Tuesday, August 31, 2010

Entry merdeka..yang terpesong..;p

Selamat menyambut hari Merdeka semua..Semalam saya 'tumpas' awal, sebelum sempat orang countdown. Sangat tidak patriotik bukan? huhu...lately agak tidak peka dengan apa yang berlaku disekeliling. Nasib baik hari ni cuti, kalau tidak saya tak sedar pun hari ni hari Merdeka..sangat menyedihkan sungguh diri ini. Malah tak sedar pun lebih kurang sepuluh hari lagi nak raya...T_T I'm not preparing anything yet..and maybe not at all..balik kampung pun sehari before raya (takyah tolong kemas rumah lalalaaa.. ;p) but I know my mum already prepared my baju raya..hehe..
 
Eh..apa ni, tadi cakap pasal merdeka. Tetiba melalut ke raya pulak..kan dah kata, saya ni agak disorientated lately..banyak sangat benda yg mengisi ruang fikiran ini. Belum masuk masalah negara lagi tu..kihkihkih...
 
Oh cakap pasal masalah negara, banyak sungguh kes buang anak sekarang ni kan. Hrmm..semalam mesti ramai pemuda pemudi harapan bangsa yang menyambut merdeka..hopefully sembilan bulan akan datang, takde la kes2 'bayi merdeka' tak berbapa kena buang dalam tong sampah. It's really sad to see what happening around us kan? And yet, I've done nothing to help changing all this things..adoii la..bercakap je takkan mampu merubah keadaan kan..(like what most of the politicians do) Hrmm...buat masa ni, hanya doa je yang mampu saya panjatkan, supaya Tuhan menyelamatkan anak-anak bangsa kita (especially my friends..and also me,myself!!) dari terus hanyut. Eceh..tetiba mood berubah menjadi sangat patriotik..Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, menuju medan bakti...andai kata kami gugur semua, tolong selimutkan eh..rasa macam nak sambung tidur pulak..hahahaaa

Monday, August 30, 2010

Small little deeds that I overlook


Small deeds - Native deen

Ever been on a drive? Inside in your ride
And your looking through the glass, see a car on the side
The engine's broken and the car is smoking
And the dude is shaking cause the heat is baking
Or this cat's (guy) gotta flat, and the spare's all whack
No jack in the back, and no clue where he's at
There ain't no real rush, but you roll right by
Not even asking the guy if he needs a supply
He might be alright, and to pass ain't a sin
But within you feel bad the state that he's in
How hard would it been, just to ask "you ok"?
That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing, that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes I took
On these small little deeds I just overlook


Chorus: I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook


Picking up trash on the path in a flash
Taking glass from the grass, as you pass to your class
A smile goes a mile and is sure worthwhile
When a brother's hostile, and has been for awhile
Put a dollar every day in the sadaqah (charity)
It may be small but you do it for the baraka (blessing)
I know you're saving for the Polo and the Nautica
A poor student but you do it just to please Allah
Things like praying for an ailing brother, under the weather
Obeying yo your lovely mother, it's for the better
Stay and help your baby brother, put on a sweater
Even saying good to one another when you're together
Advice to another sister about a mister
Your wife always go and kiss her, tell her you miss her
At night do quiet dikhr (mentioning God), and pray the witr
Invite a guy who wants to bicker, to share a snicker
Grand plans expand in our small little hands
But we overlook demands that just seem like strands
We get jammed on exams, cause we skip the small things
Small baby deeds come, bring the blessings!

Small little deeds that I overlook...huhu..banyak rasanya, Kadang-kadang kita rasa benda tu remeh atau tak penting sangat pun. Benda-benda kecik ni mana kita nak nampak sangat kan. Padahal setiap kebaikan yang kita buat tu, walau sebesar zarah sekalipun tetap ada ganjarannya. Nak dapat pahala tak semestinya hanya dengan solat, puasa, baca Quran je kan? Senyum pada orang, tolong buang duri dijalanan, tolong orang buta lintas jalan pun..tu semua satu kebaikan kan? small little deeds yang kita selalu overlook. Perkara kecil bagi kita tapi mungkin besar ertinya pada orang lain..Dan saya percaya kalau kita membantu mempermudahkan urusan orang lain, nanti Tuhan akan membantu mempermudahkan urusan kita..jadi sama-samalah kita ingatkan diri kita untuk selalu membuat kebaikan, walau sekecil mana sekalipun..Kalau kita buat dengan ikhlas, insyaAllah..besar ganjarannya..renung-renungkan dan selamat beramal..hehe =)

Sunday, August 29, 2010

Sorry..for make u worried..

