Thursday, September 30, 2010

No, I'm not..

Saturday, September 25, 2010

Dalam hati saya..

Saya rasa hati saya sekarang telah dijajah oleh makhluk asing. Makhluk asing yang jahat dan berwajah tidak comel langsung. I can feel it..dalam hati saya. Rasa sakitttt sangat. Saya nak menangis. Tapi tak boleh. Mungkin makhluk asing ni dah memusnahkan kelenjar air mata saya jugak. Tahu tak macam mana seksanya perasaan tu. When you want to cry..but there is no tear at all. When you want to scream..but there is no voice coming out. When you want to run away..but your feet can't move..even an inch. I can feel the pressure inside my body..as if I'm going to explode..Macam bisul, yang makin besar dan besar..tapi tak jugak pecah-pecah..It's so painfull. Makhluk asing tu dah menyerang hati saya..memusnahkan sikit demi sikit. Langsung tak ada belas kasihan. Arghh..I want to fight..but it's too strong. Or maybe, it's me who are weak. Not determined enough. Ohhh...saya rasa sangat teruk. Tak dapat nak pertahankan diri sendiri. Here I am..lying helplessly....feeling so miserable.Ya Allah..please...You are my only hope..Please hold my heart..tightly. Jangan biarkan ia pecah berderai. Oh..Ya Allah...Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminazzalimin

Friday, September 24, 2010

Wani Ardy - Suddenly Lewat

Main sorok-sorok

Saya mintak maaf kalau kehadiran saya mengganggu emosi kamu. Tapi nak buat macam mana kan, sebab dah tertakdir kita berkongsi ruang yang sama. Bukan saya nak kacau hidup kamu, tak terniat sedikit pun. Kenapa kamu rasa tak selesa dengan kehadiran saya. Saya ada buat salah ke? Takde kan? Saya yakin betul..hahaha...Tapi tak pelah..kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana. Saya tak boleh nak lari, sebab di sini tempat saya (dan tempat kamu juga) tapi saya akan cuba menginvisiblekan diri saya dalam kehidupan kamu. Biar kamu tak perasan kewujudan saya nih. Saya angkat bendera putih, tanda saya mengalah. As long as you happy. Lagipun saya rasa bersalah jugak, kalau kehadiran saya ini membuatkan kamu jadi tak normal. Saya tak nak jadi punca kekecelaruan jiwa kamu. Dan firasat saya mengatakan (macam tok nujum pulak dah) yang kamu memang tengah mengalami gangguan emosi sekarang nih. Betul tak? Eleh..sekilas ikan di air saya dah tahu dah sedap ke tak kalau digoreng. Walaupun saya tak tahu apa masalah kamu yang sebenarnya, tapi saya tahu la kamu tengah depressed. Biasala tu bro..hidup ni ada up and down. Jangan cepat mengalah k...dugaan tu (chewwahh..nasihat orang macam best je..diri sendiri? ) Sikit je lagi tu..kamu dah nak sampai the end dah..you can do it. Saya sokong dari jauh je lah (mode : pom pom girl ) Sebagai seorang sahabat (yang invisible) saya akan tetap doakan kamu. Dah..kamu tak payah nak main cak-cak lagi dah..kita main sorok-sorok pulak ok?

Thursday, September 23, 2010

Perasaan ke perasan?

Saya hairan la..ada orang tu kan, bila saya online, dia offline, pastu bila saya menginvisiblekan diri..tup tup dia online pulak..pastu bila saya online balik..dia offline pulak..pastu saya invisible balik..eh dia muncul pulak..Hrmmm...mungkinkah hanya kebetulan? atau memang dia tengah main cak cak? atau dia memang nak elakkan diri dari saya? tapi kenapa pulak kan? saya tak ada kacau dia pun..huhu...Oh..mungkin saya terlebih fikir nih..hehehe..Perasaan perasan!!! Padahal there's nothing to do with me pun...ye ke awak? takde kena mengena dengan saya kan? saya tak pernah kacau hidup awak kan? kan? kan??? Ishkkk..rasa macam nak online sekali lagi jek..nak tengok dia hilang ke tak...Jommmm try..haha (macam eksperimen pulak dah)
.
.
.
.
.
.
.
Okey..resultnya..dia hilang sekali lagi.

Kesimpulannya??

Tuesday, September 21, 2010

Saya mahu jadi kuat

Tapi hakikatnya saya lemah...
sangat lemah...










