Tuesday, June 30, 2009

Lain yang dicari lain yang jumpa

Sana sini orang dok cerita pasal citer transformers. Best sangat ke si bumble bee tu huhu..ni hah kat umah saya pun banyak menda alah transformers ni..tapi versi tempatan hahaaa...



Dari kiri : Jaapar, Seman

Dari kiri : Dol, Latip dan Manan

Ni yang pompuan..nama dia Sutinah

Kecik aje, kalau pijak je dah mampos hahaha..

Sebenarnya mencari menda lain dalam almari tadi, terjumpa plak menda alah ni. Percuma ubat gigi rasanya.. Comel jugak kan hehe...




p/s : kalau manusia boleh transform, saya akan pilih untuk jadi mesin jahit..istimewa untuk mak.. ;)

Sejujurnya saya tak tahu nak tulis apa

Bukan malas,
Bukan tak ada mood,
Tapi fikiran membeku la pulak huhu..
Kenapa eh saya jadi hilang rasa pulak pada blog ni..
Entahlah...will come back soon (itupun kalau ada talian internet, next week saya akan balik ke kampus)
Thanks pada yang mengetag, yang bagi award
terima kasih banyak-banyak
Yang sudi singgah dan ziarah,
Yang tinggalkan komen tapi belum berbalas tu
Maaf banyak-banyak yek huhu
Pada kawan-kawan saya ada pergi blog kamu tapi tak tinggal jejak je hehe...sesekali jadi silent reader seronok jugak rasanya :p

akhir kata..

kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh saya mengupdate lagi
sengihnampakgigi

kenang daku dalam doamu..tata, titi, tutu..

Saturday, June 27, 2009

Di balik cermin mimpi



DI BALIK CERMIN MIMPI
~M.NASIR~

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selubungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi



p/s : sedang cuba memaknakan sebuah mimpi (^-^)

Friday, June 26, 2009

Mana boleh kasi tahu nama sebenar, nanti kantoi lah

Ini tag dari Cik Emma..saya rajin nak jawab hehe...

That's My Name

A: loves to laugh
B: crazy at times
C: cute
D: smart
E: has beautiful eyes
F: wild and crazy
G: sexy
H: gives good hugs
I: very hot
J: likes someone
K: is very athletic
L: very good kisser
M: easy to fall in love with
N: very trustworthy
O: has the best personality ever.
P: popular with all types of people
Q: has a smile to die for
R: will make a good boyfriend or girlfriend
S: likes someone
T: very opened minded
U: is loved by everyone
V: not judgmental
W: very sexy
X: never lets people tell you what to do
Y: nice butt!
Z: makes dating fun


Ok..sepatutnya kena bagitau nama sebenar, tapi mak saya kata jangan dedahkan maklumat peribadi di internet..bahaya..hahahaaa..

Jadi saya cuma akan ambik huruf-huruf yang ada pada nama saya..ikut turutan A-Z ya...hehe..

A : Loves to laugh (hahaa..)
F : Wild and crazy (erkk??)
H : gives good hugs (eh?)
I : very hot (huh??)
N : very trustworthy ( hoho)
R : will make a good boyfriend or girlfriend (sapa nak try? haha)
S : likes someone (ye ke? :p)
U : is loved by everyone (hopefully)
Z : makes dating fun (miahahaa)

haha..tu la huruf2 yang membentuk nama saya..Mak aihh, nama saya sikit punya panjang, tu je huruf-hurufnya rupanya hehee

Tak mau tag sesapa, tapi sapa rasa nak buat sila-silakanlah hehee...tapi jangan mengelat macam saya yek..hahahaa :p

Bancuhlah ikut resepi sendiri


Saya kalau buat minuman, saya selalu ikut resepi sendiri. Ok..takde resepi pun sebenarnya, saya main hentam saja..asalkan ia look good dan feel good pada saya, layannnnn..hehe. Tapi kakak saya suka kutuk air yang saya buat. Biasanya sebab ia tak nampak cantik, warna tak menarik. Padahal dia tak pernah rasa pun air yang saya buat. Tapi saya tak kisah, sebabnya air tu saya yang nak minum, mestilah ikut cita rasa saya kan. Macam dalam hidup ni jugak, kita yang akan lalui dan hadapinya, kitalah yang berhak tentukan jalan hidup kita sendirikan? 'Resepi' orang lain tak semestinya menepati selera kita. Jadi kenapa kita perlu seksa diri kita dengan apa yang kita tak suka. Selagi kita rasa bahagia, tak salah kalau kita ikut hati sendiri. Selagi benda tu tak mengganggu-gugat ketenteraman orang lain dan tak menyalahi hukum, teruskan aje. Tapi janganlah pulak kita paksa orang lain ikut cara kita. Tetamu yang datang, masakan saya nak hidangkan dengan "air tak cukup sifat' kegemaran saya nih. Betul tak? heheeee....

