-keluar cerita ko nak kawen...Nasib baik tak keluar cerita saya dah ada anak sepuluh. Lagi haru huhuu...

Saya agak, kalau ada sesi berbalas pantun mesti pantun ni diorang tujukan kat saya..

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib kusangka bersuami,
Kalau bersuami, bila kahwinnya?


Wakakakakakaka...lawak-lawak..gelakguling

(sebelum apa-apa hal..ingin saya tegaskan..cerita itu BOHONG ok...jangan nak gosipkan saya huhu)

CINTA TAK MENGENAL RUPA

zwani.com myspace graphic comments
Cute Graphic Comments

Hahaha..apakah Miss Pinky dengan Mr BOo tengah buat tu? Berkasih sayang pulak mereka. Itulah orang kata cinta tak mengenal rupa, pangkat dan harta. Cinta itu untuk semua, yang cantik, yang hodoh, yang kaya, yang miskin, yang kurus, yang gemuk, anak raja atau anak pengemis. Semua layak untuk mengenal cinta. Cinta itu Tuhan cipta ada dalam hati semua orang.

Kadang-kadang kita hairan bila lihat si jelita jatuh cinta dengan si tak kachak langsung. Kita pun kata..Elleh macam beauty and the beast je..tak padan langsung..haha jahatnya mulut kita mengata. Padahal kita sendiri tak tahu lagi dengan siapa kita akan jatuh cinta. Entah-entah dengan orang yang dulu selalu kita kutuk sebab tak hensem, pendek, gemuk, banyak jerawat batu, bau ketiak hahah...Ha masa tu barulah tau langit tu tinggi ke rendah..Barulah orang pulak yang mengata kita..huhuhu...padan muka.

Jadi janganlah suka-suka kutuk orang. Kita tak tahu dengan siapa jodoh kita (lagipun kita sendiri bukanlah cantik sangat ponn haha). Bila Tuhan kata jadi, maka jadilah. Baik Dato K dengan Siti, Marlia dengan Zafrul (apakah masuk SpaQ pulak kat sini ni ) hatta Nobita dengan Sizuka sekalipun..siapalah kita untuk menghalangnya. Dan bagi yang rasa diri tu tak cantik, tak hensem, kurang kaya, tak banyak harta..janganlah risau..jodoh korang ada..entah-entah dengan putera raja..Ha sapa tahukan?

Ataupun korang jelita yang amat, kachak yang amat tapi dapat yang ala-ala je..Janganlah difikirkan sangat cakap-cakap orang. Mulut manusia memang suka mengata tapi kalau korang menderita ada diorang nak tumpang sekali? Tak de maknanya...Jadi selagi korang rasa bahagia, gembira teruskan je..dok gitu Nek Wok Kundur?? Haha..tengok tu beliau angguk-angguk. Maknanya betullah tu huhu..So..Apa kesimpulannya adik-adik? Cinta itu buta...Pandangan manusia tak sama...Asalkan hati bahagia..Pedulikkan apa orang kata..haha sanggup ke?



(Ni tulis entry pasal cinta ni mesti ada cakap yang saya nak kahwin lah, gatal nak bercintalah..huhu...sebelum ada gosip baik saya declare dulu : PENULIS MEMILIH TOPIK CINTA ADALAH KERANA TOPIK INI PALING SENANG NAK DAPAT IDEA, NAN ADONYA PENULIS NAK BERCINTA, BELUM CUKUP UMUR LAGI PAHAM!!HAHAHAHA..)

LINKING IS SHARING (sticky mode..sila role ke bawah utk entry baru huhuhu)

Perhatian! Perhatian!! Sila bagi perhatian kejap yek...

Saya di dalam usaha mengemaskini bloglist yang dah macam dah agak panjang berjela kat bawah tu (boleh tengok ada list powerpuff girl yang masih belum siap haha). Almaklumlah, ada blogger yang dah hilang kemana, ada blog yang dah kena remove..jadi kena la buat usaha pembersihan sikit..haha..

Oleh itu, alang -alang menyeluk pekasam, sapa yang nak tukar link dengan saya boleh la ambik kesempatan ini (sebab saya sangat malas nak add link lepas sorang-sorang) dengan meninggalkan link anda di petak komen huhu..Dan juga sesiapa yang dah link saya tapi saya macam buat-buat tak tahu nak link dia balik boleh inform saya jugak (boleh la kalau nak tambah maki hamun sikit haha). Ataupun dia tak nak link saya tapi sesaja nak suruh saya link dia pun boleh jugak..err dengan bayaran 12.10 sen hahaha...

