Monday, November 30, 2009

Bila hujan berhenti..

Okeylah dah tak nak sedih-sedih lagi dah. Hujan kat luar pun dah berhenti, hujan kat dalam hati pun kena lah berhenti jugak kan hehe..Biasalah manusia, ada waktunya dia bersedih, menangislah dia, ada waktu gembira, tersenyumlah dia..Apapun sebagai seorang wanita sejati saya salahkan hormon hahahaa...Takdelah. Itu semua perkara normal bagi kita. I guess semua orang pun ada kisah duka masing-masing kan. Lumrah hidup. Dan walau sehabis daya kita cuba untuk melupakannya ada ketika dia tetap akan datang balik. It's part of our life. Secebis dari kisah kehidupan kita, yang kita tak boleh nak buang macam tu saja. Sedih memang sedih. Tak ada manusia yang tak merasakan kesedihan kan. Lagipun kita bukannya superman yang tak boleh nangis. Kita jugak bisa nangis. Tapi tidaklah pula sehingga melampau batas. Kenalah pandai mengawal emosi, jangan sampai emosi mengawal kita. Kalau mahu menangis, menangislah tapi jangan pulak sampai empat puluh hari empat puluh malam tak berhenti-henti, nanti banjir pulak satu Malaya hehe... Orang kata air mata tu penghapus duka..Apapun jalan yang terbaik adalah dengan mengadu padaNya, kerana ketenangan itu datangnya dari Dia. Walaupun ada waktu-waktunya kita rasa 'down' tapi berusahalah untuk tersenyum semula..huhu (^_^)


p/s : Terima kasih pada semua yang sudi berkongsi kesedihan dengan saya tadi. Sungguh, saya sangat menghargainya (walaupun saya belum balas semua komen thehehehee :P)

Biar kupendam sebuah luka

Tadi saya terpaksa lagi bercerita tentang kisah saya pada seorang kawan. Saya tahu saya tidak dapat mengelak buat selama-lamanya, tapi setiap kali ada yang bertanya, pasti hati saya terasa pilu. Ramai lagi sebenarnya orang sekeliling saya yang tak tahu cerita sebenar . Dan kebanyakan mereka membuat andaian yang ternyata sekali tidak tepat. Tapi saya tidak salahkan mereka. Saya sendiri tidak punya keinginan untuk membetulkan apa yang mereka fikirkan.

Sesekali ada juga yang bertanya cerita sebenar, itupun selalunya secara tidak sengaja. Dan saya cuma menceritakan secara ringkas, sekadar untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul. Jujur, saya lebih suka kalau orang tidak bertanya, kerana untuk menjawab pertanyaan mereka, bererti saya perlu mengingati kembali episod duka yang sedaya upaya saya cuba lupakan. Dan saya juga sebenarnya tidak mahu orang merasa kasihan melihat saya. Saya tidak mahu perasaan simpati mereka meruntuhkan kembali tembok kekuatan yang telah saya bina..tembok yang masih belum kukuh...Saya tidak mahu dikasihani, kerana ia membuatkan saya terasa semakin lemah.

Dan atas sebab-sebab itu, saya lebih suka kalau orang tidak bertanya. Bukan saya tidak mahu mereka mengetahui cerita sebenar, tapi kalau boleh biarlah bukan saya yang bercerita. Lagipun cerita saya bukanlah cerita penting. Ia cuma sekadar coretan kisah lalu saya.Tiada bezanya jika mereka mengetahui cerita sebenar ataupun tidak, yang pastinya ia tidak akan merubah perjalanan hidup yang telah tertakdir untuk saya.

Dan anda yang membaca coretan ini, barangkali tidak dapat memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku. Tidak mengapa, kerana saya tidak minta untuk difahami. Saya cuma mahu sedikit ruang untuk mencurahkan apa yang terbuku di dalam hati walaupun tidak sepenuhnya..yang selebihnya biarlah hanya Tuhan yang tahu...




p/s : hujan diluar sana barangkali membuatkan hati ini ingin menangis sama..huhu...

Thursday, November 26, 2009

Salam aidiladha


"berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia.."

peace


Tuesday, November 24, 2009

Memaknakan mimpi..

