Tuesday, June 29, 2010

Beauty is not how skinny you can be!


Beauty is not how skinny you can be
tengok tu..budak kecik pun pandai..hehe...
but hey! siapa yang tak nak kelihatan cantik, menarik tertarik kau memang deboom?
I do..dan kamu pun sama kan?
haha..jangan tak mengaku pulak
tapi tak perlu nak seksa diri untuk kelihatan cantik
sighh..entah siapa yang mendefinisikan cantik itu sebagai kurus, tinggi, putih, hidung mancung, mata bundar
gemuk juga cantik, pendek juga cantik, hitam juga cantik, hidung penyek juga cantik, mata sepet pun cantikkkk
beauty lies in the eyes of beholder
tapi kita tak boleh nak menyenangkan all the eyess yang memandang tu kan
kalau mereka pandang kita tak cantik, so whatt??
ada aku kesah??
yang penting kita rasa kita cantik
biarlah orang kata kita syok sendiri pun
lagi sekali...ada aku kesah?? hahaha..
sebab apa kita cantik? sebab kita semua makhluk Tuhan
Tak ada ciptaanNya yang tak lawa, tak hensem, tak jelita
tapi kita semua dicipta dengan kecantikan yang berbeza
jadi maknanya kita semua ni cantik-cantik belaka
meh tengok cermin meh..
ha tengok tu sapa depan cermin tu..
olololo..comelnya dia hehehe..
see..siapa kata kamu tak cantik?
cantiikkk...we are all beautiful in our own way
so tak payahlah nak menyeksa diri nak cantik ikut kriteria supermodel tu semua
diet sampai tinggal tulang, mekap tebal empat belas inci, kasut tumit tinggi cecah awan..
tak perlu semua tu ok
jadilah diri kita sendiri
kenapa nak jadi seperti orang lain?
atau nak jadi cantik 'untuk' orang lain?
tak perlu...tak perluuu
sebab kita adalah kita...unik dan istimewa
so sekarang..sapa rasa diri dia cantik cepat angkat tangan!!!
Yeahhh..it's you, me.and all of us..hip hip horrayyy
kejelitaan adalah hak milik setiap insan..hehehee



p/s : jangan lupa tengok video tu tau..budak pompuan tu sangat cute..hehe banyak lagi video of her and her sister yang super duper cute kat youtube (^_^)

Kau pergi ketika ku masih perlukanmu

Bila benda yang dicari tak dijumpai , mungkin sudah tiba masanya untuk terima hakikat yang kita dah kehilangannya. Buat selama-lamanya. Bukan mengalah, tapi akan tiba masa yang kita rasa dah penat, dah letih, dah lelah untuk mencari. Walaupun dalam hati masih mengharap akan ada pertemuan, tapi diri dah tak berdaya . Biarlah...andai sudah tersurat sebegitu, relakan saja kehilangannya. Hakikatnya tak ada benda yang akan kekal menjadi milik kita selamanya. Semuanya hanya pinjaman.

Bak kata orang..barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meranalah badan. Sedih, siapa tak sedih. Yang kita sayang, hilang tanpa bayang. Bukan mudah nak mendapatkannya, tapi sekelip mata ia hilang. Silap sendiri jugak, tak jaga sepenuh hati. Nah, bila dah hilang, baru mahu rasa menyesal? Dah tak guna lagi dah..



My sayang...in memory =(

Sosobsob..my haematology book..where are you? Kenapa cepat benar kau pergi? Even I rarely read you, but I still need you though. Do you know how much I have to pay to get you? More than 70 ringgit. And untuk orang yang tak berduit macam saya ni, tujuh puloh hinggit tu banyak tahu tak?? Why you do this to me? Why..why?? Kenapa kau menghilangkan diri? Dan sekarang, haruskah saya mendapatkan pengganti. Oh tidak!!! Selagi duit belum ada luka lama belum sembuh..takkan ada yang keduanya. Kamu..walaupun dimana kamu berada, jangan pernah lupakan kenangan indah ketika kita bersama yek. You'll always be in my heart sayang..jasamu tetap kukenang..



p/s : jodoh tak panjang..nak buat macam mana kan?redha sajalah..huhuhu..