Thursday, June 25, 2009

Ada apa dengan jerawat?

" Saya tak suka jerawat sebab ia buat muka saya jadi buruk, tapi kalau jerawat ni takde pun, muka saya tetap buruk, jadi kenapa perlu peduli?"~ anonymous



Hahaa...sapa la cik anon tu kan..oh abaikan dia. Dalam hidup ni mesti ada benda yang buat kita rasa annoying kan. Benda yang kita rasa lebih baik dia tak ada sebab kalau dia ada hanya menyusahkan kita. Tapi persoalannya, adakah ketiadaan benda itu akan buat kita jadi lebih baik atau sebenarnya keadaan masih tetap sama? Mungkin kita sebenarnya cuba mencari sesuatu untuk dipersalahkan sedangkan hakikatnya punca permasalah itu ada dalam diri kita sendiri. Ego, mungkin? Atau kita sebenarnya 'in denial'? Tak mahu mengaku, tak mahu terima hakikat. Bahawa kita ini juga tak sempurna dan punya kelemahan. Lantas kita pun mencari sesuatu untuk 'dikambinghitamkan'. Mudahkan hidup ini? Hahahaa...


Eh..kamu faham ke maksud saya..Maaf sebab saya suka buat analogi syok sendiri lalala..Oh ubat jerawat, di mana kamu nih..hehehe :p

Dah penat jadi comel, tukar jadi skema lah pulak

Ok lah kot..nampak profesional sikit muahahaaa...


p/s : cuba check bloglist, ada tak nama korang...huhuhu

Wednesday, June 24, 2009

Sharing is caring but my sister said sharing is loving

Tertarik pulak dengan isu perkongsian ini..Ni semua gara-gara entry cik noli dan encik ariff la nih hehe.. Sharing, atau dalam bahasa Melayunya (ke Bahasa Malaysia?) perkongsian. Bagi saya bila bercakap pasal berkongsi ia tidak terhad setakat perkongsian itu sahaja. Berkongsi merangkumi isu pengorbanan, kesanggupan, kerelaan, keikhlasan, ketulusan dan keupayaan untuk mengetepikan sikap pentingkan diri sendiri.

Orang yang sanggup berkongsi apa yang dia ada dengan orang lain, bagi saya adalah orang yang berjiwa besar. Sebab bukan mudah untuk kita bagi apa yang kita ada pada orang lain terutama benda-benda yang kita sayang. Bila kita sanggup mengorbankan perasaan diri sendiri dan membuang sikap " this is mine and will be only mine" itu bermakna kita sudah berjaya buang sikap tamak yang ada dalam diri kita. Orang tamak mana suka berkongsi kan? Apa yang ada semua dia nak bolot sorang..macam...ermm...macam..Ah..macam Cik Cinta Cukulet yang makan cokelat sorang-sorang pagi tadi hahahaa...

Tapi ada jugak yang berkongsi tapi dalam keterpaksaan. Hati tak rela pun sebenarnya. Macam kakak yang mak suruh kongsi mainan dengan adik. Terpaksa bagi jugak sebab takut kena babap dengan mak tapi mulut muncung dari pagi sampai ke petang hahaa (sapelah tu). Kalau macam tu, takde maknalah perkongsian tu. Hati tak ikhlas tak dapat apa-apa lah jawabnya. Rugi je peluang nak tambah pahala hehee..

Sebab kenapa ramai orang tak nak berkongsi adalah kerana dia takut apa yang dia ada akan berkurang. Lagi satu tak nak tengok orang lain sama-sama gembira dan bahagia macam dia. Oh ni dah masuk penyakit hati ni. Penyakit dengki dan iri hati huhuu.. Tak patut fikir macam tu sebenarnya..Berkongsi tak sedikit pun mengurangkan apa yang kita ada, malah menambahkan lagi adalah. Walaupun nampak macam rugi tapi sebenarnya kita untung banyakkk.. Bila kita suka berkongsi dengan orang lain, kita akan dapat kasih sayang manusia, kasih sayang Tuhan, dapat pahala lagi, malah orang yang kita berkongsi tu mungkin akan doakan kesejahteraan kita..tak ke untung tu huhuu..Tapi dengan syarat..kita kena ikhlas lah.

Oh ya..lupa nak ulas tajuk..haha..sharing is caring..dah biasa kita dengar..memanglah perkongsian itu tanda kita ambik berat..Tapi sharing is loving? Saya percaya orang yang suka berkongsi, jiwa dia memang kaya dengan kasih sayang sesama insan..betul tak? hehehee..




U think we share too much? hahahaa..
janganlah sampai melampau batas kot ye pun :p

Hargai Nikmat Yang Ada..

