Sunday, January 31, 2010

Makanya kalau tak tahu, bertanya

Sebab hidup dalam ketidakpastian tu sangatlah tak bestnya. Rasa gelisah je kan selagi belum ada jawapannya. Mulalah kepala fikir yang bukan-bukan. Sangkaan-sangkaan yang kadang-kadang tu tersangatlah jauh dari kenyataan. Padahal takde apa benda sangat pun. Once kita dah tahu cerita sebenar....legaaa..oklah..kalau ada masalah pun, at least kita masih ada kesempatan untuk betulkan. Tapi kalau kita tak tahu? Apa yang kita nak betulkan? Huhuhu..

Tapi itulah..kadang-kadang tu nak tanya tapi malu, takut, segan..macam-macam lah alasan..Cuma nak lontarkan satu soalan je, dah menggigil satu badan. Kadang-kadang tu pulak, takut nak tanya bukan sebab apa, sebab takut nak dengar jawapan. Kalau-kalau kenyataan tak seindah apa yang dibayangkan. Jadi lebih baik lagi awal-awal mengelak dari berdepan..haihh pengecut betul...apa nak jadi la. Hidup kena berani ok. Bak kata erra fazira, tanpa keberanian mimpi tak bermakna..hehehe...

Lagipun orang-orang tua dah selalu sangat berpesan, malu bertanya sesat jalan. Dah..elok-elok nak pergi Seremban, terus sampai ke England..sikit punya jauh tersesat huhu...Rugi masa, rugi tenaga. Kalau tanya orang tadi, kan ke dah selamat sampai ke destinasi. Itulah, buat lagi perangai bodoh sombong. Sekarang sapa yang rugi? Diri sendiri jugakkk..Dah, lain kali jangan buat lagi tau..ingat tu...


p/s : membebel pada diri sendiri haha... :P

Thursday, January 28, 2010

Bila apa yang ditulis memakan diri..

Malam ni saya nak serius-serius sikit. Mahu menulis tentang dunia blogging huhu..eh kata serius, mana boleh gelak kan..ok buat muka ketat sekarang..:P

Sebenarnya dah lama saya dok fikir-fikir pasal benda ni, tapi macam tak terkeluar pulak ayat yang sesuai. Tapi peringatan, ini cuma pandangan saya je, kamu boleh untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang saya kata ni.

Kita mungkin selalu jumpa (atau kita sendiri yang guna) ayat ni sepanjang kita berblogging ni. "Blog aku ikut suka hati akulah nak tulis apa pun". Betul ke kita boleh ikut suka hati kita? Mestilah boleh..kata blog kita kan. Tapi satu je kita kena ingat, natijah dari apa yang kita tulis tu, diri kita sendiri jugak yang akan menanggungnya.

Kita sendiri pun dah tengok banyak contoh yang berlaku depan mata kan. Ada yang memakan diri sampai jadi kes polis. Itu kira dah tahap severe dah tu. Tapi yang selalu terjadi (mungkin pernah terjadi pada anda?) bila apa yang ditulis atau dipaparkan di blog akhirnya dijadikan bahan untuk menghentam tuan punya blog tu sendiri. Selalunya serangan ni dilakukan oleh si anonymouslah.

Dan dalam kebanyakan kes mesti kita akan salahkan anonymous kan. Apesal nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang? Tapi kadang-kadang kita lupa, kita sebenarnya yang dah terbagi tepi kain kita untuk orang jaga. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kita sendiri tahu blog kita adalah untuk tatapan umum. Sesiapa boleh baca, sesiapa boleh tengok. Lainlah kalau blog kita private.

Jadi bila blog kita adalah blog umum, maka disaat itulah kita kena sedar bahawa kita tak lagi boleh buat sesuka hati kita. Sebab ada banyak mata-mata yang akan memerhati. Apa yang kita tulis, yang baik, yang buruk ramai yang akan baca. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita paparkan kat blog kita tu biasa-biasa aja, ok aja, tak ada silapnya kat mana-mana. Tapi mata orang lain yang menilai tak pulak rasa macam tu. Biasalah kita manusia biasa, kadang-kadang memang terlepas pandang jugak kesilapan diri sendiri. Dan masa tu perlu orang lain untuk menegur kita.

