Wednesday, April 29, 2009

Tak boleh tahan...


Bukan melayan perasaan
Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu
(lirik lagu rozita izlyn)



Hati saya sangat fragile.Saya rasa saya perlu bungkus letak dalam kotak polistrine.. Aduhailah diri, kenapa selalu melayan emosi...mencikkk.. Tolong..tolong..superman, otromen, doremon, sailormoon, wonderpets, hamtaro, cicakman....sesiapa saja..Tolong pinjamkan daku sedikit kekuatan..huuuu

Menjenguk Rumah Usang

Semalam, saya sempat mengikut mak dan ayah balik kampung. Bukan untuk menziarahi sesiapa cuma menjenguk rumah usang yang dah lama terbiar. Rumah ni peninggalan datuk dan nenek sebelah mak. Sejak mereka meninggal tiada siapa lagi yang tinggal di rumah ni. Kosong begitu saja. Mak ayah saya rajin jugak menjenguk, cuma saya je malas mengikut. Ya lah pergi pun tak ada sesiapa kan..Tapi entah macam mana semalam teringin pulak nak mengikut huhuhu...


Saya pun macam biasalah, snap sana-sini huhu...Tapi semalam hujan, takut jugak nak menjejak tanah..takut pacat hihihi...Rumah arwah nenek saya ni boleh dikira besarlah jugak..kalau duduk sorang-sorang memang takut hehe...Suram je suasananya. Halaman rumah pulak memang luas..sekarang dah bersemak samun sana-sini..Kat kawasan belakang rumah ada kebun, kolam ikan..pokok buah-buahan memang banyak..pokok durian, rambutan,langsat..macam-macam ada. Tapi sekarang pokok-pokok tu semua macam dah merajuk tak nak berbuah lagi..mereka kesepian kot huhuhu....

Masa kecik-kecik, masa arwah nenek dengan atok masih ada, kami selalu ke sini. Biasanya tiap Jumaat memang inilah port kami melepak. Kalau musim buah lagi best. Makan durian, manggis, langsat, duku, rambutan sampai buncit perut hehe...Belajar petik buah, belajar pancing ikan, mandi dalam kolam tanah, menggali ubi, kenal ayam, kambing, lembu...huhu...best..setakat kena gigit dek nyamuk dengan pacat tu.biasalah hehe...Kakak saya mesti melompat-lompat bila nampak pacat..geli sangat lah tu huhu...

Kat rumah arwah nenek saya ni jugaklah semua abang dan kakak saya dilahirkan, saya je yang tak sempat huhu...Banyak memori kat rumah ni..Kalau masa raya pun kat sinilah kami berkumpul jumpa sanak saudara...Sekarang tinggal kenangan jelah semua tu...Harap-harap rumah ni akan kekal disini...lagipun arwah atok dengan nenek memang tak bagi jual rumah dengan tanah ni. Sayang rumah ni..harap-harap nanti ada orang nak duduk dan jaga rumah ni.


Ni bunga jejarum yang arwah nenek tanam, hidup subur sampai sekarang..sesubur kenangan kami bersama..... :)

Tuesday, April 28, 2009

Mesej apakah yang cuba kau sampaikan ini wahai Cinta Cukulet?

Ada pembaca yang bertanya, apa mesej cerita saya tadi ...Hahaha..Apabila beliau bertanya, barulah saya terfikir apa mesej cerita saya ya? Sejujurnya wahai para-para pembaca sekalian, sepanjang saya menulis sebenarnya saya tak pernah memikirkan mesej apa yang ingin saya sampaikan. Saya menulis secara spontan, Apa yang terlintas di fikiran, itulah jugak yang saya karang. Lagipun kebanyakan cerita-cerita saya adalah karutan semata-mata untuk menghiburkan hati yang sedang lara..hehee...Walaubagaimanapun, tidaklah bererti yang ianya kosong tanpa apa-apa makna. Terpulanglah pada pembaca untuk menafsirkannya dengan seribu satu cara. Kalau kamu berfikir secara positif, positiflah maksud yang kamu dapat, kalau kamu berfikir secara negatif maka negatiflah pulak maksudnya...Saya cuma menulis, tapi kamulah yang menelaah isinya..boleh gitu? kikikikiki...



Kadang-kadang mesej cerita saya sama seperti penulisnya...penuh misteri..ngehehehee..

Kisah tromantik teruna dan dara

teruna : dinda, dinda...kalau kanda jadi bulan, dinda mahu jadi apa?

dara : kalau kanda jadi bulan, dinda kan jadi pungguknya

teruna : kalau kanda jadi kumbang?

dara : tentulah dinda bunganya

teruna : kalau kanda jadi siang?

dara : dinda kan jadi malamnya

teruna : dinda memang pasangan yang ideal buat kanda..tak salah pilihan kanda selama ini

dara : hik hik mestilah (sambil tersipu-sipu malu)

teruna : dinda hmm...

dara : ya kanda..

teruna : kalau kanda mahu jadi..jadi..

dara : jadi apa kanda? dinda rela segalanya untuk kanda

teruna : betul ni dinda?

dara : betul kanda..cakaplah saja..usah malu-malu

teruna : kalau kanda jadi pembeli, sanggup tak dinda jadi pembayarnya? kanda dah tempat Porche 911 Carera...dinda bayar ya..

dara : WATCHAAAAAA!!!

adehhhhhh...




p/s : jangan jadi bodoh kerana cinta, sepak saja mereka itu..hahahaa

Monday, April 27, 2009

Cinta Cukulet dah ada Flickr :D

Petang tadi saya meroyan ambik gambor...hehehe... Habis keliling rumah saya tawaf, entah berapa ratus keping ntah saya hambik hehe...Banyak gak yang tak jadi, biasalah amatur huhuhu,,,,

Dan setelah di make up sikit-sikit, inilah hasilnya....


Ni semua gambar kat halaman rumah saya yang sekangkang kera tu.. Entah bilalah nak ambik gambar kat tempat lain..asyik-asyik rumah sendiri je huhu...Takpelah, sekadar melepaskan kebosanan diri, sekurang-kurangnya ada gak aktiviti nak buat, dok gitu ?hehehe..

Kalau sesiapa berminat nak tengok lain-lain gambar mengarut dari Cinta Cukulet, boleh pergi sini...Saya baru je buat akaun Flickr nih...Cam seronok je huhuhu...

Okeylah, malaslah nak tulis banyak-banyak sekarang nih...Nak gi ambik gambar pulak nih...wakakakkaaa...

Buai laju-laju.. Sampai pucuk sena.. Apa dalam begku.. Macam-macam benda :P

Kena tag dengan Cikgu Ijechan...hehe..Selalunya saya malas buat tag kan (merujuk kepada tag-tag korang yang belum dijelaskan). Tapi hari ni saya rajin tau..jangan memain dengan saya hahaha...

Rajin la sangat..Padahal kebetulan je hehe..Sebabnya tag Ije ni pasal beg. Dan kebetulannya saya baru balik dari sepital. Dan hari ni saya bawak beg..muehehee..Saya bukan jenis yang suka bawak beg sebab selalu imagine kena ragut haha... Selalu saya bawak purse dengan hp je selit kat dalam poket.

Tag ni simple je (sebab tu saya layan ngehehe)
1) show your bag
2)mention what's in your bag


Mudahkan...okey meh kita nengok gambar beg dulu...


LV Classic...


Cantik tak? Mahal ni..ribu riban harga dia..ori noks..haha



Adoiiiii..Apa???

Ohh nak gambar beg saya ke?

Cakap la awal-awal..susah je saya gugel tadik hahaha...




Ni la beg saya...Jenama CLLARY..berwarna merah hati..berharga 5 hinggit..


Sempoikan? Haha... Ni la beg tunggal milik saya. Saya tak pernah lagi melaram pakai handbag..belum cukup umur hahahaa (tapi kalau ada orang nak kasik saya tak tolak muehehe)


Pastu nak tengok apa benda dalam beg kan? Haa sila..sila..Ishkk penyibuk betol haha



1) purse putih yang sudah comot dan ada kesan koyakan
2)tisu yang sempat di curik dari keta abah

3)handphone berjenama peti ais

4)pen merah pinjam sapa punya ntah...feeling jadik cikgu bawak pen merah haha

5)kad temujanji sepital

6)no giliran untuk sesi bertemu doktor selama 5 minit setiap seorang

7)duit syiling 20 sen yang mungkin terjatuh dari purse yang koyak

8)Lagi no giliran untuk acara meradiasikan diri sendiri




Haha..tu jelah dalam bag saya. Kecewa bukan? Saya tahu anda mengharapkan saya mempamerkan surat cinta, gambar boipren, cincin tunang dan seumpama dengannya. Tapi maaf..tiada benda itu dalam bag saya...err buat waktu ini..akan datang belum tentu.. miahahahaaa (gelak gedik)

Oh lupa kena choose 3 bloggers to do this...Sapa eh? Korang pilihlah sendiri hahaha...





p/s : mintak maaf kepada sesiapa yang tagnya saya buat-buat lupa nak jawab. Harap tiada yang kecik hati, jantung, limpa, pankreas dan paru-paru.... saya tak mampu nak jawab semua huhu (^.^)

Sunday, April 26, 2009

Aih...sama la fesyen tudung kita...

