(cerita yang panjang, sila sediakan setin biskut dan seteko kopi sebelum mula membaca haha :p)
Kawan baik, kawan karib, kawan selama-lamanya..huhu mana satu yang kamu nak pilih?
Kawan baik...dia baik sangat dengan kita, menangis bersama, ketawa bersama
Kawan karib...dia rapat sangat dengan kita, rahsia kita luar dan dalam semua dia tahu
kawan selama-lamanya....kawan yang kadang-kadang bertepuk tampar bergurau, kadang-kadang bertepuk tampar bergaduh, kadang-kadang dia sakitkan hati kita, waktu yang lain kita pulak yang sakitkan hati dia, kadang-kadang seorang ke hulur, seorang kehilir, tapi at the end, kita tetap kawan sampai bila-bila ..
........................................................................
Semasa saya tingkatan 3, masuk sorang budak baru, perempuan.. Tapi masa tu kami tak sama kelas sebab saya kelas Arab..tapi dengar jugak lah cerita pasal dia, sebab dia budak bijak hehe..Tapi bila cikgu buat kelas tambahan khas untuk budak berpotensi barulah kami berkenal-kenalan. Tapi masa tu taklah rapat, sebab kami sama-sama pemalu ahaakkzzz..(sama pompuan pun nak malu..pooodahh).
Bila masuk tingkatan empat barulah kami sekelas. Dia duduk depan saya, saya duduk belakang dia haha..Masa tu barulah kami rapat, rehat sama-sama, tunggu mak ambik sama-sama..pergi mana-mana pun sama-sama..eh sebenarnya takdelah selalu bersama-sama pun tapi cikgu kata kami macam kembar haha..cuma dia comel, saya comot, tu je bezanya kihkihkih.. Kalau masa exam, dia selalu dapat ranking yang pertama. Saya ranking nombor dua je (agaknya sebab saya duduk belakang dia kot, cuba kalau saya duduk depan dia, mesti saya dapat nombor satu kan? hahahaa)
Masuk tingkatan lima pun masih lagi sama-sama. Ada lagi sebenarnya beberapa kawan lain dalam group kitorang (cam kumpulan ganster plak haha) tapi saya mahu fokus dia je, sebab citer ni pasal dia. Mak saya dengan mak dia pun dah jadi kawan, pernah la datang rumah. Rahsia keluarga dia pun saya tahu..which is tak ramai orang yang tahu huhu..eh dah namanya rahsia kan mestilah tak ramai orang tahu haha..
Kemudian persahabatan kami berterusan sehingga ke matrikulasi. Kami masuk matriks yang sama, dan cuma kami 2 orang je dari sekolah tu yang dapat sama tempat. Masa tu kami sama-sama tak apply oversea (walaupun result masing-masing boleh tahan..cheh puji diri sendiri plak haha :p) sebab kami sama-sama orang susah.sedar diri tak nak menyusahkan mak ayah hehe...jadi masuk matriks aje..Tapi kami tak sama kuliah, tak sama bilik cuma sama blok asrama je.
Masa balik kampung, kami akan balik kampung sama-sama..kadang-kadang naik bas, kadang-kadang ayah saya baik hati mahu hantar hehe...Kadang-kadang dia lepak bilik saya, kadang-kadang saya merempat bilik dia..Kira hubungan masih berkekalan lah masa tu..huhu..
Kemudian, bermulalah cerita sedih..ishk ishk..kawan saya ni oleh kerana dia comel (dan saya comot) maka dia pun adalah boipren (saya pulak masih lah single...err..sehingga sekarang muahahaha). Saya tak kisah dia ada boipren..tak dengki pun..Cuma iyalah kekadang saya sendiri hairan, orang bila ada boipren mudah je berubah sikap..why? why? tell me why? (tak semualah camtu huhu..kang ada yang marah pulak :p)
Bila nak balik kampung, boipren dia(oh lupa nak cerita satu kampus heboh pasal pakwe dia ni cap kepala arnab, tak tahu macam mana dia boleh sangkut tiskkk) menyibuklah nak hantar pergi stesen bas. Entah kenapa saya rasa sangat tak suka dengan boipren dia..giler annoying haha (semua orang pun cakap macam tu, lagi sekali kenapalah kawan saya nih boleh sangkut tiskkk). Tapi saya takdelah cakapp, pendam jelah (habit saya kalau saya tak suka saya diam je huhu, malas nak berdebat kecuali mendatangkan marabahaya ngehehe). Lagipun orang tengah mabuk bercinta nih, cakap jelah apapun bukan diorang nak dengar..so diam dan perhati dari jauh (kena perhati jangan lepas je haha)
Suatu hari tu lepas cuti semester, saya dan kawan saya pun baliklah semula ke kolej..Jadi boipren dia konon-konon budiman datanglah menjemput kat stesen bas. Dengan kepenatan giler vavii (mencarut kena sopan haha :p) dan beg yang berat, layan jugaklah mereka ini mahu bershopping-shopping dulu (he eleh ko nak beli tuala je pun, tu pun nak suruh awek teman, menyampah ~ oh ayat tak puas hati masih jelas kelihatan sampai sekarang haha)-punca hilang sabar no 1. Dah lah nak balik tu gila sesak, kena berhimpit-himpit lagi naik bas..boipren dia tu pulak boleh mereserved kan tempat untuk awek dia dengan dia je..sungguh ungentleman..-punca hilang sabar no 2. Nasib baik saya dapat jugak tempat duduk, kalau tak saya bertukar jadi power rangers kaler pink dan terus memfire boipren kawan saya nih.