Saturday, June 26, 2010

Up Up and Away!!!


Kalaulah saya ada sayap, dah lama saya terbang. Mesti seronok dapat tengok dunia ni dari atas kan. Dan kalau ada kesempatan, mungkin saya boleh singgah jenguk kamu juga ;)

Friday, June 25, 2010

Sedihku ini tak ada erti..Jika KAUlah sandaran hati...


Inikah yang Kau mau
benarkah ini jalanMu
hanyalah Engkau yang ku tuju
pegang erat tanganku
bimbing langkah kakiku
aku hilang arah
tanpa hadirMu
dalam gelapnya
malam hariku
(Letto-Sandaran hati)


Rasa nak menangis..tapi tak boleh..just can't.. Ya Allah...aku lemah tanpaMU...

Tuesday, June 22, 2010

Cari Jodoh versi omputeh


Hahaha..layan jelah..

Monday, June 21, 2010

Oppss..tak sengaja!

Sambung balik pasal cerita bagi harapan kat orang nih. Tapi kali ni bukan nak cerita pasal bagi harapan palsu..tapi pasal macam mana kalau kita tak sedar pun yang kita sebenarnya telah terberi harapan pada orang. Sebenarnya kita tak berniat pun (malah kadang-kadang kita tak sedar pun) tapi entah macam mana orang tu salah anggap pulak, maka dia pun menaruh harapan. Biasalah kan, miscommunication, misunderstanding semua tu selalu je berlaku.

So macam mana pulak kalau kes macam ni yang terjadi. Salah kita ke sebab buat orang salah faham, atau salah orang tu sebab 'perasan'? Macam mana pulak cara penyelesaian yang terbaik? Nak tunaikan harapan dia tu tak mungkin pulak bagi kita. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan perkara yang besar. Kalau setakat dia berharap kita belanja dia gula-gula tu bolehlah jugak kita tunaikan. Tapi dalam masa yang sama, tak sanggup pulak nak buat orang kecewa. Ibaratnya diluah mati mak, ditelan mati bapak. Kalau macam tu simpan jelah dalam mulut sampai ke mati..boleh ke camtu? hehee..

Hrmm..sebelum jadi lebih parah, baik hentikan awal-awal. Gunalah cara macam mana pun, halus ke, kasar ke,ikut suka hati kamu yang penting kena sedarkan orang tu bahawa dia kena lupakan harapan dia tu, sebab tak mungkin bagi kita untuk tunaikan. Titik noktah disitu. Nak buat macam mana kan, realiti hidup ni kadang-kadang memaksa kita buat keputusan yang agak kejam. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, betul tak? 

Barangkali kita kena lebih berhati-hati dalam setiap perkataan dan perbuatan kita. Sebab tafsiran manusia ni memang berbeza-beza. Lain yang kita maksudkan, lain pulak yang orang faham.Begitu jugak sebaliknya, kalau kita pulak yang tersilap tafsir, ingatkan orang tu bagi harapan kat kita, sedangkan kita sebenarnya syok sendiri. Jangan salahkan dia sebab kecewakan hati kita. Kita tak dapat semua yang kita nak kan? Pendek kata, memintalah pada yang ada, dan merayulah pada yang sudi..hehehe...


Sunday, June 20, 2010

Never say hello if you really mean goodbye

Tadi masa saya tengah minum air kat dapur, tiba-tiba abang ipar saya pun datanglah duduk kat meja tu. Jadi sebagai seorang adik ipar yang berdedikasi lagi berbudi pekerti saya pun pelawalah dia minum sekali. Tapi saya ajak-ajak ayam je sebenarnya sebab saya pun tak pernah buat air untuk orang lain selain diri sendiri dan adik saya yang akan belasah apa saja walaupun tak sedap. Maklumlah confident level tu masih kurang...hahaha...lagipun saya tahu abang ipar saya tu dah minum sebenarnya. Saja je konon-konon berbudi bahasa.