Pagi ni menu makan pagi (sarapan tadi kan dengan coklat haha) saya adalah nasik minyak. Walaupun saya dah biasa makan nasik pagi-pagi (nasik lemak, nasik minyak, nasik dagang, nasik berlauk) tapi sebenarnya saya kurang gemar makan nasik pagi-pagi. Sebu perut (ada ke perkataan sebu nih? ) Tapi takkanlah saya nak nangis hentak-hentak kaki mintak kuih karipap pulak kan (sebenarnya takut kena lempang). Jadi saya pun makan jelah nasik minyak tu tanpa sebarang rungutan (jangan makan sambil bercakap nanti tercekik nasik). Moral of the story? Dalam hidup ni kita takkan dapat semua benda yang kita suka. Jadi apa yang kita dapat, kita kena terima dan bersyukur. Kalau tak dapat belajar untuk menyukainya pun, cukuplah kalau kita tidak merungut dan membencinya. Hargai nikmat yang ada hehehee....Sekian taklimat pagi ini



p/s ; apesal entry pasal makan je ni?
p/s 2 : banyak betul kurungan dalam entry ni
p/s 3: lunch nanti nak makan apa ek? hahahaa

Mulakan harimu dengan ceria

Bangun pagi, sarapan dengan coklat, pastu blogging..



Oh..hidup ini memang indah bukan..hehehe


Tuesday, June 23, 2009

Selepas makan roti

Saya rasa saya dah makan banyak tapi kenapa tak gemuk-gemuk? Oh mungkin sebab saya ada bela hantu raya.





"Hantu raya. Kaler Pink"



Tips menghadapi Minggu Orientasi

Kepada adik-adik yang bakal mengharungi minggu orientasi minggu depan, sila hafal lagu nih


char kue teow, char kue teow
roti canai, char kue teow
teh tarikkk, teh tarikkkk
roti canai, char kue teow
(sila berlatih dengan gaya sekali)


betul akak tak bohong, ni lah lagu feberet yang akak dan abang fasi akan request korang nyanyi bila nak mintak tanda tangan diorang nanti..ngahahaaa



p/s : tak senonoh betul la diorang nih hahaaaa

Monday, June 22, 2009

Lagu pilihan minggu ini




Enjoyyy...hehehe..jangan sampai kantoi sudah :p

Belajar menjadi berani

Hihihi..kan dah kata, saya takut pada benda yang tak patut saya takut. Ketakutan yang tak berasas. Paranoid barangkali hehe. Terima kasih kawan-kawan sebab nasihatkan saya. Alhamdulillah, satu urusan saya dah selesai. Tak ambil masa lama pun untuk selesaikannya. Cuma saya yang pendam-pendam, tangguh-tangguh sebab "takut"..haha..takut nak berdepan dengan kenyataan, paranoid dengan masa silam? hadoiiiyaa.. Tapi semalam lepas tulis entry tu saya macam dapat satu keberanian untuk berdepan dan menghadapi kenyataan. Dan hari ni, bila saya terus ambik keputusan untuk "BERTINDAK"..semuanya selesai. Oklah..bukan semua, tapi satu step sudah selesai, dan cuma menunggu untuk menyelesaikan yang lain-lain. Satu demi satu. Bukan susah sangat sebenarnya. Dan bukan masalah berat mana pun, cuma itulah.. saya kena belajar untuk menghapuskan ketakutan dan sifat tak yakin pada diri sendiri itu. Terlalu Low self-esteem pun payah jugak kan..huhu..Dan benar seperti kata Kak Kuina dan Kak Tie..jangan takut, jangan pandang belakang..hidup kena terus maju dan maju..dan hari ni saya belajar untuk jadi orang yang lebih berani dan yakin pada diri sendiri. Semoga lepas ni tiada lagi 'manusia pengecut' dalam diri saya..hehee


" Keberanian bukan disebabkan tiada perasaan takut dalam diri, tapi kemampuan kita untuk mengenepikan perasaan takut itu kerana tahu ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan"~ayat belajar dari movie apa entah haha

Sunday, June 21, 2009

Haha..bodohnya saya

Kenapa saya perlu takut

bila saya tahu walau apa pun yang terjadi, it's not the end of my life

kenapa saya perlu takut

bila saya tahu walau apa pun yang berlaku, saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa support saya

kenapa saya perlu takut

bila saya tahu walau apa pun takdir Tuhan, itu yang terbaik dari Dia untuk saya

Dan yang paling penting,

Kenapa saya perlu takut

bila saya tahu yang Allah sentiasa ada untuk hambaNya...


haha..bodohnya saya sebab fikir yang bukan-bukan

saya sebenarnya yang menakutkan diri sendiri

kenapa saya perlu mendahului takdir?

sedangkan saya sendiri tak tahu apa yang bakal berlaku..

dan saya sendiri tahu bahawa "ia" cuma sebahagian dari puzzle kehidupan saya

yang perlu saya kutip dan cantumkan dengan kepingan yang sudah ada..

