Orang kita selalu kata, sabar...takkan lari gunung dikejar. Gunung memang la takkan lari sebab dia takde kaki. Tapi kita ni, kalau dok statik je kat situ, tak buat satu apa pun, mana mungkin tiba-tiba kita ada kat puncak gunung tu kan? Lainlah kalau kita ni David Copperfield, boleh jugak buat magic..sekejap ada, sekejap takde..hehe.. Pendek kata, kalau kita nak sesuatu, kena la ada usaha. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang, yang hensem tak datang meminang..eh??haha ;p
Hidup adalah gerak. Dan gerak adalah usaha. You want something, then you have to work for it laa..don't be malas2. This is not a fairy tale...tiba-tiba plingggg keluar pari-pari or jin dari teko yang boleh kabulkan permintaan kita. Dalam mimpi boleh la, dalam realiti?? Even anak sultan pun don't get everything, right? huhu..So, kena la rajin. Apa yang penting? usaha. Dapat tak dapat belakang kira. Kalau dapat, syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat? Redha. There must be something better waiting for us kan? Perancangan Tuhan, sentiasa yang terbaik. Kalau gagal sekali cuba, lagi..dan lagi, dan lagi..kalau kita determined..Insyaallah, we will get what we want.
Cuma jangan putus asa..tu je kuncinya. And jangan takut mencuba. Belum cuba belum tau. Walau nampak macam mustahil je...well whose know that we might be lucky kan...heheee...Ha..satu lagi, kena pantas. Apatah lagi dalam dunia yang banyak persaingan sekarang ni. Siapa cepat dia dapat. Kalau lambat, alamaknya berputih mata je la. Peluang yang baik kadang-kadang datang sekali je, either you go for it, or you'll lose it.
But people would say, semuanya bergantung pada takdir. Tapi takkan kita sekadar menunggu takdir datang. Kalau sesuatu tu belum lagi berlaku, kita masih ada peluang untuk berusaha kan? Kalau dah lepas, tu yang baru kita tak boleh buat apa-apa. Jangan jadikan takdir sebagai alasan. Hidup ni adalah satu perjuangan, maka berjuanglah habis-habisan. Kalau setakat duduk berpeluh tubuh, nak harapkan kemenangan? Haihh..takde maknanyalah.
Bukan ke Tuhan sendiri telah berfirman “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Jadi apa tunggu lagi? Jommm..jadikan mimpi satu kenyataan (^_^)