Ini Cinta Cukulet
.
.
.
.
.
.
.
.
dannnn.......

Ini Tok Ti
(^.^)


Owh.. you lupa nak kaler rambut warna biru la Tok...Pastu you kena pakai spek kaler pink..Baru la mantapp...You tiru aii eh? Muahahahaa.....

I Love You Babeh..hehehe...

Wuhuuuu...Saya rasa gembira hari ini..rasa seperti mahu tepuk tangan, hentak kaki dan gigit petik jari..Muahaha...

Terima kasih atas komen-komen dan kata-kata semangat dalam entry API DALAM SEKAM. Walaupun kamu tak tahu apa masalah saya kamu sudi jugak mengambil tahu perihal diri ini....ohh daku terharu...sob..sob..srooottttt

Dengan itu terimalah lagu ini, saya tujukan khas buat teman-teman blogger semua. Walaupun jauh di mata tapi kamu dekat di hati saya...ngehehehe....


I love you
You love me
We’re a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won’t you say you love me too?
I love you
You love me
We’re best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won’t you say you love me too?



Ah..mintak sorry...Lagu kekanak pulak yang keluar...Takpelah kan. Yang penting kita enjoy..yieehhaaaa..

Saturday, April 25, 2009

Bagai Api Dalam Sekam

Pernah tak kamu punya sesuatu dalam hati
Sesuatu yang kamu nak lepaskan
Kemarahan, kesedihan, kepahitan, kesepian
Segala rasa yang memakan jiwa kamu perlahan-lahan
Kamu nak luahkan
Tapi tak berdaya
Kamu nak simpan
Tapi tak upaya
Kemana nak dibuang segala rasa itu?

Friday, April 24, 2009

Tangan Yang Menggapai



Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera


Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman


Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah


Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai


Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera


Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman


Ke manakah hilang
Peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan


Atas kesedaran
Mari kita pastikan
Kisah yang sedih
Tidak berulang



~ Sayangilah anak-anak kita. Mereka adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai ~




Sumber
Lirik lagu : Tangan yang menggapai
Video : You Tube
Gambar : Google Image

Kamu mahu cerita? Maaf, stok dah habis :p

Agagagaga (ketawa comel)...saya dah kehabisan idea untuk bercerita. Pembekal kata stok idea baru mungkin akan tiba di Malaysia seawal-awalnya akhir bulan 5 nanti. Uihh lambat lagi tu hahaha....Ada masalah dengan kapal kontena katanya. Lagipun cuaca yang tak menentu di kepulauan Pasifik menyukarkan lagi kerja-kerja penghantaran.

Okey. Cukup. Berhenti merapu. Huhuhuhu..

Hari ni saya mahu bercerita tentang kisah-kisah saya di matrikulasi (sempena kemasukan budak matriks 11 Mei ini)..Ini kisah eksklusif, belum pernah di siarkan di mana-mana akhbar perdana. (sila hafal fakta ini, mungkin keluar dalam Ujian Kenaikan Pangkat :p)


Saya sewaktu di alam matrikulasi. Gaya pemakaian melambangkan bahawa si pemakainya begitu innocent dan belum terdedah kepada unsur-unsur radioaktif merbahaya hehehe.




Fakta Matrikulasi Saya :

1. Saya belajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Dalam hutan di daerah Gambang. Saya selalu berimaginasi bahawa akan ada harimau bintang yang akan keluar secara tiba-tiba dan menyerang kami semua. Setahun saya tunggu, tapi tak ada apa-apa pun.

2. Oleh kerana kolej dalam hutan dan terpencil dari masyarakat bandar, maka kami selalu dimomokkan dengan cerita hantu. Yang paling popular adalah cerita hantu nasik lemak. Tapi percayalah, usahkan seekor hantu, nasik lemak pun jarang dijumpai.

3. Cerita hantu lagi. Makcik kafe pernah di ceritakan ada membela hantu. Tapi kesahihannya tak dapat dikenal pasti. Walaubagaimanapun muka beliau adalah agak seram juga. Dan beliau suka mencekik. Ya. Setiap kali mahu membayar harga makanan, beliau akan mencekik darah pelajar dengan harga tak masuk akal.

4. Bukan cerita hantu. Saya hanya mempelajari teknik mengunci pintu bertombol dengan cara yang betul selepas seminggu berada di kolej itu. Saya sungguh malu atas kenaifan diri sendiri.

5. Bukan cerita hantu jugak. Setiap kali mahu menangis saya akan bersembunyi di bilik air dan berpura-pura mandi. Teknik ini sangat berkesan untuk diamalkan oleh mereka yang misteri.

6. Setiap kali habis kelas, kami (saya dan rumate) akan balik ke bilik walaupun jarak waktu untuk kelas berikutnya cuma satu jam. Kami tak mengenal erti perpustakaan. Makan roti canai di bilik adalah lebih enak.

7. Suka beli roti dan ice blended di starbuck. Maaf. Bukan starbuck betul. Jangan nak berangan. Kamu ingat starbuck nak bukak kedai dalam hutan? Hahaha..

8. Hari Jumaat adalah hari tidur sedunia. Lepas sahaja habis kelas pada waktu pagi, Saya dan kesemua rumate akan masuk ke dalam selimut dan tidur secara berjemaah. Hanya akan bangun selepas waktu tidur yang sebelumnya habis di qada.

9. Kolej ini selalu kehabisan air. Pernah diberi cuti darurat selama 5 hari akibat keputusan bekalan air. Kami semua menjerit keriangan kerana dapat balik kampung. Bahananya? Kami terpaksa ganti kelas setiap sabtu yang berikutnya. Hampeh.

10. Saya pernah di paksa oleh pensyarah biologi untuk menulis surat tunjuk sebab dan akujanji akibat gagal dalam satu kuiz bulanan anjuran beliau. Tapi saya juga mendapat hadiah dari beliau kerana merupakan antara 2 pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam keseluruhan kuiz bulanan. Magik bukan? Hehehe...


Dah, cukup la 10 fakta. Kepada adik-adik yang bakal masuk matrikulasi, ingatlah pesanan akak ini. Enjoy your life..hahahha...Matrikulasi terasa sangat bosan sehinggalah anda memasuki kehidupan universiti. Di saat itu anda akan terasa mahu menangis dan ambik SPM semula untuk membolehkan anda memohon matrikulasi sekali lagi dan lagi dan lagi. Hahahaha..Sila jangan percaya. Matrikulasi itu sangat best. Okey tata.

Thursday, April 23, 2009

Saya budak baik yang pemalas

Owh...baru saya perasan...Saya belum update lagi hari ni ha.ha.ha.

Saya sangat malas hari ini...dan esok..dan lusa...ha.ha.ha. lagi sekali

Tapi kalau kamu rajin, tolong click kat butang follower...biar cukup seratus ha.ha.ha. lagi dua kali

Maaf sebab buang masa kamu ha.ha.ha. lagi tiga kali

Dah...dah cukup. Tak baik ketawa banyak-banyak.

Malam ni malam Jumaat. Pergi baca Yassin.

Wednesday, April 22, 2009

MENCARI PEREMPUAN TERAKHIR

(sila baca dengan penuh perasaan dan intonasi suara yang betul bagi menimbulkan efek romantika hahaha..)


MENCARI PEREMPUAN TERAKHIR
~oleh Cinta Cukulet~

siapa kamu perempuan terakhir
yang mengintai dari balik langsirmu
siapa kamu perempuan terakhir
yang bersembunyi di balik tembok batu
siapa kamu perempuan terakhir
yang terus kaku dan membisu
siapa kamu perempuan terakhir
yang menganggu lenaku dengan mimpimu
siapa kamu perempuan terakhir
yang menghantui aku dengan bayangmu
ayuh...tunjukkan wajahmu
biar ku bisa mengenal dirimu
ayuh...hulurkan tanganmu
biar ku bisa menyambut salam mu
ayuh...dendangkan lagumu
biar ku bisa mendengar ceritamu
siapa kamu perempuan terakhir
jangan biarkan aku termanggu.....



Hahaha...jangan ada yang salah faham eh...idea ni saya dapat dari sini...


(click pada gambar untuk pembesaran serta merta)


Nanti kan ada pulak yang ingat saya ni perempuan dua alam..Tidakkkk!!! Saya tak mencintai kaum sejenis..okeh..nehi kabi nehi. Saya perasan link 'perempuan terakhir' ni dah dua tiga kali jugak muncul kat Traffic Feed saya tapi tak tahu siapa punya. Private blog lah katanya hehee...Sebab URL beliau menarik, lantas "blingggg" timbulnya idea dari kepala otak saya ni untuk mereka cipta sajak di atas...muehehehee...

Err dan kepada 'perempuan terakhir'...walau siapapun kamu, terima kasih sebab sudi menjenguk blog saya ini... :)




p/s :
biji selasih dimakan orang,
terima kasih sudi bertandang

SYHHHHH...JANGAN TEGUR!!!!

