Friday, April 30, 2010

I said "Berlarilah tanpa lelah"

And he said.. "keep walking"

eh..eh..nak lebih kurang samalah...awak tiru saya eh?


Lalalala... (mode : perasan)



p/s : ouch..saya merepek..abaikan ;p

Cuma untuk berkongsi

Untuk manusia yang suka emo (macam saya)

Klik sini


p/s : masih dalam proses pembinaan..

Tipu kalau saya kata saya tak kecewa

But whatever it is, I have to be strong..




And I will =)

Thursday, April 29, 2010

Soalnya hati..sukar dimengerti

Entry saya pasal Dua Dunia semalam rupa-rupanya membuatkan orang fikir saya tengah sedih..Aikk..sedih ke saya? hehehe...Sebenarnya secara kebetulan saya terjumpa lirik tu..pastu macam..macam..ala....macam sesuai jek dengan apa yang saya rasa. So saya letak la lirik tu kat sini..;p

Kau selalu dihati
takku dekati

dua dunia kita berbeza


Persoalannya..siapakah yang dihati? Kenapa tak nak dekati? Apa yang berbeza sangat tu? Kata Siti Nurhaliza..Biarlah rahsiaaa..haha..Pangg kena lempang. Benci kan orang yang suka cerita sekerat-sekerat ni. Kalau nak jadi rahsia, tak yah tulis dalam blog, buat orang tertanya-tanya je. Tapi..ada aku kesah? Pangg kena lempang lagik sekali..hahaa..;p

Apapun, memang saya tak sedih pun. Maaf kerana membuatkan anda tertanya-tanya. Tapi saya terharu atas keprihatinan anda. Rupa-rupanya masih ada yang sayang..sobsobsob...terharu..(ok..sekarang saya dah sedih..anda yang buat saya sedih..hahaha)

Kau selalu dihati
takku dekati

dua dunia kita berbeza


Kau merak kayangan..aku cuma gagak dirimba. Siapalah diriku ini untuk mendekati ..chewaahh..tetiba nak jadi burung gagak semua, apa kes ni. Tetapi gitulah ibaratnya.

Saya pernah kata saya nak hilangkan perasaan ini kan. Tapi tak boleh la...susah giler..haha..tak cukup istiqamah barangkali. Ataupun, mungkin saya sendiri yang sayang nak lepaskan? tettt...tepuk dada tanyalah hati..

Kau selalu dihati
takku dekati

dua dunia kita berbeza


Tapi kan..semakin banyak yang saya tahu pasal dia, semakin saya realise yang kitorang ni macam dari dua dunia yang berbeza. Banyak sangat kontra..macam hitam dengan putih. Kalau hitam dengan kelabu, atau putih dengan cream tu, at least boleh lah tahan kan. Ni hitam putih. Sangat berbeza disitu.

Jadinya kesimpulannya, gitulah. Seperti lirik lagu itu.

Kau selalu dihati
takku dekati

dua dunia kita berbeza


sekian...the end~



p/s : saya rasa entry saya selalu buat orang salah faham tentang perasaan saya yang sebenar. Kalau tengok entry saya yang sedih-sedih tu, percayalah kebanyakkannya hanya exaggerate semata-mata. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam tu, bila saya menulis, saya akan jadi terbawa-bawa, lebih dari perasaan saya yang sebenar..huhuhu...

Dua Dunia

Kau selalu dihati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza
(Too Phat - Dua dunia)

Tuesday, April 27, 2010

Nak tulis apa nih?

Asal nak tulis aje saya delete, asal nak tulis aje saya delete. Saya pun tak tahu apa benda saya nak tulis sebenarnya. Topiknya dah ada, tapi huraiannya pulak rasa macam kurang mantap..haha..susah jugak nak tulis blog ni eh. Nak merepek-repek macam dulu rasa macam tak patut pulak. Bukan apa, saya rasa bersalah pulak bila ada orang baca benda-benda merepek yang saya tulis. Rasa macam saya mengajak orang buat benda tak bermanfaat pulak. Patutnya kalau nak tulis, tulislah benda yang mendatangkan faedah kan, benda-benda yang berilmu, yang boleh mendatangkan kebaikan pada orang yang membacanya. Kalau tak boleh, then baik toksah tulis kan. Sebab kita bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Saya tak nak tulisan saya ni jadi sebab saya menanggung azab kat akhirat nanti. Saya mintak maaf dekat sapa-sapa yang baca tulisan-tulisan saya yang mengarut-ngarut yang lepas-lepas tu (atau mungkin yang akan datang-datang nih...kalau ada)