Lepas tu bas tu pulak ngokngek betul..elok je dekat nak sampai kolej, dia pergi rosak pulak -punca hilang sabar no 3. Jadi kami semua kenalah berjalan-jalan kaki sambil menghirup udara petang masuk ke dalam kolej. Oh dengan kepenatan tahap raja-raja, memang rasa nak terajang je dinding bas tu huhu (kenapa saya selalu bernasib buruk dengan bas? haha). Nak keluar dari bas tu punyalah sesak, kan tadi berhimpit-himpit dalam bas so nak keluar pun memang seksalah -punca hilang sabar no4.
Last-last dapat jugak keluar. Saya pun tercari-carilah kawan saya. Tapi...uhukk..alangkah pilunya hati melihat dia nun disana bergandingan dengan boiprennya (yang annoying ..lagi sekali haha) membiarkan saya terkapai-kapai keseorangan di belakang ini sambil mengheret beg yang berat..rasa sangat tersisih..rasa terbuang..rasa macam " sampai hati kamu tinggalkan saya kerana boipren " annoying"itu...ohhh sedihnya (korang dapat tak feeling sedih tu? buat-buatlah lap air mata eh).. Saya pun dengan rasa hati yang membara..marah sudah meletus...terus jalan laju-laju (sampai berjaya pintas diorang) dan buat tak nampak je diorang (maklumlah hati ku telah kau lukai hehe)..sampai bilik hempas pintu bilik, pastu terus gi mandi..sebenarnya pergi menangis..mandi tu alasan je..Serius ..tu kali pertama roomate tengok saya moody gila..(sebelum ni saya kelihatan sangat baik dan penyabar orangnya..haha:p)..
Entahlah..bagi korang tu mungkin perkara biasa je..tapi entah kenapa saya rasa sangat terluka. (masa tu jelah) Rasa macam, macam ni ke kawan? Bila bahagia, ko tinggal aku sorang-sorang, bila ko susah ko carik aku balik..huuu..Lepas kejadian tu pernah jugak kami terserempak ..saya buat dek jelah..dia pun buat macam segan gila nak tegur saya..agaknya dia rasa bersalah kot. Tapi saya tak simpan dendam pun. Kalau saya marah sekejap je pastu hilang..
Tapi kemudian satu hari tu dia takde duit (kan saya dah bagitau kami sama-sama orang susah) so dia datanglah jumpa saya mintak pinjam duit. Saya pun bagi lah pinjam, kata kawan kan, takkan tak nak tolong..Cuma roomate saya jelah yang berbunyi dia cakap " masa susah baru nok cari mu (oh roomate saya orghe kelate hehe). Tapi itulah, walaupun saya tak kisah tapi sebenarnya berbekas jugak dihati saya. Walaupun saya dah maafkan, tapi kisah ni akan jadi pengajaran seumur hidup saya.
Sampai sekarang pun kami masih berkawan. Walau jarang-jarang berhubung tapi bila jumpa balik, kami masih macam biasa, berkongsi cerita, bersenda gurau seolah-olah tak pernah bersengketa. Kalau boleh saya nak jadi kawan dia selama-lamanya..sebab kawan bagi saya bukanlah bermakna yang paling sempurna..tak akan ada kawan yang tak pernah buat silap (termasuklah saya) jadi sentiasalah memaafkan..Kawan sebenarnya adalah orang yang dapat bagi kamu pengalaman hidup yang berguna (walaupun dengan cara yang pahit)..berterima kasihlah pada kawan...huhuhu..
............................................................................................................
Saya tak mahu jadi kawan baik kamu sebab saya tak pandai jaga hati orang, Saya tak mahu jadi kawan rapat kamu sebab saya tak suka kongsi rahsia dengan orang..Kadang-kadang saya tak sedar telah sakitkan hati kamuDan saya tahu kamu juga tak sengaja sakitkan hati sayaWalau apa pun yang terjadi pada kitaSaya nak kamu tahusaya mahu jadi kawan kamu selama-lamanya....peace no war..hahaha.. (harap-harap kawan saya tak baca cerita nih :D)