Malam itu suasananya gelap sekali. Cuma diterangi remang-remang cahaya bulan. Sekali-sekala kedengaran bunyi burung pungguk bersahutan. Hamid dan Razak berjalan dengan pantas. Mereka yang sememangnya penakut, menjadi lebih takut apabila terpaksa melalui tanah perkuburan. Nisan-nisan putih yang berceracak seolah-olah penunggu yang menantikan mangsa. Bau harum bunga kemboja mengingatkan mereka pada cerita-cerita pontianak dan langsuir. Hamid dan Razak mempercepatkan langkah mereka. Tak sanggup mereka berlama-lama di kawasan 'keras' itu. Kalaulah 'benda' itu muncul, mahunya mereka pengsan di situ juga.

Tiba-tiba...hidung Hamid menangkap bau yang aneh. Bau harum bunga kemboja telah bertukar menjadi bau busuk yang amat sangat. Seperti bau bangkai lagaknya. Hamid mengembang-ngempiskan hidungnya. Tak tertahan rasanya menghidu bauan itu. Tekaknya meloya secara tiba-tiba. Hatinya mula berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang. Bayangan buruk melintasi fikirannya.

Hamid memanggil Razak yang berjalan cuma sejengkal di hadapannya..

"Zak, kau ada tak terbau benda pelik? Macam....macam bau bangkai. Ishkk aku takutlah ," kata Hamid.

Razak menoleh ke arah Hamid. Mukanya tenang seolah-olah tiada apa-apa yang aneh sedang berlaku. Dan dengan yakinnya beliau menjawab...........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ha ha ha ha hampeh ko Razak!!!!!!

Tuesday, April 21, 2009

BILA TIADA IDEA SAYA AKAN BERPANTUN

pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
saya datang menjenguk rumah
malas nak update tiada cerita

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang duit boleh la di bayar
hutang tag saya buat tak reti

tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
nak ku update tak dapat-dapat
ku delete-delete ku post yang ini

sorong papan tarik papan
buah keranji di dalam perahu
suruh update, saya updatekan
apa isinya saya tak tahu

tinggi tinggi si matahari
anak kerbau mati tertambat
kalau nak update tiada entri
cerita orang jangan dirembat

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
sayang masa sayang kerja
kerana blog saya turutkan

kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh saya mengupdate lagi

pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
walau jauh berbatu-batu
blog saya dilupa jangan

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai saya antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

last but not least

PECAH KACA PECAH SIMEN
SUDAH BACA HARAP KOMEN



ngehehehe..hah jawab cik kiah jangan tak jawab

Monday, April 20, 2009

SESUATU TENTANG SAYA- PART THREE

Selain dari menulis dan melukis sebenarnya banyak lagi benda lain yang saya suka. Kalau nak tahu saya sebenarnya suka berlakon. Tapi dikenali sebagai seorang yang pemalu dan pendiam (ahaks) maka ianya hanyalah menjadi minat yang terpendam hehe..

Tapi masa dekat matrix, saya selalu berlakon dengan rumate saya kat dalam bilik. Selalunya kami akan bawak watak sedih dan penuh emosi. Skripnya spontan ikut sedap mulut jer..hahaha..Giler betul bila mengenangkan semula benda tu. Really miss my old days..kalaulah ada time machine kan hehehe

Orang yang tak berapa mengenali saya mesti ingat saya ni seorang yang pendiam, sopan-santun dan berbudi bahasa. Padahal tak pun. Saya adalah seorang yang sengal sebenarnya tapi saya jarang menunjukkan kesengalan saya depan orang lain. Kecuali orang yang benar-benar rapat dengan saya. Jadi bila saya buat sesuatu yang tak dijangka, seperti err..berlakon..mesti mereka akan terkejut cam eh..tak sangka dia boleh buat benda ni, ingatkan pemalu sangat hahaa...

Berapa kali eh saya pernah berlakon..errm..masa matrix dulu sekali, masa kat U dua kali kot hahaha..tapi semuanya watak tempelan yang takde dialog..wakakaka.. Tapi yang bestnya ada lecturer sudah perasan. Bila saya jumpa lecturer tu, dia cakap eh awak yang berlakon hari tu kan..wakakakka padahal saya keluar pentas tak sampai berapa minit. Yang pegang watak utama tu sangat jeles sebab lecturer tu tak perasan pun dia hahahaa....Selain berlakon jadi pak pacak, saya pernah jugak jadi suara latar untuk pertandingan antara batch...watak penting jugaklah. Rasanya ramai yang tak sangka tu suara saya. Sebab kat luar saya cakap pun nak tak nak je hahaa.. Owh lupa nak cakap, kami jadi naib johan yek ngehehee...

Tapi kalau diberi peluang lagi, saya nak berlakon lagi (bukan berlakon tv okey)..Best berlakon ni, sebab kita boleh jadi seseorang yang bukan diri kita, Kita boleh menjerit, boleh menangis, boleh berteriak tanpa malu-malu sebab tu hanyalah sekadar lakonan. Kalau kat luar mesti kena kontrol sopan okeh hehee..Jadi satu lagi impian saya adalah.....saya nak join teater hahaha..mungkin takkan tercapai untuk seumur hidup kot hehe




p/s : ekspresi diri lagi hahaha

SESUATU TENTANG SAYA- PART TWO

Selain dari suka menulis, saya juga sebenarnya suka melukis. Tapi perkataan 'suka' itu tak bermaksud saya rajin atau selalu melukis. Saya jarang melukis secara serius. Kalau sekadar contengan tu biasa lah, hari-hari pun saya buat haha..Bagi saya nak melukis ni kena ada mood yang sesuai, tenang, aman dan damai. Satu lagi kena ada masa yang panjang, sebab saya tak suka melukis sambung-sambung..

Walaupun saya suka melukis. tapi saya tak suka mewarna. Langsung tak ada bakat. Comot jadinya. Lagipun saya tak pernah belajar melukis dan mewarna secara serius. Sama macam menulis, saya main hentam saja. Saya ambik Pendidikan seni sampai saya darjah enam je. Macam manalah nak pandai kan hehe...

Saya rasa saya mewarisi minat ni dari ayah saya. Ayah saya memang pandai melukis. Lukis bunga, lukis kartun semua ayah saya pandai. tapi ayah saya juga bukan seorang pelukis dan rasanya tiada hobi melukis hehe..Abang saya pun ada bakat melukis, dia suka melukis Dragon ball..haha itu je yang saya ingat dia pernah lukis. Kakak saya pun suka melukis juga. Rasanya dia lebih banyak melukis dari saya.

Kat bawah ni lukisan yang pernah saya hasilkan. Saya rasa inilah satu-satunya potret yang pernah saya hasilkan masa kat U. Betapa busynya saya ...Potret ni saya hentam je. Takde teknik-teknik khas yang digunakan (istilah yang digunakan dalam melukis pun saya tak tahu hehehe...)Jangan di tanya potret siapa..rahsia hahaha...




Nak tahu impian saya? Saya harap satu hari nanti saya berpeluang belajar melukis dan punya banyak waktu untuk melukis...err mungkin bila saya dah tua dan pencen kot hahaha..




p/s : melukis juga salah satu cara untuk mengekspresi diri :D

Sunday, April 19, 2009

SESUATU TENTANG SAYA-PART ONE

Saya suka menulis. Entah sejak bila minat tu timbul saya pun tak perasan. Tapi saya rasa minat ni datang sebab saya suka membaca. Bila saya baca karya yang best, saya pun mulalah berangan nak jadi penulis jugak.Mula pasang impian nak jadi sasterawan. Hahaha...ada hati tu. Tapi sayangnya saya tak belajar sastera, belajar teknik penulisan yang betul pun tak pernah. Saya menulis ikut gerak hati je, err lebih tepat lagi ikut suka hati hahahaha...Walaupun hasil tulisan saya macam hapa-hapa, saya tak peduli. Yang penting saya rasa gembira dan puas hati.

Kalau nak tahu saya kadang-kadang rajin jugak tulis puisi. Tapi saya jarang nak share sebab puisi saya tak puitis. Saya cuma guna bahasa straight forward, takde metafora, takde melankolik, takde bunga-bunga. Kadang-kadang bila mood gila-gila saya datang saya akan bersajak, selalunya dengan kakak saya, sebab kami sama-sama mengong hahaha...Sajak tu keluar ikut sedap mulut saya je. Secara spontan. Apa yang terlintas di fikiran, itulah yang keluar dimulut. Tapi saya jarang tulis sajak saya tu. Sebabnya semudah ia keluar dari mulut, semudah tu jugaklah ia luput dari ingatan saya ni hahaha...

Bila saya godek-godek file lama tadi, saya ada jumpa satu sajak. Saya tak ingat bila masa saya tulis. Dah lama rasanya. Sebab musabab kenapa saya tulis sajak ni pun saya tak ingat haha..banyak sangat makan semut, semua benda pun saya lupa. Saja je nak letak sajak ni kat sini. Saya tak kisah kamu nak kutuk, sebab saya pun rasa sajak ni tak best. Tapi saya nak jugak letak kat sini, sebab ini je yang saya jumpa hahaha...


KAU DAN AKU
~by Cinta Cukulet

Kau dan aku
Kita tak sama
Masing-masing berbeza
Lain tingkah
Lain rasa
Lain bicara
Langkah kita tak seiring
Haluan kita tak serupa
Tapi cuma satu harus di ingat
Kita sama-sama hamba Tuhan
Tak bolehkah kita hidup aman?
Aku hormat kamu
Dan kamu hormat aku
Biar semua tenang
Kita sama-sama senang




p/s : menulis mengenai diri sendiri membolehkan kita menganalisis siap diri kita :D

CERITA BOSAN SAYA HARI INI

Tadi saya pergi ke klinik kerajaan. Saja je jalan-jalan cari makan. Haha..tipu. Pergi klinik mestilah sebab tak sihat kan takkan nak makan-makan pulak.

