Wednesday, September 30, 2009

Saya Mahu Berubah

Saya rasa saya perlukan satu anjakan paradigma. Saya perlu ubah sikap saya ni. Rasanya selama ni saya terlalu banyak buang masa dengan benda yang tak berfaedah. Sejujurnya saya ni bukanlah makhluk yang rajin sangat. Kalau di beri pilihan antara study dengan tidur mungkin saya akan cenderung untuk memilih tidur kot...bila mengantuk saya tidur, bila bosan saya tidur dan bila stress saya akan tidur sampai rasa tak nak bangun-bangun dah hahaha...

Tapi alhamdulillah, syukur pada Tuhan sebab dalam 'kemalasan' saya ni pelajaran saya masih okey lagi. Tak adelah gempak sangat, okey-okey aje hehe...Tapi saya rasa ada baiknya kalau saya keluar dari kepompong keselesaan saya ni dan mencabar diri sendiri untuk mendapatkan yang terbaik, yang 'outstanding' kata omputih. Lebih dari sekadar biasa...bukan sekadar berpuas hati dengan yang biasa-biasa aje, tipikal orang kita (termasuk saya huhu..)

But once again, nak berubah tak mudah. Lebih senang goyang kaki atau tarik selimut bantal untuk tidur dari menghadap nota-nota yang bertimbun-timbun tu. Kalau tak ada semangat yang kuat mudah aja untuk kita balik pada asal. Percaya atau tidak, ayat-ayat kat atas tu saya rasa saya dah ucapkan sejak zaman saya sekolah rendah lagi. Tiap-tiap kali nak exam, ayat yang sama diungkapkan, tapi buatnya tidak-tidak jugak. Study masih gaya macam itu-itu jugak.

Mungkin barangkali saya kekurangan motivasi diri. Kalau sekadar motivasi untuk lulus periksa, nampaknya sampai ke'tua'lah cuma 'lulus' saja, tak lebih tak kurang. Saya perlukan sesuatu untuk menolak diri saya kehadapan. Booster..ya saya memerlukan booster. Tapi apa booster yang paling baik ya?

Orang kata kesedaran itu harus datang dari hati. Kalau hati belum sedia untuk berubah datanglah seribu orang pun untuk memaksanya dia tetap takkan berubah. Barangkali sama jugak dalam hal ini. Mahu jadi lebih baik, mahu jadi lebih cemerlang, niatkan pada hati dahulu. Tanya pada diri sendiri, kenapa, mengapa, sebab apa dan untuk siapa aku perlu buat semua ini. Tetapkan satu matlamat, dan biarkan hati memahami dengan sejelas-jelasnya matlamat itu. Kalau kita sendiri tidak tahu kemana arah tuju kita, macam mana kita nak tentukan jalan mana yang kita nak lalui kan.

Apapun, kita buatlah yang terbaik untuk diri kita. Jangan sia-siakan nikmat yang Tuhan dah kurniakan pada diri kita. Tak semua orang berpeluang untuk dapat apa yang kita ada, makanya janganlah disia-siakan begitu aja. Dahlah, malas (eh ada lagi malas ni yek? hehe) nak menulis panjang lebar ni. Saya nak berubah sekarang jugak.. BERTUKARRRR



Sapa malas-malas kena fire..bzzzzzzztttt

Monday, September 28, 2009

Kalau tak reti nak jaga mulut, meh sini nak tolong selotep

Cerita raya lagi. Tapi kali ni cerita versi tak best pulak. Biasalah kan, time hari raya, ramai orang yang kita jumpa, sedara mara jauh dekat. Unfortunately bukan semua orang yang kita jumpa tu sukakan kita (dan kita pun tak sukakan semua orang jugak kan hehe :p). Dan seperti tahun-tahun yang sudah saya kena pergi jumpa dengan 'dia'. Walaupun hati meronta-ronta tak nak pergi (keji haha..) tapi kena pergi jugak, demi mak dan abah huhu..Lagipun berdosa kan kalau putuskan silaturahim.

