Sunday, February 28, 2010

Bercita rasa sama...mungkinkah kita serasi?

Hari ni semangat berkobar-kobar. Semangat nak pakai baju baru..hehe..Tengok cermin..hrmm..habis cun dah rasa nih (biasalah, kalau tak puji diri sendiri sapa lagi nak puji kan? hahaha :P) Padahal bukan nak pergi mana pun. Nak gi beli suratkhabar dengan makanan je. Tapi bak kata Dr Fadzillah, kita kena selalu bersedia. Manalah tahu kot-kot terserempak dengan jodoh kita..haha...itu beliau yg kata. Bukan saya yek. Jadi jagalah penampilan anda walau di mana saja anda berada hehehe...Ok..ok enough talking about jodoh, cinta etc..nanti ada yang chop saya gatal nak kawen plak. Belum lagi yek..masih banyak lagi benda nak dibuat..huhu..

Sambung balik cerita pasal baju tadi. Maka lepas beli suratkhabar, saya pun menujulah ke cafe. Dengan langkah yang tersusun rapi, keyakinan terukir teguh diwajah, ah..terasa seperti seorang model lagaknya. Tapi!! Tiba-tiba...saya nampak...saya nampak....Arghhhh!!! Di hujung sana berdiri seorang wanita memakai baju yang sama, serupa, sebijik, sebijang...sambung balik menjerit..arghhhhhh!!!! Bencik bencik bencik...kenapakah orang itu mesti memilih untuk beli baju yang sama, dan pakai pada waktu yang sama dan berada di tempat yang sama? Oh...adakah ini suratan dalam kehidupan..atau sekadar satu kebetulan? Mungkinkah jua satu pembalasan? Tak kisahlah, yang penting, saya telah mem'banned' kan baju ini dari dipakai di kampus ini untuk mengelakkan dari timbulnya gosip seperti 'sebuah kumpulan boria telah ditubuhkan' atau 'adakah mereka sepasang kembar yang lama terpisah' atau mungkin juga 'pakwe mereka telah menghadiahkan baju yang sama?'..eh tetiba..hahaha...

p/s : think positif...baju tu cantik, sebab tu ramai yang berkenan..hahaha..(padahal murah :p)

Saturday, February 27, 2010

Saya, dia dan cinta

Dulu saya ingat saya takkan jatuh cinta
tapi bila saya jumpa dia lain pulak cerita
tiba-tiba rasa berdebar dalam dada
tiap masa teringatkan dia
dalam tidur, dalam jaga
sampai tak boleh nak buat kerja
haih..parah jugak jatuh cinta
kalau awak tanya saya
kenapa saya suka dia?
saya pun tak tahu nak jawab apa
bukan sebab rupa, apatah lagi sebab harta
dia cuma orang biasa
tapi dia prince charming saya..
saya suka tengok dia
bila dia senyum..oh my god..sweeett gilerrr
ada satu hari tu saya terjumpa dia
dia of course peramah macam biasa
dia kata "haiii, lama tak jumpa"
senyum lebar, pandang tepat ke mata
ok..yang itu saya rasa dia tak sengaja
tapi saya tergamam, terus tak boleh nak berkata
saya tak ingat saya jawab tak soalan dia
saya cuma ingat riak muka dia
pandang saya waiting for the answer
tapi sekejap je, giler nak tenung lama-lama?
terus dia pusing belakang bayar barang kat counter
mesti dalam hati dia cakap 'budak ni sombongnya'
orang tanya dia buat tak tahu je
sebenarnya saya tak tahu nak jawab apa
tak kan saya nak kata..kenapa rindu saya ke?
hahaha..itu baru kerja giler
tapi lepas tu dah jarang nampak dia
agaknya mana dia pergi ya?
hrmm...itu jelah cerita saya
bosan kan? tulah sapa suruh baca
walau saya suka dia tapi cuma setakat tu saja
dia tak payah tahu pun takpe
saya tak harap dia jadi milik saya
walau dalam cerita ni dia putera raja
tapi hakikatnya saya bukan cinderella
dan kaki saya tak muat dengan kasut kaca
jadi biar ini jadi rahsia kita
kisah kali pertama saya jatuh cinta
dengan dia yang bukan milik saya
but it's ok..saya takkan merana
hidup ni kita takkan dapat semua
lagipun masa depan bukan milik kita
saya sendiri tak tahu dengan siapa jodoh saya
tapi saya percaya ketentuanNya
Tuhan pastinya dah memilih yang terbaik buat saya
mungkin bukan dengan dia, tapi tak apa
cerita ini biarlah jadi kenangan saja
nanti kalau orang tanya "kau pernah jatuh cinta?"
tahulah saya nak jawab apa
...hehehehe....