Macam biasalah kan kalau pergi klinik kerajaan mesti kena tunggu lama punya. Mengikut pengalaman saya paling sikit pun setengah jam. Paling lama adalah empat ratus empat belas jam. Tipu lagi. Jadinya untuk mengelakkan kebosanan adalah lebih baik kita mengisi masa lapang kita itu (macam lah kita ni banyak sangat masa nak menunggu berjam-jam kan) dengan berbuat sesuatu. Kalau saya macam biasalah. Hobi saya adalah memperhatikan gelagat manusia hehehe...




Curi-curi ambik gambar pun saya suka jugak. Barulah feeling papa razzi haha


Kat klinik ni macam-macam ragam kita boleh tengok. Ragam orang sakit, ragam orang teman orang sakit, dan jugak ragam orang yang rawat orang sakit iaitu encik misi hehehe...

Tapi saya kesian sangat tengok orang yang baru lepas bersalin terpaksa bawak baby dia buat pemeriksaan. Kadang-kadang tu masih berstokin dah berkain sarung lagi si ibu tu. Jalan pelan-pelan sambil dukung baby. Kesian kan. Kalau nasib baik adalah suami meneman. Kalau nasib tak baik sorang-sorang la jawabnya. Kepada kaum-kaum suami tu kasihanilah isteri anda. Kalau ya pun anda busy kerja, tapi apa salahnya tolong bawak anak pergi check up. Tak kesian ke kat isteri yang masih dalam pantang tu. Buat anak je pandai yek..ishk ishk ishkkk..dah lah..malas mau layan kamu..Nak pergi makan ubat. Baru la sihat dan kuat lalalala..

Saturday, April 18, 2009

RASA BIASA YANG MENJADI LUARBIASA

Arghh malasnya nak hapdate..nak bukak blog ni pun nak tak nak je hari ni hahahaa...Hari ni je la, esok belum tau hehehe.. Agaknya sebab dah terlebih hapdate last week, dah terover limit kot. Maklumlah otak saya ni kapasitinya terhad. Tak boleh generate idea banyak-banyak nanti dia jammed hahahaha...

Lagipun hujung minggu ni bukannya ramai sangat yang rajin online kan..Ramai yang rajin tidur je hehe..Opss terkutuk orang plak, haihhh.. Mintak maaf ya pada yang berkenaan :p

Tapi alang-alang dah menulis ni nak jugak bercerita sikit-sikit kan. Sikit jeee. Janji.Tadi saya gi makan mee goreng. OK dah..Dah abis cerita. Sikit je kan hahahaha...

Rasa macam jahat la pulak mempermainkan orang sebegitu rupa. Saya mintak maaf sekali lagi. Baiklah saya sambung cerita. Tadi saya pergi makan mee goreng. Kat warung je. Warungnya biasa-biasa sangat. Langsung tak ada bintang. Cuma ada meja empat lima bijik meja je. Menunya pun biasa-biasa jugak, mee goreng, nasik goreng, gitu-gitu je.

Tapi tadi saya rasa macam best sangat pergi situ. Nak tahu kenapa? Bukan sebab pekerjanya hensem. Salah tu, saya tak memandang pada paras rupa hahahaha.. Sebab yang sebenarnya adalah, kerana di warung tu ada kenangan manis sewaktu kecil..

Dulu masa kecik ayah saya selalu bawak pergi makan kat situ, makan mee goreng dengan keropok lekor. Saya suka sangat kalau ayah saya bawak pergi makan kat situ. Mee goreng dia sedap.Tapi bila dah besar, dah tak pernah lagi makan kat situ. Dah lama sangat. Sepuluh tahun lebih kot. Jadi petang tadi, saya dan kakak saya decide nak makan kat situ. Nak tahu, rasa mee gorengnya masih sama macam dulu-dulu. Tak berubah langsung, masih sedap, malah bertambah sedap. Agaknya sebab 'kenangan manis masa kecil' tu yang menyebabkan mee goreng tu terasa sangat sedap..

Hurmm banyak benda kat sekeliling kita ni biasa-biasa je kan. Kedai yang biasa, rumah yang biasa, bantal busuk yang biasa, semuanya kalau dipandang biasa-biasa je. Tapi yang menjadikannya luar biasa adalah 'kenangan manis' yang tercipta. Kan? hmmmm :)

Friday, April 17, 2009

KISAH DUKA SEORANG BUDAK BERNAMA AMIR

Mir, dah la tu. Apa yang nak di menungkan lagi. Benda dah lepas, tak usah nak diingat-ingat lagi..

Hmm..takde apa lah Man...Aku okey je..

Mir, aku ni kawan kau. Kita kenal sejak kecik lagi. Aku faham sangat perangai kau. Tiba-tiba jadi pendiam. Termenung sana, termenung sini. Makan pun tak lalu...mesti kau ada masalah ni...Ermm..kau teringatkan hal hari tu ke?

Ishk takdelah..Sumpah aku takde apa-apa. Mungkin aku penat sikit kot. Tu yang aku jadi cam ni. Kau jangan risaulah.

Tengok. Nak tipu lagi. Sekilas ikan di air aku dah tahu jantan betinanya. Tengok riak muka kau pun aku dah tahu. Ceritalah kat aku Mir, mana tahu aku boleh tolong.

Kau ni Man, memang tak boleh langsung aku nak tipu kau. Tau je kau eh?

Hehe..kita kan kawan lama..

Ya lah..aku mengaku. Memang aku teringatkan hal hari tu. Sampai sekarang aku asyik terbayang-bayang je kejadian tu. Aku rasa malu sangat, Man. Tak tahu kat mana aku nak sorokkkan muka aku nih.

Kau tak payah la nak ingatkan sangat benda tu Mir. Lupakan je. Life must go on. Hidup mesti diteruskan. Takkan kau nak biarkan benda sekecil ni menghantui hidup kau?

Benda kecik kau kata Man? Ya lah, bagi kau kecik lah. Kau tak rasa. Tapi aku ni? Aku yang alami benda tu Man. Sumpah, sampai bila-bila pun aku takkan lupa kejadian tu.

Sorry Mir. Aku tak maksud macam tu. Aku cuma tak nak kau terbawa-bawa je dengan perasaan kau tu. Jangan sampai kejadian tu menjejaskan seluruh kehidupan kau. Sampai bila kau nak macam ni?

Entahlah Man. Aku pun tahu sampai bila aku nak macam ni. Bukannya aku tak cuba nak lupakan benda tu. Tapi sampai ke saat ni pun, aku masih teringat-ingat. Sampaikan dalam tidur pun aku termimpikan kejadian tu.

Ishkk... sampai macam tu sekali ke? Janganlah cam tu Mir. Kau kena terima benda tu sebagai takdir dalam hidup kau. Cuba anggap benda tu sebagai satu pengajaran yang akan mematangkan kau sebagai seorang manusia. Aku yakin kau boleh hadapi semua ni Mir. Amir yang aku kenal bukan seorang yang lemah.

Aku tak tahu Man. Aku tak tahu macam mana aku nak hadapi semua ni. Macam mana aku nak berhadapan dengan kawan-kawan kita yang lain? Aku malu. Setiap kali terserempak dengan mereka, aku rasa seolah-olah mereka ketawakan aku. Bukan kau tak ingat masa kejadian tu, semua orang gelakkan aku. Kau sorang je tolong aku. Aku rasa terhina sangat. Seolah-olah aku ni tak ada maruah.

Mungkin mereka tak sengaja nak gelakkan kau masa tu Mir. Lagipun tu cuma perasaan kau je. Sekarang ni mereka tak gelakkan kau lagi dah. Entah-entah mereka pun dah lupa dengan kejadian tu. Kau maafkan jelah mereka ye?

Ahhh..sampai bila-bila pun aku takkan maafkan mereka. Apa mereka ingat aku ni badut ke untuk dijadikan bahan lawak. Mereka ingat aku ni tak ada perasaan. Tak ada hati. Aku kecewa kau tau. Orang yang aku anggap kawan sanggup ketawakan aku masa aku susah.

Hmm..aku tak tahu nak pujuk kau macam mana lagi dah. Ikut suka hati kau lah Mir.

Aku tak suruh pun kau pujuk aku. Siapalah aku ni kan. Dah lah miskin, tak da rupa, tak bijak, sekarang tak da orang pun nak kawan dengan aku ni. Kau pun samalah macam mereka...huuuu

Astaga budak ni.. Yang kau emo tak tentu pasal ni apa kehal? Terpijak tahik ayam je pun. Kena gelak sikit dah kecik hati. Phigirahhhhh

Ahh kau apa tahu. Tahik ayam tu busuk tau tak. Lagi nak kena gelak. Benci korang. Bencikkkk huwaaaaaaaaaa....






Huwaaa......... huwahahahahaaaaa...

I'M SO HOTTTTT

Mummy!! Tolong adik mummy!!! Panas kat dalam nih...