Tapi kadang-kadang memang betul jugak kita tak de buat silap apa-apa pun. Tiba-tiba je ada orang yang busuk hati menghentam kita habis-habisan. Lumrah dunia, memang akan sentiasa ada orang yang tak senang dengan apa yang orang lain buat. Ada je yang dengki. Pantang tengok orang lain lebih sikit. But somehow, kita kena terima yang benda ni adalah sebahagian dari risiko yang terpaksa kita tanggung bila berblog secara terbuka. Kalau kita tak sanggup nak ambil risiko ni, maka lebih elok kita privatekan saja blog kita..selamat...hehe..

Apapun satu benda yang paling penting yang kita kena ingat. Walaupun blog ni adalah dunia maya sahaja, tapi kita sebenarnya tetap tak terlepas dari pemerhatian Tuhan. Setiap patah yang kita tulis akan dinilai olehNya. Soal dosa dan pahala tetap wujud di dunia blog ni. Jadi jagalah setiap tutur kata dan perbuatan kita. Jangan banyak sangat mencarut di blog yek..gunalah perkataan yang baik-baik, yang elok-elok. Jangan mengguris perasaan orang, jangan memaki hamun orang (walaupun orang tu tak baca blog kita) walau kita geram sangat pun, usahalah untuk kawal perasaan kita. Ya, blog memang tempat meluah perasaan, tapi macam yang saya kata tadi, kita tetap tak lepas dari perhatian Tuhan. Jangan ikutkan hati, nanti diri sendiri yang rugi. Sabar...sabar..dan sabar...itu separuh dari iman.. :)


Wednesday, January 27, 2010

Can we fix it?

Yes we can!! Bob the builder..bob the builder..lalala..dahtakingatlirikapakebendantah..hahaa

Dulu saya suka tengok Bob the builder nih, comel kan bulldozer yang boleh berkata-kata tu hehe..Sekarang ni kat kampus saya banyak betul kerja-kerja pembinaan. Salah satunya pembinaan asrama baru, lima tingkat ke enam tingkat ntah lupa. Betul-betul menghadap bilik saya. Saya kan suka skodeng ikut tingkap, jadi nampaklah apa yang diorang tengah buat..haha..Eh tak intai pun, saya duduk kat meja saya je pun dah nampak diorang buat apa.

Baru kejap tadi Cik bulldozer siap mengorek tanah. Ingatkan nak buat apa. Rupanya diorang keluarkan pokok. Agakanya nak tanam kat tempat lain kot, sebab saya tengok berhati-hati je diorang buat kerja. Kalau tak mesti dah tebang je kasi mati itu pokok huhu..

Tapi bagus lah macam tu kan. Pembangunan pun pembangunan jugak, alam sekitar tetap kena jaga. Apa yang boleh kita pelihara, sedaya upayalah kita pelihara. Walaupun cuma sebatang pokok (oklah bukan sebatang je, sebab saya nampak diorang tengah korek pokok lain pulak hehe..) . Sebatang pokok tu berharga tau. Entah berapa juta million gas oksigen yang dah dia keluarkan nak bagi kita sedut. Bayangkan kalau kat dunia ni dah tak ada pokok, kan ke payah tu? Terpaksa kita pakat-pakat pakai tangki gas oksigen yang orang buat menyelam tu, kan ke seksa jiwa dan raga..hehehe..

Pendek kata, hargailah alam sekitar kita. Janganlah asyik menanam tebu di tepi bibir je, tanam sekali pokok kat keliling rumah tu..haha :P



Tuesday, January 26, 2010

Three important words..

Ada tiga perkataan yang saya nak ucapkan sekarang ni. Tak..tak..bukan I love you. Itu kena tunggu putera raja turun dari kayangan dulu hahaha.. Saya nak cakap yang I Am Sorry...saya mintak maaf pada semua pengunjung blog ni sama ada yang dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Lebih-lebih lagi yang setia bagi komen walaupun tak berbalas dan yang selalu datang tapi tak ada kunjung balas dari saya. Mintak maaf sangat-sangat. Sungguh saya rasa bersalah, rasa macam sombong gila orang datang rumah kita tapi kita tak layan..huhu..Sebab tu saya tak kisah kalau korang tak komen atau tak nak datang dah blog ni, sungguh saya tak kecik hati sebab saya tahu saya sendiri pun dah tak dapat nak bagi komitmen untuk lawat blog orang. Tapi apapun saya tetap tak nak tutup blog ni sebab saya suka sangat menulis. Dan saya suka menulis kat sini sebab saya boleh berkongsi dengan orang lain. Cuma hal-hal trafik blog bukan lagi keutamaan saya. Siapa nak datang "you are most welcome" tapi kalau tak nak datang dah sebab tuan dia sombong, it's ok. Saya faham perasaan anda ..hahaa :P. Apapun saya mintak maaf lagi sekali kalau ada kawan-kawan blogger yang kecik hati sebab saya dah tak jenguk dan komen blog kamu. Silent reader takpe, sebab diorang tak harap kunjung balas kan? Betul tak? hahaa...