Okeh..dah...dah..ini adalah sticky mode...sekarang gi baca entry kat bawah sebelum kena sepak hihihi

:ahaha:

nota tambahan : hehe...entry ini sebenarnya saya tujukan kepada mereka yang belum lagi disenaraikelabukan dalam bloglist saya..yg memang dah ada dlm bloglist don't worry saya akan terus melinkkan anda (kecualilah anda dah hilang lamaaaaa atau blog dah diremove huhu..) Jadi tak komen pun tak pa..lenguh jari jemari tu kan hehe..tapi kalau anda komen pun tak pe...lagi saya suka...wakakakaa...gelak jahat lagi sekali...
:ahaha:

202

Ini adalah entry ke 202. Belum sampai 707 lagi. Maknanya saya belum capai tahap james bond. Mungkin hanya tahap doremon kihkihkih (bosan la takde tenet huhu)

Saturday, March 28, 2009

SAYA GEMBIRA MELIHAT KAMU KETAWA

Sebenarnya malam ni saya tengah moody..saya merajuk pada sesuatu yang tak perlu saya rajukkan. Entah kenapa sejak dua menjak ni saya jadi sangat sensitif. Cepat marah, cepat terasa, cepat sedih dan cepat merajuk. Emosi tak stabil huhu...Yang jadi mangsa orang kat sekeliling saya...takdelah jadi mangsa apapun tapi mereka mesti geram tengok saya diam membisu seribu bahasa kan..mesti dah agak ada something wrong somewhere la tuh budak cukulet tuh..Tapi kadang-kadang diorang pun tak tahu hujung puncanya huhuhu.....Nasib baik saya dikelilingi oleh orang-orang yang penyabar. Bila saya sentap saya tak minta dipujuk pun. Saya akan okey dengan sendirinya. Cuma bagi saya masa je hehe..

Ikutkan jugak saya takde mood pun nak tulis entry nih..nak balas komen or nak berkomen-komen. Ingatkan nak gi menghiburkan hati kat blog orang je...jadik silent reader huhu.. Tapi sekali saya baca mesej Kak Ummi kat chat box tu terus saya tersenyum..Beliau tulis "malam ni akak rasa tension semacam. Nasib baik ada blog adik yang lucu nih..ketawa aje akak baca tulisan cinta cukulet hihihi.." Huhu sama la kita kak, rasa tension semacam je kan. Kalau akak rasa gembira baca tulisan saya, saya pulak rasa gembira dapat buat akak happy. Kadang-kadang hal yang kecil pun boleh buat kita rasa gembira kan. Saya rasa sangat seronok tulisan saya yang tak seberapa ni mampu buat kamu semua tersenyum. Dan oleh sebab tu lah saya pun mahu sama-sama tersenyum...lets us share the happines together-gether hehehehe....Thanks sebab korang semua buat saya happy senyum

NAK CARI KAYU API...NAK CARI KAYU API...API...API...

Korang dah cari kayu api belum? Malam ni kan nak bergolap. Kita pakat la buat unggun api dalam rumah. Baru la cerah sikit, nyamuk pun lari huhu...Tapi kalau rumah terbakar jangan la salahkan saya pulak..ni kan cuma suggestion hehehehe...

Korang jangan lupa support ni tau. Kalau korang semua tutup lampu,pastu saya sorang je yang bukak, kira oraitlah tu kan..takde la effect sangat kat bumi..ala saya sorang je hahahahahaa...Korang jangan ngengada nak ikut saya..Ini adalah arahan. Tutup lampu malam ni keh pukul 8.30 hingga 9.30. Pastikan juga anda tidak berbuat perkara-perkara pelik di waktu tersebut ya. Korang ni bukan boleh percaya sangat nih..wakakkaa...lariiiii sebelum kena hempuk dengan tiang lampu..huhuhu

Friday, March 27, 2009

TAK TAHU LA BERJAYA PUBLISH KE TAK HUHUHAHA

Huhu...mekasih ya saya ucapkan pada semua pengkomen-pengkomen entry semalam...Tak sempat lagi nak balas satu-satu. Ni pun tengah menaip laju-laju sementara intenet masih ada..hehe entah kenapa la sehari dua ni line internet suka buat hal...main chiku..chiku..chak plak dia...sekejap ada sekejap takde hehe..Nak kata tak bayar bil, belum sebulan lagi rasanya wakakaka..Maka sebab itulah jugak saya macam kurang berjalan-jalan di blog kekawan..hehe..salahkan line internet..salahkan dia huhu..

Tapi bagus jugak kan takde internet nih. Takde la nak menghadap komputer je 18 jam (lagi 6 jam tidor hehe...). Baru fokus sikit dengan kehidupan nyata...ni tak bersosial dengan komputer je. Tak mesra alam betul. Cuba la sekali-sekala tu lepak kat giant ke, mydin ke (kat ganu ada ni je, sedih kan huhu) baru la wanita namanya hehehe..Oleh sebab itu saya menyeru jugak kat blogger-blogger sekalian, ayuh tinggalkan pc anda buat seketika...hehe...