Unfortunately lagi, seperti tahun-tahun yang sudah jugak kenalah tahan telinga ni.Maklumlah orang lain hidangkan biskut raya, 'dia' pulak hidangkan kata-kata berbisa. Pedihlah jugak telinga mendengarnya. Unfortunately lagi sekali, tahun ni serangan hendap memang ditujukan khas untuk saya. Tak mampu nak tepis. Lagipun mak abah saya tak ajar lawan cakap orang tua. What to say kan, terima sajalah dengan hati yang terbuka..ke terluka? hahaa...whatever..

Kadang-kadang saya tak faham, kenapa ada orang yang macam tak puas hati dengan apa yang kita buat. Bila apa yang kita harapkan adalah sokongan, lain pulak yang diberikan. Kenapa nak condemn apa yang orang lain buat, nak jatuhkan semangat kita. Padahal bukan orang lain, sedara dekat kita sendiri. Lainlah kalau orang tu terang-terangan musuh kita. Logiklah kan kalau kita nak musnahkan mereka. Padahal selama ni rasanya kita tak pernah pun susahkan mereka, tak pernah mintak apa-apa pun, cuma secebis pengertian je. Cukuplah kalau 'dia' itu tahu bahawa saya jugak manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

But somehow, saya rasa tak ada gunanya cuba memahamkan orang yang tak pernah mahu faham. Buang masa. Biarlah 'dia' terjun dengan labu-labunya. Tak ada gunanya saya nak ikut sekali kan. And lucky for her, kejadian tu berlaku di hari raya yang mulia, jadi saya maafkan jelah. Manalah tahukan mungkin selama ini memang saya ada buat salah dan silap dengan 'dia' menyebabkan 'dia' berdendam dengan saya. Atau mungkin dengan buat macam tu 'dia' rasa bahagia, lantak pilah kat 'dia'.

Memandang dari sudut positifnya pulak, saya rasa ada baiknya jugak 'dia' buat macam tu. Manalah tahu itu memang cara 'dia' motivatekan orang. Reversed psychology kot huhu..mana taknya bila dengar segala perlian 'dia' tu rasa tercabar jugak kan. Terdetik jugak di hati untuk buktikan pada 'dia' bahawa saya ni tak seperti apa yang 'dia' fikirkan. Macam pembakar semangatlah jugak kan, although dengan cara yang agak 'kasar' sapa tahu kan ia berkesan hahaha...

Tapi walau apapun, jagalah tutur kata kita..jangan sampai apa yang kita ungkapkan tu mengguris hati orang. Jangan kerana mulut kita, orang jadi benci dan tak nak dekat dengan kita. Bila mengata orang lain, telek-teleklah diri kita sama. Kita mungkin ingat kita pandai dan lebih hebat dari orang lain tapi kita tak sedar di belakang sebenarnya orang mengata kita, meluat tengok kita dan lebih teruk lagi mengetawakan 'kebodohan' diri kita. Apa yang saya tulis ni bukan niat nak mengaibkan sesiapa apatah lagi 'dia' (korang pun bukan kenal sapa 'dia' hohoho) tapi sekadar nak berkongsi je supaya kita semua tak ulangi pada orang lain. Kata orang tua kita kena selalu ingat "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"..ingatlah apa yang kita buat tu tak akan terlepas dari perhitunganNya...


p/s : mulut takde insurans..haha..

Old friends remind us who we are...

Hari raya hari tu, saya berkesempatan bertemu dengan kawan-kawan lama masa sekolah dulu. Ada antaranya dah lima tahun tak jumpa. Nak buat macam mana kan, seorang kat timur seorang kat barat, seorang kat utara seorang kat selatan..memasing pun dah sibuk dengan komitmen sendiri. Time-time raya macam ni jelah pun dapat berkumpul.

Seronok betul dapat jumpa diorang. Teringat balik kenangan zaman persekolahan dulu. Ketika masih naif, masih hingusan, zaman nakal-nakal (diorang je, saya budak baik hahaha :p) Kalau nak ditulis semuanya memang tak terdaya lah. Cukuplah sekadar disimpan memorinya dalam ingatan sendiri huhu..

