dari pagi membawa ke petang
walau perjalanan masih panjang
sedikit pun ia tak putus harapan
Yang lain sudah sampai penamat
dia masih di tengah jalan
namun berbekal kata azimat
dia yakin masih berkesempatan
Ikutkan hati mahu berhenti
penat dan lelah beraja di hati
tapi akal mencegah diri
kerana percaya kejayaan menanti
dia tak peduli berapa lama
masa di ambil untuk ke puncak
kerana yang penting bagi dirinya
usaha dan semangat tak pernah retak
akhirnya dia sampailah jua
penat dan jerih kini berhasil
sudah terbukti dengah usaha
kejayaan itu tidak mustahil
itulah dia kisah si siput
untuk kita renung-renungkan
jangan biarkan impian luput
hanya kerana takutkan rintangan
usah takut mendaki impian
usah takut menggapai cita
mulakan langkah mulakan perjalanan
kejayaan sedang menanti disana...
Dalam perjalanan kita menuju impian, harus di akui tak semua orang punya keupayaan yang serupa. Ada yang perjalanannya lancar dan mampu bergerak dengan pantas, namun tak kurang jugak yang terpaksa bergerak perlahan-lahan seperti si siput. Lambat atau cepat bukan ukurannya, yang penting adalah pengalaman yang kita raih dalam perjalanan tersebut. Asalkan kita sanggup berusaha dan berkerja keras, InsyaAllah kita akan dapat jugak sampai ke destinasi. It's better late than never, kan? huhuhu.. (^-^)
p/s : terima kasih cik siput kerana menjadi sumber inspirasi hehehehe :p
p/s : terima kasih cik siput kerana menjadi sumber inspirasi hehehehe :p