Dah ah...cam mengantuk pulak..tadi gi jalan banyak sangat...Huwaaaahhhh
ngantuk..Okey gud nite sayang hehehe (nih ada line tenet lagi ke nak publish nih...puh puh puh...jampi kehkehkeh)

Thursday, March 26, 2009

TOLONG!! SAYA DALAM DILEMA

:tsk:

Saya sekarang dalam dilema nih...Mak ayah saya suruh saya ambik lesen kereta. Senang nanti di kemudian hari. Lagipun sekarang je lah masa free yang ada. Akan datang mungkin saya dah sibuk. Huhu...saya amat mengakui kebenaran itu...lagipun takkanlah nak jadi penumpang je sepanjang hayat kan? Tak doraemon la macam tu..
:argh:

Tapi masalahnya sekarang adalah bukan saya tak nak ambik, saya nak sangat gi belajar kereta. Tapi saya takut ya amat. Sebelum nih saya pernah belajar naik motorsikal tapi belajar sendiri-sendirilah...pastu saya gi langgar dinding rumah huwahahaha...Sejak kejadian itu saya serik nak belajar lagi. Dan sekarang kereta?Owh tidakk haku takutttt..
:sweaty:

Tapi lagi sekalikan, saya kena ambik jugak lesen kereta walau macamana sekalipun. Saya tengah tunggu saat saya bersedia la konon-kononnya. Tapi sampai bila nak tunggu kan? Ini kira masa yang sesuai la ni. Tapi(lagi sekali) saya masih takut huwaaaa.....
:waaah:

Macam mana ni? Tolong nasihati saya..Bagilah semangat ke, kata-kata peransang ke, hempukan padu ke...tolong push saya...push..push...push kiri push kanan..huuuu...Nak belajar keta, tak nak, nak belajar, tak nak, belajar, tak, belajar, tak...huwaaaaaa....tulunggg!! tulungggg!!!
::(

p/s : sapa nak daftar sebagai pemandu saya seumur hidup?huhuhehe

UNTUK BACAAN ADIK-ADIK SAHAJA

Ohaiyo gozaimass...Genkideska? Haitttt ninja gaban satria kebaja hitam huwahuwahua...

Haiih melalut pulak pagi-pagi buta nih. Dah-dah, kita mesti srious, barulah tambah kedut di muka.
Baiklah, adik-adik semua dah bangun ya. Bagusss...sekarang sila lap tahi mata masing-masing. Dan jangan lupa gosok gigi jugak ya.
Bangun pagi, gosok gigi
Bukak pc, blogginlah

Amacam adik-adik, mesti teruja dengar suara akak yang bak Sungai Buluh ni. Takpe..takpe..tak payah mintak otograf.

Sebenarnya apa yang akak nak cakap pagi ni ya? Takde isu pun. Kira macam saja nak menarik perhatian orang ah. gitu. boleh ke? Haha...Baiklah..akak pergi dulu sebelum kena hempuk dengan penyapu. Nanti-nantilah akak update entry yang senonoh sikit eh...Salam sayang untuk adik-adik akak...ingat jangan jadi seperti ayam...pandanglah kiri kanan sebelum melintas..betul betul betul..

p/s: apesal korang gi baca?perasan adik eh?hahahaha

Wednesday, March 25, 2009

Saya hairan

Hairan sayahah...apesal kakak-kakak saya excited sangat tengok perhimpunan Umno kat TV tu? Adakah mereka kakak-kakak yang kukenali selama ini? Sejak bila mereka layan politik nih?Siap tepok-tepok tangan lagitepuktangan...apekah sangat seronok? Seumpama menonton konsert AF pulak mereka tu..kelakar..kelakar..gelakguling

Saya? Lagi seronok buat entry pasal mereka lalalaa....sengihnampakgigi

p/s : korang pun tengok eh...hehehe

Kenapa dan Mengapa?

Assalamualaikum,
Apa khabar para pembaca blog sekalian. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Apapun tujuan saya menulis entry ini adalah tiada lain melainkan untuk menjawab tag dari Akak Ummul Aqeem.

Akak yang kusayang, ini adalah balasan kepada tag akak. Diharap akak berpuas hati lah hendaknya diatas jawapan yang tidak seberapa ini

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog saya adalah "CERITA BUDAK KAMPUNG".
Saya memilih nama itu kerana saya merasakan bahawa sebagai orang kampung, saya patut memperakuinya. Ini adalah kerana jika saya tidak mengaku, maka siapa lagi yang akan mengaku bagi pihak saya? Lagipun cerita-cerita saya ini tidaklah urban seperti cerita budak-budak bandar..tiada entry mengenai makan mekdi ataupun pergi tengok wayang sebab di kampung tiada semua itu. Pendek kata semua ini cerita budak kampunglah

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Link blog saya sekarang adalah http://ceritabudakkampung.blogspot.com. Idea itu boleh timbul kerana saya telah memikirkannya. Jika saya tidak berfikir maka sudah tentulah idea itu tidak timbul apatah lagi tenggelam.


3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
'Method' penulisan dalam blog saya adalah cacarmaba, rojak, ikut suka hati dan juga syok sendiri.


4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebab?
Saya belum pernah terasa untuk menghapuskan blog saya. Hal ini adalah kerana saya sangat sayangkan blog saya. Jikalau saya menghapuskan blog saya, di manakah lagi tempat untuk saya mencurahkan rasa kasih sayang saya ini?


5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang anda tag ini?
Pada pendapat saya blog Ummul Aqeem ini seronok untuk dibaca, mesra pembaca,dan juga sesuai untuk dibaca-baca. Beliau suka bercerita mengenai anaknya iaitu Aqeem yang comel. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ibu yang penyayang.Sesiapa yang mahu mengenali blog ini dengan lebih lanjut tekan aja disini. Orang kata tak kenal maka tak cinta.