Tapi lepas lima tahun, rasanya dah banyak kot perubahan pada diri memasing. Tambah hensem tambah cantik, memasing dah pandai bergaya, dulu selekeh je haha..Ada sorang dua dah habis belajar, sorang dua dah kawin, sorang dua dah kerja, mostly yang lain masih lagi berjuang meneruskan pengajian. Yang tak berubah, perangai je, masih suka nak mengenakan orang...hehe..riuh rendah dibuatnya, nasib tak roboh rumah huhu..

Yang lagi bestnya kali ni jugak kitorang sempat beraya dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar kitorang dulu. Malah sempat bergosip pasal sekolah lama hehe..macam-macam cerita. Cikgu pun macam seronok je bila anak murid datang menziarah. InsyaAllah tahun depan kami datang lagi ye cikgu. Cikgu cakap kalau lima tahun lagi jumpa, masing-masing dah sibuk kelek anak dah..yelah kot hahahaa...

Ramai sangat sampai tak cukup kerusi, terpaksa duduk atas lantai haha...

Lepas ni entah bilalah dapat berjumpa lagi. Harap-harap dapat kumpul ramai-ramai macam ni lagi. Rindu sebenarnya dengan kenangan lalu. Rasa macam nak ulang balik masa dulu, tapi mustahillah pulakkan. Bak kata orang, hidup mesti terus ke depan, tapi sesekali bila menoleh balik ke belakang dan lihat kenangan yang kita dah coretkan, pahit manis dalam meniti sebuah kehidupan rasa seronok jugak kan. Apapun kita simpan jelah kenangan tu elok-elok dalam ingatan huhuhu (^-^)



Saturday, September 26, 2009

Dilarang bersembang

Alahaiii..chat box dah kena block dah..dulu boleh je. Nanti-nantilah saya buang cbox tu, kalau ada kat situ pun bukannya saya boleh tau pun apa yang korang tulis huhu..Jadiknya lepas ni dah tak boleh dah lah nak berhi hi bye bye kat situ..kalau nak sumpah seranah saya pun sila lakukannya melalui ym yek hehehee...


p/s: nasib baik blog tak kena block jugak, syukur.. :D

Friday, September 25, 2009

Sekejapnya seminggu

Cuti dah abiss uwaaaa....esok dah kena balik kampus. Belum puas lagi beraya nih hukhukhuk...Selamat tinggal orang kampung (err..sebelum tu bagi la duit raya dulu hehe..)


p/s: raya tahun ni memang best la.. :)

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Semalam ngam-ngam sampai rumah sebelum masuk waktu berbuka..pastu malam pulak ikut akak pergi shopping raya (dan paksa diorang belanja hikss :p)..Pastu kepenatan sampai tak terjaga untuk sahur. Bangun pagi ni kepala agak tingtong..pening-pening lalat huhu...

Apa-apapun sebelum saya kembali menyambung tidur (jangan dicontohi perbuatan ini yek hehe)..saya nak mengucapkan.....

Buat semua pembaca blog ini, saya menyusun jari runcing memohon ampun maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata, terguris hati, terjerut rasa..sesungguhnya daku ini hanya insan biasa..tak lepas dari salah dan dosa..manusia seperti ku usah kau hina, kelak menambah sakit di dada..ohh teroverr plak nyanyi lagu Jamal Abdillah hehe...

Okeylah..malas nak merepek panjang-panjang. Korang pun bukannya baca, mesti tengah sibuk buat kuih la, pasang langsir la, mop lantai la, cat rumah la..dah la nak gi tidor nih..tata...

Thursday, September 17, 2009

hohoho balik kampung hati giranggg

Dok sabornye nok balik. Hohohoreiii..Selamat balik kappung seme, hok dok leh balik tu dok soh sedeh-sedeh eh..Redha jelah..Ke guane? hehehe..


_______________________________________________________________________________
Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

hohoho balik kampung hati giranggg

Dok sabornye nok balik. Hohohoreiii..Selamat balik kappung seme, hok dok leh balik tu dok soh sedeh-sedeh eh..Redha jelah..Ke guane? hehehe..