Tapi!!! Sekali dia jawab NAK pulak! Chis sungguh. Tak fahamkah dia bahawasanya saya hanya bergurau walaupun tak kelakar. Tapi saya tak gelabah. Saya dengan yakinnya menjawab "buat sendirilah" huahaha.. Malang sungguh rupanya beliau kerana beradik iparkan saya yang pemalas ini. Bukan apa, saya nak biasakan diri dia dengan kondisi  rumah ni, dapatlah beliau belajar dimana letaknya cawan, teh dan gula. Barulah tak susah di kemudian hari...see..walaupun nampak kejam tapi sebenarnya ini semua untuk kebaikan beliau jua..(Amacam, mantap tak alasan saya nih hehehe ;p)

Pengajarannya disini ialah, kalau kita tak bersungguh, maka janganlah kita memberi harapan palsu kepada orang. Tak baik derr buat orang macam tu (kes saya nih tak apa sebab itu gurauan semata-mata hehe) Mak saya selalu pesan, jangan main-mainkan perasaan orang tapi anak dia selalu tak dengar kata. Jangan buat orang kecewa..kalau padi katakan padi, tidak hamba tertampi-tampi, kalau sudi katakan sudi, tidak hamba ternanti-nanti. Ewah cam mana terkeluar pantun pulak ni (nasib baik ada sikit-sikit hubung kait)

Alah..lebih kuranglah jugak macam cerita kail ikan tu..


Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…. Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu….


Macam tulah lebih kurang..Tapi konsepnya harus diterapkan lebih luas lagi. Bukan hanya sekadar beri harapan dalam percintaan atau pelawa buat air saja. Apa-apa perkara sekalipun, kecik ke besar, jangan beri harapan palsu kat orang. Kalau kamu tak maksudkan, maka jangan katakannya. Takut orang berharap sedangkan kita sebenarnya tak bersungguh pun. Kadang-kadang tu niat kita cuma nak berbahasa-basi je, just to show our courtesy je, tapi orang pulak ambik serius. Tapi terlajak perahu bolehlah diundur, terlajak kata tak boleh nak tarik balik dah, terlajak pelawa orang minum air?..err..silalah buat air untuk orang tu,nanti kempunan pulak dia. Janganlah tiru macam saya, tak senonoh betul perangai..hehehee ;p

Saturday, June 19, 2010

Di mana dia anak kambing saya..Anak kambing saya yang makan daun talas

Cheh..bila masa pulak saya ada bela kambing nih. Patut pun cari tak jumpa, memang tak pernah ada rupanya T_T Sadis betullah. Tapi cam gitulah yang kadang-kadang terjadi dalam hidup kita ni kan? Mencari benda yang tak ada. Macam fatamorgana di padang pasir. Khayalan semata-mata. Tapi punyalah macam real, sampaikan kita tak sedar yang kita sebenarnya sedang berhalusinasi. Kesian sungguh hehe..


Dahlah..nak pergi cari buah hati..eh silap! anak kambing..hahaahaa can mali can oi oii..can mali can ketipung payungggg

Olololo..comelnya dia

Friday, June 18, 2010

Simple tapi bermakna


Alhamdulillah, majlis selesai dengan jayanya. Walaupun sangat simple tapi boleh dikatakan almost perfect..thehehe..Bolehlah bagi mereka yang tak ada pengalaman uruskan majlis nih. This is the first time for my family, satu pengalaman yang sangat berharga. Harap-harap lepas ni boleh buat dengan lebih cemerlang..hahaha ;p

Apapun congratz to my dear sis, dengan sekali lafaz je dah sah jadi isteri orang. Macam tak percaya pun ada..hehe..And congratz to my parents jugak sebab dah dapat menantu. Lepas ni apa pulak..waiting for the cucu? Kihkihkih..

p/s :penat tapi happy =)

Thursday, June 17, 2010

Benci bilang cinta!

Tulis padam tulis padam..saya tak tahu apa yang sebenarnya saya nak tulis, tapi ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran saya sekarang nih..Hmm..