When we wake up in the morning, we have two simple choices, go back to sleep and dreams or wake up and chase those dreams.
Jadi mana satu pilihan kalbu? Teruskan bermimpi, atau berusaha untuk memaknakan mimpi itu? Tapi bukan senang untuk memaknakan mimpi kan? Tidak semudah meletakkan kepala di bantal dan menarik selimut..hehe..Memilih untuk memaknakan mimpi juga bermakna kita memilih untuk berhadapan dengan realiti. Dan realiti tak selalunya indah. Untuk mencapai impian semestinya ada liku yang yang harus di lalui, gunung yang harus di daki dan lurah yang harus dituruni. Ada perkara yang perlu dikorbankan dan mungkin air mata juga akan menemani perjalanan.

Pendek kata, untuk menjadikan mimpi satu kenyataan, bukan satu perkara yang mudah, tapi bukan jugak satu yang mustahil. Bak kata Robert Schuller "the only place where your dream becomes impossible is in your own thinking". Ya, benda itu mustahil kalau kita masih berkelubung di bawah selimut dan meneruskan usaha membuat taik mata (ewwww...haha). Tapi ianya tidak mustahil bila kita bangkit dan berusaha sepenuh daya menggapai mimpi kita. Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Walau seribu rintangan yang datang sekalipun, janganlah mudah mengalah. Bak kata erra fazira, tanpa keberanian mimpi tak bermakna...huhuhu

Ingat! Tuhan tak akan menggubah nasib hambaNya, selagi mereka sendiri tak berusaha menggubahnya.

Jadi ayuh semua
tilam dan bantal kita tinggalkan
Terus bergerak dan maju ke depan
Capailah cita-citamu walau setinggi awan
Jadikan mimpimu satu kenyataan
Usahlah takut dengan rintangan
Tabahkan hati dan kuatkan azam
Banyakkan berdoa dan mohonlah pada Tuhan
Semoga kejayaan dapat digenggam


p/s : tapi jangan lupa nak tidur lak, karang kalau ngantuk satu kerja pun tak jadi hehehee..

Hormat

Tadi dekat dewan kuliah, saya dapat satu risalah (yang ditulis oleh student). Tajuk dia 'Respect' and it's mainly about menghormati guru atau pensyarah. Tapi saya bukan nak cerita pasal ni sebab rasanya semua pun dah tahu kan. Sejak dari kecik lagi kita memang dah diajar untuk hormat guru, hormat ibu bapa, hormat orang tua. Semua memang dah ada dalam kepala kita, cuma antara buat dengan tidak je hehe

Sebenarnya bukan mereka-mereka ini je yang perlu dihormati. Everyone deserve to be respect, tak kira siapa pun mereka..walau cuma tukang cuci, atau orang gaji. Cuma mungkin kadang-kadang kita terlupa, atau terlepas pandang. Mungkin sebab 'kecil'nya mereka di mata kita. Tapi kita kena ingat, yang kita semua sama-sama makhluk Tuhan. Dan untuk di hormati, kita kena belajar untuk menghormati :)

oklah..nak gi kuliah..tata.

Saturday, November 21, 2009

Kawan kecil saya

Inilah rupa kawan-kawan kecil saya (nampak tak? yang bergelimpangan kat atas nota tu). Malam ni diorang baik hati nak temankan saya. Barangkali mereka bimbang saya kesunyian sebab kawan sebilik saya semua dah balik kampung. Sebab tu mereka datang beramai-ramai ke bilik saya. Ada yang tolong saya study, ada yang main-main dengan laptop saya, ada yang cuma lepak-lepak atas meja, kat lampu dan kat dinding. Yang terlebih mesra pulak main gigit-gigit tangan saya. Malah ada yang membuat percubaan untuk masuk ke dalam mata saya.Tapi, takpelah saya tak marah. Kata 'kawan' kan. Malah saya sangat baik hati menghidangkan mereka neskepi. Kesian mereka dahaga kan. Saya tak minum pun takpe, dah selalu sangat saya minum. Kali ni kasik peluang kat mereka. Oklah, saya nak gi layan kawan-kawan saya nih. Nanti diorang kata saya sombong pulak ishk ishk ishk..



p/s : terlalu banyak..kalau lah boleh jual sekor-sekor mesti saya dah kaya nih huhu....