___________________________________________________________________________________________
Try the new Yahoo! Messenger. Now with all you love about messenger and more! http://my.messenger.yahoo.com

Friday, September 11, 2009

How to make a good 'kuih raya'

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bertemu lagi kita dalam rancangan ‘masak memasak bersama CIk CC’..hehe..apa ingat saya tak pandai masak ke? Saya terror masak nasik tau..haha :P Tapi hari ni kita bukan nak belajar masak lauk pauk . Itu boleh pergi dapur suruh mak yang ajar. Hari ni cik cc nak bagi tips macam mana nak buat kuih raya yang sedap.

Ada tiga asas penting ya untuk membuat kuih raya yang sedap. Kalau tak ada salah satu ni, memang tak jadilah kuih raya tu. Tak kiralah nak buat kuih apa pun, semperit ke, bahulu ke, mama cariey ke, almond London ke, tak kisahlah, asas dia sama je.

Pertama, untuk buat kuih raya, kita kena ada “knowledge” yakni pengetahuan tentang pembuatan kuih. Ini termasuklah bahan-bahan yang diperlukan, sukatan yang tepat dan langkah-langkah pembuatannya. Kalau takde pengetahuan yang mencukupi, adalah dikhuatiri bahawa kuih kita akan bertukar menjadi batu bata. Yalah orang lain masukkan tepung, kita pulak masukkan simen yang orang buat rumah tu. Tak meriahlahkan raya kalau kena makan batu bata. Patah gigi pulak kan hehehe

Yang kedua..kita mesti ada “skill” iaitu kemahiran untuk membuat kuih.Kita kena tahu teknik yang betul untuk mengayak tepung, memukul telur dan jugak mencanai doh. Barulah mantap kuih kita nanti. Dan kemahiran ini boleh dicapai hanya melalui praktis dan pembelajaran yang berterusan. Kalau setakat ada pengetahuan, tapi takde kemahiran tak jadik jugak kan kuih kita tu. Kena ada praktikalnya. Kalau pertama kali buat, mungkin tak jadi, dua tiga kali buat kalau tak jadik jugak..err mungkin boleh cuba kemahiran lain seperti menjahit langsir dan alas meja hahaha..tak lah..jangan putus asa..practice makes perfect okey.

Yang ketiga dan yang paling penting dalam pembuatan kuih muih adalah…”confident”. Ya, keyakinan lah yang paling penting. Kalau takde keyakinan, nak pukul telur pun dah menggigil-gigil sampai demam tiga hari dua malam, tak kemanalah kuih tu kan. Bak kata orang, tanpa keyakinan mimpi tak bermakna..betul tak? Hehe.. Jangan memain nak buat kuih pun kena yakin diri tau. Kalau asyik anggap diri tak mampu nak buat, memang tak mampulah jawabnya. Jadi, apa-apahal pun kena yakin.

Makanya bila dah ada ketiga-tiga tu, barulah dapat buat kuih yang sedap. Kalau tak sedap jugak, pergilah ke giant dan beli biskut meri aja sebagai hidangan di pagi raya …kalau nak lagi best beli biskut chipsmore double chocolate yek hehe…tak pun pergilah ke rumah mak mentua dan ‘pow’ lah sebalang dua biskut raya.

Sebenarnya, dalam hidup ni , tak kiralah apa benda pun yang kita nak buat, kena ada tiga perkara tu..knowledge, skill and confident, barulah boleh buat dengan jayanya. Jangan buat benda membuta tuli je. Kita kena faham betul-betul apa yang kita nak buat. Lepas tu kita kena banyakkan praktis barulah kita mahir. Dan yang penting, kena yakin dengan apa yang kita buat. Jangan takut untuk gagal kerana kegagalan adalah sebahagian dari proses mencapai kejayaan. Jadi..selamat Berjaya dalam kehidupan untuk semua... :)


p/s : tak buat kuih raya sebab 'malas' :p
(scheduled post je nih hahaha)