Monday, January 25, 2010

Dan disini aku terus menunggu...

Penantian itu satu penyeksaan kan. Apatah lagi menunggu dalam ketidakpastian, samaada apa yang kita tunggu itu akan benar-benar menjelma, atau sekadar satu penantian yang sia-sia. Kalau boleh, mahu saja berlari dan terus menggapai apa yang kita mahu. Tanpa menunggu ia datang, kita sendiri yang pergi mendapatkannya. Tapi, hidup tak semudah itu. Ada benda yang boleh kita usahakan, tapi ada juga benda yang tiada apa boleh kita lakukan selain menunggu...Menanti dengan penuh kesabaran, dengan penuh harapan, dengan penuh keyakinan..bahawa apa yang kita impikan pasti akan jadi kenyataan. Tapi andai tertakdir bahawa ia bukan milik kita, walau seribu tahun kita menanti, tetap tidak mungkin kita miliki. Dan saat itu, redhalah dengan apa yang terjadi, kerana Tuhan pasti menggantinya dengan yang lebih baik lagi...


p/s : menunggu bulan jatuh ke riba..hakhakhak.. :p

Friday, January 22, 2010

Siapa makan cili dia terasa pedas

Selalu orang mesti ingat makanan kat kelantan ni semua manis-manis (termasuk lauk-pauk dia ) Tapi kat kafe saya ni tak pulak macam tu. Pedas tahap membunuh .. ni pun saya tengah menaip sambil menahan kepedasan, siap berair hidung semua..huhu.. Tapi saya pun gatal jugak, dah tahu tak tahan pedas, tetap nak ambik lauk yang ada cili. Rasakan..

Eh..apa kehal la saya dok citer pasal makan nih? Sungguh tak bermanfaat T_T

Oklah, bagi menjadikannya lebih bermanfaat, marilah kita bersama-sama membincangkan peribahasa "Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya"....

Kejap! Saya ada sebut 'kita' ke? Salah sebut tu, kamu je lah yang bincangkan. Saya nak gi study..tata :P

Thursday, January 21, 2010

Tumblr

Malam ni tangan gatal-gatal surf internet (padahal banyak lagi nak kena study ishkkk).. Pastu jumpa benda alah Tumblr nih. Dan saya macam biasalah interested nak cuba..lebih kurang macam blog jugak, tapi rasanya a much simpler compare to blogger..kot? hahaha...So saya dah pun create saya punya..tapi knowing myself yang suka hangat-hangat tahi ayam ni, saya tak tahu berapa lama saya akan layan benda nih...mungkin nasib dia akan sama macam twitter, plurk, flickr, facebook, friendster...yang semuanya dah terabai dan berkubur begitu sahaja (walaupun tanpa batu nisan)..setakat ni nampaknya cuma blog ni je yang mampu bertahan. Tu pun dah agak-agak suam kuku je muahahaa..pedulik hapa.. :p

Oh..kalau nak tengok tumblr saya klik sini. Entah hapa-hapa je saya merepek kat situ..sangat tak bermanfaat..haihhh

Wednesday, January 20, 2010

Menuju puncak

Kuliah saya selalunya bermula pukul 8.30 pagi dan saya selalunya akan pergi setengah jam lebih awal. Tapi kadang-kadang terlewat jugak, contohnya bila tudung buat hal macam pagi tadi hehe..

Jadi bila sampai lewat (walaupun kuliah belum bermula) hampir semua tempat duduk kat barisan depan dah kena 'chop' (chop aje, tuannya pun belum datang lagi :P). Nak tak nak kenalah panjat tangga duduk kat barisan belakang..huhu..