Friday, November 20, 2009

Kelakar ke?

Pernah tak kita tengok people making jokes on kelemahan dan kekurangan orang lain. Dan kita pun ikut sama ketawa. Yup, kita rasa benda tu kelakar. Selagi ia tak berlaku pada diri sendiri, atau keluarga kita.

Kadang-kadang benda tu kita sendiri pun buat tanpa kita sedar. Kita tiru gaya orang sengau bercakap, kita ejek orang yang gemuk, kita ketawakan orang yang tempang, kita permainkan orang yang tak sempurna akalnya. Kita jadikan ketidaksempurnaan orang sebagai bahan hiburan kita. Kita tak pernah tahu macam mana pedihnya, sebab benda tu tak berlaku pada kita. Sebab kita rasa kita 'sempurna'. Tapi ia bukannya lesen untuk kita mengejek kejadian Tuhan.

Nah, cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Apa perasaan kita bila kekurangan kita pulak yang menjadi bahan lawak orang. Adakah kita masih akan rasa ianya kelakar? Adakah kita akan dapat terima dengan hati yang terbuka. Adakah perasaan kita takkan terguris walau sedikit pun? Macam mana kalau yang diejek itu adik kita, ayah kita, anak kita, adakah kita masih mampu untuk tersenyum dan bergelak ketawa bersama?

Tak salah nak buat lawak. Tak salah untuk ketawa. Tapi jadi salah bila bahan ketawa kita menjadi sumber duka orang lain. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita di masa hadapan. Hari ini kita mungkin ketawakan orang, entah esok lusa, orang pulak ketawakan kita. Mungkin masa tu, barulah kita tahu ertinya 'lawak' itu, kelakar ke tak kelakar. Jadi, tolonglah jadi lebih sensitif, dan hormati perasaan orang lain. Kekurangan orang bukanlah benda yang patut dijadikan bahan hiburan. Carilah benda lain, banyak lagi cara untuk kita berhibur, tapi bukanlah dengan menyakiti hati orang lain.

Dan kalau memang benda tu kelakar sangat pun, tolonglah jangan ketawa depan dia, sebab dia pun ada hati dan perasaan, sama macam kita.







Kisah hidup saya...

Saya teringin sebenarnya nak menulis pasal kisah sehari hari saya sebagai seorang pelajar. Tapi saya segan nak tulis kat sini, takut kawan2 yang mengenali saya terbaca hehee..saya kan pemalu orangnya :P. Mungkin saya patut buat satu private blog. Tapi rajin ke saya nak mengupdatenya nanti? hahaha

Wednesday, November 18, 2009

Padang orang, padang kita


Pernah tak kita rasa cemburu bila melihat orang lain. Kita rasa hidup mereka sangat bertuah. Kita anggap mereka punya segala-galanya yang kita tak ada. Kadang-kadang kita terfikir alangkah beruntungnya kalau kita dapat jadi seperti mereka.

Tapi pernahkah kita terfikir, dalam kita'mencemburui' orang lain, barangkali ada juga manusia-manusia lain yang 'mencemburui' kita. Dalam kita mengharapkan untuk menjadi seperti orang lain, barangkali ada juga orang lain yang ingin menjadi seperti kita.

Rumput selalu kelihatan hijau di padang orang lain kan? Padahal rumput di padang sendiri jugak tidak kurang suburnya. Barangkali bila kita memijakkan kaki dipadang orang lain, ia tidaklah seindah yang kita bayangkan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita lebih menghargai apa yang kita ada. Walaupun kita tak dapat semua yang kita nak, tapi Tuhan sebenarnya sudah memberikan segala apa yang kita perlukan. Tiada siapa yang lebih, tiada siapa yang kurang. Setiap orang pun akan punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Kita mungkin melihat orang lain lebih dari kita, punya segala-galanya, tapi kita sendiri takkan pernah tahu apa yang sedang ditanggungnya, kecualilah kita berada ditempatnya. Bersyukurlah dengan apa yang sudah Tuhan berikan pada kita, kerana kita tak akan pernah tahu bila nikmat itu akan ditarik semula.

