Monday, May 31, 2010

Persiapan majlis

Nak kahwin ni tak mudah rupanya...ingatkan senang je..akad nikah..siap! haha...Itu zaman dulu-dulu boleh la kot. Zaman sekarang nak kena kursus la..check HIV..kena mintak izin pejabat agama lagi..isi borang itu ini..Itu baru prosedur wajib. Kenduri lagi? Barang-barang nak kena beli..rumah nak kena bersih, polish bagi berkilat..masak-masak untuk kenduri..Perghh...kena fikir bajet lagi. Maunya ribu-riban jugak tu. Sekarang baru saya tahu susah rupanya nak kahwin nih.


Nasib baik saya tak perlu nak pening-pening kepala. Sebab bukan saya yang nak kahwin pun..hahaha

Sunday, May 30, 2010

Selamat berjuang sahabatku..


Doa seorang sahabat..dari saya untuk awak.
.





Thursday, May 27, 2010

The way to happiness


keep your heart free from hate
your mind from worry
live simply
expect little
give much

Tuesday, May 25, 2010

Pergilah engkau pergilah..

There are things that we never want to let go of, people we never want to leave behind. But keep in mind that letting go isn’t the end of the world, it’s the beginning of a new life.
Dalam hidup ni ada dua benda yang kita kena belajar. Kadang-kadang kita kena belajar untuk pegang sesuatu tu seerat mungkin, jangan sesekali biarkan ia pergi. Tapi kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan. Let it be orang yang kita sayang, impian kita, cita-cita, kenangan atau barang kesayangan..sometimes diri kita sendiri.

Melepaskan sesuatu yang kita sayang memang susah kan? But we have to. Untuk meneruskan kehidupan, ada perkara yang kita kena lepaskan. Orang mungkin kata, kalau sayang kenapa tak pertahankan? Kalaulah semudah itu kan..Bukan semua benda kita boleh perjuangkan. Sometimes, kita kena terima hakikat, sesetengah benda tu memang bukan tertakdir untuk kita.

Melepaskan bukan bermakna kita berputus asa. Tapi sebagai tanda kita menerima. Redha dengan kehendak Ilahi. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bukan setiap masa kita boleh berkeras dengan kehendak kita. Macam pohon kayu...
The trees in the storm don't try to stand up straight and tall and erect. They allow themselves to bend and be blown with the wind. They understand the power of letting go. Those trees and those branches that try too hard to stand up strong and straight are the ones that break (Julia Butterfly Hill)

Lepaskan sesuatu pergi, supaya kita boleh teruskan dengan yang lain. Jangan terperangkap dalam 'jerat percintaan' yang menghalang kita untuk melangkah ke depan. Orang yang dapat lepaskan sesuatu yang dia sayang, sebenarnya adalah orang yang paling kuat. Itulah namanya pengorbanan. Dan kita berkorban bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri. So that we can move on..dan mencapai sesuatu yang lebih baik =)
We must be willing to let go of the life we have planned, so as to accept the life that is waiting for us ~ Joseph Campbell

Monday, May 24, 2010

Oh angin..angin..udara..sampaikan salam bahagia

Layan lagu ni lama sekali-sekala syok jugak kan..huhu..sambil-sambil tu nak jawab tag dari Cik Pensel Kontot..


Rules:
It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...

1. What is your name : Cinta Cukulet (bukan nama sebenar)
2. A four letter word :Cute (macam tukang tulis..uhuk3)
3. A boy's name : Chairul Azzam (nama penuh dia Abdullah Chairul Azzam..haha)
4. A girl's name : Cempaka (adik kepada cempedak)
5. An occupation : Cameraman
6. A colour :Coklat
7. Something you wear : Cardigan (Nak long cardigan..sape nak kasik free? ;p)
8. A food :Cheese cake (bosan asyik coklat je)
9. Something found in the bathroom : Colgate total
10. A place : Chemor
11. A reason for being late : Cirit birit..haha alasan yang mantap!
12. Something u shout : Chisss!!! kurang asammm ko budak
13. A movie title : Cuci
14. Something u drink : Cecair
15. A musical group : Coco..eh ada kan band nama coco?
16. An animal : Cencurut
17. A street name : Chow Kit Road
18. A type of car : Chevrolet cruze

Kena tag 20 orang. Saya tag semua sedara mara belah abah saya. Ok done!! haha...

Thursday, May 20, 2010

Untuk awak

 Bunga ni untuk awak, saya ambik kat celah pagar tadi.