bodohnya saya sebab sebelum saya lihat kepingan itu, saya sudah meneka yang ia berwarna hitam dan kelabu

malah kalau betul ia hitam dan kelabu sekalipun, kenapa saya mesti berduka?

it's not the end of the journey...ya..ia bukan pengakhiran perjalanan saya ( melainkan maut sudah datang menjemput)

lalu apa yang perlu saya risau dan takutkan?

ishkk..di saat ini saya ingin mentertawakan kebodohan diri sendiri hehehee...


p/s : thanks kawan-kawan sebab cepat sangat respond pada entry kat bawah tu..betul cakap kamu, saya mesti BERTINDAK!!..thanksss..( ^-^)

Mungkin hanya saya yang mengerti tapi saya mahu post jugak

Saya kena buat jugak esok!! Mesti! Tiada kompromi.

Oh hati, tolong berhenti berdolak dalik.

Jangan seksa diri sendiri..pleaseeeeee

Ya Tuhan, berikan aku kekuatan

kawan-kawan, tolong doakan saya

supaya saya kuat semangat

jangan lemah-lemah lagi


saya mesti keluarkan diri dari penjara yang saya sendiri cipta nih..MESTI!!!!


(Apa yang saya perlukan cuma keberanian, tapi kenapa sangat sukar untuk saya lakukan?? )

Masa untuk bernyanyi-nyanyi

Semangat yang hilang - XPDC

Tidak engkau seorang

Juang hingga titisan

Rempuh tak berharapan


Nanti aku di sana

Di ufuk pemikiran

Lalu menghayatinya


Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran


Semarak impian segunung harap dipulang

Usahlah diragukan keupayaan sendiri

Hati yang membara mengikutkan kata-kata

Jawapannya di sini

Semangat kita yang hilang

Oh kita cari pulang


Malu bertanya kawan

Sesat cari jalan pulang

Biar ia berkesan

Di lubuk hati terbenam




p/s : ada sesiapa nampak tak kat mana semangat saya hilang? sesiapa yang jumpa saya kasik reward RM12 juta. tipu.

Memandang ke wajah

Korang pernah jumpa tak orang yang cantik, cantik sangat. Tapi bila kita pandang dia kita tak dapat rasa dia punya "jiwa". Cantik tapi takde "soul". Macam anak patung tu. Kan ke cantik tapi 'kosong' je..Huhu..ayat ni saya dapat dari kakak saya, masa tu kitorang terjumpa dengan seorang artis yang cantik. Cantik tapi takde 'soul' hehe..




Lagi satu, bila kita tengok dia..cantik..tapi berserabut.. hehe.. Yang ni saya belajar dari mak saya lah ni. Dulu saya ada sorang kawan..mak saya kenal dia. Mak saya kata dia cantik tapi muka banyak masalah huhu.. Masa tu saya kecik lagi, mana reti nak tilik-tilik muka orang. Tapi saya memang tahu dia ada banyak masalah. Pandai mak saya teka hehe

Sebenarnya ni bukan melibatkan orang cantik je, semua orang pun sama je (yang penting mempunyai muka). Kadang-kadang apa yang ada dalam hati tu terpancar kat wajah. Hati yang jernih, walau muka hitam (err manis) orang pandang pun senang hati je..hati yang berkeladak, walau muka dia putih bersih, orang tengok pun macam tak tertarik huhuhu

Lagi satu kalau susah hati..walau bibir mengukir senyum, kadang-kadang kita dapat detect sama ada senyum tu senyum paksa atau tak..lebih-lebih lagi kalau dengan orang yang kita dah kenal lama. Saya kalau ada masalah, senang je mak saya dapat teka. Tengok muka je dah tau huhu.. Saya sendiri pun rasa macam tu..kalau saya ada masalah saya dapat rasa riak muka saya ni berlainan. Tak ceria walaupun tersenyum. Rasa macam ada 'something' kat muka saya huhu..

Tapi kalau tak nak orang meneka riak wajah kita senang je..PAKAI TOPENG!!!! Muahahaaaa...








p/s : muka saya sekarang banyak jerawat...jerawat tension..bencikk betul

Saturday, June 20, 2009

Selamat hari bapa

"SELAMAT HARI BAPA"



Abah, lelaki yang banyak mengajarku tentang hidup..
terima kasih Tuhan kerana mengirimkan dia sebagai abahku




Seventeen – Ayah


engkaulah nafasku

yang menjaga di dalam hidupku

kau ajarkan aku menjadi yang terbaik


* kau tak pernah lelah

sebagai penopang dalam hidupku

kau berikan aku semua yang terindah


reff:

aku hanya memanggilmu ayah

di saat ku kehilangan arah

aku hanya mengingatmu ayah

jika aku tlah jauh darimu


repeat *

repeat reff [3x]




Pelancaran blog baru cik cinta cukulet

Haha..saja je kasik gempak sket tajuknya...sebenarnya bukan apa pun. Saya just create satu lagi blog je. Baru je timbul idea ni tadi terus tak nyempat saya buat haha... Nak tahu blog apa? Tekan sini ok.