Tapi kadang-kadang seronok jugak. Rasa macam berada di puncak je..hehe..Boleh tengok apa yang orang kat barisan depan tengah buat. Yang tidur, yang tersengguk-sengguk, yang berborak, yang tengok-tengok orang (eh..itu saya..hahaha..)..Oh yang sibuk bercinta pun ada..haihhh..Time kuliah pun sibuk nak berkepit..pleasee lah..haha..(bukan jeles..cuma berbulu bijik mata..eh tu bukan eyelashes ke :p)

Apapun azam saya pada esok hari adalah untuk pergi kelas awal, sempat beli breakfast dan tak perlu lagi berada di puncak. Lainlah puncak kejayaan..yang itu kalau boleh tak nak turun-turun dah hahaaa....

Oklah...selamat mendaki puncak kejayaan buat semua..bak kata Cik Miley Cyrus..ain't about how fast u get there, it's the climb...Haihh cik Miley ni, kalau saya terlewat lagi esok, memanglah saya kena climb lagi lah jawabnya..

Monday, January 18, 2010

Berat mata memandang

Berat lagi kelopak mata menahan ngantuk..

Time banyak kerja nak dibuat ni lah dia nak mengantuk siap menguap-nguap mulut masuk lalat semua.. huhuhu....

Sunday, January 17, 2010

Di luar nampak tenang..

Dua minggu lagi nak exam. Cuak jugak rasa hati nih. Tapi kawan saya bagi komen tadi. Katanya saya nampak tenang je.. Erkk..eh?? hahaha....air yang tenang jangan disangka tiada buaya (ada kena mengena ke?)..Padahal dalam hati nih Tuhan aje yang tahu. Tapi selalu je jadi camni. Samaada orang tersalah tafsir, atau saya yang buatkan orang tersalah tafsir? Pendapat diorang selalu je bertentangan dengan apa yang saya rasa. Adakah saya ini boleh jadi seorang pelakon yang baik? Hehe... tapi saya memang jarang nak tunjukkan perasaan sebenar saya pada orang. Kecuali orang-orang yang rapat, barulah mereka tahu macam mana perangai saya yang sebenarnya. Jadi walau depan orang saya nampak macam ok-ok je..sebenarnya dalam hati saya boleh ada macam-macam rasa..Biar saja Tuhan yang tahu...huhuhu....

Thursday, January 14, 2010

Bila hati nak, tapi akal kata tak boleh..

Malam ni kat kampus saya ada pementasan teater. Saya nak sangat pergi tengok (saya memang minat seni-seni ni huhu..). Tapi, atas sebab-sebab tertentu, saya tak pergi pun.

Dan esok, kawan saya ajak pergi outing (bukan dating yek). Hati saya memang meronta-ronta sangat nak pergi. Tapi jugak atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa memilih untuk menolak pelawaan kawan saya.

Tipu kalau saya kata saya tak kecewa. Untuk benda-benda yang kita suka, kita mahu, tapi kita terpaksa mengatakan tidak pada diri sendiri. Yup, boleh je sebenarnya untuk saya ikut je kemahuan hati dan lakukan apa saja yang saya suka. After all, pilihan di tangan saya.

Tapi orang kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa... Sekuat mana pun keinginan saya, saya terpaksa menolak, barangkali itu yang lebih baik bagi saya. Lagipun sudah lumrah, kita takkan dapat semua yang kita nak. Dan kadang-kadang kita terpaksa memilih mana yang lebih baik, walaupun yang lebih baik itu adalah sesuatu yang kurang kita gemari.

Pengorbanan. Hidup memang perlukan pengorbanan kan? Korbankan apa yang kita sayang, apa yang kita cinta, apa yang kita suka, demi untuk sesuatu yang lebih bermakna. Walau terasa susah, terasa payah, kita kena lakukan jugak. Sebab at the end, kita yang kena tanggung akibatnya. So, choose the best, though it's bitter.. :)


p/s : macam cinta jugak, tak semestinya memiliki...sometimes it's better just to adore dari jauh...hehehehe.... :p


Tuesday, January 12, 2010

Gula-gula

Gula-gula yang adik suka,
rupanya bukan rezeki untuk dimakan
belum sempat disua ke mulut, jatuh ke tanah,
akhirnya jadi habuan ayam
gula-gula yang cuma sebiji kini dah tak ada lagi
adik cuma mampu memandang, sayu sungguh rasa hati
adik tahan air mata, jangan jatuh, tapi gagal
mata bengkak, hidung merah, hingus meleleh
sedih sungguh adik rasa
gula-gula tu, aiman yang kasi
adik mana ada duit nak beli sendiri
adik tersedu sedan, sambil doa pada Tuhan
mintak gula-gula lain sebagai ganti
bila penat menangis, adik tertidur
mimpi gula-gula gergasi
dan adik peluk erat-erat, takut terlepas lagi
sayang mimpi cuma mimpi
bila terjaga, semuanya pergi
tapi adik tak menangis lagi
sebab bila adik buka mata
ada banyak coklat atas meja
abah bawa pulang dari Langkawi
dan adik ukir senyum girang
sambil ucap syukur pada Tuhan.. :)

Monday, January 11, 2010

Melambai-lambai

Kalau kamu ternampak kawan kamu dari jauh, apa yang kamu buat yek?