Sabar dik, sabar..mummy ada kat sini. Mummy tengah usaha ni..adik bertahan eh!


Mummy, cepat la mummy. Panas sangat nih..sakit mummy!!!


Kesiannya anak mummy. Kenapa la diorang tergamak buat kau macam nih dik..


Aduh..mummy...adik dah tahan nih...Mummy!!!


Sikit lagi dik, mum...


Tetiba....

CHISSSSSS!!! Bertuah nyer ayam. Berani ko masuk dapur aku eh. Hambik ko selipar jepon nih...

Kioooooookkkkk kokkokokkook...

Hampeh nyer ayam...Orang nak rebus telur pun tak senang. Ada je nak mengacau huh....bebel Mak Cik Limah sambil menutup periuk berisi sebijik telur ayam kampung yang diambilnya dari reban pagi tadi...


Kesian anak mummy...jadik telur rebus..ekekekkeeke



p/s : entry ini ditulis dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Perasaannya sama seperti telur ayam dalam periuk berisi air yang mendidih hehehee...

FEELING REMAJA SKET

Hii semer..slmt ari jumaat. Kowunk seme pekabar. chat x ari neh?Kite cam tu ah...kekadang chat kekadang x..hurmm..Weh kowunk wat pe je ari neh? Kecian kowunk yg kene keje tew eh..Tngok cam kite x yah keje,lileks je dok umah..swonokk huhu..Tapi kdg-kdg bowink gak ase. asyik2 ngadap blog jew..cakit mate kite neh. Smlm pon mate kite da berair dh..ta taw nape. Pedih dowh..Sib baik ari neh cam ok sket. k lah kowunk,kiter aser cam tergeliat da lidah kite ckp cam gini. Sje je kite nk feeling cam remaje. Kowunk try ah nulih cam gini..musti kowunk dpt memahami perasaan kitowng yg remaja neh. Kalu kowunk ade adik belasan thn baya kite neh (:p) kowunk bleh ar msg dgn diowang tulih cam neh. Mesti diowang cyunk kowunk..ngehehe..Ok ah tu jew kite nk tulis ari neh..bubye2..cyunk kowunk sumer..:P







Hahaa..okeh-okeh back to the normal okeh hehe..giler payah nak nulis macam tu. Hairan betul macam mana la budak -budak zaman sekarang boleh dapat idea nak tulis cam tu. Adakah ini dinamakan evolusi bahasa? Huhuhu...Lantak ko lah dik. Asal SPM Bahasa Melayu ko dapat A1 cukuplah. Jangan nanti esei BM pun nulih macam tu, pening la pemeriksa semua nak baca. Alamaknya ada yang kena koyak masuk dalam tong sampah huhu

Dalam blog ni boleh la korang nak nulih style apa pun. Nak bersastera ke nak berpantun gurindam ke nak berbahasa alien pun tak de sapa larang. Korang punya suker la. Tapi tentang nak baca ke tak tu pembaca punya suka hehehe...Ya lah kalau dah tak faham, cam na nak baca kan huhu...

Tapi apa-pun janganlah sampai menghilangkan keaslian Bahasa Melayu kita yang indah rupawan ini. Saya pun akuilah saya menulis pun takdelah menggunakan BM yang sempurna. Ada gak perkataan-perkataan pelik dan ayat rojak yang saya guna. Takdelah saya skema sangat cam buat karangan SPM. Nak menulis ayat-ayat puitis lagilah jauh. Saya dulu tak belajar sastera. Saya dari aliran sains. Makanya ayat-ayat straight forward jelah huhuhu...Tapi Bahasa Melayu tetap di hatiku. Sayangilah dan cintailah bahasa kita :p :p hehe

Thursday, April 16, 2009

ANUGERAH DI MALAM JUMAAT

:woooh:
Yeayy yeayy dapat award...yeay yeay..dapat award hahaha...Apa ingat Nabil je ke dapat? Saya pun dapat gak la..huhuhu

Yang first ni dari Lots of love-Pearls..Terima kasih cik Pearls..Cuti-cuti tu jangan lupa kenang daku dalam doamu ya hehe....


From LOL-Pearls


Yang ni pulak dari Kak Tirana...Mekasih Kak Tirana. Sayang akak ummuahhh hehe...


Opss yang Kak Tirana bagi ni ada syarat dia. Kejap nak kopipes ni hehe

1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui 'backlink' blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Ermm nak bagi kat sapa ya...Banyak sangat blog yang berinspirasi dan mesra. Tapi kali ni saya pass kat

1.Kutaksempurna
2.LoLpearls
3.Ivy Metaga
3.Syah Syah
4.Cute Aslina
5.Dcrytz
6.Kak Tinie
7. Kak Syima
8.Kak Na
9.Cujen
10.Cheryna


Huhu.banyak lagi sebenarnya yang saya nak senaraikan. For those yang takde nama tu jangan kecik hati ya..blog anda jugak best-best belaka..Dan kalau korang perasan semua yang saya listkan ni perempuan..saya rasa orang lelaki tak layan sangat award ni kot..kan Cik abang? hehehe..

Dan pada Kak Tirana thanks a lot...sebenarnya blog Kak Tirana lah yang paling berinspirasi sebenarnya. Blog Kak Tirana penuh dengan cerita-cerita yang menyentuh hati dan memberi semangat...I Heart you Kak Tirana heheehe

NAK SAYA CERITA PASAL POLITIK??

Minggu lepas saya ada buat poll. Tentang entry macam mana yang kamu nak saya tulis. Huhu seperti di jangka kebanyakannya lebih suka saya tulis cerita merepek merapu meraban.

Tapi ada 3 orang sudah gatal tangan nak saya citer pasal politik. POLITIK??? Gulpp..telan air liur huhu..Sapa lah ni..main-main ek? Ada ke nak suruh saya citer pasal politik, tak boleh blah betul hahaha...


Politics??? Euwwwwwwww


Kenapa ya saya tak pernah tulis pasal politik? Adakah saya tidak patriotik? Atau saya ini plastik? Yang pasti saya memang bombastik muahaha..

Sebenarnya saya tak mahu komen la pasal politik ni. Bukan sebab saya langsung tak minat atau tak hiraukan langsung pasal politik. Bukan sebab saya hanya suka main-main dan merapu tanpa ada hala tuju hidup seperti kutu rayau di stesen bas. Tak. Saya ini serious juga orangnya. Selalu memikirkan pasal masa depan negara. Sila undi saya dalam pilihan raya akan datang ngehehe..

Tapinya saya rasa pasal politik ni biarlah yang pakar aja bercakap mengenainya. Kalau saya cakap kan banyak pulak ideologi merapu dan merepek yang keluar. Bahaya tu. Boleh menganggu gugat keamanan negara. Boleh memecah belahkan masyarakat (cehh macam la masyarakat baca blog saya :p). Boleh mendatangkan amarah,benci dan dendam kesumat. Malah mengundang caci maki dan hamun dari pada mereka-mereka yang tidak sealiran pendapat huhuhu...

Tapi (lagi sekali) tak lah salah kalau kamu, kamu dan kamu itu mahu tulis dan beri pendapat kamu tentang isu politik ni. Atau kamu mahu kempen parti kesayangan kamu itu giler habis-habisan. Atau mahu mengutuk parti dan orang-orang parti kebencian kamu itu giler babeng habis-habisan (ya ramai yang buat camni kan). Blog kamu, kamu la yang punya suka. Lainlah kalau blog Ahmad Albab, itu sukahati Ahmad Albablah.

Tapi (lagi dua kali) bukan lah saya orangnya mahu tulis entry cam tu. Ya Ammpunnn..tak rela hehe (buat masa sekarang lah, lagi doploh tahun belum tahu lagi ). Saya lebih suka blog saya ini aman damai tanpa sebarang sengketa mahupun kata-kata keji. Saya mahu yang baik dan indah-indah sahaja (walaupun kekadang ter'emo')...Saya tak mahu kerana politik kita berpatah arang berkerat rotan hehehe...Yalah sedangkan mentua dan menantu, ayah dengan anak, suami dan isteri pun boleh berperang besar kerana tak sekepala dalam politik, inikan pulak saya dengan anda sekalian kan.

Jadi saya memilih untuk keep it safe. Segala pendapat dan ideologi politik itu biarlah saya simpan dalam kepala atau sembang di kedai kopi je ahakzzzz... Nak tulis-tulis ni biarlah penganalisis politik yang berpengalaman je yang buat. Kita buat yang kita mahir je..iaitu......MEREPEK!!! Yiehhahaaaaaaaa


Politics?? Whoooopppsssss!!

SWEETLIL CRAFT'S GIVEAWAYS

Halluu..hari ni saya nak buat promosi la pulak. Asyik cerita merapu je. Sekali sekala nak la jugak berkhidmat pada nusa dan bangsa...wakakakaa...

Saya nak bagitau korang satu perkara, tak kira la korang nak tahu atau tak nak tahu korang kena baca jugak. Ini adalah satu paksaan okeh hehehe...

Sweet Lil Craft Shop kepunyaan Kak Ayu telah mengadakan satu pertandingan err..pertandingan ke? Cam kurang tepat je penggunaan bahasa. Mengadakan giveaway? Lagilah tak tepat. Ah...Pendek kata sapa nak cuba nasib memenangi sebuah beg free yang cantik berwarna hijau dan juga buah stroberi yang comel seperti gambar di bawah bleh lah join. Eh cara promo macam saya pulak yang buat pertandingan ni. Bukan ke saya adalah peserta? Hahaha....