I feel so bad..bila masalah saya turut sama mengheret orang-orang yang saya sayangi. Buat mereka risau..buat mereka bimbang..Though it's not totally my fault, tapi saya rasa saya tak mencuba sehabis daya. Kalaulah saya boleh tanggung semua ni seorang diri, tanpa perlu melibatkan mereka. Saya rasa bersalah sangat sebab menyusahkan mereka, walau mereka sendiri tak rasa disusahkan. I know they are worried about me...and they are trying their best to help me..I know they love me..mereka tak nak saya runsing. Saya sangat-sangat hargai apa yang mereka lakukan buat saya..but it just that...I feel so bad..really, really bad =(

Ya Allah, please show me the way...


Saturday, August 28, 2010

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

Hujung minggu yang menggembirakan kerana dua-dua hari pun dapat makan free..kihkihkih..safe budget. Dah la makan sedap-sedap.  Dua-dua hari pun dihidangkan dengan ikan siakap..perghh..Indah sungguh nikmat Tuhan. Maka nikmatNya yang manakah yang kan kau dustakan? Takkan ada =)

Tapi sebagai seorang manusia yang mempunyai kapasiti perut yang agak kecik ni, merugikan jugak sebenarnya belanja saya makan banyak-banyak. Saya bukanlah pemakan sangat orangnya (sebab tu tak gemuk2 T_T). Makan sepinggan je dah kenyang. Last-last dok renung je lauk-pauk yang sedap itu. Hairan jugak tengok orang lain boleh makan banyak-banyak. Perut diorang besar eh? Semua pun boleh sumbat...huhu..pastu komplain cakap saya tak makan. Bukan saya tak nak makan banyak, tapi dah sampai had dah. Kalau terlebih kan ada pulak yang termuntah..huhu..teringat pulak masa kat matriks dulu, makan banyak sangat, pastu gelak-gelak...last-last termuntah..ishk ishk ishkk..rugi je makan..Tu lah sape suruh tak ikut sunnah Nabi, berhenti sebelum kenyang..hehehe..Sekarang dah agak serik nak makan kenyang-kenyang sangat..Tapi apa yang dah ada dalam pinggan tu, terpaksa la abiskan jugak (walaupun ada jugak time tak habis..hrmmm..mintak2 Tuhan tak marah sebab membazir..sayang jugak rezeki tapi dah tak boleh nak masuk dah..sedihnya)

Apapun orang kata bulan puasa ni bukanlah bulan untuk makan-makan..bulan untuk beribadat sebenarnya. Sepatutnya bulan nilah kita kena belajar kawal nafsu kita kan. Sambil-sambil makan yang best-best tu patut kenang-kenang sama saudara kita yang tak bernasib baik. Apalah yang diorang makan agaknya kan. Kita dapat makan nasik hari-hari pun dah patut bersyukur..walau lauk tak mewah. Ada orang berbuka biskut kering je agaknya. Entah-entah rumput kering..makan pulak dalam suasana perang..tembakan sana-sini. Kita kat sini aman damai je..ada tak ada pun bunyi mercun dengan meriam buluh. Tak sayang nyawa punya orang..patut hantar diorang kat Palestin nun..nak sangat main meriam kan..ha..main la kat sana puas2..

Oklah..dah puas membebel..nak sambung study..esok start posting O&G...ada sape-sape nak beranak? meh sini nak tolong sambut..kihkihkih.. ;p

Friday, August 27, 2010

Hold on..and be strong

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku di sini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan...