Monday, February 22, 2010

Diam-diam sudah

Tiada yang menarik untuk dikongsi....huhu :)

Wednesday, February 10, 2010

Cuti..

Tengok kat facebook, tengok kat blog, most of my friends berada dalam mood balik kampung..huhu. Ada yang tak sabar-sabar dah. Malam ni pun dah ramai yang balik. Sanggup tu siap mintak lecturer awalkan kelas..semangat nak beraya yek..hehe.. Takpelah, asalkan gembira.
Lagipun memang dah lama sangat tak cuti..tu yang semua semangat nak balik tu. Rindu pada kampung halaman.

Saya pulak, InsyaAllah hari Jumaat ni balik. Esok petang masih ada kelas lagi. Malas pulak nak rushing, jadi balik Jumaat je lah. Asalkan selamat sampai rumah sudah. Lambat sket takpe..tak menjejaskan ekonomi negara pun..hahaha... Apapun, for those yang bercuti jugak tu, saya nak ucapkan selamat bercuti..selamat makan buah limau banyak-banyak..heee~

Monday, February 8, 2010

Selepas tiupan angin kencang, dan diri masih bertahan

Oh sejak dua menjak ini emosi memang kurang stabil. Kiri, kanan, depan, belakang, masalah dunia tak putus datang menerjah. Ada yang tertepis, tapi ada jugak yang terus menikam tepat ke ulu hati. Berdarah...tapi tak parah. Ambil ubat, sapu, balut dengan bandage. Kembali senyum..

Memang sudah hakikat, dunia tempat diuji. Tak dapat lari, tak dapat sembunyi. Kita semua sama. Punya masalah tersendiri. Bezanya cara kita mendepani. Tetap teguh atau terperosok ke bumi. Jujur, saya bukan orang yang kuat. kadang-kadang saya 'hilang', hanyut dalam kesedihan. Apatah lagi, saat merasakan diri keseorangan..tanpa teman, tanpa keluarga disisi.

Tapi syukur pada Tuhan yang masih memberikan kekuatan. Untuk terus berdepan dengan ribut dan taufan, untuk terus menerjah gunung dan lautan. Tanpa kekuatan dari Nya tak mungkin saya mampu bertahan. Terima kasih Tuhan..

Apapun, semoga ujian Tuhan akan buat kita sedar, bahawa kita ini cuma hamba. Yang lemah, yang tak berdaya, yang tak mampu melakukan apa-apa pun tanpa pertolongan dari Nya. Dan hanya Dia yang Maha berkuasa atas segala-galanya..padaNya tempat mengadu, dan hanya padaNya tempat kita meminta...hanya DIA...



Teruslah bertahan...sehingga ke titik akhir.

Sunday, February 7, 2010

Pura-pura

Pura-pura senyum
Pura-pura ketawa
Pura-pura bahagia
Pura-pura suka
Buat macam tak ada apa-apa
Tak ada derita
tak ada sengsara
tak ada tangisan
tak ada jeritan
Seolah hidup ini hanya kemanisan
disalut madu dan gula
tanpa racun dan cuka
Biar hati yang menyimpan cerita
Biar hati yang merasa sengsara
Biar hati yang remuk redam
Biar hati yang telan kepahitan
Di hadapan orang hanya tenang
di hadapan orang hanya senyuman
di hadapan orang hanya keindahan
di hadapan orang hanyalah wayang
biar mereka terhibur
biar mereka tertawa
biar mereka bahagia
biar mereka ceria
walau kita hanya pura-pura
biar saja
simpan cerita duka
sorok hati yang luka
tahan air mata
selindungkan gundah gulana
biar semua jadi rahsia
antara hamba dengan Yang Esa...

Saturday, February 6, 2010

My Birthday Wish List

Kalau kamu nak tahu, bulan februari adalah antara bulan yang istimewa dalam hidup saya. Sebab bulan Februari adalah bulan kelahiran saya. Bercerita pasal hari lahir, saya seronok baca blog-blog orang lain yang bercerita pasal sambutan hari lahir diorang...meriah sangat dengan all the cake and presents. Dan saya baru je terbaca satu blog yang mana dia punya wish list pada parents dia adalah sebuah laptop baru. And she got it. Dia sangat bertuah kan :)

Talking about myself, saya tak pernah buat wish list for my birthday. Malah seumur hidup saya tak pernah pun my parents bagi present untuk birthday saya. Apatah lagi nak buat sambutan harijadi. Tapi saya tak kisah, walau sedikit pun, apatah lagi mahu cemburu pada orang lain. Sebabnya, kami memang orang kampung, dan orang kampung (kampung sayalah, kampung kamu saya tak tahu heheee..)jarang yang sambut birthday..ia bukan kebiasaan dalam keluarga saya, jadi ia bukan sesuatu yang pelik. Tak ada sesiapa yang akan terasa hati. Cuma ia akan jadi pelik kalau out of sudden tiba-tiba ada sambutan..hahahaa..