Blog ni saya cipta khas untuk mengabdikan gambar-gambar mengarut yang saya ambik. Gambar yang kalau saya letak kat blog Cerita Budak Kampung mesti orang akan rasa kebosanan hehe. Sebab gambar ni takde cerita, cuma suka-suka snap. Kiranya blog baru ni blog syok sendiri saya lah. Kalau tak de orang nak lawat pun takpe sebab cuma untuk kepuasan peribadi saje hehe..tapi kalau nak jengok-jengok you are most welcome keh :D

Apapun, blog Cerita Budak Kampung ni tetap main blog saya..blog kesayangan tempat saya menumpahkan kasih sayang hahaha...blog baru ni cuma blog tempat menggedik je hehe..

Oklah.. selamat berhujung minggu semua..tataaa




p/s : ingat tak entry pasal Flickr dulu? hangat-hangat tahi ayam sajeee..harap-harap yang ini tak macam tu wakakaaa...

Misteri Bas Sekolah






























































(Misteri kan? Penat korang skroll down tapi takde cerita hahaa..)

Thursday, June 18, 2009

Bila jari tergedik-gedik nak menaip tapi kepala otak tak nak bagi kerjasama

Hahahaa...korang pernah tak alami sindrom seperti di atas. Bila jari jemari tergedik-gedik nak menaip tapi kepala otak tak nak bagi kerjasama...huu sangat tragis. Rasa macam nak ambik selipar jepun dan baling ke arah kambing..Hahaa..giler..kambing jadi mangsa.

Jadi sekarang, apa yang patut di buat? Ikut kehendak jari atau layan kepala otak? Dilema nih. Sangat sukar membuat keputusan. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak, anak jugak yang masih hidup. Tapi rasanya kita kena ambik pendekatan win-win situation. Dimana kita bagi peluang jari jemari menaip tanpa melibatkan penggunaan kepala otak. Mengancam jugak idea tu kan..hahaa..

Hasilnya? Entry yang berunsur emosi tahap resaksa gondron. Huhuhu...eh tapi betul jugak kan. Kalau tak digunakan akal fikiran, maka emosi dan nafsu la yang memacu kita. Macam time-time saya sedih tu..bukan menggunakan akal fikiran untuk menulis, tapi ikut perasaan semata-mata. Hampeh untuk diri sendiri kerana tak dapat mengawal emosi hohohoho....

Ah..panjang pulak celoteh saya. Padahal saya cuma nak cakap yang saya teringin nak menulis tapi takde idea..tu je..hahahaa...Ok lah..sebelum menutup majlis saya ingin menempek sebuah gambar sebab orang kata entry yang takde gambar adalah memboringkan dan melambangkan bahawa penulisnya seorang pemalas..ek ellleh..memang saya pemalas pun..jadi tak jadilah nak tempek gambar tu...wakakakaa...Sekian. Terima kasih..




p/s : kalau tak nak guna kepala otak, boleh try guna kepala lutut..maksud saya untuk bermain sepak takraw...hahahaa

p/s 2 : jangan contohi entry sengal ini.

Wednesday, June 17, 2009

Sebelum Terlupa

Sebelum saya terlupa, saya nak jawab tag dari cik BYE

10 ciri LELAKI/wanita yang layak menjadi isteri/ SUAMI anda

Huhu..cam malu pulak nak jawab tag ni wakakaa....tapi untuk tidak menghampakan harapan peminat..eh harapan pengetag, saya jawab jugaklah hahaa...


1.Kalau boleh saya nak orang yang boleh bimbing saya ke arah kebaikan. Seorang suami yang boleh sama-sama bawak saya menggapai redha Ilahi...maklumlah saya ni kurang ilmu..hukhukhuk

2. Seorang yang penyabar dan tak mudah naik baran. Saya tak suka orang yang suka marah-marah. Takoootttt hehe

3. Seorang yang pengasih dan penyayang. Nak buat cam mana saya kurang kasih sayang..wakakaaaa

4. Seorang yang suka bergurau dan berjenaka..macam ayah saya hehehe...

5. Seorang yang suka bercakap dan boleh pancing saya untuk bercakap. Sebab saya nih pemalu sket..kalau orang diam jek, saya lagi la diam hahaaa

6. Kalau boleh sama-sama kongsi hobi dengan saya...suka baca buku, suka melukis, suka jalan-jalan, suka ambik gambar..suka shopping!! muahahaa...dan suka blogging..erkk??? tak kot :P

7. Seorang yang cool dan berfikiran matang..dan berfikiran rasional hohoho

8. Family man..seseorang yang prihatin pada keluarga, anak-anak..dan terutama isteri ececece...

9. Seseorang yang memahami hati dan perasaan ku ini..pendek kata..tak pentingkan diri sendiri jek haha

10. semakin lama terasa semakin geli pulak haha..okey last-last..seorang yang mampu menerima diri ini seadanya..baik dan buruk..kelebihan dan kekurangan..cinta tanpa syarat..hahaha


Amacam? Ada sesiapa yang punya ciri-ciri seperti di atas? Tahniah (or takziah? :P) anda layak jadi suami saya muakaakakaa...