1) Esok majlis nikah my sis...still ada benda-benda yang belum settle..biasalah tu..last minute punya kerja hehe..Anyway, macamana agaknya perasaan mendapat seorang abang ipar?

2)Wondering about someone...macam mana agaknya dia yek. Tadi ada pastu tak de dah. Hopefully everything's going just fine.

3)Talking about myself..ya..saya belum mendapatkan rumah sewa for next sem. Padahal cuti dah tak lama dah nak habis. Padan muka diri sendiri sebab tak aktif last year.

4) Oh ya..dan jugak belum start buat preparation....benda lain terlebih dulu mencuri perhatian. Sorry buku-buku sekalian T_T

5)Agak cranky these few days. Macam baby. Baby tua. Tak cute but annoying!

6)Sekarang ni, saya rasa macam benci semua benda. Dan saya benci perasaan ni jugak (but I know it won't last longer..biasalah, orang pompuan)

7) Arghh..benci tulis blog. Dah lah..tak nak tulis dah..bai



Wednesday, June 16, 2010

Hoping for the best!

Kenapa la saya pulak yang rasa berdebar-debar nih. Cis sungguh. hehe..Kepada manusia-manusia kesayangan saya, saya harap kamu semua akan berjaya..Insyaallah =)

Alahai..susahnyalah nak dapat menantu sorang

Kesiannya mak abah saya ni. Sorang dok menjahit langsir..sorang dok bertukang apa entah dari pagi tadi..Semua gara-gara nak dapat sorang menantu..hehe..Tu belum lagi rumah yang belum habis berkemas, pinggan mangkuk yang belum berbasuh. Majlisnya? Lagi dua hari hohoho..

Tu baru majlis nikah. Buat pun kecik je..setakat panggil saudara-mara. Belum lagi kenduri kahwinnya. Banyak jugak yang nak kena settle yek. Nak harap anak-anak semua dok kerja lagi..esok baru lah diorang cuti. Anak dia yang sorang lagi? Tu ha ada tengah dok menghadap laptop tu. Tak guna betul..hahaha ;p


p/s : yelah..yelah..nak tolong lah ni

Oh..pleaselah!!!

Dulu saya menyampah dengan application facebook ni sebab buat semak wall kita je. Tapi sekarang ni saya rasa makin lama quiz kat facebook ni makin kurang ajar pulak. Mana tak kurang ajarnya kalau benda-benda macam ni dijadikan quiz..

cth :

Siapa yang berpura-pura baik dengan anda?
who likes to cheat during exam?
kentut siapa paling busuk?
siapa yang selalu ponteng kelas?

Niat mungkin saja nak main-main tapi kena fikir jugak sensitiviti orang. Boleh jadi fitnah pun iya jugak. Benda ni mungkin nampak macam benda kecik bagi sesetengah orang tapi not for me la.Kalau nak main benda-benda bodoh (sorry..kadang2 mulut saya ni laser jugak ) macam ni pun tolonglah jangan nak libatkan orang lain yang tak bersalah. Sangat annoying ok.

Satu lagi jenis quiz yang menampakkan kamu sangat desperate..seperti

 siapa yang menyimpan perasaan cinta terhadap anda?
 siapa yang selalu memikirkan tentang diri kamu?
 who wants to kiss you?
siapa yang mengira aku cantik?
siapa yang sanggup tunggu anda 100 tahun?

urhh..please la..nampak desperate ok. Macam kesian sangat  takde orang nak mencintai kamu sampai terpaksa main quiz-quiz macam ni untuk puaskan hati sendiri..hohoho.. Lepas tu lebih haru bila nama friends yang lucky sangat 'mencintai' kamu tu adalah isteri/suami orang. Or terkena adik beradik sendiri ke..tak ke geli tu..hahaha..

Kesimpulannya, tolonglah jadi lebih matang. Kalau nak main quiz sangat pun pilih lah yang 'berjenis' sikit. Tak pun kalau dah takde benda sangat nak buat, baik kamu pergi tidur je dari buang masa dengan benda-benda macam nih. Kalau ada yang terasa dengan apa yang saya tulis ni saya mintak maaf. Just my two cents.