Macam ada sorang kawan lelaki saya tadi, nampak dari jauh la. Cara dia greet...angguk sambil tersenyum. Nampak macam sopan je kan?

Pastu ada sorang lagi, yang kalau tengah berjalan (dia hujung sana, saya hujung sini) dia mesti berhenti sekejap, lambai-lambai sambil senyum, pastu baru teruskan perjalanan (kalau saya takdenya nak berhenti, sambil berjalan pun boleh melambai kan..hehe).Nampak macam dia excited je terjumpa kita..wakakaa..mati la perasan.. :P

Kalau kawan perempuan yang rapat pulak, mesti diorang akan melambai sambil jerit-jerit panggil nama..This one, kalau mood kita tak berapa elok pun mesti lepas tu kita rasa happy je..

Kalau saya..saya biasanya akan senyum je. Tangan saya ni jarang nak melambai-lambai..pemalas..hahaha..tapi senyum seikhlas hati tau..muahahaa.. :P :p Tapi saya rasa ramai yang macam ni kan, senyum je. Sedekah..hehe...

Tapi kadang-kadang tu, ada jugak buat-buat tak nampak, pandang tempat lain..hehe jahatkan..tu time takde mood nak bersosial la tu haha.. Tapi kalau dah terserempak depan mata, takdelah buat tak nampak, senyum jugak. Ni kalau dari jauh la..huhu...

Kalau korang macam mana pulak eh? Dan ada maksud ke cara kita menyapa orang tu? hehe..kena buat kajian nih..haha..

Saturday, January 9, 2010

Man jadda wa jada

Waduh..sedapnya kalau dapat makan nasik lemak sambal ikan bilis telur rebus pagi-pagi nih...hehehe..tetiba je. Tapi nak gi mencarinya takde la. Nak masak sendiri lagi la takde gaya. Harap turun dari langit je haha....Tu la ciri-ciri orang malas berusaha. Nak mudah je kerjanya, usaha tak nak...macam mana nak berjaya nih? haihh....

oh..nasik lemak..bestnya..slurppp..

entry takde motif..harap maaf. huhu..

Friday, January 8, 2010

Ada apa dalam hati?

Buai tinggi-tinggi
sampai cucur atap
apa dalam hati
cinta tak terucap

Orang kata cinta yang paling menyakitkan adalah cinta yang tak dilafazkan...betul ke? Dah pernah rasa? hehe....



p/s : actually nak tulis panjang2 tapi macam malas pulak..later-later eh hahaa... :p

Thursday, January 7, 2010

Awak ingat awak tu kecik lagi?

OMG..this year umur saya dah 23 rupanya. Kalau ikut tahun hijrah tambah lagi 1...jadi 24.Tidak!!! Oklah, ada orang kata, elleh baru 23...rileks la. Belum tua lagi pun. Memanglah belum tua, tapi dah masuk kategori dewasa. Dah bukan budak-budak lagi...huhu..

But somehow, entah kenapa, I always think that I'm still a kid..err..young at heart kot hahaha...selalu je nak panggil orang lain akak, padahal diri sendiri lebih tua. Oh..sungguh tak sedar diri..ishk ishk ishkk.. Tapi memanglah, kadang-kadang tu tak perasan yang saya ni dah dewasa. Time flies so fast, rasa macam sekejap sangat. Rasa macam semalam baru je masuk darjah satu, bawak bekal air milo pergi sekolah...hehe..

But like my lecturer said, awak ingat awak kecik lagi sebab awak masih study, Kalau tengok dekat luar, orang yang sebaya awak ni dah ramai yang kerja, dah kahwin, dah ada anak. Huhu..kenyataan yang tak dapat disangkal lagi.