Takdelah..sebenarnya saje je tu..dah orang tanya saya jawab huhuhu..tapi realitinya..susah mau ketemu jejaka idaman seperti itu hehe..kalau ada ciri2 no satu, no 4 dan 7 pulak takde..kalau ada no 3 dan 9, no 1 pulak takde..gitulah..nobody perfect kan. Yang penting perbetulkan sikap dan peribadi kita sendiri dulu, barulah dapat jodoh yang mantap gitu hahahaa....

Lagipun saya rasa kalau sudah jodoh, tidak kiralah apa pun sifat dan perangainya, pasti akan bersatu jua hehee...Kun fayakun..Jadi, maka jadilah..Lagipun cinta itu kan buta..kalau hati dah berkenan, perangai macam setan pun kita anggap budiman (ishk ishk ishk..mintak-mintak lah dijauhkan dari cinta buta..huhu)


Oklah..tak mo tag sesapa..tapi sapa yang rajin mau buat boleh lah buat hehe...







p/s : aku tidak mendapat semua yang aku cintai, maka aku mencintai semua yang aku dapat...petikan kata-kata dari mana entah..dah lupa hehee...

Rindu masih berbunga hukhukhuk

Uh..dah lama tak tulis panjang-panjang kan...rinduuuu...

Pastu dah lama tak balas komen korang...rinduuuu...

Pastu dah lama tak balas jeritan kat chatbox...rinduuuu...

Pastu dah lama tak jengok blog kekawan...rinduuuu....

Pastu follower dan pengunjung baru..belum balas kunjungan lagi...soriiiiii...

Maaf..maaf dan maaf sangat-sangat..

Tapi the spirit of blogging belum muncul lagi huhuhu

Ting tong betul saya ni kan

Korang nyesal ke mengenali saya? heheheee

Harap-harap tak lah kan

tapi kalau korang dah bosan dan tak nak layan lagi blog ni pun tak pe

salah saya heheee

but then, saya sangat-sangat menghargai segala sokongan dari rakan-rakan

waktu jatuh dan bangun saya, kalian masih setia menemani

walau pun kamu punya seribu satu alasan untuk tidak mempedulikan saya (yang ting tong ini)

tapi kamu tak buat macam tu

so sweet la kamu ni semua

heheheee..bukan bodek..kenyataan

betul nih, saya terharu..sob sob sob

saya janji eh..nanti saya tulis entry betul-betul punya..

tapi kena tunggu spirit tu datang balik hehe

tak tahu la bila dia nak datang

korang tolong doa eh..

sayang korang heheee..ni pun bukan bodek tau

ok lah...tataaa...kenang daku dalam doamu...hukhukhuk..

It's time to move on!

Hidup adalah gerak..dan gerak adalah maju!!!

Tuesday, June 16, 2009

Terima kasih kerana peduli

" aku merenung jauh..
sejauh dijangkau ruang pandangan
mencari suatu ketenangan
disebalik laut yang bergelombang

deruan ombak menghempas pantai
membawa bersama desiran semilir
bagai menyanyi suatu irama
lagu jiwa lagu lara..

duhai bayu yang bertiup..
bawalah resah ini bersamamu
hilangkanlah sendu ini..
bersama hambusan lembutmu

agar aku bisa.. kembali tersenyum
"


Sajak karya Mohd Ariff.. terima kasih banyak dan harap kamu tak kisah saya kongsikan kat sini...

Dan kepada semua kawan-kawan, terima kasih sebab sudi ambik berat ( * kak syah shah, rindu akak jugak huu)..InsyaAllah, I'll come back...dengan senyuman.. :)

Sunday, June 14, 2009

....

If I could cry I'd ease this aching heart inside
But though I often try the tears stay hidden deep inside
(If I could cry- Marty Robbins)

Saturday, June 13, 2009

Selamat Melangkah ke Alam baru

Baru je balik dari kawen..eh balik dari kenduri kawen haha..terus update blog. Kata nak jadi blogger tegar kan muahaha..

