Tuesday, March 30, 2010

Blurrrr...

Susah la nak buat keputusan kan. Sebab tu saya tak suka buat keputusan sendiri. Kan senang kalau ada orang dah decidekan untuk kita..hehehe.. Tapi sebab memikirkan diri dah tua, maka kena la berdiri di atas kaki sendiri. Mana boleh suruh orang dukungkan lagi. Nak naik stroller pun dah tak muat hahaha..

Adeihh..pening..pening. It's not a big thing pun, cuma saya belum jumpa penyelesaian terbaik. Yang mantap gitu kata orang. Ceh..macam nak pilih calon suami pulak gayanya. Nak yang kaya, hensem, dan kaya. Eh kaya ada sebut dua kali ke? hahaha $_$

Ermm...kalau ikut kata hati je boleh tak? Tapi orang kata ikut kata hati nanti mati. Kalau tak ikut kata hati, tapi eksiden kena langgar lori pun mati jugak kan? Hohoho..jadi macam mana ni? Akal dah tak mampu nak berfikir dah. Dia kata..it's up to you lah nak buat apa-apa pun, I dah tak kuasa nak fikir lagi dah..chewah..akal saya cakap I you la pulak..dasar orang kampung tak sedar diri T_T

Baiklah..baiklah..berhenti merepek (dah lama tak merepek, rasa macam gian pulak kan hehe..) Saya nak ikut gerak hati je lah. Instinct bak kata omputih. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Tuhan. Ayuh..kita beli tiket balik kg sekarang...yiehaaaa!! (kenapa berbunyi seperti mahu menaiki kuda sedangkan hakikatnya perlu berjalan kaki..oh..whatever!!)

Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah..

Terima kasih Tuhan :)

The last thing that I want to do...

adalah mengecewakan mak saya... (abaikan ayat yang separuh english separuh BM tu, sayakan org Malaysia T_T)

Tapi seriously, perkara yang paling tak sanggup saya buat adalah membuatkan mak saya kecewa. Bila mak saya kecewa, saya akan double kecewa. Kalau saya kecewa sorang-sorang je takpe, I still can handle the feeling. Tapi bila mak saya kecewa...saya rasa perasaan saya hancur..But yet, no matter how hard i try, still akan ada ketikanya yang saya buat mak saya kecewa. Yup, terpaksa terima hakikat yang saya bukan anak yang sempurna..yang mampu kabulkan semua harapan mak dan ayah..Walau mak saya cuba sembunyikan kekecewaan dia, tapi saya tahu..dengar suara, tengok mata, pun saya tahu my mum kecewa...

Saya harap sangat-sangat...hari ni saya tak kecewakan mak saya...

I just want to make my mom happy.

Tuhan, tolong kabulkan permintaan hambaMU ini...


Kupujuk jua, hati dan jiwa....

Tengah berserabut, kusut..macam err macam...ha! macam rambut yang tak syampu 2 minggu. Macam tu lah perasaannya T_T

Tapi syukur dalam kekusutan tu masih boleh berfikir dengan waras. Ya..kalau tak boleh berfikir maka tak adalah entry ini. Maka dengan wujudnya entry ini terbuktilah bahawa saya masih 'ok'..uhuk..anda ok? harap-harap anda pun ok jugak.

Saya rasa hidup saya ni banyak betul dugaan. Mesti anda pun rasa macam tu jugak kan. Saya rasa hidup saya paling banyak masalah, anda rasa hidup anda paling banyak masalah..heh..mereka pun rasa hidup mereka paling banyak masalah. Dushh...persoalannya, hidup siapa yang tak pernah ada masalah? Takde..nehi kabi nehi (apa maksud ni? hentam saje) Bak kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan. Dah tahu hujan tu kenapa tak bawak payung, kan dah basah kuyup. Dah pergi mandi, nanti demam pulak.

Ok berbalik pada topik asal. Saya sekarang ni ada beberapa problem yang belum selesai. Bukan problem berat-berat pun. Ringan-ringan je..tapi saya suka memberatkan kepala otak saya nak buat macam mana kan. Saya kena belajar rileks-rileks...bertenang, tarik nafas, hembus...tarik nafas..hembus..ok push!! Eh..tu nak beranak. Tak..ni bukan masalah susah nak beranak. Ni masalah lain.