Awak, awak. Awak tahu tak, banyak benda saya nak cerita kat awak. Tapi entah kenapa setiap kali bertentang mata dengan awak, lidah saya jadi kelu. Tak terluah apa yang ada dalam jiwa saya ni. Padahal bila awak tak ada, macam-macam ayat yang saya dah rangka kat kepala ni. Sebenarnya saya segan dengan awak. Maklumlah awak sekarang dah kacak, smart.. Tak macam saya ni selekeh, comot, tak Siti Nurhaliza.

Awak, agak-agak awak kecik hati dengan saya tak? Cuba awak story mory dengan saya. Saya bukan boleh baca hati awak tu, ada taman ke shopping complex. Saya tak nampak semua tu. Manalah tahu kot-kot selama ni awak terasa hati, ingat saya menyombong dengan awak. Saya bukannya apa awak, style saya memang macam ni, nampak macam tak kisah, tapi sebenarnya saya ambik peduli. Sungguh. Tak caya tanya abah saya. Abah saya pun perangai macam ni gak hahaha..

Awak, awak..saya bukan tak nak layan awak. Tapi tak boleh la lebih-lebih. Saya pun ada tanggungjawab lain gak, pada nusa dan bangsa. Kadang-kadang tu bolehlah saya curi-curi jumpa awak. Ha'ah..terpaksa curi-curi. Maklumlah awak kan cinta rahsia saya. Kalau orang lain tahu tak misterilah kan. Jadi biar je diorang tak tahu. Awak pun pandai-pandailah cover line. Kalau ada orang mengintip tu pandai-pandai la awak menyorok. Itupun nak saya ajar ke..haih awak ni.

Oklah awak. Tak nak kacau awak lama-lama. Nanti awak boring pulak tengok muka saya nih. Nanti lain kali saya janji saya datang jumpa awak lagi eh. Kalau awak rindu, awak tatap jelah gambar saya. Tapi jangan bomohkan saya pulak. Tak baik tau gurau kasar macam tu. Tapi saya tahu awak baik..sama macam saya kan..hikhikhik..sebab tu kita ditakdirkan bersama, ya tak? ;p

Tata awak..sayang awak..muah muah muahhh..

Eh awak..ada orang intai kita lah. Ha kamu tu! Curik-curik baca ya. Orang nak bercakap dengan blog sendiri pun tak senang. Jeles la tu...hahaha..


Monday, May 17, 2010

Manusia merancang, Tuhan menentukan

Tapi kata abah saya, kalau mahu merancang, rancanglah sebaik-baiknya.Kita manusia diberi peluang untuk membuat pilihan. Maka pilihlah yang terbaik. Kerana nanti jalan apa yang kita pilih, yang akan mengharunginya adalah diri kita sendiri. 

Oklah, sebenarnya saya merancang mahu menulis panjang lebar lagi, tapi nampaknya saya terpaksa memilih untuk berhenti setakat ini dulu..kerana err..kerana saya terasa malas pulak..hahaa ;p


Thursday, May 13, 2010

Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran awak, jadi sila berterus terang or else...

Saya akan salah faham!!!

Dulu-dulu kan saya suka baca novel. Jadi antara analisa yang saya dapat buat adalah kebanyakan konflik yang tercetus antara hero dan heroin adalah kerana mereka tak nak berterus-terang apa yang sebenarnya ada difikiran mereka. Bila dah tak nak berterus-terang, maka wujudlah salah faham..bila dah salah faham, mereka pun bergaduh pastu bertumbuk eh..tak mereka tak bertumbuk, mereka berpisah je..pastu bila mereka berpisah saya pun menangis..eh apa merepek nih..

Tapi itulah yang selalu terjadi dalam realiti pun. Kita tak boleh nak harap orang pandang mata kita dan tahu semua benda yang ada dalam kepala otak kita. Eh hellooo?? Ini manusia bukan mesin pengimbas tau, scan aje dah boleh nampak semua. Kalau macam tu, senanglah. Look into my eyes and you'll know what's in my heart..ecece..macam ter'romantik la pulak huwa huwa huwaaa..

So please, kalau ada apa-apa yang kamu rasa kamu patut bagitahu, dan kamu nak bagitahu, maka bagitahulah dengan menggunakan ayat dan perkataan. Bukan dengan bahasa isyarat yang kamu sendiri je faham. Cakap biaq teranggg..kata oghang utagha. 

Nanti taklah kamu salahkan orang lain bila orang tak faham apa yang kamu cuba nak sampaikan tu. Taklah hari-hari kamu dok merintih dan err..mengepost di facebook.. " Oh si polan, kenapakah dikau tidak mahu memahami akan isi hatiku ini?? Sesungguhnya daku kecewa, kecewa!!" Apakah?? Dah diri sendiri tak nak meluahkan, lagi nak harap orang akan faham?