Bila sebut pasal kawen ni kan (atau bahasa standardnya kahwin, bahasa inggeris married), mesti teringat kata-kata ni. Orang kata perkahwinan bukanlah satu destinasi tetapi permulaan satu perjalanan baru. Perjalanan menempuh kehidupan sebagai seorang yang bergelar suami atau isteri. Tanggungjawab makin bertambah. Kalau dulu mungkin pada keluarga dan diri sendiri je, sekarang tanggungjawab pada pasangan, keluarga mentua, dan InsyaAllah kalau ada rezeki pada anak-anak pula. Apapun kepada semua pengantin baru, selamat melangkah ke alam rumah tangga, semoga semuanya sentiasa di bawah rahmat dan redha Ilahi (^-^)


Friday, June 12, 2009

Mak saya cakap orang berbudi kita berbahasa

Orang memberi kita merasa huhuhuhu....

Alahaiii...mintak maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan yang sudi bagi award...saya sangat-sangatlah menghargainya tapi kekadang (macam selalu jek) saya tak sempat nak tempek kat sini. Harap sangat jangan kecik ati yek..kalau kecik jugak meh jumpa saya, saya kasik sekeh kepala saya heheeee (tipu)..

Ni antara dua award yang saya teringat, lantas saya pun tempek kat sini..yang lain2 saya tempek dalam hati (betul, tak tipu huhu)


Ni dari cik olin
Ni pulak dari Kak tirana


Dan yang ni dari akak Anak Mami


Huhu...terima kasih kepada semua yang sudi bagi award kat saya. Really appreciate it (^-^).

Jadinya saya nak bagi kesemua award nih kepada pembaca-pembaca blog saya. Thanks for supporting me..love ya :D

Pesanan Khidmat Masyarakat : Menabung menjamin masa depan

Ini adalah tabung saya. Tabung saya comel. Tabung saya berbentuk beruang dan berwarna coklat. Saya suka tabung saya. Emak kata kita kena belajar untuk menabung sejak dari kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila saya ada duit syiling saya akan simpan dalam tabung saya. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Bila tabung dah penuh bolehlah disimpan di dalam bank. Tapi tabung saya belum pernah lagi penuh sebab saya selalu korek tabung saya. Emak kata menabung menjamin masa depan. Saya ingat di masa depan saya nak beli anak patung otromen. Tolong jangan bagitau mak saya. Sekian terima kasih.

Thursday, June 11, 2009

Old friends remind us who we are...

(edit: ini kawan saya, bukan saya..harap maklum hahahaa :p)


Petang tadi saya berjumpa kawan lama..kawan zaman persekolahan. Malam ni InsyaAllah dia akan diijabkabulkan. Sorang lagi kawan saya selamat jadi isteri orang huhuhu...Cepat masa berlalu, tak sangka kami yang dulunya masih berhingus kini dah dewasa...hehee..kalau tak kerana mengenangkan ada kawan-kawan sebaya yang dah kahwin (atau sekurang-kurang dah berpasangan) saya mesti ingat yang diri ini masih anak-anak kecil huhuhuhu...






p/s : Tapi saya rasa saya dalam kategori "I'm not a girl not yet a woman" lah..hahahaa..

Serupa tapi langsung tak sama

Huhu...ini adalah antara blog yang berkongsi tarikh besday dengan Cerita Budak Kampung. Serupa tapi langsung tak sama la heheee..blog omputih je semuanya..saya je org cekelat kat situ hahaaa

Oh..meh kita buat tutorial sket..sapa yang rasa malas nak ingat besday blog sendiri(macam saya nih haha) boleh la letak menda alah BLOGOVERSARY nih kat blog kamu. Klik je kat sini. Pastu kamu isi la apa-apa yang patut. Ala..korang kan terer ngahahaa... dasar pemalas..tutorial la sangat kan :p :p

Selamat mencuba!! Muahahaa...

Sumpah bukan baju saya!

Ada couple kate single..muahaha dasar penipu. Baju sapa nih? Baik mengaku ngehehee...

Cerita Budak Kampung - Selepas setahun

Yeaaa...selamat ulang tahun yang pertama buat blog "Cerita Budak Kampung"...hehehe..tak sangka blog ni dapat bertahan untuk setahun. Ingat lagi masa mula-mula buat blog ni, saja je suka-suka nak isi masa lapang. Tulis entry pun merepek-repek. Hahaha...nak baca entry saya yang pertama? Klik sini..tapi janji jangan gelak tau muahahaa..

Tapi salah satu sebab yang buat saya tak give up untuk menulis adalah readers blog ni. Anda semualah yang sentiasa menaikkan semangat saya untuk menulis. Kalau tak ada sokongan korang dah lama agaknya saya tutup blog ni heheee... Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan bebanyak-banyak-banyak terima kasih pada semua kawan-kawan bloggers, para followers, silent readers (kalau ada la hahaa)..dan semua sekalilah yang pernah singgah di blog saya ini tak kira secara sengaja atau pun tak sengaja. Saya sangat menghargai kalian semua (^-^).