Thursday, September 10, 2009

Double Standard

Pernah tak dalam hidup ni kita layan orang berdasarkan apa yang dia ada
Kalau dia orang kaya..kita layan baikkk punya
Kalau dia orang tak berharta..kita pejam sebelah mata

Pernah tak dalam hidup ni kita layan orang berdasarkan pangkat dia
Kalau jawatannya besar..lembut gigi dari lidahlah kita
Kalau dia pecacai cuma..bukak mulut pun nak tak nak aje

Pernah tak dalam hidup ni kita layan orang berdasarkan paras rupa
Kalau dia cantik menawan..belum sempat tanya dah bagi jawapan
Kalau dia ‘so-so’ aje..jangankan nak layan kalau boleh nak bagi penendang

Kenapa ya perlu di beza-beza
Sedang kita semuanya sama, makhluk ciptaan yang Maha Esa
Tak boleh ke kita layan sama rata, tak kira pangkat tak kira rupa

A person is a person, tak kira ‘sekecil’ manapun dia di mata kita
Mungkin yang kita sangka hina itu sebenarnya lebih mulia
Sebab hati dia tak ‘sehitam’ kita yang kononnya cukup segala ada..



p/s : mentang-mentang la kita ni cuma student..sob sob sob..

Sunday, September 6, 2009

Kad Raya

Salam semua...pasal kad raya dalam entri kat bawah, sesiapa yang sudi (zara, olin, kak zyma, cik amy, kak tie..sapa2 jelah yg sudi termasuk silent reader..) boleh tak tolong emelkan alamat rumah kat adik_med[at]yahoo.com.my. Maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak gi tanya kat blog memasing..internet cam hapa ntah sangat la slow. Kalau emel tu boleh la saya bukak guna enset hehe...sorry ek... :D

p/s: saja je nak mengeratkan ukhuwah..dan sebagai tanda penghargaan kepada semua pembaca blog ni..huhu..

p/s2 : mengikut kondisi internet yang makin parah ni, mungkin raya nanti kot baru bleh update pepanjang hehehe


Searching for all friends on Yahoo! Messenger?
You can easily invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!

Saturday, September 5, 2009

Tak sempat..

Dah beberapa hari tak sempat nak update..kesian blog ni ketandusan kasih sayang hehe.. Tapi blog ni baik budaknya, beliau faham tuan dia ni busy body. Jadi takdelah dia merajuk ke apa, cuma rindu-rinduan je. Ah..merepek apa nih Cukulet oiii..hahahaa..mulalah tu nak mereng..Ok lah..itu aje..babaii (keji betul la update macam nih je :p)



p/s : rasa macam rajin nak hantar kad raya..sapa nak ? bak sini alamat meh...hehe serius nih :D

Tuesday, September 1, 2009

Tak sempurna

Geram bila apa yang dicari tak dijumpai
Bertambah geram bila yang dijumpai tak menepati kehendak diri
Sakit hati bila kemahuan tak dapat dipenuhi
Bertambah sakit hati bila akhirnya semua pun tak jadi
Lantas kau tanya pada diri sendiri
'Kenapa semua ini terjadi?'

Jawapannya mudah sekali
Kerana...'kesempurnaan' yang kau cari
mana mungkin kau kan temui
Seringkali kau harus ingatkan pada diri
bahawa tiada yang sempurna di dunia ini
Melainkan Dia Ya Rabbi..



Belajar untuk tidak terlalu mengejar kesempurnaan bukan bermakna kita harus berhenti dari mengejar yang terbaik. Tapi hakikatnya yang terbaik itu tetaplah juga ada kekurangannya, walaupun sedikit. Belajarlah untuk menerima ketidaksempurnaan...kerana kita insan biasa..huhuhu..



p/s : geram sebab search maklumat kat internet tak dapat-dapat..sakit hati terus tulis puisi ngahahaaaa...

Dah terlambat ke..hehe

Dah terlambat ke saya nak mengucapkan Selamat Hari Merdeka ni? ..rasanya tak kot, lagipun bak kata omputih 'better late than never' kan hehehe..

Apapun, hargailah apa yang kita ada sekarang. Jangan sampai dijajah lagi sudahlah huhu.. :)