6)Senaraikan 5 orang yang akan anda tag

Buatlah kalau kamu rasa berkenan mahu buat. Apapun tiadalah paksaan mahupun kerahan tenaga.

Sekian terima kasih

Sambutlah salam sayang dari saya

Yang ikhlas menjawab tag,
Cinta Cukulet

Tuesday, March 24, 2009

JANGAN TENGOK SAJA...BANTULAH SAUDARA KITA

Baca tak Harian Metro hari ni? (saya punya edisi pantai timur). Berita pasal 11 beranak nak murtad kerana tak tahan di hina. Mereka ni kira miskin la. Dan anak-anak diorang selalu dibuli. Sebab tekanan masyarakat, akhirnya mereka tak tahan. Lepas tu mereka ambil keputusan nak dapatkan perlindungan dari gereja.

Sedih sangat baca berita nih. Isu murtad nih dah lama sebenarnya. Ada yang murtad sebab miskin (betullah kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran..uhukk..uhukkk), ada yang sebab ikut boipren, dan yang sedih lagi ada saudara baru yang akhirnya murtad sebab tak tahan dengan cercaan orang Islam sendiri..ishk ishkk..pelikkan? Mereka sepatutnya membimbing saudara baru tapi sebaliknya menghina pulak.

Kenapa sampai boleh murtad. Hidup dekat dalam negara Islam tapi akhirnya hanyut di bawa arus. Orang lain duduk bertahun kat Amerika kat Itali, tak de pun nak murtad. Malah ada yang makin bertambah keimanan mereka. Salah siapa? Yup...memang salah diri sendiri..Tuhan bagi akal fikiran bukan untuk ditolak tepi tapi untuk memikir dan memahami. Ujian datang bukan sebab Tuhan tak sayang kita, tapi mahu uji sejauh mana keimanan. Jangan gadaikan agama sebab dunia...

Tapi saya rasa tak adil nak salahkan mereka seratus peratus, Sebab dalam hal-hal macam ni masyarakat turut menyumbang. Saya pelik, hairan dan terkilan. Kenapa orang Islam tak boleh nak bantu saudara sendiri. Kenapa nak hina, caci, maki saudara sendiri? Kenapa mendabik dada rasa diri terlalu baik sampai anggap orang lain macam sampah? Mana dia? Mana dia orang-orang alim, ustaz-ustaz, dermawan-dermawan, yb-yb (err..bukan blogger Yunus Badawi ya hehe), pemimpin-pemimpin yang konon nya prihatin tu? Mana? Kenapa tak bantu mereka-mereka ni waktu mereka susah supaya mereka tak perlu sampai kena mintak bantuan orang bukan Islam? Kenapa tak bimbing mereka nih waktu mula-mula dulu sampai akhirnya mereka hilang pedoman? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebab kita terlalu sibuk dengan politik? Atau sebab kita terlalu asyik dengan hiburan? Sampai kita lupa kat luar sana, saudara kita sendiri hilang panduan. Murtad!! Bukan benda main-main. Kalau minum arak, berzina, masih boleh taubat nasuha. Tapi ini murtad. Sedih...sedih sangat..terkilan...Kenapa sampai begini jadinya. Sepatutnya dalam negara Islam macam ni tak jadi benda macam ni. Sepatutnya kita sehati sejiwa bantu saudara yang memerlukan. Jangan abaikan seorang pun. Hari ni dia susah, kita patut tolong, mana tau esok-esok hari kita. Kalau tengok ada kawan-kawan yang macam sudah agak lari dari landasan, pakat-pakat tarik balik. Kalau tengok ada saudara baru, pakat-pakat bimbing, bagi semangat dan sokongan. Apa namanya saudara kalau tengok saudara kita hampir terhumban dalam neraka pun kita dok diam saja, buat-buat tak tahu sambil layan tv tengok AF...Astaghfirullahal azim

Marilah kita pakat-pakat berdoa, supaya kita, saudara kita, kawan-kawan kita dan seluruh umat Islam sentiasa dalam lindungan Ilahi, supaya iman kita, walau pun hanyalah senipis kulit bawang, tetap dan kekal sampai ke mati. Janganlah sampai kita atau saudara kita mati dalam kekufuran. Nauzubillah...

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Peliharakanlah kami dan saudara-saudara kami dari kekufuran
Sesungguhnya kami mahu kembali kepadaMu dalam keadaan beriman...
Aminnn..

(p/s : kalau saya ada salah di mana-mana, tolong betulkan, saya tak banyak ilmu dalam hal agama, :)

MOSHI MOSHI

Konnichiwa!!