Ya Allah, jauhkanlah hambaMu ini dari putus asa

Saturday, September 18, 2010

Cerita raya 3

Masih lagi mencari mood untuk study..barangkali tersilap letak dalam balang kuih raya kot..hehehe..Apapun, gambar burung diatas adalah tiada kena mengena sama sekali. Beliau tidak bersalah. Tapi dekat kampung mak saya ramai orang suka bela burung nih. Pastu letak kat sangkar macam nih. Kaki dia tu diikat sebab tu dia tak boleh lari..eh terbang. Kesian dia..termenung je tengok orang makan kuih raya. Patutnya di hari raya yang mulia ni kena lepaskan dia, dia pun nak gi ziarah saudara mara dan sahabat handai jugak..Apa..ingat dia takde perasaan ke? Terus dia feeling nyanyi lagu dendang perantau..di hari raya, terkenang daku kepada sidia..ayah serta bondaku..Oh syahdunya T_T Nasib kau lah cik burung...

Eh..tajuk cerita raya..ni cerita raya ke? Ah lantaklah..lalalalaaa...

Cerita raya 2

Masa-masa raya ni, bila bersembang macam-macam cerita yang keluar kan. Cerita pasal sanak saudara, pasal kawan-kawan, pasal orang sekeliling kita..Opss..bukan mengumpat, cuma bercerita..Dan bukan setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..tapi semat dalam kepala, ambik hikmah apa yang ada. 
...........................................

Cerita tentang dia...Dia dah tua..dah tak berdaya kerja. Selalu sakit-sakit, keluar masuk hospital. Dia dah bercerai dengan isteri. Mak saya kata dah kali ketiga..makanya dah tak mungkin bersambung kembali (kecuali "cina buta"..err ini ayah saya yang kata..hehe). Anak dia ramai..termasuk yang dengan bekas isteri terdahulu. Semua dah besar-besar, dah berkeluarga. Dia sendiri dah punya cucu entah berapa. Tapi tak ada seorang pun yang boleh jaga. Ada yang mahu..tapi tak mampu. Diri sendiri pun susah, duduk pulak menumpang dengan mentua, macam mana ayah nak dijaga. Tapi ada yang mampu tapi tidak rela. Katanya dulu ayah tak pernah jaga, apa perlunya dia ambil cakna. Tapi kata mereka pula..bukan ayah tak mahu jaga..ada dikirim beras dan belanja. Cuma masa tu dia kehulur kehilir bekerja..lantas sang anak dititip pada datok dan neneknya (anak dengan bekas isteri pertama) Nak disalahkan anak pun tak boleh juga..kasih sayang tak pernah ada, mana mungkin hati kan rela..

Akhirnya..terbiarlah dia seorang diri. Tak ada tempat nak dituju...dan dihari raya hari tu terpaksa menumpang di rumah bekas isteri. Anak-anak kasihan tengok ayah..Tapi nak buat macam mana...sebab bercerai tu ayah jugak yang punya angkara. Kuat cemburu. Tapi lagi sekali, saya tak salahkan dia seratus peratus jugak..sebab dia sakit..memang dah lama. Dan biasalah orang sakit ni kadang-kadang emosi tak stabil..bila tengok isteri keluar bekerja, sedang dia cuma terlantar dirumah, mulalah ada fikiran-fikiran jahat yang merasuk. Nak buat macam mana, nasik dah jadi bubur. Apa yang dah terlepas, tak boleh nak ditarik balik dah...tapi hrmm..memang kesian tengok dia..kalau orang lain, tua-tua macam ni, duduk berehat main dengan cucu..tapi dia, duduk termenung berenang air mata. Kenang nasib diri..kenang anak-anak..hidup..macam tulah kan. penuh dugaan dan cabaran. Tak pernah berakhir sampailah kita dah menutup mata. Kadang-kadang tu, apa yang berlaku memang berpunca dari kesilapan kita sendiri..tapi yang pasti selagi nyawa belum terpisah dari badan, masih ada peluang untuk membuat perubahan. Dan pada anak-anak...ayah tetap ayah..tak kira apa pun dosa yang pernah dia lakukan. Mereka pun manusia biasa..ada salah dan silap..tapi tak salah kan kalau kita memaafkan. Berbaktilah selagi mereka masih ada..sebab kita pun bakal tua juga (kalau panjang umur)..kita sendiri tak tahu macam mana nasib kita nanti..

Cerita raya


Malas pulak nak update cerita raya sebab dia macam ketupat dan lemang jugak..kalau simpan lama sangat jadi basi..Bila dah basi tak eloklah kan nak hidang kat orang..haha..konkrit sungguh alasan ini. Sila terima seadanya...hehehe...