Yup...di tempat ini saya masih bertahan...walau pernah jugak la kadang-kadang terlintas di fikiran nak lari je jauh2..especially bila time stress sangat-sangat. Tapi Alhamdulillah, Tuhan bagi saya kekuatan untuk terus menjalani kehidupan ni. Kalau nak dikira rintangan dan dugaan tu, memang banyak sangat..tak terhitung rasanya. Tempat ni banyak buat saya menangis,tempat ni jugak banyak memberi saya sebab untuk terus tersenyum. Di tempat ni saya pernah terjatuh, ditempat ni jugak saya belajar untuk bangkit. Kadang-kadang tu saya sendiri tak percaya yang saya berjaya melalui semua tu..but then bila saya lihat semula kebelakang, yup..it's true..I did it! Sekarang ni pun masih ada perkara yang belum selesai lagi sebenarnya. Tapi saya selalu ingatkan diri saya..bahawa selepas apa yang pernah saya lalui sebelum ni, satu lagi rintangan takkan menjatuhkan saya. I'll stay strong..InsyaAllah..I will =)


p/s : nak tulis mende lain sebenarnya, tapi tertulis benda lain pulak...hahahaa..

Thursday, August 26, 2010

Mengejar..dikejar..dan terkejar-kejar...

Fuh...cepat sungguh masa berlalu. Adakah beliau berlari pecut? Semput nak mengejarnya. Maklumlah kita cuma berlari-lari itik..huhuu..Sekejap je dah habis separuh Ramadhan. Cuma tinggal lebih kurang dua minggu je lagi. Ramadhan..tolong jangan pergiiii..aku cinta padamu..eh..orang yang nama Ramadhan tolong jangan perasan kihkihkih...

Tadi selesai end of posting exam..ya..soalan sama serupa sebijik macam last year..maka beruntunglah siapa2 yang hafal jawapan...huahuahuaaaa..tapi dengar kata untuk next group, soalan akan ditukar..maka silalah study rajin2 yek wahai kawan-kawan..hehe... Ok..now kenapa prepare untuk next block.. OMG! it's O&G!!!!! killer posting bak kata para-para senior yang terlebih dulu makan garam. Sejauh manakah posting ini mampu membunuh? Ya..harus alami dan rasakan sendiri. Supaya diri tidak menjadi 'korban' maka eloklah kiranya saya merajinkan diri sendiri menelaah segala mak nenek nota-nota itu semua. Kena pulun habis-habisan nih. But it's not about theory je..practical tu more important..cuba melatih diri untuk menjadi 'safe' doctor..Apatah lagi in obstetric, bukan melibatkan satu, tapi dua nyawa!!! Kalau kembar apatah lagi...triplet, quadriplet..perghhhh!!!

Ok...ok..enough about study. Kalau cakap je sampai berbuih mulut tapi usaha takde tak guna jugak kan..hohoho..Nak cerita apa pulak eh? Sangatlah randomnya penulisan sekarang nih. Main tulis je ikut suka hati. Arghh..lantaklah...yang penting happy..hehe..Persoalannya, happy kah saya sekarang ini? Sila jawab..seploh saat dari sekarang. Sapa betul boleh belanja saya pizza..eh?? hahahaa

Wednesday, August 25, 2010

Bila otak dah tepu!


Assalamualaikummm...tuan rumah ada? Sunyi je...Eh..saya punya blog ke ni? Lupa pulak kihkihkih...Sangat pemalas nak update sejak dua menjak ni..busy la katakan. Ada yang rindu-rinduan ke? Takde kot..orang pun dah tak kuasa nak datang blog yang tak berupdate ni hehehehe..Tapi pada yang masih sudi singgah tu, mintak sorry banyak-banyak..kadang-kadang tu tuan punya blog takde response, bukan sebab sombong..cuma keadaan tidak mengizinkan untuk saya bersuka ria di dunia blog ni. Harap jangan kecik hati la yek. Kalau kecik hati jugak, meh sini nak buat liver transplant...bagi besar balik hati tu kehkehkeh..ok tak kelakar ;p

Oklah..dah la tu.Takleh tulis banyak2..esok nak exam sebenarnya nih. End of posting exam!!! Entah macam mana saya boleh tersesat kat sini pulak..haihhh..Kepada pengunjung yang dihormati, tolong la doakan saya eh..Nanti kalau dah habis exam (sehari je pun hehe) saya tulis lagi (kalau rajin) Tapi kalau tak nak baca pun takpe..takde paksaan disini..hohoho...Baiklah saya pergi dulu..tata!

Saturday, August 21, 2010

Homesick =(

Nak balik rumah..tapi tak boleh..hukhukhukkk..MOMMMMMYYYY!!!!

Friday, August 20, 2010

Biarlah rahsia..

