Kadang-kadang kita perlu berbicara
luahkan apa yang kita rasa
kerana tak semua antara manusia
yang mampu mentafsir hati dan minda
Lantas, ungkapkan saja dengan kata
biar yang kelam, jelas semuanya
luahkan apa yang kita rasa
kerana tak semua antara manusia
yang mampu mentafsir hati dan minda
Lantas, ungkapkan saja dengan kata
biar yang kelam, jelas semuanya

Namun kadang kala
diam itu lebih berharga
kerana ada rasa-rasa
yang tak boleh ditukar menjadi kata
oleh itu biarkan saja kesunyian berbicara
dan andai hati itu masih punya peka
dia pasti mampu meneka
apa yang tersirat dalam jiwa...
diam itu lebih berharga
kerana ada rasa-rasa
yang tak boleh ditukar menjadi kata
oleh itu biarkan saja kesunyian berbicara
dan andai hati itu masih punya peka
dia pasti mampu meneka
apa yang tersirat dalam jiwa...

p/s : diam atau bicara? selalunya saya memilih untuk diam, malas betul nak berkata-kata..bak kata mak sedara saya, ada emas dalam mulut tu yang berat sikit nak bukak tu hahahaa....pedulik hapa :P