Tapi raya tahun ni, Alhamdulillah disambut dengan sederhana tapi menyeronokkan. Jumpa keluarga, kawan-kawan...makan-makan..basically sama je macam orang lain. So skip that part haha..Cuma tahun ni ada penambahan orang baru which is my abang ipar...so lain la sikit suasananya. Mungkin tahun depan akan bertambah lagi orang-orang baru..insyaallah (wah..kenapa orang-orang? ramaikah? hehehe)

Apapun..esok kembali memulakan kehidupan sebagai seorang pelajar. Tengah seru semangat ni dari tadi tak datang-datang. Terlebih makan ketupat la tu..aduii la..tetiba rasa macam nak menangis pulak.. I missed my home =(

 

Thursday, September 9, 2010

Di malam raya

Demam..badan sangat panas. Baru lepas telan panadol. Hopefully esok dah ok =(

Wednesday, September 8, 2010

Eid mubarak




Ermm..mood raya disana sini yek..semua orang seronok jek. Entah kenapa saya pulak takde mood..rasa nak nangis je huhuu...Jengok kat luar tingkap, tengok banyak giler orang..semua dok shopping raya..sakan eh ( I can see my.din through the window..dekat sangat) Saya pulak pagi esok baru balik kampung. Hopefully anak bulan tak keluar malam nih..karang ada jugak yang menangis suruh mak datang ambik malam2 buta..Walaupun mood nak raya takde, tapi still tak sanggup nak beraya sorang2 kat sini..kalau kat UK tu ok gak..ni kat KK..haha 

Apapun selamat hari raya buat semua..kalau ada tersilap terkasar bahasa, terguris hati semua mintak maaf banyak-banyak..sesungguhnya saya ini insan biasa yang tak lepas dari kesilapan..K lah..enjoy ur raya k =)

Friday, September 3, 2010

Jadilah nak jadi apapun..


It's time to work hard!!!! Haha..nampak sangat sebelum ni banyak main-main kan. Biase dia nih..rotan baru tau. But this weekend tak boleh nak bersantai-santai..a lot of works waiting for me...dah memanggil-manggil dah tu. Cuma saya je yang belum menyahut seruan mereka...Wait a moment eh..I'm coming!!!Just want to finish updating my this so called 'nyawa-nyawa ikan' blog..hehehehe..

Oh..kat atas tu gambar time kat OT hari tu. Tapi harap maklum ya, bukan saya meng'operate' patient tu...saya cuma dok diam-diam perhati saje. Kalau saya yang meng'operate'..erkkk...tak tahulah apa yang jadi kuikuikui..tapi kagum oh tengok surgeon menggodek2 patient. But I don't think I want to be a surgeon lah. Saya nak jadi..ermm..nak jadi...biarlah rahsiaaaa ;p

Hrmm..off topic jap..talking about nak jadi apa ni kan..Saya ada sorang kawan ni kan, umur lebih kurang sebaya je lah. Dah habis dah belajar tapi dia tak kerja..housewife. Tapi tengok gambar dia kat fb with husband and their two lovely kids..auwwww..sangat-sangat jeles k. Nampak bahagia sangat. Kita ni usahkan anak..suami pun belum ade..erkk even calon suami pun takde..oh..sadis sungguh hahaa..Tapi, perjalanan hidup kita ni memang berbeza kan antara satu sama lain. Itu jalan hidup pilihan dia, dan ini jalan hidup pilihan saya...so different..but yet, jalan manapun yang kita pilih, kita tidak pernah dinafikan hak untuk merasa bahagia kan. So tak kiralah apa kita nak jadi pun, tapi pilihlah untuk jadi manusia yang bahagia..happiness is a choice, right..so let's choose to be happy..saya, dia, mereka, kamu...kita semua =)

Thursday, September 2, 2010

Doa saya untuk awak..

Are you swimming up stream
in oceans of blue
Do you feel like your sinking?
Are you sick of the rain after all you've been through?
Well I know what you're thinking
When you can't take it
You can make it
Sometime soon I know you'll see

Saya tak tahu apa sebenarnya dah berlaku pada awak. Saya tak dapat nak tolong awak. Malah nak bagi kata-kata semangat pun saya tak mampu. Kita jauh sangat kan..terlalu jauh. Tapi hati saya dapat rasakannya..bahawa di saat ini awak sedang menghadapi saat-saat sukar. How I wish that I was there for you. Sama-sama berkongsi rasa..berkongsi duka...tapi tak boleh...Cuma satu je yang saya boleh buat untuk awak, dan akan selalu saya buat untuk awak...Saya akan sentiasa doakan awak...