Oh..oklah..mak kita mungkin akan faham (rujuk entry sebelumnya haha ;p) Tapi itu mak kita yang dah bersama kita sejak umur satu saat sampailah dah besar panjang ni. Tapi kalau orang lain? Orang yang baru kita kenal seminggu dua, sebulan dua, setahun dua? Cukup ke dengan bagi isyarat-isyarat yang tak jelas tu. Kalaupun mereka cuba nak memahami, tak semestinya mereka akan berjaya. Sebab manusia ni fikiran dia lain-lain. Maksud awak  A, tapi yang dia faham mungkin B,C,D atau mungkin jugak Z!!! Jauh terpesong dari yang sebenarnya.


Jadi saudara dan saudari semua, saya menyeru kepada anda..kalau anda mahu katakan sesuatu., katakan saja dengan jelas. Tapi kalau anda tak mahu, ya..simpan sajalah semua untuk diri anda sendiri. Tak payah nak buat orang lain meneka-neka akan apa maksudmu itu. Apa ingat ni permainan teka-teki ke? 

Tuesday, May 11, 2010

Macam mana mak boleh tahu?


Masa saya kecik-kecik dulu, saya jarang mintak mak saya belikan mainan. Selalunya saya mesti tunggu mak saya offer dulu..hehe..Sebab saya takut mak saya marah dan permintaan saya tak dilayan. Padahal mak saya ok je..

So, satu hari tu, lepas ambik saya dari tadika, mak singgah kedai. Masuk-masuk je kedai tu terus nampak ..Wahhh..banyaknya anak patung!!! Actually anak patung tu free gift kalau beli sabun basuh. Stok baru sampai agaknya, sebelum ni tak pernah nampaklah pulak.

Tapi sebagai anak yang tak pandai meminta-minta, saya pun tengok jelah anak patung tu(tengok sambil lalu je, bukan tenung sampai terbuntang bijik mata ;p)..sambil dalam hati kata "bestnya kalau dapat nih"..Lagipun mak saya bukannya pakai sabun jenama tu..takkan la saya nak suruh mak saya beli pulak kan haha..

Tapi, hidup ni memang full of surprise kan? Kita tak akan pernah tahu apa yang kita akan dapat (so jangan pernah berhenti berharap ok? Hehe)..Tetiba je mak saya tanya.."Adik nak yang mana, pilihlah.."

Wah..pucuk dicita ulam mendatang betul. Saya pun pilih anak patung yang ada telinga macam arnab tapi bukan arnab haha..Maka suka hatilah budak kecik tu sebab dapat mainan. Dan mak pulak dapat sabun basuh jenama yang dia tak pernah guna pun hahaha..;p

Tapi saya hairan jugaklah sebenarnya. Macam mana mak saya boleh tahu yang saya nak anak patung tu. Padahal saya tengok macam tu je..bukan nya saya menangis hentak-hentak kaki ke apa. Hati seorang ibu barangkali, boleh baca apa yang ada di fikiran anak dia..huhu..

Cuma bila dah besar ni saya sedih jugak dengan diri sendiri. Mak saya selalu faham keinginan dan perasaan saya. Apa yang saya nak, selagi termampu mak tunaikan. Apa yang saya buat, jalan mana yang saya pilih, mak tetap berdiri di sebelah, jadi penyokong setia saya. Tapi saya sendiri? Kadang-kadang tak pernah nak faham perasaan seorang ibu...

Ma..adik mintak maaf...

Monday, May 10, 2010

Perjuangan kecil

Semalam saya dah berjaya

Harap-harap hari ni pun sama..

istiqamah itu penting..hehe =)

Saturday, May 8, 2010

Apa itu bahagia?


Apa itu bahagia?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian...sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?

Ingat Allah..hati akan menjadi tenang.

Tanpa Tuhan tiada ketenangan. Tanpa ketenangan tiada kebahagiaan.

~Petikan daripada buku "Satu Rasa Dua Hati" nukilan Ustaz Pahrol Mohd Juoi


p/s : kembali pada fitrah...

Friday, May 7, 2010

Atas nama cinta



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
(Yup..macam yang orang putih selalu kata..Love begins with a smile. Saya suka sangat tengok awak senyum..bila awak senyum, mata awak bercahaya..Dan dalam diam, awak buat saya jatuh cinta..)