Tuesday, June 15, 2010

Perjuangan kita sama Dukamu kurasa..

Bila saya tengok status kamu kat gtalk
saya rasa nak nyanyikan lagu Maher Zain je.."INSYAALLAH"
in fact, sambil menaip ni pun saya dengar lagu tu..


"Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go"



Saya tahu macam mana kamu rasa
perjuangan ni memang perit kan
kadang-kadang kita jatuh
dan rasa macam tak cukup kuat untuk berjalan lagi
tapi macam mana sekalipun kita tetap kena teruskan
walau merangkak sekalipun

Walau pun saya tak ada di sisi kamu
(dan mungkin takkan pernah ada)
tapi saya pernah janji nak doakan kamukan?
Insyaallah saya takkan lupa

Dulu kamu pernah bagi kata semangat pada saya
kamu cakap saya boleh
dan kali ni saya pun nak bagitahu kamu
kamu pun BOLEH!


"Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side"


Saya tahu disaat ini kamu memerlukan kekuatan
kalaulah saya boleh pinjamkan pada kamu..
tapi saya sendiri masih berjalan jatuh
tapi tak apa kan..sebab kita ada Tuhan..


"Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray"


Insyaallah..you'll find your way =)

Monday, June 14, 2010

Prince charming- final episode


Prince charming saya
bukanlah manusia yang sempurna
tiada cacat tiada cela
tapi adalah dia
yang bersyukur dengan kelebihannya
dan redha di atas kekurangannya


Oklah. Sudahlah tu dengan Prince Charming.  Makin lama makin melarat pulak saya nih. Mahunya sampai 100 entry tulis pasal putera idaman yang entah wujud entah tak tu (eh..tapi yang berbaju melayu ungu muda tu memang ada tau..dari dialah saya dapat ilham nih..hahaha ;p)

Orang selalu kata, nak yang terbaik kenalah kita dulu jadi yang terbaik. Masalahnya, dah cukup baik ke diri ini? Kalau rasa belum cukup baik, usahalah yek (ingatan buat diri sendiri yang selalu terbabas ni) Memang kita takkan mampu jadi manusia sempurna, tapi usaha ke arah kebaikan haruslah berterusan kan. 

 Dan jugak bagi yang mencari pasangan tu, janganlah terlalu mencari kesempurnaan, sebab kita memang takkan pernah jumpa. Harus terima keduanya..baik kelebihan mahupun kekurangan. Sebab kelebihan dan kekurangan itulah yang menjadikan dia sebagai dia (^_^)

~Tamat~

Prince Charming II


Prince charming saya
bukanlah yang duitnya berjuta-juta
rumah sebesar istana raja
tapi adalah dia
yang ilmunya penuh didada
dan amalnya seikhlas jiwa..




p/s : kau ilhamku

Prince Charming


Prince charming saya
bukanlah satria yang menunggang kuda
pedang berkilat memakai mahkota
tapi adalah dia
yang berbaju melayu ungu muda
 berkain pelikat kopiah dikepala..


p/s : koya lagi..

Sunday, June 13, 2010

Of bunga telur and bally shoes

Itu salah satu cerita untuk english literature zaman saya dulu. Sekarang ni tak tahu la diorang guna cerita ni lagi ke tak. Tapi saya suka cerita ni. Pasal seorang lelaki yang terpaksa jual kasut dia semata-mata nak tampung kos beli bunga telur untuk his wedding.

Cerita pasal masjlis perkahwinan, ni apa yang my sis dapat masa pergi kenduri kahwin kawan dia...

unfortunately, it's not a bunga telur..

Orang zaman sekarang ni, memang tak dinafikan cukup kreatif. Macam-macam jenis wedding favours yang diorang terfikir nak bagi..cupcakes, lilin, potpouri, sapu tangan.. sampailah ke sudu garfu pun ada. Salah tu takdelah salah. Majlis diorang ikut suka hati mereka dan keluarga merekalah nak bagi apa pun.