Watashi wa Cinta Cukuleta


Hari ni wa, wa mau nyanyi wa lagu jepun wa


Sakura

Sakura Sakura
Yayoi no sora wa
miwatasu kagiri
Kasumi ka kumo ka
nioi zo izuru
izaya izaya mini yu kan

Sakura Sakura
Noyama mo Sato mo
Miwatasu kagiri
Kasumi ka Kumo ka
Asahi ni nio-u

Sakura Sakura hana zakari

(terjemahan)
Cherry Blossoms, Cherry Blossoms
As far as I can see across
the March Skyline
The fragrance is carried like the mist or the clouds
Now, Let us go to see them now

Cherry Blossoms, Cherry Blossoms
As far as I can see across
the hills and valleys
Like the mist or the clouds
The fragrance is carried in to
The morning sun
Cherry Blossoms, Cherry Blossoms
They are in full bloom

Huhu...lagu jepun mana saya cilok nih..sengihnampakgigi

SAYA, BAS DAN KENANGAN

Saya baru je tempah iklan kat bas...Apa tak percaya? Sila tengok kat bawah nih...

Heh..baru korang tau siapa saya..Hahahaha(gelak jahat sambil cekak tangan dipinggang dan mata pandang ke atas)

Haha..takdelah..itu gambar saya buat kat sini hah..saja nak eksyen haha

Cerita pasal bas ni kan, mesti ada kenangan pahit manisnya kan. Lainlah orang tu tak pernah langsung naik bas. Orang kampung cam saya ni naik bas jelah huhu...

Kenangan pahit saya naik bas...ermm masa nak balik raya dua tahun lepas rasanya. Masa tu naik bas trans (itu jelah pun bas yang saya selalu naik). Masa tu tentu-tentulah bulan puasa kan. Semangat nih nak balik raya dengan beg besar haha....Beli tiket kul 2 ke 3 camtulah..bajet leh ar sampai sebelum bukak puasa...huhu..Saya naik bas tu dengan 2 orang lagi kawan.

Maka berangkatlah pergi ke stesen bas..Eh bukan stesen la, kami tunggu tepi jalan je hahaha... Semangat tu..lepas kuliah je terus memecut ha...Tunggu nyer tunggu..haihhh mana bas tak sampai-sampai nih..Mula la rasa cam nak mencarut haha...nasib baik bulan puasa...tak baik mencarut..Ehh bulan lain pun tak baik mencarut la..Mak kita kata dosa..huhu..Tengok keliling ramai la pulak orang menunggunya..Eh bas diorang pun tak sampai jugak ke? Ishk musykil niih

Kemudian pecah la berita bahawa rupa-rupanya pagi tadi pekerja-pekerja bas tu pakat mogok daa...(korang ingat tak?pernah masuk tv berita nih hehe). Tapi masa tu dah petang..diorang pun dah tamat mogok selepas dipujuk dengan jayanya hehe...Jadinya bas baru mula bergerak lah tu..Trip pagi pun baru je jalan...Kesian orang yang beli tiket pagi ekekeke...

Maka setelah sejam dua menunggu, sampailah bas tersebut. Kami pun naiklah walaupun rasa cam nak tendang je dinding bas haha (kalau tak naik kan tak boleh balik raya pulak huhu). Bas tu pun menujulah ke destinasinya...vroommm vrommmm bunyik bas merempit. Sekali tengah best melayan blues, tetiba bas tersedak-sedak..haih apesal nih..Janganlah
rosak..puhhpuhhh..siap jampi-jampi lagi ha tak nak bagi bas rosak..wakakaka...

Tapi apa kan daya...sudah suratan takdir. Driver start-start tak hidup jugak..Fuhh..dah berpeluh ketiak nunggu dalam bas nih..Dah la tengah puasa kan..Rasa cam nak naik hangin buat kali kedua jek. Tulah mogok lagi, kan bas nih dah merajuk. Last-last dengar driver announce bagitau ada bas lain kat belakang, boleh naik beberapa orang je..tapi takyah bawak beg. Beg tinggal dulu. Hapa kes kan nak tinggal-tinggal beg?? Tak tau ke dalam nih ada baju raya? Haha

Saya and the geng apa lagi..paksa jugak pakcik driver bukak tempat letak barang tu, hambik beg dan memecut pergi kat bas kat belakang tuh. Naik..puhh lega dapat gak tempat duduk wakaka..giler nak berdiri lagi sejam lebih tu nak sampai. Mau pengsan karang. Tapi tau tak apa jadi seterusnya? Patutnya beberapa orang je kan yang dapat naik (sebab seat kosong tak banyak) tapi akhirnya semua sekali pergi naik bas tu..sanggup weh diorang berdiri. Time posa lak tu..cekal dan tabah betul diorang nih nak balik beraya haha..

Maka lagi sekali bergeraklah bas yang macam tin sardin tu ke destinasinya. Nasib baik tak kena tahan dengna JPJ. Kalau tak tambah lagi satu cerita hahaa...Dan akhirnya sampailah jugak kami tapi masa tu lagi beberapa minit sebelum bukak puasa. Call akak suruh mai ambik as soon as possible tapi akhirnya on the way nak balik tu azan Maghrib pun berkumandanglah menandakan telah masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan yang sama waktu dengannya hehehe.. Pergghh..tak sempat gak nak buka puasa kat rumah, kata saya di dalam hati.

THAMAT

p/s : tak serik-serik naik bas hehe

Monday, March 23, 2009

N.A.M.A.S.A.Y.A.C.I.N.T.A.C.U.K.U.L.E.T.