Some things are better left unsaid
Some strings are better left undone
Some hearts are better left unbroken
Some lives are better left untouched
Some lies are better off believed
Some words are better left unspoken
(Hall & Oates - Some Things Are Better Left Unsaid)

Wednesday, August 18, 2010

Mencintai dalam diam


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fathimah Az-Zahra dan 'Ali bin Abi Thalib kw?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Artikel ni saya jumpa masa main  search2 dengan pakcik google..tapi saya tak tahu sumber asal dia dari mana..tapi saya rasa menarik untuk dikongsi huhu..Pernah dengar tak hadis nabi

" Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid "
( Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain )

Mencintai tak sama dengan bercinta. Kata orang, kita boleh pilih dengan siapa kita nak bercinta, tapi kita tak boleh pilih dengan siapa kita akan jatuh cinta. When you fall in love, you just fall. Kadang-kadang kita mungkin terjatuh cinta dengan orang yang tak sepatutnya kita cintai. Dan ianya boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan. Kadang-kadang orang tu ada depan mata kita, but we just can't reach him/her. Dekat tapi jauh. Apatah lagi sebagai seorang muslim, we know where is our limits kan? Yup..the choice is yours...tapi kalau memilih untuk menurut perasaan hati semata-mata, natijahnya akan jatuh pada diri kita sendiri jugak. Walaupun mencintai dalam diam itu boleh menjadi sesuatu yang perit dan menyakitkan tapi sometimes itulah yang terbaik. Tuhan tahu apa yang ada dalam hati kita. Dan semestinya Dia jugak tahu apa yang terbaik bagi kita. Ditumbuhkan rasa ini dalam jiwa kita mungkin sebagai satu ujian. Sejauh mana kita meletakkan cinta pada manusia melebihi cinta padaNya....

For me, mencintai dalam diam itu tetap ada indahnya =)

Sunday, August 15, 2010

Tak kenal, maka tak cintalah..

Saya adalah seorang yang pemalu..sila percaya sebab ini adalah kenyataan yang benar..kihkihkih..Selain pemalu saya jugak adalah seorang yang pendiam dan tidak suka bercakap lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali..Ya kenyataan ini juga adalah benar..lagi sekali sila percaya.

Tapi kenyataan yang lebih tepat lagi, saya ini sebenarnya adalah seorang manusia yang sangat riang ria hari raya. Kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan yang rapat dengan saya (macamlah kamu kenal..haha) Tapi bukan semua orang boleh mengeluarkan aura ceria tu dari dalam diri saya ni. Ada orang saya dah kenal lama tapi bila depan dia, saya tetap kaku dan bisu dan beku..Tapi ada juga orang yang saya baru je kenal tapi tiba-tiba je boleh mesra. Huh..hidup ini memang aneh bukan? ke saya yang aneh? heheheeeee...

Orang yang tak berapa mengenali saya, kebanyakkannya mesti hairan bila saya menjelmakan diri saya yang suka merapu dan buat lawak tu. Mereka ingat saya ni seorang yang serious...huhuhu..Tapi tak salah jugak tu, saya memang kelihatan serious pun. But once saya rasa selesa dengan seseorang tu, mesti saya akan mengeluarkan diri saya yang satu lagi itu. Macam tadi, ada ke kawan saya cakap saya manic (google sendiri manic tu apa...malas nak explained..lalalala..) Padahal perangai saya memang macam tu, cuma jarang ditonjolkan je...hanya yang terpilih je yang dapat menyaksikannya...hahahaa..apakah??

Oh..kenapa saya menerangkan perihal diri saya secara panjang lebar di blog ini? Bukankah saya ada banyak benda nak kena baca nih? haihhh...sangat distractable la saya nih ( lagi satu ciri manic kihkihkih). Tapi itulah...saya nak bagitau, yang dalam diri kita ni akan ada satu sifat yang bukan sepanjang masa kita tonjolkan. Cuma kadang-kadang..tapi bukan bermakna diri kita sekarang adalah satu kepura-puraan. Itu juga adalah diri kita...cuma dalam keadaan yang berbeza, sifat kita juga pasti adalah berbeza bukan. Ia adalah lebih kepada cara kita membawa diri. Di depan orang yang berbeza, mestilah lain cara pembawakan diri kita. Didepan mak mertua contohnya, semestilah kita harus berimej sopan bukan? Persoalannya, hipokritkah kita? Kalau kesopanan itu dibuat-buat, maka sudah pastilah itu satu hipokrasi, tapi kalau dengan semulajadinya imej sopan itu terkeluar, maka itu adalah diri kita kan, mungkin berkat didikan dan asuhan ibu bapa supaya kita bersopan santun dihadapan orang yang lebih tua...walaupun depan kawan-kawan kita imej kita adalah gila-gila..hehehee...