Tapi..kalau sayalah, saya lebih suka dapat bunga telur. Kalau dapat gift bag, itulah yang dicari dulu..ada ke tak telur rebus. Kalau takde, akan ada sedikit perasaan kecewa disitu..hehee..Padahal bukan tak boleh rebus sendiri telur tu kan, tapi tetaplah telur kenduri yang paling sedap. Mungkin sebab free kot..haha..

Lagipun saya rasa kalau bagi bunga telur lebih meaningful..compare dengan cenderahati lain yang kadang-kadang tu cuma indah dipandang. Suka je sebenarnya dapat cenderahati yang cantik-cantik, tapi bila dah banyak sangat tu kadang-kadang dah tak tahu nak buat apa..buat lekat habuk je. Cheh..macam sedikit kejam ayat itu, tapi itulah kenyataannya. Walaupun ada orang kata benda tu boleh buat kenang-kenangan tanda ingatan, tapi bunga telur lagi bagus apa, dah makan pastu jadi darah daging sampai ke mati..ehehehehe..

Lagipun orang zaman dulu-dulu bagi bunga telur ada maknanya. Telur ni simbolik kepada 'kesuburan'. Jadi diharapkan pengantin pun akan subur dan dapat anak ramai-ramai sampai enam belas orang...Orang zaman dulu kan memang halus dan teliti..setiap adat tu biasanya ada maksud disebaliknya. Macam pantang larang jugak..ada kiasan dan simboliknya. Tapi orang sekarang jarang dah fikir pasal benda-benda ni kan..kadang-kadang tu terlalu terikut dengan budaya barat pun ya jugak. 

Perghh..saya ni membebel macam mak nenek pulak. Mak saya pun tak membebel macam ni T_T Pada semua yang membaca, jangan la pulak terasa hati. Ni cuma pendapat saya je. Lain orang lain pandangannya. Selagi tak menyalahi syariat, you are free to choose ur own way. Tak gitu Che Kiah?


Bunga telur idaman hati....kau tiada galang gantinya..hehehe


Saturday, June 12, 2010

Bila bendul dilangkah..

Apa agaknya perasaan seorang kakak bila adik yang lebih dulu naik pelamin? Sedih, tak kisah, or mungkin ada yang gembira? Lain orang, lain situasi barangkali lain jugak cara penerimaannya kan?

Tapi saya tengok dari raut wajah Kak Ya macam sedih je. Atau mungkin jugak dia penat...terus muka takde mood. Rahsia di hati siapa yang tahu kan? Kita boleh aje nak tafsir ikut suka hati kita, tapi cerita sebenar, manalah kita tahu (kalau orang tu tak cerita kat kita)

Kak Ya bukannya tak ada orang nak. Ada. Cuma belum sampai jodoh barangkali. Lebih-lebih lagi calon pilihan Kak Ya tak berapa nak disetujui oleh keluarga. Bukan sebab lelaki tu tak baik, cuma tak se'keturunan' je. Kononnnya. Padahal darah sama je merah. Kenapa nak dibezakan-bezakan manusia? Saya cukup tak setuju bab ni. Tapi sapalah kita ni kan nak menentang cakap orang tua. Nanti dikatakan tak beradab pulak. 

Adik Kak Ya lainlah. Dapat yang seketurunan, yang sama nama panggilan didepan. Mak ayah pun senyum sampai ke telinga. Dapat menantu pilihan hati. Tak kisahlah tu. Siapa-siapapun  kalau boleh mesti nak senangkan hati mak ayah kan? Kalau dapat tu Alhamdulillah. Tapi sayangnya, nasib manusia tak sama. Soal jodoh, memanglah kita boleh pilih, boleh usahakan, tapi akhirnya tetap Allah jualah yang menentukan. 