Lagi satu sebab, dulu-dulu kami bukan orang senang, jadi dari beli kek, beli hadiah, duit yang ada tu baik beli buku-buku sekolah atau keperluan lain yang lebih penting. Lebih afdhal gitu hehehe... Lagipun kalau ingat balik dulu-dulu, cukup makan dan pakai pun dah lebih dari syukur. Tak pernah mintak lebih dari tu, tak pernah nak merengek-rengek dengan mak mintak di belikan hadiah yang mahal-mahal. Jadi for those yang selalu dapat apa yang korang wishkan tu, i would say that you are so lucky. Hargailah apa yang korang dapat selama nih, sebab tak semua orang berpeluang merasai seperti apa yang kamu rasa. Be grateful k. And for those yang tak merasa semua tu, janganlah rasa dengki. Sebab Tuhan tu Maha Adil. Kalau kita kurang disitu, mungkin akan ada lebih di bahagian lain. Nikmat Tuhan bukan hanya pada wang ringgit dan kebendaan semata-mata..ingat tu.

Apa-apapun, tahun ni saya nak buat wishlist untuk birthday saya. Tapi saya bukan nak mintak dengan my parents, atau my friends atau sesiapa pun. Tapi saya nak mintak dengan Tuhan, sebab saya tahu hanya Dia yang Maha Mendengar dan hanya Dia yang Maha Berkuasa untuk mengabulkan semua permintaan kita. Banyak yang saya mahu mintak sebenarnya...biarlah ia jadi rahsia saya dan Dia :)

Cerita pasal permintaan ni, saya teringat pulak kata cikgu saya dulu. Dia cakap dia tak mintak supaya dipanjangkan umur. Dia cuma mintak supaya hidup dia sentiasa dirahmati Tuhan. Betul jugak tu kan, tak penting selama mana hayat kita didunia ni, tapi yang penting, dalam keberkatan. Kalau panjang umur tapi hidup tak diberkati Tuhan, tak guna jugak kan..huhu...





Friday, February 5, 2010

Lagi seminggu...oh tabahlah duhai hati..

Rindu pulak nak menulis kat sini, walaupun takde cerita best nak cerita. Baru je habis exam sebenarnya. Tu yang menyepi kejap haha... Pasal exam tu malaslah nak cerita...nanti bakal mengundang kemurungan hehehee...takdelah..malas nak fikir dah, yang dah berlalu biarkan berlalu..kita tunggu je result, InsyaAllah kalau dah rezeki kita, tak kemana kan. Dah usaha, dah doa, sekarang kita tawakal. Semoga Tuhan memberikan yang terbaik buat kita...eh..memang Tuhan sentiasa bagi yang terbaik kan, cuma kita je kadang-kadang fikir yang terbaik tu cuma dalam bentuk yang best-best je..Walhal yang tak best pun boleh jadi yang terbaik, supaya kita dapat belajar untuk menjadi yang lebih baik..ha..sekarang sila kira berapa banyak perkataan baik ada kat situ hehe...

Apapun, walaupun dah habis exam tetap tak boleh nak enjoy...kena sambung study balik sebab lepas ni BIG BIG BIG EXAM akan menyusul huhu...yang ni memang kena buat betul-betul. Kalau tak anda tahulah nasib anda...(ugut diri sendiri). Tapi hari ni nak relaks-relaks dulu hehe..nak tune balik otak ke tahap kewarasan normal ...lepas tu baru boleh menghadap notes yang dah nak sama tinggi dengan gunung everest tu huhu..

Next week masih ada kelas lagi seminggu (nasib kami macam nilah, walaupun dah habis exam, tetap takde cuti..mid sem break, cuti semester semua..jangan harap...huhu..) Lepas tu cuti sempena Tahun Baru Cina seminggu..inilah hikmah negara kita ada berbilang kaum, kalau tak jangan harap nak dapat cuti hahaha...Memang dah homesick nih..tapi sabar lagi seminggu. Kalau ikutkan boleh je nak balik kejap, tapi memikirkan lagi seminggu je dah nak cuti, tahan je perasaan tu dulu..huhu..tak sabar nak balik nih..mammmiiiii I'm coming!!!