Rasa macam nak lari je dari masalah ni semua. Tapi mana boleh. Hanya pengecut je yang lari dari kenyataan. Saya bukan pengecut. Saya adalah hero.in. Macam..(ermm..sapa eh heroin yang jelita dan gagah perkasa?) macam..ermm..macam mak sayalah. Mak saya berani. Gigih. Kental. Berhati waja. Jadi anak dia pun kena la macam tu kan. Chaiyok chaiyok!!! You can do it Cik CC!!!

Tak boleh mengalah. Selagi belum terbukti kau telah tewas. Even kau telah tewas, kau tetap kena bangkit semula. Biar patah sayap bertongkat paruh, namun mengalah tidak sekali. Segala dugaan rintangan halangan cubaaan..apa-apa an sekalipun, akan ku harungi jua. I'm going to make it!!!

Ya Allah, Ya Tuhanku...ku mohon Kau berikanlah kekuatan pada hambaMU yang lemah ini.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)



~USAHA, DOA, TAWAKAL~

Saturday, March 27, 2010

Tutup lampu!!

Bersedia untuk tutup lampu...kalau tak tutup pun memang diorang akan padamkan gak semua sekali hehe..patutnya kena gi kumpul kat padang nih. Tapi biasa la budak pemalas. Dok dalam gelap kat bilik pun ok jugak. Boleh bertafakur sambil muhasabah diri yang penuh dengan dosa dan noda ni T_T

Wednesday, March 24, 2010

Tora datang lagi!!

Yes my dear, I'm back..haha..as if ada yang kisah kan. Ah tak kisah la tu..hidup ni memang untuk syok sendiri kan..yang penting kita happy hehehe...

Apapun, tak tahu la berapa lama saya akan bertahan ni. Mungkin akan menghilang lagi..mungkin sekejap, mungkin selama-lamanya..masa depan bukan ditangan kita kan? Lagipun tak ada apa yang kekal abadi di dunia ni. Blog saya ni pun satu masa nanti akan terhapus jugak, lambat atau cepat aje.

Tapi selagi masih diizinkanNya, selagi itu saya akan menulis di blog ni..even nobody want to read, I still want to write :) sekali lagi..hidup ni memang untuk syok sendiri kan..hahaha...

Aiseh..apa yang saya membebel ni, nak cerita benda lain sebenarnya tadi. Tapi tak jadi lah.. Tak de mood pulak. Dah la lapar..tapi takde selera nak makan. Sore throat. Suka betul makhluk-makhluk asing ni dengan anak tekak saya..second time for this month..say horrey for me T_T Takpe..ujian Tuhan. Kalau ujian sebesar ni pun tak boleh nak tahan, macam mana nak mengharungi cabaran yang lebih besar kan? Semoga Tuhan memberikan saya kekuatan dan mempermudahkan urusan di dunia dan akhirat...aminn :)

Thursday, March 11, 2010

Saya sekarang adalah seorang beruang kutub

Saya sedang berhibernasi. Mungkin akan bangun dalam masa sepuluh tahun lagi. Pada stalker-stalker sila jangan kecewa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terimalah dengan hati yang terbuka. Baiklah, sebelum ais mula mencair baik saya tidur sekarang..zzzzzzzzzz

Saturday, March 6, 2010

Itsy bitsy spider

Dekat hostel saya nih, memang tempat pembiakan labah-labah kot..biasalah asrama lama..huhu...Kalau kat dalam bilik tu, hari ni sapu, jap lagi ada la balik sarang dia..sangat proaktif tau labah-labah ni. Kadang-kadang tu nak bunuh kesian (bukan tak baik ke bunuh labah-labah? )..tapi kalau tak sapu kan, habis siling dengan sarang labah-labah. Horror la pulak..macam bilik tak ada orang tinggal hahaa...Kalau mak mertua tengok tak ke malu? eceh..tetiba tersebut mak mertua pulak..tersedak orang tua tu kat kampung..bahahaaa :P

Hari tu ada sekali saya bertindak kejam. Spray spider dengan ridsect hehe..jahat kan? Ampunkan saya cik spider, saya terpaksa...sobsob..Tapi sekali je lah saya buat. Rupa-rupanya my roomate nih allergy dengan ridsect..aduhai kesian dia..sorry akak tak sengaja. Lain kali bagitau awal-awal k..huhu...