Lebih-lebih lagi kalau bercakap soal hati. Bukan senang nak terima seseorang dalam hidup kita kan. Dan bukan senang untuk hati kita ni jumpa seseorang yang boleh buat kita jatuh cinta. Tapi bila hati dah berkenan, mak ayah pulak tak setuju. Kesian Kak Ya. Takpelah Kak Ya, mungkin satu hari nanti Kak Ya akan dipertemukan dengan orang yang lebih baik. Yang memenuhi ciri-ciri calon menantu pilihan keluarga. Atau mungkin jugak satu hari nanti hati mak ayah Kak Ya akan terbuka. Siapa tahu kan? Hidup ni kan penuh misteri. Kita takkan pernah tahu apa yang menanti kita kan =)

Apapun I know Kak Ya is a strong person. Sekurang-kurangnya dia berbesar hati untuk bagi laluan terlebih dulu pada adik dia. Walaupun untuk Kak Ya sendiri, jalannya masih samar-samar, tapi insyaAllah, yang terbaik menanti didepan sana. Cuma perlu menunggu dengan sabar. Walaupun bendul dah dilangkah, tapi pintunya belum ditutup kan? Doa saya untuk Kak Ya....

Wednesday, June 9, 2010

Melangkah ke fasa baru

Opss..saja je tayang buku..tengah nak seru mood belajar nih..haha..Cuti ni langsung tak sentuh buku. Dasar pemalas. Sila jangan contohi saya.

Apapun, kena start buat preparation. Group untuk 4th year dah keluar. Berdebar-debar jugak nak melangkah ke new phase nih. Dah tak boleh  nak bermalas-malasan dah. Kena berjuang habis-habisan. Tapi, syukur lah sebab first posting saya adalah psychiatry..hehe..bukan bermaksud psychi ni mudah, tapi I guess taklah sedasyat O&G yang digelar killer posting tu. 

Takut jugak sebenarnya nak masuk clinical year nih. Tapi dalam hidup ni mana ada benda mudah kan. Insyaallah, saya akan tetap terus berjuang. Semoga Tuhan memberikan saya kekuatan dan ketabahan. Berusahalah!!!

p/s : sapa group mates saya yek? dan sapa yang akan jadik partner saya nanti? jengjengjeng....

Dari kerana mata...


Kamu..jagalah pandangan kamu tu. Jangan ditenung anak dara orang. Bahaya dowh. Haha..(para gadis pun sama..jangan ditenung anak teruna orang)

Tapi saya nak salahkan kamu pun tak boleh jugak. Sebab saya rasa kamu tak sedar pun tindakan kamu tu. Mungkin kamu rasa pandangan tu biasa je. Kalau kamu tahu mesti kamu tak pandang orang dengan pandangan kamu yang tajam menikam tu kan. Sebab saya tahu kamu ni jenis orang yang sangat-sangat menjaga tertib perhubungan antara yang bukan muhrim. Even nak buat discussion kat kafe yang ramai orang tu pun kamu pastikan ada orang ketiga yang menemani.

Betullah kan, dalam hidup ni tak ada siapa pun yang sempurna. Kadang-kadang ada kelemahan dalam diri kita yang kita tak sedari. Dan perlu orang lain untuk menyedarkan kita. Saya rasa itulah kot kelemahan kamu..kamu suka pandang orang tepat kat mata. Adakah kamu cuba mengaplikasikan teknik berkomunikasi yang tepat iaitu memandang mata orang yang sedang bercakap? Aiseh..kalau orang barat tu lainlah. Ni kita orang Islam..bukankah kita dituntut untuk menjaga pandangan? Wah..pandai sungguh saya berbicara..hanya manis dibibir sahaja T_T

Kamu tahu tak..pandangan mata kamu tu sangat tajam. Macam anak panah. Terus menikam tepat ke ulu hati..Sekarang hati saya dah berlubang dah..nasib baik sel-sel hati boleh regenerate balik. Tapi itupun tetap tak sama macam dulu lagi dah. Semua kamu punya pasal. Saya benci kamu. Eh..tak baik benci orang. Saya sayang kamu..eh tak boleh jugak. Apakah?

Kamu (yang tak mungkin baca nih) dan jugak kamu-kamu (yang sedang membaca nih)..silalah jaga mata masing-masing. Pandangan mata kamu tu boleh buat orang jatuh cinta tahu tak. Padahal kamu tak bermaksud pun. Tapi itulah yang boleh terjadi. Makanya..tundukkanlah pandangan kamu bila berbicara dengan mereka-mereka yang...ehemmm..tak sama spesies..ehehe..Tak ingat ke orang tua selalu kata..dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati...