Cybernetic Intelligent Nocturnal Troubleshooting Android


Get Your Cyborg Name




Cybernetic Upgraded Knight Used for Logical Exploration and Troubleshooting


Get Your Cyborg Name


p/s : amacam? canggih tak nama saya..very the robotic haha

Testing

Saje je nak test.Saya budak kg.Jakun haha. Abaikan entry nih

SAYA, MAK DAN MEGI

CAUTION !! ENTRY INI PANJANG DAN PENUH DENGAN REPEKAN. HANYA UNTUK BACAAN ORANG YANG BANYAK MASA LAPANG DAN BERJIWA KENTAL HA.HA.HA.

Ingat tak saya pernah buat entry pasal megi. Tak ingat pun takpe sebab saya sendiri pun dah tak ingat apa ke tajuk dia hahaha...Dalam entry tu kan beria-ia saya nasihat jangan bagi anak makan megi kan tak elok. Mentang-mentanglah sebelum ni saya tak suka makan megi huhu...

Entah macam mana semalam saya boleh termengidam makan megi pulak. Haiihhh salah siapa ni? Salah selera saya la..beliau tetiba mengada tak nak makan nasik..konon tak boleh masuk tekak. Huhh...saja je kan. Dan tetiba objek berbentuk kerinting berwarna kuning terbayang di fikiran. Lantas hati pun berkata, "Ishkk cam best je kalau makan megi nih". Boleh tak selera beralih arah?Boleh.... Bak kata omputih "People do change, so do I". Haha..mungkin saya nih masih demam kot, sebab tu berselera aneh (aneh bagi saya je lah hehe).

Jadi apalagi, misi pencarian megi pun bermula. Dah agak dah mesti ada punyer kat dapur nih...adik-beradik saya yang lain kan kaki makan megi hahaha...Apalagi saya pun cilok jelah. Tapi saya sangat baik tau, everytime saya nak ambik apa-apa kat dapur saya mesti tanya mak saya dulu sapa punya dan boleh ambik tak. Hatta sebijik karipap sekalipun. Haha...baik kan saya (tetiba bertukar ke mode masuk bakul angkat sendiri hehe..)

'Megi' jenama ni je yang ada...layanlah

Pastu nak masaklah megi ni kan...Pling...Tetiba siap.

Rupa beliau sebelum masuk dalam perut

Itulah dianya rupa megi itu yang telah di masak dengan penuh kasih sayang oleh mak saya. YA MAK SAYA MASAK. DIULANG, MAK SAYA MASAK. Terukkan saya, megi pun mak buatkan ishk..ishk..ishkk...sila geleng kepala beramai-ramai. Sebenarnya saya nak buat sendiri, pastu agaknya mak saya tengok saya macam terkebil-kebil terus mak saya cakap "biar ma buatlah". Haha... Mak saya pun buatlah sampai siap huhu..Ala megi kosong je..takde taruk apa-apa.

Hmmm..sebenarnya kan sebab tulah saya tak reti masak sampai sekarang (pengakuan berani, jujur, tulus dan ikhlas). Mak saya selalu buatkan apa-apa je untuk saya. Mungkin terlalu manjakan atau mungkin jugak over protective. Mungkin jugak sebab saya nih memang insan yang lemah sejak dari kecik kot (compare dengan adik-beradik saya yang lain) sebab tu mak saya kesiankan saya. I love my mum so muchhh. Selalu bersusah payah untuk saya. Thanks mum...sayang mak lebihhh hehe...

Tapi saya janji dengan diri saya sendiri. Satu hari nanti saya akan pandai masak jugak (bila la satu hari tu nak tiba kan? lalalala). Takkan selama-lamanya saya nak harapkan orang take care saya je kan. Hidup kena berdiri atas kaki sendiri kan. Takpe saya yakin boleh...Semua, sila bagi sokongan pada saya dengan menjerit gambatte!!! Hahahaa

Dan akhirnya.......

Licin??

Fuhh...licin semangkuk megi. Which I proudly announced to my mum "MA, HABIS ADIK MAKAN". Dan di balas dengan "BAGUS, ESOK BOLEH GEMUK". Hahaha...first time tu saya habiskan semangkuk megi, Sebelum nih secuit je saya makan...apa-apa jelah...yang penting saya tak buang tebiat kan? (ada ke buang tebiat makan megi..huhu)

Sunday, March 22, 2009

KERETA SAYA, BUKAN KERETA DIA

Tadi saya gi blog Chegu Bani Hassim....Fuiyyoooo...beliau ada banyak kereta owh...collectible tuh...Ferrari..(sila dengki kat beliau secara beramai-ramai hehe)


Ni lah kereta beliau..cantik kan (gambar di culik dari blog beliau hehe..sori ek cikgu)


Pastu kan saya teringat...eh saya pun ada keta cam gini....Abang saya bagi masa saya kecik dulu. Sampai sekarang saya simpan. Gigih tau saya mencari dalam timbunan harta karun tu. Nasib baik ada lagi...Nak tengok eh..nak tengok eh??? (sila angguk)


Haha....Nilah dia...warna hijau lagi
Comel kan dia dok atas tapak tangan saya...hikhik

Dia kecik aja..Dia jalan lambat-lambat..hehe


Hapa??? Tak sama eh dengan yang Cikgu punya? Tak sama ke?? Tidak!!! Tidakkk!!!!