Even my friends sendiri pun dah ada yang beranak pinak. Cukup untuk membuktikan bahawa diri ini bukan lagi anak kecil. Dah layak jadi mak orang dah...erkk...tercekik..haha..(tak nak jadi mak orang lagi, diri sendiri pun tak terurus huhh)

So, apa yang nak disampaikan dalam entry nih yek? Hehe..sekadar satu peringatan untuk diri sendiri je. Bahawasanya awak itu wahai CIK CUKULET (haih..nama pun macam budak kecik nih :P) sudahpun dewasa. Bukan budak-budak lagi. Jadi sila jangan treat diri sendiri macam budak-budak lagi. Kena jadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri, because you are no longer a kid. Oh berapa kali nak kena ulang ayat ni..awak bukan budak kecik lagi..awak bukan budak kecik lagi...awak bukan budak kecik lagi..awak bukan budak kecik lagi..eh..macam budak kecik je ulang-ulang ayat banyak kali ni..hahahaa...


p/s : seronok ke jadi orang dewasa? huhu...

Tuesday, January 5, 2010

Ular oh ular

Semalam saya mimpi kena gigit dengan ular. Bukan seekor tapi tiga sekaligus..kat muka pulak tu. Kurang ajar punya ular..hahahaa.. :p

Monday, January 4, 2010

Terima kasih Tuhan : )

Usaha...Doa...Tawakal



Dan kau harus percaya bahawa dunia ini memang penuh dengan keajaiban : )

Sunday, January 3, 2010

Bila hati sedang pilu...

cuba ukir senyum
kaku...
cuba gelak ketawa
palsu...
cuba maniskan muka
lesu....
cuba tahan air mata
gagal...

sebak
sendu
pilu
ingin lari
ingin sembunyi
kemana?
dimana?
pedih
perit
letih..
hati merintih
jiwa menangis
.....sampai bila?

bangkit!
bangun!
semangat!

Tuhan ada untuk hambaNya..
Tuhan mendengar akan segalanya
Tuhan melihat akan semuanya
Tuhan mengatur dengan sebaiknya
yakin..sabar...redha...

Lupakah kau akan firmanNya?

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." ~ Surah al-Baqarah: 155-156

Ya Tuhan, berikanlah kesabaran
Ya Tuhan, berikanlah ketabahan
Ya Tuhan, berikanlah kekuatan
Ya Tuhan. berikanlah ketenangan
Ya Tuhan, tunjukkanlah jalan
Ya Tuhan, tunjukkanlah penyelesaian
Ya Tuhan, jangan kau biarkan hambaMu ini larut dalam kesedihan
Ya Tuhan, jangan kau biarkan hambaMu sesat dalam kegelapan
Ya Tuhan, jangan kau biarkan hambaMu ini hilang panduan

Ya Rahman, Ya Rahim
hambaMu ini tiada upaya
hambaMu ini tidak berdaya
hanya pada Mu tempat bergantung
hanya pada Mu tempat berlindung
hanya pada Mu tempat bermohon
kurniakanlah kepadaku rahmat dan keampunanMu


La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu min azzaalemeen

Friday, January 1, 2010

Bila hujan turun..

Baru sekejap tadi hujan turun renyai-renyai. Tapi sekarang dah berhenti. Sekejap aje dia temankan saya. Bila saya duduk dalam bilik sorang-sorang, saya suka kalau hujan turun. Duduk tepi tingkap, sambil perhatikan titis-titis jernih yang jatuh ke bumi. Rasa seronok sangat. Tapi kadang-kadang saya benci hujan. Bila saya kena pergi kelas atau waktu saya nak jemur baju, tapi hujan tak nak berhenti. Saya tak suka kain saya basah. Tapi saya bukannya ada kuasa untuk kawal hujan. Hujan tak turun bila saya suka dan berhenti bila saya benci. Hujan akan turun bila masa yang sepatutnya dia turun dan berhenti bila masa sudah tiba. Semuanya mengikut aturan Yang Maha Kuasa. Dan Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik..sama ada saya suka atau tidak...terima :)

1 Januari 2010

Dah masuk 2010 rupanya, cepat bebenor masa betul. Alhamdulillah syukur pada Tuhan, masih diberikan kesempatan untuk merasa nikmatnya kehidupan. Semoga tahun ni, kita akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..hehehee... Berusahalah!!! Jangan malas-malas yek.. Ingat, Tuhan tak akan ubah nasib kita selagi kita sendiri tak usaha nak mengubahnya. Jangan manjakan diri lagi. Berjuanglah habis-habisan...go..go..power rangers!! Hahaa...