Tapi cerita pasal labah-labah ni, saya cukup kagum dengan kegigihan mereka. Rajin diorang dok mengait sarang..hari ni kait, esok musnah, tetap tak putus asa, buat jugak lagi. I wish saya serajin diorang...dan tak mudah putus asa. Ni tak..tidur je rajin...hampeh betul. Mungkin nak kena gigit dengan spider dulu kot, mana la tahu tiba-tiba bermutasi jadi rajin..hahaa..itu kalau jadi rajin, kalau tetiba jadi spider woman? Tak pasal-pasal kan kena pergi hollywood berlakon filem...haahaa..

Wednesday, March 3, 2010

Akele hum akele tum...Jo hum tum sang hain to phir kya gham

Tu mera dil, tu meri jaan
OH I LOVE YOU DADDY..

Feeling bollywood la pulak....bila dengar lagu ni teringat my daddy..eceh..my abah laa. Dulu masa kecik saya rapat dengan abah saya sebab abah saya rajin melayan. Masa belum sekolah, kalau abah pergi mana-mana mesti bawak saya. Pergi pasar, pergi supermarket, jumpa customer pun abah bawak (dulu abah saya buat business sendiri)..aihh..teringat pulak kisah jatuh kat pasar..muahaha.. Petang-petang pulak abah rajin bawak kami adik beradik pergi pantai..main kat taman permainan. Tak pun abah bawak naik motor, pusing satu kampung. Pastu mesti singgah kedai beli aiskrim, beli cokelat. Sampai anak tokei kedai tu yang jadi cikgu pun ingat saya lagi hehe..

Pastu abah saya tak kedekut dengan anak-anak. Kalau abah ada duit mesti abah beli. Ingat lagi dulu lepas balik sekolah rajin jugak bodek abah suruh singgah kat gerai jual suratkhabar tu. Beli majalah kartun..haha..abah tak kisah pun sebab abah pun suka baca (ke mana tumpahnya kuah kan?). Kadang-kadang tu abah buat suprise beli mainan..walau yang murah2 je. Anak patung kertas tu pun abah ada beli tau..haha..Tapi yang saya ingat abah pernah beli anak patung nurse (mcm barbie doll tu) siap ada baby kecik lagi. Agaknya dulu abah nak saya jadi nurse? hahaha..

Dulu masa kecik saya ni manja sangat. Kuat merajuk. Pantang kena usik mesti saya nangis. Kalau buat salah pun before kena marah pun dah nangis dulu (taktik tu haha :p). Tapi abah selalu pujuk saya. Selalunya abah pujuk dengan duit (agaknya saya ni mata duitan $_$)..terus tak jadi merajuk dah hahaa...

Cakap pasal duit, terus ingat pasal upah. Teruk betul buat kerja mintak upah..hehehe..Selalu abah suruh pijak belakang dia...pastu abah bagi upah. Jumlah dia ikut berapa banyak duit syiling ada dalam poket abah. Selalunya banyak..haha..Lepas pijak belakang abah, main kapal terbang pulak. Pernah main tak? Ala..tak reti nak explain. Abah saya akan angkat tinggi-tinggi buat macam kapal terbang..huhu..tapi tu masa masih ringan la..kalo dah berat kan patah pulak tulang abah..hehe..

Hrmm...orang kalau tak kenal abah saya mesti cakap abah saya garang. Muka abah saya memang nampak macam garang pun. Tapi sebenarnya abah jarang sangat marah anak-anak. Pukul pun tak pernah. Tapi tak dinafikan abah memang tegas. Apa yang abah larang tu janganlah dibuat..tapi tak tahu pun apa akan jadi, sebab tak pernah buat..hahaha...Selalunya abah akan sampaikan melalui mak. So mak akan bagitau anak-anak...abah tak suka korang buat this, this and this..faham anak-anak? Fahammmm...bagusss..haha..