Padang orang, padang kita
hijaunya mungkin berbeza
suburnya mungkin tak sama
tapi walau apapun, percayalah
bahawa ia yang terbaik
anugerah dari Nya..




Tuesday, November 17, 2009

The return of ...

Hi! Saya power renjes pink. Dah lama cerita pasal saya tak keluar kat blog ni kan. Mungkin ada yang menyangka saya sudah arwah di bunuh resaksa gorgon. Tak adalah. Saya masih hidup lagi, sihat walafiat. Malah sudah bertambah berat badan sebanyak 25 gram. Sebenarnya saya terpaksa menghilangkan diri buat seketika kerana uniform power renjes saya yang berwarna pink itu sudah hilang. Lesap tanpa dapat dikesan. Siapalah yang tergamak mengambil uniform yang saya jemur di ampaian itu. Sampai hati betul beliau itu.

Lantaran kehilangan uniform itulah, saya terus menyepikan diri. Tanpa uniform, macam mana saya nak jadi power renjes kan? Saya merasakan seperti kehilangan sebahagian dari diri saya. Saya mula kehilangan semangat untuk terus berjuang menumpaskan resaksa. Hari-hari saya cuma dihabiskan dengan meratapi kehilangan uniform saya itu.Hati saya terlalu merinduinya..merindui kenangan ketika kami bersama-sama dulu. Setiap hari saya merintih, kadang-kadang mengalir air mata di pipi tanpa disedari, betapa jiwa saya terseksa kerana kehilangannya.

Tapi, tentu anda semua tertanya-tanya kenapa hari ini saya tiba-tiba muncul kan? Adakah saya telah bertemu semula dengan uniform kesayangan saya itu? Jawapannya, semestinya tidak. Sampai sekarang masih tiada tanda-tanda yang uniform itu akan ditemui semula. Tapi tak mengapalah. Saya rasa saya sudah tidak memerlukan uniform itu lagi, bukan kerana saya sudah ada pengganti yang lebih baik. Tidak sama sekali.

Tapi seperti kata orang, barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meranalah badan. Tiada guna saya terus meratapi benda yang telah pergi. Saya sudah bersedia untuk menerima hakikat kehilangannya. Lagipun tanpa uniform itu saya sebenarnya masih boleh meneruskan perjuangan saya. Kerana kekuatan saya bukanlah terletak pada uniform itu, tapi pada diri saya sendiri. Malah dengan berkain batik sekalipun, saya masih boleh melawan resaksa. Apa yang penting adalah semangat yang ada dalam diri saya. Kalau sekadar luaran sahaja hebat, tetapi dalamnya kosong tidak berisi, maka saya tetaplah tidak lebih dari sekadar tin kosong, yang bila-bila masa sahaja boleh dipenyekkan oleh resaksa gorgon tersebut. Saya tak nak jadi seperti tin kosong, kalau boleh biarlah jadi tin berisi sardin ataupun tuna. Eh..tiba-tiba terasa lapar pulak. Oklah. Bye.


p/s : cinta cukulet sibuk. Saya tolong updatekan untuk beliau ..hehehe.. :p


yang tak ada kerja : power renjes pink berkain batik

Friday, November 13, 2009

Rumah kosong tidak bertuan

Aduhai 'rumah' ku yang satu ini
Hendak dirobohkan terasa sayang
hendak dibiarkan penuh bersawang
tetamu yang datang tidak terlayan
dihidangkan air tidak berdulang
masihkah ada yang sudi bertandang?
menjenguk rumah tidak bertuan
memberi salam tiada jawapan
menghantar penganan tidak balasan
aduhai..maaf sejuta maaf
tapi sekarang aku terpaksa berpergian lagi
kerana di luar masih banyak yang menanti
tapi aku janji
bila senang aku pasti kembali
rumah ini takkan kubiar sepi
kerana disini cinta bersemi... :)

Tuesday, November 3, 2009

Pemalas!!

Malas betul nak update blog sekarang nih..kalau tutup aci tak? hahahhaaa :P