Okeh!! Dah dapat terima kenyataan ..huhu


p/s : saya tetap sayang kereta saya hehe.....dan abang saya jugak
love

FIKIR-FIKIRKAN LAH

Korang pernah terfikir tak, kalau doremon tu boleh makan sama macam manusia, adakah ini bermakna beliau juga perlu b*r*k (atau bahasa sopannya bernyahtinja) sama macam kita ??

Haihh... camna la boleh terfikirkan benda nih..tak senonoh betul hahahahahaahajelir

p/s : repekan seterusnya kul 9.30PM haha...hari nih nak merepek je

THE LAST

IT'S THE LAST ONE...AND CANNOT BE OPENED!!!


Uikssss....apa kebendanya tuh???

Apa yang last?

Apa yang tak boleh dibukak?


Syhhhhhh!!!!

Korang nak tahu ke??

Jangan cakap kuat-kuat tau

Ni rahsia
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ni hah...kacang nih...tak boleh bukak pulak



Hahahahahhahaaaa........gelakguling

p/s : Saja je merapu, menghilangkan kebosanan sendiri huhuhuhu...(repekan seterusnya pada kul 3 ptg hehe)

Saturday, March 21, 2009

RAIN..RAIN GO AWAY AND COME AGAIN ANOTHER DAY

It's raining cat and dog again. I don't think that I can go online with all the thunder and lightning. So scary you know. So there is only two possible activites that I can do at the moment. Sleeping and eating..hahaha.. I choose eating though. And my menu is..jeng jeng jeng...

mango with 'kuah rojak'

It taste so good...finger licking good lor..hahahha...

Perghhh..cam apa je karangan BI ni. Konpem penuh tanda merah ni hahahhaa

FALSAFAH ITU BUKAN SEKADAR KATA-KATA INDAH

Nampaknya Cik Aslina Bajet Kiut mahu membalas dendam dengan menyerang balas hahaha...Nasib baik saya lepas makan nasik lemak. Ada banyak energy mau jawab ini tag lalalala...sambil pejam mata je nih siul


##TANDA-TANDA ANDA


1. Sedang sukahati
Burung-burung akan menyanyi riang, bunga-bunga mekar berkembang, rama-rama indah berterbangan dan mentari pun akan bersinar girang
2. Sedang marah
Berlaku letupan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi 18 skala ritcher dan anak-anak itik mata kekejangan
3. Sedang bosan tahap maxima
Angin akan bertiup sepoi-sepoi bahasa, tv tetiba hilang siaran dan jarum jam bergerak dengan sangat perlahan...tik.......tok........tik.........tok...........huahhhhhhngantuk
4. Sedang cemburukan "sesuatu"
Tiba-tiba "sesuatu" itu bertukar menjadi ayam..plingggggayam
5. Sedang rindukan "sesuatu"
Daun-daun kering berguguran, bayu pantai berhembus lembut dan sekuntum bunga ros merah tiba-tiba kelayuanros

## KENAPA ANDA


1. Rasa cemburu
Kerana Mak cik Tipah pakai gelang sampai ke siku..blink..blink lagi..Pastu Pak Mat pulak ayam dia ada satu reban
2. Rasa marah??
Bila beli pisang goreng sebanyak 2 hinggit , tapi penjual tak nak kasik lebih marah
3. Senyum-senyum
Bila nak mintak duit dengan mak...buat muka comel beserta senyuman paling manisssssenyumkenyit
4. Rasa bersalah
Terpijak selipar orang sampai putus atau terlupa angkat kain di jemuran
5. Rasa mengantuk tahap gaban
Bila tak tidur selama 48 jam, 12 minit dan 36 saat


##REAKSI ANDA BILA


1. Sedang marah
Badan bertukar menjadi kaler hijau, muka jadi kaler merah dan kedut-kedut bertambah sebanyak 2 inci (sapa selalu marah muka cepat berkedut haha)
2. Terasa malu teramat sangat
Tiba-tiba berada di dalam laci
3. Tak dapat tidur
Golek-golek sampai tidor
4. Ternampak ehem berjalan dengan ehem-ehem
Saya pulak akan berjalan dengan ehem-ehem-ehem di depan ehem sambil menjeling maut pada ehem-ehem
5. Keseorangan
Menyanyi-nyanyi secara syok sendiri, melayan perasaan ataupun tidur terus sampai wujudnya orang ke dua, ketiga, keempat dan seterusnya

##5 FALSAFAH ANDA
  • Kentut siang pandang-pandang, kentut malam dengar-dengar
  • Duit lalu, baju baru bertaut
  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, berupdate-update dahulu, berkomen-komen kemudian
  • Jangan jadi seperti ayam, pandanglah kiri dan kanan sebelum melintas
  • Alang-alang menyeluk poket, biar ada seringgit dua
5 je ke falsafah nya? Saya ada 15 ribu ratus lagi nih hahahaa...
Okey..okey saya mahu tag....
Haha...itu lah mereka-mereka yang bertuah. tapi saya tak paksa ya. Buatlah di ataS kerelaan hati sendiri dan juga boipren masing-masing hahahaha

KEMBALI KEPADA FITRAH




p/s : entry ini bukan untuk di fahami hahahaha

Friday, March 20, 2009

TIBA-TIBA JE ANGIN KUS-KUS DATANG

I FEEL LIKE CRYING!!!!!