Kak Ayu ni sebenarnya ada dua blog. Satu blog personal iaitu The Journey Of Life yang menceritakan hal ehwal kehidupan beliau bersama family tersayang dan si comel Amjad (ayat cam bodek haha) . Satu lagi blog business ni iaitu Sweet Lil Craft Shop yang bermotokan 'everything is handmade'. Blog ni rasanya baru lagi dibuka kan Kak Ayu? Kak Ayu jual kraftangan hasil jahitan tangannya sendiri segar dari ladang....Cute-cute semuanya huhu

So sapa-sapa yang berminat tu sila lah terjah. Kalau nak join dapatkan giveaway tu pun lagi elok. Bukannya apa. Bukan hadiah yang jadik nilaiannya tapi apa salahnya membantu saudara sebangsa seagama mempromosikan perniagaannya. Tolong-menolong bantu membantu itu kan amalan mulia lagi berpahala hehehe...Dah..dah saya nak gi tidur ni...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Wednesday, April 15, 2009

HARI INI TIADA CERITA MENARIK KERANA SAYA SEDANG MENIKMATI UBI REBUS YANG SUNGGUH LAZAT :p

Tanam-tanam ubi
Tak perlu dibaja

Orang Berbudi

Kita Berbahasa


Semarakkan hari ini...

Kita nyanyi ramai-ramai..

Goyang badan goyang kaki..

Ah dah tak ingat lirik..lalalala..


Tetiba teringat lagu filem Geng tu. Tapi sampai sekarang pun saya takde peluang nak tengok filem tu hakhakhak...Tapi takpe. Saya bukan nak cerita pasal filem. Saya nak cerita pasal ubi....


Taddaaaaa...Ubi keledek rebus...Sangat enak di makan di kala hujan turun. Huhuhu...

Ubi ni adalah ubi yang paling bertuah dalam dunia ni. Nak tau kenapa? Sebab mereka adalah antara ubi yang terpilih untuk direbus oleh saya muahahaaa..For the first time in my life, ini kali pertama saya merebus ubi..Lihatlah dunia kejayaanku...haku bangga..haku bangga...Okey. Sedikit over disitu. Abaikan perenggan meriak tak tentu hala ini :p

Hari ni sebenarnya hujan turun tak henti-henti dari pagi sampailah sekarang ni. Patutlah semalam panas sampai tak boleh tidur, nak hujan rupanya. Tapi best jugak hujan ni..sejuk je..Pastu makan pulak ubi rebus lawan dengan kopi o panas....Perghhh mesti air liur korang meleleh kan. Air liur saya tak melelehlah sebab ini ubi saya yang punya muahaha...

Okeylah. Cukuplah disini saja. Saya mahu menikmati ubi rebus ini. Seronoknya jadi budak kampung...lalalalalala...



p/s : orang terengganu panggil ubi keledek ni "ubi stela" (sila jgn bakukan huruf a itu)

MORNING!!!



Bangun pagi jangan buat muka masam, nanti rezeki larisengihnampakgigi

Tuesday, April 14, 2009

BERDEBAR GILERRR

Huwaaaa...siyes berdebar giler..nak menaip pun terketar-ketar nih huhu...Tadi (baru je beberapa minit berlaku) saya nak bangun dari kerusi...sekali kaki saya tersangkut kat wayar laptop ni..apa lagi...Kedebak kedebung...hambik ko..sekali dengan laptop, dengan cooling fan, dengan mouse semua terjun dari atas meja....huwwwwwwaaaaaa..anak aku jatuhhh..Giler terkejut, tinggi tu dari atas meja. Check laptop, luaran nampak okey, cuma ada sedikit calar..yang risau tu takut-takut ada kecederaan dalaman. Tu yang dok try ni..takut-takut ada dia dah mereng ke hapa kan. Nampak dok okey lagi...boleh naip entry lagi nih huhu...Mintak-mintak takde apa-apa la laptop saya nih. Susah payah saya mendapatkannya. Dah hampir dua tahun tak pernah rosak lagi, harap-harap dia takde apa-apa. Saya sayang 'baby' saya nih..ala busyuk-busyuk anak mak, sorry mak tak sengaja keh..sakit ek...(tuan dia pulak yang jadikk mereng wakakaaka)


p/s : agak-agak ada long term side effect tak nih?

Sunday, April 12, 2009

SUPERGIRL RETURNS

Fuhhh...akhirnya berjaya mendarat dengan selamat dan..err bergaya hohoho..


Persoalannya : Adakah perjalanan saya sejauh 159 km pergi dan 160 km balik semata-mata untuk menyelesaikan urusan yang memakan masa kurang daripada 15 minit serta dikenakan bayaran mencekik darah sebanyak RM 37.80 itu berbaloi?

A. berbaloi
B. tak berbaloi
c. berbelang-belang
d. berbala-bala


Nantikan jawapannya selepas ini..err atau esok err..lusa ke..Sekarang ni nak pergi tengok TV..yieeehaaaaa!!!

GOING OUT SOMEWHERE :D

Maaf...hari ni tuan rumah tak ada. Ada misi yang harus diselesaikan...Demi keamanan sejagat, relakanlah pemergian saya...


UP..UP...AND AWAYYYYYYYY

I'll save the world...yieeehhaaaa

Saturday, April 11, 2009

B.E.N.G.A.N.G

APA PANDANG-PANDANG?? SAYA TENGAH BENGANG NI...GRRRRRRRRR



Aaaaaaaaarrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!
Rasa cam nak sepak bontot orang je...korang,cepat beraturketukmeje

SIAPA YANG TENGAH MAKAN KACANG TAK DINASIHATKAN BACA :p

Saya suka makan kacang. Dari kacang kampung seperti kacang tanah dan kacang parang sehinggalah kacang bandar seperti hazelnut dan pistachios..semuanya saya telan. Cam asyik gitu bila kunyah kacang. Kenikmatannya dirasai hahaha...

Tapi setiap kali saya makan kacang mesti saya teringatkan abah saya (cam iklan biskut jacobs la pulak haha). Sebabnya abah saya bila tengah makan kacang mesti bukak satu cerita ni. Cerita kacang dan anak-anak kacang haha. Abah saya memang penggemar kacang sejak azali lagi. Abah selalu beli kacang tanah yang dalam plastik tu yang cap tangan, Ngan yin, Pagoda, macam-macam lah

Abah cakap, masa kitorang kecik-kecik dulu (masa jalan tak teh tak teh lagi kot hehe) setiap kali tengok abah makan kacang mesti nak jugak. Mengangga mulut cam anak burung nak kena suap. Padahal mana la boleh makan kacang lagi kan masa tu. Kunyah pun tak pandai, silap-silap ada yang tercekik, dah kurang sorang anak abah hehe.

Tapi abah mana boleh tengok anak-anak dia kempunan. Kesian, meleleh air liur sorang-sorang. Jadi abah kata, abah akan KUNYAH dulu kacang tu kasik lumat pastu suap kat kitorang. Ya KUNYAH. Bila kunyah mesti la bercampur air liur kan hehehe.. Setiap kali abah bukak cerita tu kitorang mesti cam euwwwwww...dan buat reaksi menafikan kenyataan abah itu ..Abah tipu..abah tipu!! Haha...Abah kata "Mana ada tipu. Sebab tu anak-anak abah bijak (err..puji anak-anak sendiri wakaka), sebab makan kacang yang abah kunyahlah hehehehe"

Haha..boleh caya ke abah ni? Saja je kot nak mainkan kitorang. Tak nak kasik kitorang menghabiskan kacang abah la tu hehe. Tapi rasa cam nak percaya pun ada. Sebab adik yang bongsu pun beria-ia nak makan kacang masa kecik-kecik dulu. Err..abah la yang suap. Jadik kesimpulannya, kitorang pun sama lah? hahaha...


Walau cam mana sekalipun, encik kacang tetap pojaan hatiku hahaha
(gambar dari incik google)



p/s : mak abah korang pun buat camtu tak dulu?hehe

Friday, April 10, 2009

SATU GAMBAR, BERIBU TAFSIRAN

Cuba tengok gambar kat bawah...Apa yang bermain kat fikiran korang

(ini bukan gambar keji wakakaa..)

Mungkin ada yang akan kata...
mereka adalah sepasang kekasih yang sedang err...kissing (binatang pun kissing gak ke?ekekekee )
atau pun
ada yang akan kata binatang tu sedang buat 'mouth to mouth resuscitation'
atau pun
macam-macam lagi lah tafsiran yang berbeza-beza

Sebab tu orang kata satu gambar boleh ada beribu cerita di sebaliknya. Si A tafsir macam ni, Si B pulak tafsir macam tu, Si C pulak tafsir lain macam haha.. Orang kalau nak menjatuhkan atau memfitnah sesorang selalu guna gambar. Kadang-kadang gambar betul, kadang-kadang superimpose. Kadang-kadang gambar yang tak disengajakan (macam gambar orang jatuh pastu terpeluk laki orang ke..wakaka). Macam-macam lagi la. Kata manusia banyak perangai kan huhu..