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
(Sampai satu ketika, bayang awak selalu menghiasi hari-hari saya..setiap masa dan ketika, hanya awak yang ada di hati saya. Tanpa sedar perasaan ini membuat saya terleka, menjauh dari batasan sebenar perjalanan seorang hamba)

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
(Tapi saya masih menyimpan semuanya sendiri. Dan saya tak pernah kesal, walau awak tak pernah tahu. Sebab saya sedar, ada cinta lain yang sepatutnya saya kejar..)

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
(Setiap hari saya berdoa..semoga Tuhan pegangkan hati saya..Erat-erat..Sebab saya takut, saya takut rasa ini membawa saya jauh dari mengingati Dia..sedangkan saya ini cumalah seorang hamba..)

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
(Selalu saya tertanya sendiri..apakah perasaan ini benar cinta yang sejati, atau cuma mainan palsu duniawi? Kemudian saya tersedar, kalaupun ini cinta, tapi yang pastinya bukan pada yang berhak. Ya..awak tak berhak memiliki cinta saya, dan saya tak berhak untuk mencintai awak..kerana antara kita tiada apa yang menjadi pengikatnya..lantas untuk apa cinta ini saya berikan?)

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
(Malu rasanya..bila terlalu mendamba cinta manusia, sehingga terlupa cinta Yang Esa. Yang lebih berhak atas segalanya..kerana hakikatnya..kita ini milik Dia .Biar sendiri, tapi takkan pernah sepi, kerana ada Dia, yang selalukan menemani..)

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
(Cintakan bunga, bunga kan layu...cintakan manusia, manusia kan mati...cintakan Allah, kekal abadi...)


p/s : lagu ni best..saya suka.. :)

Thursday, May 6, 2010

Tak tahu nak kata apa..

Kat facebook sekarang ni kan banyak group-group yang ditubuhkan, group peminatlah, penyokonglah, pembencilah... So saya tengoklah ada dua group ni. Satu group untuk sorang ulama yang memang terkenal sesangat kat Malaysia nih ( I think almost everyone knows him). Manakala satu group lagi untuk budak kecik comel yang petang-petang selalu keluar kat tv tu. And guess what? Budak kecik comel tu punya peminat 4 kali ganda lagi banyak dari ulama tu..

Haih..orang kita memang kelakar kan?




Wednesday, May 5, 2010

Sekeras air batu..



Hari ini sangat panas. Dan saya pun perlahan-lahan mula mencair...

B.O.S.A.N

merenung masa depan or mengingati kisah silam?hahaha..


Saya bosan sangat dok kat rumah..tv, internet, tido..tu jelah keje saya. Kawan-kawan semua mana cuti lagi...plus yang dah bekerja tu lagi la nan ado..huhu..Kakak-kakak pun semua busy dengan keje...huwaaa...boring sangat-sangat.

Nak keje part time..mummy tak bagi. Oh..susah ok jadi anak manja ni..huhu..Jadi dok la ko melangut tak buat apa kat rumah.

Eh..eh sebenarnya ada je benda boleh buat. Saya nak study sebenarnya, prepared untuk next sem. Dah masuk clinical year dah ni..kena well prepared not only on knowledge, but also mentally, physically and emotionally. Wahaha..kena siapkan diri macam orang nak pergi berperang. Eh..belajar pun satu jihad jugak apa.

Tapi..itulah, dok kat rumah ni susah giler nak bukak buku (belum lagi nak baca tu)..bukak mukabuku senang pulak eh..hahaha..Takpe..takpe..ada lebih kurang 2 bulan lagi nih...kihkihkih..alasan..Kalau tak mulakan sekarang bila lagik.

Dahlah..nak gi study..cheh tetiba..haha ;p

p/s : kalau tulis status macam ni kat facebook, nanti mesti ada yang suggest suruh gi hafal Quran..tsskkk..insaf T_T

Tuesday, May 4, 2010

Muhasabah cinta

Just nak kongsi lagu ni..sama2 hayati yek :)



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Saya suka lagu ni...sebab saya pun pernah jatuh sakit, sampai saya terpaksa tangguhkan study. Dan masa tu memang saya rasa down sangat-sangat.Lama saya ambik masa untuk cari semula diri saya yang hilang...Alhamdulillah, hari ni saya dah mampu untuk berdiri semula, walau kadang-kadang ada masanya saya hanyut jugak dalam masa lalu. Tapi sekurang-kurangnya saya dah tak selemah dulu. Yup..to move on is simple, but what it leave behind is hard..Tapi saya akan berusaha, sebab saya tahu semua yang berlaku ada hikmahnya...