Kalau saya ada terbuat apa-apa kesalahan sepanjang blogging ini, haraplah dapat maafkan saya. Manalah tahu tersalah tulis ke, terguris hati dan perasaan ke ampun dan maaf dipinta yek (macam hari raya pulak haha). Kalau saya ada buat silap tegurlah saya. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki kelemahan diri ini.

Okeylah last but not least, saya harap dapatlah anda semua memberi apa-apa cadangan atau komen untuk meningkatkan lagi mutu blog ni yek. Tentang apa yang kamu suka atau tak suka. Apa yang kamu rasa patut buang dan tambah... saya nak tahu jugak pandangan semua agar saya tak jadi blogger yang syok sendiri (erkk sekali sekala takpe kan hahaa). Mana-mana yang boleh diperbaiki saya akan cuba baiki hehehee....


Terima kasih semua kerana sudi singgah di blog merapu meraban saya ini..sayang semua mmmuahhh hahaaaaa..

Wednesday, June 10, 2009

Ronda-ronda bandar raya - part last

Ni yang last...haha..jom kita terjahhh


Signboard dia..kita akan pergi ke Pantai Batu Burok ya....

Ni time tengahhari..tapi still ramai orang jugak hehee...

Di bawah pohon nyior...

Pokok Rhu....


dan pantai...nampak menakutkan sebab saya edit picture nih, terus warna dia jadi cam tu muahahaaaa...

Untuk gambar gadis di tepi pantai sila rujuk entry saje suka-suka itu hahaaaa....


Ok...dah habis...sangat penat buat entry marathon nih....saja je saya disablekan komen...kalau teringin gak nak komen, boleh komen di part one itu heheeeee

~TAMAT~

Ronda-ronda bandar raya - part five

Masih lagi di dataran Syahbandar...depan dia adalah Sungai Terengganu heee (errkk kalu tak silap..saya lemah sket geografi nih hahahaa)


Saya suka sangat kat sini..banyak giler bot-bot....


kan banyak kan....boleh naik bot nak pergi Taman Tamadun Islam jugak kat sini..



Lagi bot....nak naikkkk huuu




Ahh...ni gambar last..Esklusif hanya di blog ini wakakaaa...



Feeling titanic ke? Muahahaa... caption yang sesuai adalah.."Spongebob...tunggu aku...ini Cinta Cukulet datang padamu" Muahahaaaaaaa...



okey...nextttt...hahaha giler betul la hari nih :p

Ronda-ronda bandar raya - part four

Ok..dah melintas jalan tadikan..nasib baik tak kena lenyek keta hahaaa...

Jadi sampai la kita ke Dataran Syahbandar

Ternampak la pulak batu bulat nih.. mungkin inilah batu belah batu bertangkup tu kot hahaa...

Oh...mungeee....orang pompuan kan suka mungeee...hehehee

Ni pintu gerbang dia..dia tulis kat situ "Dataran Syahbandar"

Jalan masuk...boleh buat catwalk kat sini..ala-ala redcarpet..muahahaaa...kalau perasan kat atas tu ada lampu2 tergantung..dia tulis bandaraya warisan pesisir air

Nak berkelah pun boleh jugak..sila lah buat macam rumah sendiri hahaaa


Masa ni ada funfair sebenarnya...tapi janganlah hairan kenapa tak ada orang...kitorang pergi ni pagi..belum bukak lagi wakakakaaaa...

Tapi ada la jugak gerai-gerai yang dah bukak...gerai makanan...


gerai baju...ni bundle kot...sehelai lima hinggit...mael dua singgit mesti suka nih haha..


Jual selipar...patutnya beli hari tu..hahaaa..


tudung-tudung ala ikin pun ada..murah, murah,murahhh haha

Ah belon...saya nak yang harimau bintang tu heheheee

Ada pentas jugak..dia tulis TM Fiesta Musim Candat 2009




Oh...penatnya...tapi ada lagi lah....nextttt heheeeee

Ronda-ronda bandar raya - part three

Ha..dah penat ke?? Tak lagi kan..kita jalan lagi hahaaa

Jalan..punya jalan..punya jalan..straight je don't belok-belok ok...haha


Nampak tak pintu pagar tu? Oh kalau tak nampak tersangat..lah kan hahaaa :p

Nilah dia Istana Maziah...Depan dia adalah Dataran Syahbandar

Cantik kan? boleh golek-golek nari-nari feeling hindustan kat sini hahaaaa...

Banyak pokok...kalau malam sangat cantik..bergemerlapan dengan lampu liplapliplap


Lambang negeri Terengganu kesayanganku hehe...


Air pancut ni sebenarnya..tapi tak dipasang la pulak huhu..


Kat atas tangga tu bleh la buat photoshoot..cantik..saya dah try wakakakaaaa




Sat lagi kita cross the road..pergi depan dia pulak eh..ada funfair heheeee...tunggguuuuuu