
Man invented language to satisfy his deep need to complain.
Complain, dalam bahasa melayu bermaksud bersungut atau mengadu (harus ditulis di sini sebab saya lupa , sampai terpaksa cari dalam kamus hahaha). Bila disebut bersungut, harus diingatkan bahawa ia tiada kena mengena dengan semut ataupun apa-apa binatang yang mempunyai sesunggut. It's all about human things...eceh speaking pulak..haha..
Jadi, siapa kat sini yang suka bersungut , sila angkat tangan!! haa..tengok tu, tak mengaku pulak hahaha...Sebenarnya, semua orang pun ada bersungut kan. Biasalah bila ada benda yang tak memuaskan hati kita, of course kita akan complain. Kadang-kadang kita complain sebab kita nakkan yang terbaik. Bagi saya, kalau complain sikit-sikit tu normallah sebagai manusia biasa hehe
Tapi yang jadi masalahnya adalah bila kita menjadi manusia yang suka bersungut. Sikit-sikit nak complain, sikit-sikit nak bersungut..Bila hujan kita bersungut, haihh hujan tak bleh nak jemur baju la pulak...bila panas kita bersungut lagi, haihh panasnya, hitam la kulit cam nih. Bila rumah kita kecik kita complain, ishkk keciknya rumah ni, sesak nafas dibuatnya..yang peliknya bila rumah dah besar pun kita complain jugak, wehh besar sangat rumah nih, penatlah nak ngemas cam gini..haha.. Nilah namanya manusia yang tak pernah berpuas hati dengan semua benda.
Well, saya ada seorang kawan, yang memang suka bersungut. Ada je yang dia tak puas hati, baik dengan orang mahupun dengan benda..kita yang mendengarnya ni pulak yang naik rimas. Seriously, it's not fun ok mendengar orang bersungut sepanjang masa, seolah-olah macam dah tak ada satu pun perkara yang betul kat dunia ni. Ia macam satu aura negatif yang disebarkan ke ruang udara, dan kita terpaksa menyedutnya hehe..
Ada orang kata, kita nampak apa yang kita fikirkan. Kalau fikiran kita sentiasa positif, kita akan nampak benda yang baik-baik aje, tapi kalau fikiran kita memang negatif, kita akan sentiasa nampak benda yang negatif jugak. Pendek kata fikiran kita mempengaruhi diri kita. Jadi untuk menjadi orang yang kurang bersungut, kita mesti belajar memandang dunia ini dengan fikiran yang lebih positif, barulah kita lihat dunia ini indah belaka hehe..
Lagipun, kita kena terima hakikat bahawa dalam dunia ni banyak benda yang berlaku adalah jauh dari kawalan kita. Tak semua benda akan berlaku mengikut kehendak kita. Macam cuaca, boleh ke kita nak ubah dari panas ke hujan, tak bolehkan? Jadi sungutan kita tu tak lebih dari satu benda sia-sia je.malah boleh pulak membawa kepada sifat tidak bersyukur...ishk ishk ishk...
Lagi satu, dari menghabiskan tenaga kita dengan bersungut, ada baiknya kalau kita salurkan tenaga tersebut untuk mencari jalan penyelesaian. Stop complaining, go solve the problem! Sekadar bercakap je, satu habuk pun tak jadi..kita kena bertindak. Katakan rumah kita bersepah, instead of dok complain je kononnya menyemakkan mata, apa kata kita ambik tindakan yang lebih proaktif dengan mengemas rumah kita..baru lah betul cemerlang, gemilang dan terbilang kan.
Jadinya, mulai dari sekarang, cubalah kurangkan bersungut dan mengeluh. Lihatlah dunia dari sisi yang lebih positif. Belajarlah untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur dan terimalah apa kita dapat dengan penuh redha. InsyaAllah, kita akan jadi manusia yang lebih bahagia dan orang-orang di sekeliling kita pun mesti rasa lebih gembira (sebab tak payah dengar lagi sungutan kita hehe..)
Oklah..macam panjang pulak menulis hari ni, ada yang nak complain ke? hahahaa... :P