Huh..panjangnya..kamu faham ke apa yang saya cuba sampaikan ini? Kalau tak faham tak pe, sila sambung makan karipap tu..(malam saje, siang sila puasa)..sekian, terima kasih.

Saturday, August 14, 2010

Pergilah,,,,,

On Letting Go
author unknown

To "let go" does not mean to stop caring.
It means I can't do it for someone else.

To "let go" is not to cut myself off.
It's the realization that I can't control another.

To "let go" is to admit powerlessness,
which means the outcome is not in my hands.

To "let go" is not to try to change or blame another.
It's to make the most of myself.

To "let go" is not to care for, but to care about.

To "let go" is not to fix, but to be supportive.

To "let go" is not to judge, but to allow another to be a human being.

To "let go" is not to be in the middle, arranging all the outcomes,
but to allow others to affect their own destinies.

To "let go" is not to deny, but to accept.

To "let go" is not to nag, scold, or argue,
but instead to search out my own shortcomings and correct them.

To "let go" is not to adjust everything to my desires,
but to take each day as it comes and cherish myself in it.

To "let go" is not to regret the past, but to grow and live for the future.

To "let go" is to fear less and to love more.



Kamu...pergilah...jauh-jauh pun takpe. Keluarlah dari angan dan mimpi indah saya, dari hati dan jiwa saya. Antara kita, memang ada cerita tapi bukan tentang cinta. Silap saya sebab simpan perasaan ni, walau saya sendiri tak tahu dari mana ia bermula. Tapi percayalah bukan salah kamu sebab hadir dalam hidup saya. Kamu sendiri tak tahu kan, malah kamu mungkin takkan pernah menyangka. Hanya kawan, mungkin itu yang Tuhan dah tetapkan untuk kita. Saya tak menyesal mengenali kamu, dan saya tak pernah menyesal tak dapat memiliki kamu. Kamu berhak dapat yang terbaik..dan yang terbaik itu mungkin bukan saya. Antara kita terlalu jauh bezanya...macam langit dengan bumi, macam hitam dengan putih. Saya tak nak simpan perasaan ni lama-lama, sebab akhirnya, saya tahu saya sendiri yang akan terluka. Jadi sempena Ramadhan yang mulia ni, saya nak cari semangat yang baru...bersihkan hati..bersihkan jiwa...Kamu pergilah..terbang jauh-jauh..jangan hinggap lagi dalam hati saya. Saya akan sentiasa doakan agar kamu bahagia, walau dimana pun kamu berada. Dan kalau kita terjumpa nanti..saya harap kamu akan senyum pada saya macam biasa...senyuman seorang sahabat yang penuh ceria...






Perghhh...terjiwang pulak di bulan puasa nih...Maafkan saya yek..kihkihkih..biasa la budak remaja zaman sekarang (erkkk...remaja lagi ke?) penuh konflik dijiwa ;p

Friday, August 13, 2010

Berpagi-pagian

BANGUN PAGI GOSOK GIGI,

CUCI MUKA TERUS MANDI,

PAKAI BAJU MINUM KOPI

oitttttttt....puasa la!!!!!!

hahahaa...lupa plak ;p




Sabda Nabi:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya: Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadan (edisi muhasabah diri hehe)

Huiii...blog sape tak berupdate nih...pemalas betul tuan dia hahahaahaa ;p

Apa-apapun tak terlambat lagi kot nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat Islam di seluruh dunia (bajet popular..kikikkii) Di bulan yang penuh keberkatan ni sama-sama la kita berusaha menambahkan amal ibadat, semoga makin bertambah iman kita. Mana yang tak baik tu kita cuba la buang. Jangan membazir beli makanan banyak-banyak pastu tak habis makan. Jangan tidur banyak-banyak siang hari. Jangan main mercun sampai putus jari. Jangan tipu orang jual lauk semalam punya. Jangan ingat nak raya je, puasa tah kemana. Pastu...jangan lupa telepon mak tanya masak apa berbuka hari ni..hikhikhik...puasa kali ni tak merasa kot berpuasa kat umah...alahai nasib-nasib..