Bila saya tengok blog-blog kawan-kawan saya (dekat U) saya rasa malu sangat dengan diri sendiri. Memang penuh dengan ilmu dan manfaat. Rasa macam..jauh sangat diri ni ketinggalan. Saya memang tak boleh kot nak tulis macam diorang. Ilmu tak cukup (haihh..alasan..ilmu manusia memang tak pernah cukup kan.. T_T). Tapi takpe..kalau tak boleh nak tulis macam diorang pun, at least saya boleh kurangkan merepek macam dulu kan. Kalau tak boleh jugak, lebih baik hentikan saja..Diam itu kan lebih baik dari bercakap (dan juga menulis) perkara yang tak berfaedah.


p/s : Saya bukan manusia sempurna..banyak salah dan silapnya. Kalau saya terlupa, ingatkan saya..kalau saya terpesong, betulkan saya..kalau saya terlalai, sedarkan saya..

Wednesday, April 21, 2010

Masa lalu, masa sekarang, masa hadapan

Moving on, is a simple thing, what it leaves behind is hard.
~ Dave Mustaine

Bukan senang nak melupakan masa lalu. Di saat kita terus melangkahkan kaki ke hadapan, ia tetap setia mengekori seperti bayang-bayang.

Tuesday, April 20, 2010

Cerita dari Medan Gopeng

Dalam hidup ni kita tidak tahu dengan siapa kita bakal diketemukan. Dan kadang-kadang pula pertemuan itu cuma buat seketika, sekadar cukup untuk berkongsi sebuah cerita...



Di Medan Gopeng, saya bertemu dengan dia. Dan tanpa disangka-sangka, perkenalan yang tak sampai seminit dua, membongkar kisah peribadinya. Dia..seorang gadis yang lari dari rumahnya. Tapi dia bukan gadis di bawah umur..sudah habis sekolah, sudahpun bekerja dan sudah menjejaki umur dewasa. Pendek kata, sudah bebas untuk buat pilihan sendiri.

Tapi kenapa memilih meninggalkan rumah? Tidak sayangkah pada emak, tidak rindukah pada keluarga? Pulanglah...kasihan pada bonda. Tidak katanya..selagi saya belum berjaya, tak mungkin saya kembali kesana..itu azam dan tekad dia. Sudah puas menanggung derita, sudah puas disepak terajang kakaknya..hatinya terguris dek sikap pilih kasih ibunya, apatah lagi semenjak ayah sudah tiada. Latar belakang keluarga yang berantakan, tak memungkinkan dia bahagia disana. Baginya ini pilihan terbaik, lantaran sudah dibenci orang, lebih baik pergi membawa diri.

Tertekan! Itu yang saya dapat gambarkan dari nada suaranya, sorot matanya dan raut wajahnya. Bagi saya dia bercerita cuma untuk melepas beban dijiwa. Apatah lagi katanya dia sendiri tidak ramai teman. Barangkali dia cuma mahu didengari..mahu difahami..jauh dari meminta simpati. Saya sendiri tidak mampu menolongnya, kelam kabut dengan urusan sendiri. Tapi doa saya, moga dia sentiasa dalam lindungan Ilahi.

Buat kita semua, andai ketemu insan-insan seperti ini, jangan terlalu mudah menghukum. Gadis liar ? Mungkin itu label kita buat mereka. Tapi hakikatnya, apa yang telah mereka lalui tidak kita ketahui. Derita yang mereka tanggung, adakah pernah kita ambil peduli. Cerita hati mereka adakah pernah kita cuba selami? Memang, melarikan diri bukan jalan terbaik. Mungkin mereka silap membuat keputusan. Tapi pernahkah kita cuba tunjukkan jalan? Cuba fahami situasi, kalau kita sendiri ditempat mereka, apa agaknya yang kita lakukan? Mampukah kita untuk bertahan..atau pilih jalan yang serupa..atau...mungkin lebih teruk lagi?

Monday, April 19, 2010

For the rest of my life



For the rest of my life ~ Maher Zain

Pertama kali saya dengar lagu ni dari blog Nur..terus saya terpikat dengan dia punya melodi dan lirik. Walaupun lirik dia pasal cinta suami terhadap isteri dia, cuba bayangkan kalau your husband tujukan lagu ni kat korang..wahhh..sweett sangat..hahaa...(mode berangan =p)


For the rest of my life
I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you...loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I…I`ll be there for you



Jiwang kan? Takpe kot..saya jiwang sorang-sorang je, tak melibatkan orang kedua mahupun ketiga..hahaha... =P





Friday, April 16, 2010

Kubiarkan rasa ini pergi...