Ha..lagi satu..cara gambar menipu kita ialah dengan membuatkan seseorang tu nampak cantik. Ialah teknik edit mengedit sekarang kan canggih. Kalau yang kat luar tu nampak selebet je, dalam gambar puhhh kalah supermodel ko. Jerawat sebijik tak de. Licin tulus mulus je kulit muka tu. Badan solid, hidung mancung, bibir bak delima merekah..macam-macam lagi la. Haha...okey..okey saya mengaku saya pun pernah la edit-edit gambar..tapi takde la over sampai mengubah keaslian muka hehe :D

Sebab tu kalau kita tengok gambar tak boleh percaya bulat-bulat. Selidik dulu kebenaran gambar tu. Entah-entah gambar tu tipu je. So don't judge people by their picture ya..hahaha...Mata kadang-kadang boleh menipu, lensa kamera apatah lagi. Apapun tanpa gambar tak lengkaplah cerita hihihi (tapi saya tergolong dalam golongan org malas nak tepek picture..nasib koranglah baca tulisan je wakakaka).

Itu jelah. Apa kehal la saya merepek pasal gambar ni. Ni semua pasal memerang tu lah..eh memerang ke hah? Ke tupai? Lantak ko lah..sama je..dua-dua binatang. Muahahaha..





p/s :pernah buat gak mouth to mouth resuscitation tu tapi dgn patung je lah..err ada sesapa volunteer nak jadik mangsa?wakakakaa

DAN JAWAPANNYA.....JENG JENG JENG..

Hahaha..terima kasih pada yang menjawab soalan teka muka tadi ..Ada yang betul...ada yang salah kihkihkih..Yang jawab betul adalah Cik Ivy, Cik Ijechan dan Kak Tinie..tahniah tahniah...clap clap clap..haha..yang salah cuba lagi lain kali wakakaka..

Ini saya..picture yg tunjuk muka kat entry bawah tu saya dah remove untuk menjaga keharmonian sejagat wakakakaa...

CUBA TEKA

Bosannn la..bosannnn...

Nak buat apa ya?

Hmmmmm....

Main teka-teka nak tak?

Tapi tak de hadiah la (kedekut ngehehe)

Cuba tengok gambar kat bawah ni..

Teka yang mana satu saya hahaha...sertakan reason sekali ya hehe..

(PICTURE HAS BEEN REMOVED :p)
Dari kiri..no 1, 2, 3, 4...sebut no je huhu

Okey selamat mencuba...kehkehkeh

Thursday, April 9, 2009

MALAM JUMAAT KENA BUKAK CERITA SERAM

Korang pernah kena rasuk dengan hantu M tak? Mesti pernah kan. Entah-entah selalu. Bila dia datang je kita dah dapat rasa aura tu. Mulalah semua kerja tak jadi. Nak buat itu tak kena, nak buat ini tak kena. Rasa cam tak berdaya nak buat apa-apa. Nak angkat gelas pun tak larat. Rasa lemah je sendi-sendi badan ni..haha...Dalam banyak-banyak hantu, hantu M nilah yang paling dasyat..susah nak cari penawar...setakat jampi serapah, tiup tiup tu takde berkesannya. Makin longlai adalah haha...

Ha..tu..tu ...dia datang...saya dapat rasa..ah sudah..bahaya ni. Nampaknya saya kena berhenti menulis sekarang. Hantu MALAS dah datang hehehehe

INI CERITA PEA

(AWAS!! CERITA INI MENGANDUNGI BERIBU-RIBU PATAH PERKATAAN. TIDAK SESUAI BAGI MEREKA YANG BANYAK KERJA)

Hai. Nama saya Puteri Zalikha Sofea Batrisha Al-Maktabun. Boleh panggil saya Pea je. Hari ni saya nak cerita pasal kisah hidup saya. Manalah tahu kalau-kalau ada pengarah filem yang baca. Bolehlah dia filemkan kisah hidup Pea ni. Mesti Pea glemer kan hikhikhikhik...

Ermm..Pea nak mula kat mana eh? Okey Pea start dari Pea lahir. Pea lahir 10 April. Tahun rahsia. Pea tak suka la orang tahu umur Pea. Tapi Pea muda lagi tau. Orang kata muka Pea tak makan di usia. Pea iyakan aje hikhik..Owh ya kalau Pea lahir 10 April maknanya esok la besday Pea kan? Jangan lupa belikan Pea hadiah tau. Pea nak yang mahal-mahal je..hikhikhik...

Ermm...kamu nak tahu tak, masa Pea lahir, mak Pea lahirkan Pea sorang-sorang je. Bapak Pea dah lama menghilang masa Pea dalam kandungan lagi. Kesiankan mak Pea. Tanggung sakit sendirian. Pea lahir pun kat rumah tinggal je. Tak tahu la rumah sapa. Dah lama rumah tu kosong, Habis tu mak Pea tak de duit nak beli rumah sendiri, Mak Pea dok je la kat situ. Kesian mak Pea kan.

Lepas Pea lahir mak Pea jaga Pea. Mak bagi Pea minum susu. Susu ibu, baik untuk kesihatan kan. Bila Pea sejuk, mak Pea peluk Pea erat-erat. Mak takde selimut nak selimutkan Pea. Bila Pea dah besar sikit, mak ajar Pea berjalan. Mula-mula Pea takut..Pea jalan jatuh-jatuh. Lama-lama Pea pun pandai. Mak kata Pea budak bijak. Pea tahu mak tak tipu hikhikhik. Bila Pea besar lagi mak ajar Pea cari rezeki. Mak kata nak makan kena rajin usaha, tak boleh harapkan orang. Pea pegang kata-kata mak sampai sekarang

Ada satu hari tu Pea demam. Mak tak ada duit nak bawak Pea pergi klinik. Dah lah masa tu hujan lebat. Macam mana nak keluar. Nak cari makanan pun tak boleh. Pea dahlah sakit, lapar lagi. Pea rasa lemah sangat. Pea merengek-rengek dengan mak. Pea nak makan nasik. Mak kesian tengok Pea. Dalam hujan lebat mak keluar jugak. Tapi...sob..sobbb...lepas mak keluar tu mak tak pernah balik-balik. Mak Siti, kawan mak kata mak Pea jatuh dalam sungai. Mak Pea di bawa arus deras. Sampai sekarang mayat mak Pea tak dijumpai..Sob..sob...mak..Pea rindu mak..Pea nyesal suruh mak cari nasik untuk Pea...Makk..ampunkan Pea mak...

Lepas mak dah takde, Pea hidup sorang-sorang. Pea kena belajar berdikari. Pea tahu Pea kena kuat, kena tabah. Pea takde mak, takde abah. Pea sebatang kara. Sekarang susah senang hidup Pea, Pea tanggung sendiri. Takpe..Pea tahu Pea boleh..Pea kan anak mak. Anak mak mesti kuat macam mak jugak kan?

Pea nekad Pea nak ubah hidup Pea. Pea nak berjaya. Pea tak nak susah lagi. Pea dah serik hidup melarat. Langkah pertama yang Pea ambik, Pea berhijrah ke Kuala Lumpur. Orang kata kat sana lubuk rezeki, senang nak cari makan. Pea mesti cuba. Mana tahu rezeki Pea kat sana.

Kali pertama sampai Kuala Lumpur, Pea bingung..Pea nampak ramai sangat orang. Bangunan tinggi-tinggi. Kereta berselirat atas jalan raya. Takut Pea nak melintas. Kan tak pasal-pasal Pea mati katak. Pea tak nak mati lagi. Pea belum capai lagi cita-cita Pea. Kalau nak mati pun, biarlah Pea berjaya dulu kan hikhik..macamlah Pea boleh tentukan bila Pea nak mati.

Lepas dah sampai KL, Pea rasa lapar sangat. Dalam perjalanan tadi, Pea tak makan pun. Setitik air pun tak masuk dalam mulut Pea. Pea dah la takde duit. Pea pergi KL sehelai sepinggang je. Pea harap ada orang dapat tolong Pea. Pea pergi kat kedai makan. Dari seorang ke seorang Pea mintak tolong. Puas Pea merayu. Semuanya buat tak tahu. Baru Pea tahu, orang bandar ni semuanya sombong-sombong. Malah ada yang tergamak halau Pea macam kucing kurap. Hina sangat ke Pea ni? Sampai hati mereka buat Pea macam tu.

Pea putus asa. Pea kecewa. Manusia semuanya sama. Mentang-mentang Pea susah, miskin, seorang pun tak nak pandang. Kalau Pea anak raja, anak hartawan semua berebut-rebut nak berkawan. Dasar hipokrit. Memang Pea marah sangat.

Bila Pea dah penat, Pea pun duduk bawah pokok. Yalah nak duduk kat kaki lima nanti diorang kata Pea mintak sedekah. Kena hina lagi. Pea tak sanggup kena maki. Takdir Tuhan, masa Pea rehat-rehat kat situ, seorang pakcik lalu. Pakcik tu tegur Pea. Dia tanya kenapa Pea dok kat bawah pokok. Agaknya sebab dia kesian dengan Pea, atau mungkin sebab Pea comel hikss.. pak cik ajak Pea balik rumah dia. Pea ikut je. Pea pun dah tak tahu nak pergi mana kan. Pea mampu doa dalam hati je semoga pakcik ni betul-betul ikhlas dan takde niat jahat pada Pea. Memang Pea pasrah.