Lagi? nak cerita apa lagi nih..dah lama tak menulis, beku jugak otak ni. Banyak cerita menarik, tapi macam tak tahu nak tulis camna hehee..Anyway..just finish my first posting..tadi exam..hopefully lulus..InsyaAllah. Tak sangka eh..pejam celik-pejam celik dah habis 4 weeks. Perjalanan yang agak mencabar. Banyak dugaan betul..not only in term of study la..a lot of things yang menduga ketabahan diri ini. But Alhamdulillah masih bertahan disini. Melepasi satu demi satu...even perlahan-lahan. Tapi when I look back..macam wowwww tak sangka diri ini berjaya melaluinya..huhu.. Praise to Allah who give me the strength to keep on walking =)

Dan dalam masa sebulan ni jugak, banyak benda yang saya belajar dari orang lain. I've met a lot of new people..masing-masing dengan cerita mereka yang tersendiri. Dan melangkah masuk dalam kehidupan orang lain, at least membantu membuka mata dan hati saya untuk lebih menghargai kehidupan saya sendiri. Itulah kan, kadang-kadang kita tak sedar betapa beruntungnya diri kita ni..despite all the problems, rahmat yang Tuhan curahkan buat kita lagi banyak sebenarnya. Cuma tulah..kita tak sedar until we met the less fortunate people..

Hoh..membebel pulak saya ni. Takpelah..sama-sama muhasabah diri. Lagipun bulan puasa ni, tak leh merepek banyak sangat..tak gitu cik tipah..heheeee ;p. Oklah..hingga ketemu lagi di lain siaran. Tata..haha

Wednesday, August 4, 2010

Buat diriku...


Buat diriku yang amat kusayangi..
Jangan pernah gentar menjalani kehidupan
walau payah..walau penuh dengan cubaan
kerna hidup ini takkan pernah sunyi dengan ujian
dan kau sendiri mengetahui hakikat itu bukan?


Setiap kali kau bersedih dan menangis sendirian
tahukah kau bahawa Tuhan ada bersamaMu
mendengar setiap rintihan dan keluhan
tapi kau sendiri yang kadang-kadang melupakan
mungkin kerana itu jiwamu resah tak keruan


Buat diriku yang amat kusayangi
saat engkau merasa lelah dan tak berdaya
jangan malu untuk mengeluarkan air mata
itu tanda engkau seorang hamba
yang lemah tanpa pertolonganNya


Tapi jangan pernah sekali-kali
kau membiarkan kesedihan itu membunuhmu
membuatkan kau berputus asa
dan menyalahkan takdir yang Maha Esa


Buat diriku yang amat kusayangi
walau terasa berat beban yang menimpa
walau terasa gelap pandangan mata
tapi ketahuilah olehmu
Dia takkan pernah menguji
dengan apa yang tidak engkau mampu


Teruskanlah melangkah walau perlahan
jangan berhenti sebelum pengakhiran
Dan kau harus percaya 
tiada apa yang sia-sia
semua ini pasti akan ada hikmahnya


Buat diriku yang amat kusayangi
kudoakan semoga kau
akan menemui erti hidup yang selama ini kau cari

Ya Rabbul Izzati
Pegangilah hatiku
agar aku tak tersungkur lagi...

Tuesday, August 3, 2010

Inilah barisan kita..yang ikhlas berjuang!!!

Fushh...dasyat betul la facebook ni kan..tiba-tiba dekat "People you may know" tu keluar nama penyelia akademik saya. Apakah?? Harap-harap beliau tak add saya T_T<------ kenapa perlu takut nih, ada buat salah ke? hihihihi..

Anyway, sebagai seorang pelajar yang berdedikasi lagi kurus dan tinggi, maka esok saya akan pulang semula ke kampus walaupun cuti masih belum habis. Ya tuan-tuan dan puan-puan, inilah ciri-ciri pelajar yang kita mahu, silalah contohi saya dan ambillah saya buat menantu..hahaha..padahal dalam hati meronta-ronta tak nak balik. Duduk dirumah sambil bergoyang kaki memang syok, siapa yang tidak suka bukan? Tapi, mengenangkan diri yang bakal exam minggu depan, maka kulangkahkan jua kaki ini...Oh..hidup dan pengorbanan, memang tak dapat dipisahkan...huhuhuhu...