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



p/s : boleh ke nak menangis tanpa sebab?huuu

HANYA PADA HARI JUMAAT??

Bukak inbox tadi and nampak email ni. Di forward oleh my sis. Saya rasa tertarik jadi nak sharelah dengan korang semua huhu...sekadar renungan kita bersama..
......................................................................................................................................................................


Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.


ALLAH, bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang ....
Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.


Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat....

Mungkin malam
JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...


Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah
DIA berikan kepada kita.


DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH


Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !



Ya aku
CINTA ALLAH ...



Dia
adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku




DIA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.



Ini adalah ujian yang mudah.



Kalau anda benar meyintai
ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu..

Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda



Sekarang!!!
Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

..........................................................................................................................................................................

Sebenarnya ada lagi sambungannya...lain kali lak sambung ekekekeke...


Saya : Hari Jumaat barulah nak share artikel cam nih..haihhhh


Thursday, March 19, 2009

AIKK..TUKAR LAGI?

Haha..tukar lagi template. Boringlah yang lama tu..tak ceria gumbira..tak alamria cuti sekolah hehehe...Jadi tukar dengan yang ni..err mungkin untuk sementara waktu kehkehkeh.

Tapi kan,perasan tak? Post title dengan date tu dah tertukar la tempat dia. Tak tahu la apa problemnya. Sapa tahu sila angkat tangan..huhu. Kesian dia..dah cacat. Takpe la kot. Almaklumlah tiada siapa yang sempurna huhuhu...

Yang penting saya happy...Toing..toing..toing..

Wednesday, March 18, 2009

SAYA YANG KEJAM

Saya rasa diri saya ni kejam ah...Huuuu...Kenapa saya jadik gini? Why?


Ceritanya begini..eh saya pernah citer tak eh? Kalau dah pernah buat-buat tak pernah ah...jgn drop my waterface okey huhu...
Tadi kawan saya telipon..nun jauh dari UK..bukan Ulu Klang..United Kingdom ahh...risau dia kat saya..dah la saya macam dah lama menghilangkan diri, takde hantar khabar berita, takde mesej suma..kesian dia tertanya-tanya. Dulu kitorang memang kawan baik masa kat matrix, berkongsi suka duka bersama hehe..dia ex rumate merangkap classmate saya. Masa tu kitorang memang kamceng. Pas abih matrix, dia ikut parents pergi UK dan saya pulak meneruskan perjuangan kat Malaysia bumi bertuah ni. Tapi kitorang takdelah putus hubungan lagik sampailah satu ketika tu (ala..time saya mandom-mandom dulu tu.. huhu)

Yang buat saya rasa bersalah ialah saya ni macam seorang kawan yg jahat pulak. Dahlah asyik dia je yang call saya (dia lagi kaya dari saya hehe..), pastu saya lagi mahu menyilentkan diri pulak..pastu dia selalu je kongsi cerita dengan saya, saya pulak selalu je suka simpan sendiri..pastu buat dia risau pulak tu..Ishkk nasib baik la dia paham perangai kawan dia yang sorang nih huhu...
So tadi dah cerita la dengan dia kenapa dan mengapa..tapi tak citer semua..ada yang masih disimpan. Haiihhh itulah saya..suka berahsia. Okeylah. Dia pun faham keadaan saya nih (though dia desak jugak nak tahu, sori eh my pren, lainkali saya bagitau jugak perkara yang sebenarnya). Sebenarnya bukan dia sorang..semua kawan saya pun saya buat camtu...jahatnya lah saya...Mintak maaf sangat-sangat sebab macam tak mempedulikan susah payah korang "caring and loving me" huuuuu...Bukan niat saya sebenarnya tapi entah kenapa saya rasa macam nak lari kejap dari "dunia"saya yang sebenarnya..Sebab tu gak sebenarnya saya blogging nih..nak lari dari terlalu memikirkan apa yang terjadi ..perghh macam serius benor je problem..padahal takde apa-apapun..sometimes kita nih terlalu melebih-lebih je.

Apa-apapun I'm going fine right now.. sedang meneruskan kehidupan dengan gigihnya hehe...Dan saya pun dah mula mengembalikan diri ke dunia asal...wah gituuu huhu. Kira dah mula mengaktifkan kembali connection dengan kawan-kawan. Harap-harap diorang tak menyesal punya seorang kawan yang 'wengggg' macam saya nih hahaha... Dan kepada korang jangan takut untuk berkawan dengan saya yek..I'm a normal person dan masih punya fikiran yang waras cuma kekadang terlalu moody jek hehe...tapi jangan risau sebab bila saya moody saya akan mengasingkan diri, gerenti saya tak telan kamu semua hahahhaha..Dan entry ni pulak saja je nak meluahkan apa yang dihati...Kamu boleh mengabaikannya saja hehe
"I hope I can be a better friend"