Jangan sampai orang yang bertentang mata dengan kamu tu nyanyi lagu ni dahlah..

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Tak ke haru tu? Ishk ishk ishkk..


p/s : orang perempuan pulak jangan dok gatal nak buat jelingan manja menggoda...bukan setakat boleh buat orang jatuh hati, malah limpa dengan pankreas pun boleh tercicir sekali..ishk ishk ishk..

p/s no2 : tapi janganlah pulak sambil bercakap dengan orang sambil pejam mata..tidur ke apa?

Tuesday, June 8, 2010

Rabbuna Yusahhil


"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah."(HR. Bukhari).



Saya sekarang ni tak ada apa-apa..
saya cuma ada semangat je..hehe..
tapi boleh ke hidup cuma dengan semangat je?
hohoho..jawapnya mesti lah tak boleh
tapi semangat membolehkan kita meneruskan kehidupan!
Kalau dah hilang semangat, dah hilang harapan..apa lagi yang mampu menggerakkan kita?
bak kata omputih..when people lose hope, they'll start to die
Haih..saya tak mahu mati sebelum tiba masanya
tak mahu jadi manusia yang hanya berjasad tapi tiada jiwa
dan yang lebih penting..saya taknak sakit jiwa..hahaha
ok..not funny..not funny
Tapi pokok pangkalnya, saya tak nak mengalah
saya tak nak putus asa
saya tak nak jadi orang yang tewas
Satu lagi ujian (bahkan beratus-ratus pun) takkan memusnahkan saya
tapi akan menjadikan saya semakin kuat dan tabah
Harus kekal optimis
bahawa didepan sana, jalannya masih terbentang luas untuk saya
walau penuh duri ranjau
Insyaallah..saya mampu mengharunginya
Aja, aja fighting!!!

Friday, June 4, 2010

Kadang-kadang tak ada logika..

Saya selalu keliru dengan diri sendiri
kadang-kadang saya rasa it's ok
kadang-kadang saya rasa tak patut
kadang-kadang saya ikut rasa hati
kadang-kadang saya marah dengan diri sendiri
kadang-kadang saya fikir itu normal
kadang-kadang saya rasa it's weird
kadang-kadang saya kuat melawan
kadang-kadang saya turutkan perasaan
kadang-kadang saya suka sangat
kadang-kadang saya jadi benci
kadang-kadang saya rasa it's enough
kadang-kadang saya tak nak lepaskan
kadang-kadang saya cuba lupakan
tapi sebaliknya makin kuat dalam ingatan

kadang-kadang saya tak tahu apa yang saya mahu
terus-terusan buat saya jadi keliru....



(ilham dari status fb seorang rakan..diolah semula ikut suka hati tuan punya tangan ;p)

Wednesday, June 2, 2010

Satu Cinta



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
(Satu Cinta ~ Starfive)



Tak boleh menahan diri dari mengepost lagu ni, walaupun sedar sejak dua menjak ni asyik post lagu je. Tapi lagu ni best..tak rugi dengar. Lirik dan melodi dia..dua-dua pun sedap. Kalau sapa-sapa yang minat nasyid, anda memang patut dengar nih. Nyanyian Starfive...ermm sebenarnya saya pun tak kenal Starfive nih, Starfive lagilah tak kenal sapa saya. Tapi ternyata seni telah menemukan kita..oh..saya telah jatuh cinta lagi..kihkihkih..(takde maknanya ;p)

 Apapun harap kamu, kamu dan kamu dapatlah hayati lagu ni. Dengar sambil pejam mata....moga-moga menusuk terus ke kalbu. Tapi jangan sampai terleka pulak yek...utamakan yang lebih utama..Sama macam cinta jugak..cintailah pada semua, tapi jangan lupa cinta yang terutama...kerana tanpa cintaNya siapalah kita...

     Sarang Haeyoo!!!!    

Tuesday, June 1, 2010

Dan di saat mereka menangis...


Masih mampukah kita untuk ketawa?