Monday, August 2, 2010

730 hari mencari cinta

Kakak kerani kat pejabat asrama -> awak dah ada pakwe?

Ermm..belum

Kakak kerani kat pejabat asrama-> belum? Ishkk kenapa tak cari lagi..sekarang ni dah kira masuk waktu KRITIKAL!!

Apakah???

Ok..perhatian semua..saya sekarang adalah dalam misi 730 hari mencari cinta. Sila bantu saya T_T

Sunday, August 1, 2010

Satu hari di hari Ahad

Fuhhh..fuhhh..tiup habuk...haha..Sekarang adalah mood mengupdate seminggu sekali itupun kalau hati ada sikit senang. Kalau hati tengah gundah gulana, mungkin makan masa tiga bulan sekali...Ala, macam tak biasa pulak, saya kan memang selalu main sorok-sorok nih..theheheeee...

Saya sekarang ni kat rumah. Cuti sempena konvo. Tapi tak boleh la nak berlama-lamaan dirumah. Next week dah exam..end of posting exam. Jadi kena balik awal untuk preparation. Eceh..semangat berkobar-kobar tu..so not like me..ahakss ;p

Okeh..masuk cerita lain. Tadi saya pergi jenguk kebun pusaka. Aiyohh dah bersemak-samun. Kesian betul terbiar macam tu. Takde orang nak jaga. Buah duku dengan rambutan banyak sangat. Oh..kera pun banyak jugak. Abis tu dah takde sapa nak makan, baik kami yang makan..kata kera-kera tersebut sambil bergayut di dahan yang rapuh.

Tapi sayang seribu kali sayang..durian yang kuidam-idamkan ngakk ada...Kesian anak dalam perut ni..kempunan..Eh...maksud saya anak-anak cacing la..Maria, Anita dan jugak Zoey..Apakah?? Siap ada nama lagi anak cacing saya..kelas gituuu T_T..Oklah..abaikan kemerepekan itu..maklumlah tadi hujan lebat, kilat memancar-mancar..maka kepala sudah dimasuki air...terjadilah sedikit kemerengan disitu. Esok mungkin akan pulih sekiranya matahari memancarkan cahayanya. Silalah doakan saya...hikkss

Sambung balik cerita durian. Setelah bermuram durja kerana tidak dapat makan durian..maka saya pun pulanglah semula ke pangkuan rumah. Didalam perjalanan pulang, saya berasa sangat kecewa dan tertekan sekali. Maklumlah, tahun ini saya belum berkesempatan walau sedikit pun untuk merasa durian. Setakat ambik bau itu pernahlah. Itupun entah siapa la yang kurang asam pergi makan durian dirumah sewa yang beraircond itu. Habis semua baju yang dijemur juga berperisa durian. Dahla makan tak pelawa...biasa dia nih..biasaa..Baiklah sebelum kemarahan saya membuak-buak baik saya menyambung kembali cerita..

Akhirnya saya pun tibalah dirumah dengan selamatnya. Setibanya dirumah, saya pun pergi makan nasik untuk mengubati kekecewaan saya. Baiklah saya tipu..sebenarnya saya memang lapar. Kecewa itu cuma alasan saja untuk mengaburi mata masyarakat yang memandang.

Tiba-tiba!! Ya tiba-tiba..tanpa disangka-sangka keajaiban telah menjelma. Dihadapan mata saya muncul seorang pejuang angkasa raya yang kacak lagi bergaya bersama dengan sebiji durian. Perasaan kecewa  dan hampir berputus asa yang tadinya memenuhi benak saya perlahan-lahan menghilang seperti David Copperfield. Burung-burung turut berkicauan mendendangkan lagu ria. Maka saya pun  makanlah durian tersebut sambil menitiskan airmata kegembiraan. Selepas itu, saya pun live happily ever after bersama lelaki  berbaju melayu warna ungu... The end~


(moral of the story..janganlah cepat berputus asa dalam kehidupan kita nih..Kadang-kadang keajaiban datang dari jalan yang tak disangka-sangka. Kalau sesuatu tu memang ditakdirkan milik kita, cepat atau lambat, kita akan tetap memilikinya jua. Tapi kalau memang bukan milik kita..redhalah dengan ketentuanNya. Pasti akan ada yang lebih baik untuk kita..percayalahhh ^_^)