Jalan-jalan di Iluvislam.com..dan saya terjumpa kata-kata ni...

" kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi, walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi, tetapi percayalah, suatu hari nanti yang baik pasti akan datang menjengah...sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat, tapi ada penawarnya-BERSABAR-"

Yup..sudah tiba masanya untuk melepaskan 'rasa' ini pergi. Saya tak tahu saya mampu atau tidak, tapi saya perlu mencuba.Saya sendiri sedar bahawa tak sepatutnya saya simpan rasa ini. Walau tumbuhnya tanpa dipinta, tapi harus saya akui, saya yang membiarkan ia hidup subur Sepatutnya saya cantas dari awal, biar terkulai dan layu. Tapi sebaliknya, saya siram dan baja. Hrmm..memang salah saya...

Tuhan, kuatkanlah hatiku, untuk melepaskan rasa ini pergi....


Wednesday, April 14, 2010

Perasaan ini...

Pelik kan.. kadang-kadang bila kita mahukan sesuatu, sangat-sangat..tapi dalam hati kita menyedari yang ia seakan-akan mustahil. Kita tahu mana letak duduk kita, kita sedar siapa diri kita, dan kita jelas sekali antara realiti dan fantasi. Tak kala hati mahu melepaskannya pergi..jauh..biar bebas dari belenggu mimpi, namun diri tak rela. Diam-diam masih menaruh harapan, diam-diam masih menyimpan impian, diam-diam masih ada sedikit keyakinan..


Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta

Hanya Tuhan yang bisa jadikan

Yang tak mungkin menjadi mungkin

(Haramkah~Melly~Ketika Cinta Bertasbih)

Monday, April 12, 2010

Alahai adik ku sayang..

Untuk adik,
I just want to tell you
bila kita suka sangat dengan seseorang (atau apa yang ada pada diri dia)
tak semestinya kita kena jadi serupa macam orang tu
tak semestinya kita kena jadi 'yang kedua'
just copy everything and hoping that you can be like her..
no...tak perlu semua tu
adik kena percaya pada diri sendiri
bahawa adik jugak punya keistimewaan yang tersendiri
just be yourself
tak salah jadikan dia contoh, belajar dari dia
tapi salah bila adik cuma meniru bulat-bulat
seolah-olah adik tak punya identiti sendiri
come on girl, I know you can do it better :)

Saturday, April 10, 2010

Bunga Bawang

Ini bunga pokok bawang. Cantikkan? Selama ni cuma pernah tengok dan makan bawang je, tak sangka pulak bunga dia secantik ni. Kalau tak kerana berpeluang lihat sendiri, barangkali memang saya takkan pernah tahu. Macam bawang ni jugak, kadang-kadang kita sangka kita dah cukup mengenali seseorang, tapi hakikatnya yang kita kenal tu cuma sebahagian dari diri dia. Masih banyak perkara yang kita tak tahu dan mungkin takkan pernah tahu. Malah orang yang kita dah kenal lama atau kawan rapat kita sendiri pun, tak mungkin kita mengenali diri dia seratus peratus. Apatah lagi orang yang kita kenal cuma seminit dua. Seumur hidup pun barangkali tak cukup untuk mengenal seseorang. Tapi selagi kita mencuba untuk memahami, itu barangkali sudah mencukupi. Ya, asal saja kita mencuba :)

Friday, April 9, 2010

Kadang-kadang ada perkara yang sukar untuk kita jelaskan

(gambar tak ada kena mengena dengan entry)



Kalau saya tengah marah, memang saya akan diam
tapi bila saya diam, tak semestinya saya tengah marah
kadang-kadang ada perkara yang kita silap tafsirkan
kerana yang tersurat tak semestinya sama dengan yang tersirat
pada awak, saya mintak maaf
saya tak marah, jauh sekali nak merajuk
cuma tak berkesempatan nak menjelaskan
soal gambar tu, itu pendirian saya, sebab saya memang tak selesa untuk berkongsi
harap awak faham
soal keikhlasan pulak, saya rasa jawapannya bukan pada saya, tapi awak sendiri yang nilaikan
kalau awak rasa saya tak ikhlas, ya..terserah saja.
saya sendiri pun tak berniat nak putuskan persahabatan kita
tapi saya rasa cukuplah kalau awak kenal saya cuma sebagai 'cinta cukulet'
dan biarlah ia begitu buat selama-lamanya...