Sampai rumah pakcik tu, Pea nampak ada sorang makcik..Pea rasa lega sangat. Pea agak mereka ni suami isteri. Rumah pakcik tu besar sangat. Kagum Pea. Ada sofa kulit, karpet tebal, ada tv 32 inchi, ada peti ais 4 pintu..pendek kata macam-macam ada. Mula-mula Pea segan jugak nak masuk rumah pakcik, sebab Pea rasa Pea ni busuk, kotor..dah 2 hari Pea tak mandi. Tapi mak cik tu baik, dia pujuk Pea masuk. Dia suruh Pea mandi. Bagi Pea makan.

Tapi Pea hairan jugak kenapa rumah besar tu sunyi je.. Dah lama duduk situ baru Pea faham. Makcik lah yang rajin cerita dengan Pea. Makcik kata mereka ada tujuh orang anak. Semua dah berjaya, belajar tinggi-tinggi, ada kerja bagus-bagus..tapi mereka jarang-jarang balik. Makcik kata mereka sibuk. Kadang-kadang hari raya pun mereka tak datang menjenguk. Tapi makcik kata dia faham, anak-anak ada hidup mereka sendiri. Makcik dengan pakcik tak nak halang mereka capai kejayaan. Malah kata makcik, dia bangga dengan anak-anak dia. Tapi kenapa masa makcik bercerita, mata makcik berkaca-kaca. Makcik nangis ke? Pea takut nak tanya makcik. Kalau makcik nangis Pea tak pandai nak pujuk. Pea dok je diam-diam dengar cerita makcik.

Lepas dua bulan dok dengan pakcik dan makcik, Pea mula rasa bosan. Pea tak ada kawan. Dekat rumah Pea hanya makan, tidor je. Badan Pea pun dah montel. Tapi makcik kata Pea makin comel..hikhikhik..Pea memang comel kan makcik. Tak hairanlah kawan-kawan makcik yang datang rumah semua sukakan Pea. Mereka semua puji Pea cantik. Pea pun apalagi, kembanglah lubang hidung bila kena puji.

Sampailah satu hari tu kan, ada jejaka hensem lalu depan rumah Pea. Pea pandang dia, dia pandang Pea. Owh..Pea jatuh cinta pandang pertama. Dunia seakan-akan berhenti berputar. Jantung Pea macam nak luruh. Sumpah Pea tak tahu macam ni rasanya jatuh cinta. Lepas tu kan..hikhik..malu nak cerita..ermm lepas tu dia kenyit mata kat Pea. Wah..bestnyaa...Pea malu-malu. Merah padam muka Pea.

Hi..dia usyar Pea. Hii..Pea balas balik. Dia tanya nama Pea. Pea tanya nama dia balik. Owh nama dia Roy..so sweettt...Dia nak jadik kawan Pea. Pea okey aje. Pucuk dicita ulam mendatang kan..hikhikhik...Pea gatal..agaknya hormon estrogen dalam badan Pea banyak kot hikhik. Tapi takkan nak mengorat depan pagar je...tak romantik ar camni. Nanti apa pulak kata jiran tetangga. Nak ajak Roy masuk rumah, Pea takut makcik marah. Makcik kalau dah marah boleh tahan jugak ganasnya.

Roy macam tahu je Pea tak selesa bual depan pagar. Agaknya dia pun tak selesa kot. Dia ajak Pea pergi tempat lain. Taman ke, pantai ke, mana-mana yang Pea suka. Pea setuju. Pea ikut aja. Berani kan Pea ikut jantan baru kenal. Nak buat macam mana, Pea dah mabuk kepayang. Cinta dah membutakan Pea. Pea dah tak boleh fikir dengan waras. Pea nampak yang baik-baik je pasal Roy.

Roy bawak Pea ke rumah dia. Mula-mula Pea takut jugak, maklumlah Roy tinggal sorang. Tapi Roy pandai pujuk. Dia cakap tak payah takut. Roy takkan apa-apakan Pea. Dia sayangkan Pea. Bila dengar Roy cakap macam tu hati Pea pun jadi cair. Kami borak-borak. Roy kelakar, pandai ambik hati Pea. Pastu Roy belai-belai Pea. Pea rasa syok sangat. Selama ni memang Pea dahagakan kasih sayang.

Malam semakin larut. Roy tak hantar Pea balik rumah lagi. Pea takut makcik risau. Tapi Roy buat tak tahu je. Roy cakap tak yah takut, malam ni kita seronok-seronok je. Roy pandang mata Pea. Renungan Roy menggoda. Terselirat seribu makna. Pea jadik makin takut. Pea tak pernah buat macam ni, Roy pegang Pea, Pea cuba lari..tapi Roy kuat, Pea tak mampu lawan. Lama-lama Pea tewas jugak dengan Roy.

Lepas kejadian malam tu, Pea tinggal je dengan Roy. Roy pandai layan Pea. Dia buat Pea rasa macam puteri. Pea sayang sangat dengan Roy. Pea dah tak ingatkan makcik pakcik lagi. Cinta Roy buatkan Pea lupa segala-galanya.

Sampailah satu hari, Roy bawak balik betina lain. Roy kata itu buah hati baru dia. Dia dah tak perlukan Pea lagi. Bagi dia Pea dah tak ada guna dalam hidup dia. Ibarat habis madu sepah dibuang. Dia halau Pea keluar. Pea tak nak. Pea cintakan dia. Pea merayu-rayu pada Roy. Jangan tinggalkan Pea, pleaseeee sayanggg. Pea menangis-nangis. Tapi air mata Pea tak ada nilai bagi dia. Dia tendang Pea. Dia heret Pea keluar. Hancur luluh hati Pea. Sampai hati Roy mainkan perasaan Pea. Sampai hati Roy hancurkan cinta Pea.

Pea keluar dari rumah Roy dengan hati yang luka. Hujan rintik-rintik seolah-olah turut sama berduka. Pea tak tahu nak pergi mana. Masa ni barulah Pea teringatkan makcik dan pakcik. Pea malu dengan diri sendiri. Sebab cinta Pea tinggalkan orang yang banyak berjasa pada Pea. Kalaulah mak tahu mesti mak menyesal ada anak seperti Pea. Makcik, pakcik, maafkan Pea, rintih Pea dalam hati.

Hujan makin lebat, langkah kaki Pea makin perlahan. Pea tak pedulikan kesejukan. Pea tak pedulikan apa-apa lagi. Pea dah hilang semuanya. Semua sebab kebodohan Pea. Pea dah tak nak hidup lagi..Pea...Pea....lepas tu semuanya jadik kelam. Pea pengsan.

Bila Pea sedar, Pea nampak wajah pakcik dan makcik. Makcik nangis. Bila nampak Pea bukak mata, dia peluk Pea erat-erat. Makcik tanya Pea pergi mana. Pea tak mampu nak jawab. Makcik kata pakcik jumpa Pea terbaring tengah jalan masa hujan lebat. Pakcik bawak Pea balik rumah. Baiknya hati makcik dan pakcik, sanggup terima Pea balik. Walaupun Pea dah buat salah, sikitpun makcik dengan pakcik tak marahkan Pea.

Pea rasa bersalah sangat. Kebaikan dan kasih sayang pakcik dan makcik Pea tak dapat nak balas. Pea janji dengan pakcik dan makcik, lepas ni Pea akan jadi kucing yang paling setia..Pea janji...

~THE END~

SEMALAM SUDAH BERLALU

Semalam sudah berlalu, esok belum pasti dan hari ini adalah kenyataan hehehe....ayat yang biasa diucapkan tapi penuh makna kan. Ok cerita semalam tu kita jadikan kenangan je.Terima kasih pada kawan-kawan yang mengambil berat tu hihihihi...Saya okey, kan saya dah kata bila malam menjelma saya bertukar menjadi emo, tu je huhuhuhu...Urmm semalam ingatkan nak mengarang banyak lagi tapi internet pulak buat hal. Tengoklah kalau hari ni rajin haha...Tapi siang hari ni mood mesti ceria, malam-malam je boleh emo..especially time bulan mengambang hahahaha...

Jadi pagi-pagi hari ni kita mesti mulakan hari kita dengan senyuman. Barulah hidup riang ria sepanjang masa. Mari sama-sama kita senyum...Apa? Tak reti? Takpelah mari kita belajar senyum dari mereka...

'senyum badak'

'senyum dolphin'

senyum 'gorila'

senyum 'anjing'

senyum 'kucing'

smiling animals Pictures, Images and Photos
senyum 'bapak orang utan'



Pilih lah nak style senyum macam mana. Opss senyum kambing takde la pulak. Takpe-takpe yang penting kita senyum. Jangan masam-masam muka nanti kedut bertambah. Kurang cun. Kalau dah kurang cun nanti takde lah pulak orang nak mengorat kita.

smiling animals Pictures, Images and Photos
Ngehehehehehe.....

Wednesday, April 8, 2009

KALAULAH BOLEH


Kalau boleh
Saya mahu jadi seperti dia
Bibir sentiasa mengukir senyum
Solah-olah tiada duka....




Senyumlah wahai hatisenyum