Tapi tu masa kecik. Makin besar, saya rasa saya makin jauh dari abah. Bukan silap abah, tapi silap saya sendiri. Pemberontakan jiwa remaja barangkali huhu..but I really miss the moments masa saya kecik-kecik dulu..abah dukung, abah pimpin, naik belakang abah..Kalaulah boleh ulang kembali kan. Sekarang abah dah tua..saya pun dah besar. Kalau dulu abah jaga saya, soon akan tiba saat untuk saya pulak jaga abah. Abah pun dah tak berapa sihat. Macam-macam penyakit abah ada. But I really hope yang Tuhan akan panjangkan umur abah. Saya belum sempat lagi berbakti pada abah. Belum sempat lagi balas semua jasa abah (walaupun tak mungkin mampu nak balas semuanya)...dan saya belum bersedia untuk kehilangan abah..saya sangat sayangkan abah..even saya tak pernah cakap directly yang saya sayang abah..but I really do..I really, really do...abah, satu-satunya abah saya, tak ada galang gantinya..

You are my heart, you are my life
OH I LOVE YOU DADDY...

Tuesday, March 2, 2010

Tentang cinta


Mahu berbicara soal cinta lagi. Tapi bukan pasal saya lah. About my friend. Semalam dia telefon, meluahkan masalah dia...masalah orang dewasa kata dia..haha..as if saya ni budak2.. Kata dia, dia ni bila bercinta, selalu mahukan perhatian yang terlampau, suka merajuk, kuat cemburu dan tak boleh tengok kekasih dia berkawan dengan perempuan lain. And she knows that this is not right. Yup, orang kata bila bercinta normal lah kalau ada perasaan cemburu dan nak kan perhatian. Tapi kalau dah terlebih-lebih, rasanya itu tak patut. Dan kawan saya ni mengaku yang dia tak boleh nak kawal emosi dia. Walaupun dia sedar apa yang dia buat tu tak betul, she just can't control herself.

Urmm..saya tak salahkan kawan saya seratus peratus. Saya percaya yang diri kita sekarang ni banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan kenangan silam kita. Peristiwa-peristiwa yang kita alami dulu sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Macam kawan saya ni, she's from broken family. Ayah dia bercerai dengan mak dia sebab perempuan lain. So I guess it makes her kind of paranoid (walaupun dia tak menyedarinya). Maybe dia takut kalau-kalau kekasih dia pun buat perkara yang sama. Takut yang peristiwa pahit tu akan berulang lagi. Dia cuba mengelakkan diri dia dari terluka lagi. But of course, caranya tak betul.

Sapa pun tak suka kan kalau pasangan dia kuat cemburu dan mengawal berlebih-lebihan. Kawan saya sendiri pun tahu benda ni. Tapi hakikatnya nak berubah bukan senang. But no matter how hard it is, you just have to try. For your own sake. Kalau tak masalah tu takkan selesai sampai bila-bila. Dan cara paling baik mungkin kena korek masalah tu sampai ke akar umbi. Cari punca sebenar, kenapa kita jadi macam tu? Dah tahu puncanya, barulah senang kita nak cari jalan penyelesaiannya kan? betul tak? huhuu...

Untuk my friend yang saya sayang ..even saya tahu dia takkan baca ni, saya harap dia takkan biarkan kenangan lalu membelenggu kehidupan dia sekarang. Semoga dia akan bertemu dengan jodoh yang baik dan memahami satu hari nanti. Walaupun saya sebenarnya tak delah setuju sangat dengan hal couple-couple ni, but if people ask for my advice, takkan saya nak buat bodoh je kan..huhu..Eh..saya pun tak faham kenapalah dia boleh mintak pandangan saya pulak. Padahal saya ni mana ada pengalaman hal-hal gini haha...lagipun I'm bad in giving counselling, Tak pandai. Tapi takpelah kan, at least I listen to her problem, that's more important. Sebab perempuan kadang-kadang bercerita sebab nak meluahkan je...ye tak? huhuhu..

p/s : suka dengar masalah orang, tapi tak suka cerita masalah kat orang..hehe