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya” (al-Baqarah, ayat 155-157)


Bersalin kulit

Dah lama sebenarnya nak tukar layout, baru sekarang menjadi kenyataan. Fuishh..berpeluh-peluh eden dibuatnya haha.. Bukan apa, saya ni memang cepat jemu. So ni kira nak dapatkan suasana baru lah ni. Harap-harap semangat menulis pun akan naik sama hehe..

Tapi layout baru ni agak tak mesra pembaca sebenarnya. Sebab nanti kalau nak baca sesuatu entry tu korang kena klik banyak kali. Kalau yang mementingkan traffik tu maybe tak sesuai sangat kot pakai layout macam ni. Nanti pembaca lari (sapa suka benda yang menyusahkan ye tak?haha) Tapi saya tak kisah. Yang penting saya suka..lagipun blog saya ni memang tak ramai pembaca pun kihkihkih...

Ermm..tengoklah nanti berapa lama layout ni mampu bertahan. Entah-entah esok2 dah tukar lain (tuan punya blog takde keje lah katakan ;p)

Cantik ke?


Ini award dari Che Kechik. Saya baru kenal Cik Kechik nih. Kalau korang nak berkenalan dengan dia boleh pergi lawat blog dia. Lagipun rasanya dia single lagi..kot..hahaha..motif nak promotekan orang? ;p

Apapun thanks Cik Kechik for this award (eh..saya rasa sebelum ni ada gak blogger lain yang bagi, sorry eh..ni kira sekali lah ni boleh? hehehe) Entah apa yang beautiful pun saya tak tahu. Tapi dah orang bagi saya terima jelah wuhuuuu..

Cik Kechik, saya malas nak panjangkan award nih..saya simpan untuk diri sendiri je boleh? haha..dasar kedekut. Takdelah..sesiapa yang rasa dia beautiful boleh la ambik award nih. Ha..awak..yang tengah baca ni. Saya tengok awak ni cantiklah..sila ambik award ni yek. Kalau tak saya marah..grrrrrr..

Ok dah...itu je. Tata..

Monday, May 3, 2010

I'm not ignoring you. I'm just waiting for you to talk to me first

oK..itu bukan ayat saya yek. Itu salah satu pages yang ada kat facebook tu. Macam-macam kan pages yang orang create kat FB. Kelakar pun ada kadang-kadang tu..hehee...

Apapun saya suka ayat kat atas ni. Tapi tidaklah pulak saya tekan butang likes tu, kalau korang suka korang boleh carik sendiri kat facebook hahaha...

But it's true kan (at least for me)..saya ni jenis yang susah nak tegur orang kalau orang tak tegur saya dulu. Bukan sebab saya sombong ke apa, tapi saya ni memang pemalu orang hehe..Kecualilah kalau orang tu memang rapat atau dah biasa dengan saya. Yang itu memang selamba jelah saya tegur..

Sebab saya ni bukanlah peramah sangat, maka tidaklah saya berharap orang jadi ramah dengan saya. Semuanya kena bermula dari kita kan, how we treat people, macam tu jugaklah people will treat us. So kalau kita tak tegur orang dulu, janganlah berharap sangat orang akan tegur kita jugak. Ada tu ada, bukan tak ada. Yang memang peramah biasanya memang tak kisah untuk tegur kita dulu. Tapi yang ramainya adalah yang pemikiran sama macam kita. Masing-masing dok tunggu orang tu tegur dulu, habis tu sampai ke sudah la tak bertegur sapa hahaha...

But at least, walaupun saya tak tegur 'verbally' saya tetap senyum ok... (^_^)



p/s : saya pernah terdengar someone bagitau kawan dia yang saya segan dengan dia..eh..eh macam mana dia tau eh? jelas sangat ke nampak? hahaha ;p


Saturday, May 1, 2010

Hati macam batu

"I can forgive, but I cannot forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to be like a canceled note -- torn in two, and burned up, so that it never can be shown against one."

Dalam hati saya tak ada taman bunga. Yang ada cuma taman batu je. Sebab tu kalau sekali hati saya terluka, susah sangat saya nak lupa. I can forgive, and I will forgive. Kerana saya sendiri pun tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan, dan mengharapkan orang lain jugak akan memaafkan saya. Tapi entahlah, kadang-kadang, bila hati dah terguris, perasaan tu automatik akan jadi tawar. Susah nak buat macam seolah-olah tak ada apa-apa yang akan berlaku, bila kita tahu sebenarnya keadaan dah tak macam dulu. Things will never be same again..


p/s : hati keras macam batu, akan berubah jugak dek titisan air, but it will takes time, mungkin seribu tahun??...hahaha