Friday, December 31, 2010

Everyone can be okay, but it takes a real person to smile through the pain..

Dear myself...

Kenapa nak sedih2 ni? Menangis takkan selesaikan masalah..yup...masalah tak keluar melalui air mata. Walaupun rasa sedikit lega..still the problem is there. Ditambah dengan mata yang bengkak dan masa yang terbuang..heii..it's not cool at all. So stop crying my dear..

Lagipun banyak lagi kerja yang perlu kamu selesaikan. Tapi kalau asyik macam ni..nanti satu benda pun tak sudah. And don't forget that next week you have exam! Baca buku lagi baik dari menangisi nasib diri. Jangan jadikan diri sendiri sebagai mangsa. Bangkit and keep on fighting!!

Masalah...tak de sape yang dalam dunia ni yang tak ada masalah. You're not alone in this world. Orang lain pun sama. Ingat..Tuhan tak akan pernah membebani hambaNya melebihi kemampuan. Tuhan uji tanda Tuhan ingat..tanda Tuhan sayang. Mahukah kamu jadi hambaNya yang dilupakan? Dan yakin..yakin yang Dia akan tunjukkan kamu jalan keluarnya...maybe not now...but yakin akan ada! Ada sebab kenapa semua ni terjadi. Kamu mungkin takkan faham, but you have to accept this...redha dengan ketentuanNya..terima dengan hati yang terbuka. Jangan pernah mempersoalkan takdirNya. Kita sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita...inilah sebenarnya...apa yang ditentukan oleh Dia untuk kita..inilah yang sebenarnya yang terbaik. Hanya dari  Dia yang Maha Mengetahui.

Maka senyumlah wahai diriku...walau cuaca kat luar tu gelap, mendung..jangan biarkan diri kamu ikut sama. Senyum...walaupun hati kamu sedang berduka.. Senyum...biarkan diri kamu kembali tertawa. Senyum...mulakan langkah dengan semangat yang baru....Senyum..dan kesedihan ini pasti akan berlalu...


La tahzan..innallaha ma'ana ..

the end and the beginning

Hari ni hari terakhir bagi tahun 2010. Cepat sangat masa berlalu..rasa macam tak terasa. 

Hari terakhir 2010....langit mendung...
Hari terakhir 2010......air mata jatuh..
Hari terakhir 2010...hati kecewa....

Dugaan yang masih belum berakhir...dah dua tahun rasanya....lepas peristiwa tu..kenapa mesti ada kesinambungan? Dah puas saya menangis. Saya pujuk diri..tapi saya tak kuat..Saya tahu ini takdirNya..dugaan dari Nya..dan pasti ada hikmahNya yang tersembunyi...cuma kadang-kadang...entahlah..saya cuma manusia yang lemah.

Esok tahun 2011...
kalau masih panjang umur, Insyaallah..kita akan berjumpa.

2011...cuba untuk kuat.

Tuesday, December 28, 2010

Aku bukan sempurna

Ya Allah..aku bukanlah lebih baik dari mereka
juga manusia yang penuh kekurangan disini sana
Kau ampunkanlah dosaku dan dosa mereka
kurniakanlah kami taufik hidayahMu...

Ya Allah...jangan jadikan aku hambaMu yang lupa....

Ya Allah...saat aku terguris dengan perbuatan mereka
ingatkan aku bahawa aku juga tidak sempurna
tidak terlepas dari melukai..

Ya Allah..jika terlihat dimataku kekurangan mereka
jangan jadikan aku insan yang menghina
kerana kutakut disuatu masa
diriku ini yang mengulangi dosa...

Ya Allah...bersihkanlah hati, sucikanlah jiwaku
dari prasangka pada manusia...

Sunday, December 26, 2010

Of Pisang goreng panas and slurpee..

My back is aching...adoilllaa..maybe sebab I've been sitting for too long kot..Muda-muda lagi dah sakit pinggang..mcm orang tua dah T_T  Takpelah sakit tu kan penghapus dosa kecil. Insyaallah..

So saya pun turun bawah..pergi beli goreng pisang panas and slurpee...saje nak jalan2 betulkan urat sket hehe..Lagipun seharian dok menghadap dinding..erghhh..boring k. Nak jugak tengok orang, cuci-cuci mata..haha..

Takde cuci matanya..pakwe hensem tak dapat dikesan ;p Cuma nampak pakcik makcik tengah beli baju sekolah anak je. Hrmmm...terus teringat mak abah di kampung. Rindunya..kalaulah saya ni otromen ke superman ke, bleh je terbang sekejap balik rumah. Kluang man pun takpe..eh kluang man mana boleh terbang..dia cuma lompat2 atas bangunan je...kensel kensel..

Mood tak berapa ok sebenarnya nih..tu yang merepek je menulis nih. Just looking for some magic to spark my life a little bit..now rasa mcm dull je..tapi..ishkishk..hakikatnya..semua tu datang dalam diri kita sendiri jugak kan. Apa yang kita lihat tu menggambarkan apa yang ada dalam fikiran kita. Kalau kita berfikiran positif, maka semuanya pun jadi warna warni..kalau kita berfikiran negatif, maka jadilah semuanya kelabu asap. So, kesimpulannya? Kena positifkan diri la nih. Need to refill my motivation tank. Dah takat E dah tu..kelip2 merah dah. Dah la yek..I need to go and find something to make me keep on moving..tata..

 
Keep on moving...

Saturday, December 25, 2010

Bahagia ke ada pakwe?

Tetiba terkeluar tajuk pakwe pulak...bukan gewdik yek haha...Saya terbaca status kawan saya kat facebook..Dia tulis "kan bahagia kalau ada pakwe" Persoalannya..bahagia ke kalau ada pakwe..and sengsara ke kalau takde pakwe?..hoho...selama 23 tahun (eh..terkantoi umur pulak ;p) saya bernafas didunia ini, tanpa kehadiran seorang yang digelar pakwe, boipren, mahupun mata ayaq  saya rasa ok je hidup saya..Yalah..ada masa sedih memanglah sedih, ada masa happy, happy jek. Justeru itu ingin saya menegaskan disini bahawa pakwe bukanlah faktor penentu kebahagiaan hidup ini. Hehehe...

But being a normal person, tipulah kalau takde rasa ingin dicintai dan mencintai. Fitrah tu kita takleh nak lawan kan. Cuma biarlah dengan cara yang betul. Ya..saya pun ada krisis jatuh cinta jugak..and I tried so hard nak lawan perasaan ni..kalau boleh saya tak nak dia tahu pun saya suka kat saya. Ya...saya memang suka kat dia..tapi kalau ada jodoh saya dengan dia, biarlah sebagai husband and wife..bukan jodoh sebagai pakwe dan makwe (eh..tetiba rasa segan pulak cakap pasal ni..haha..enough talking about me)..berbalik semula pada topik utama kita ye..hehe

Kenapa ada orang rasa tak boleh hidup kalau takde pakwe atau makwe? Eh..jangan salah sangka eh..saya takde la membangkang kalau korang nak couple ke apa. Masing-masing dah besar, dah tahu mana baik dan mana buruk. You make your own choice. Even saya mengakui ada kawan baik saya pun bercouple jugak. Yelah..ada orang kata time nilah nak kenal hati budi kan sebelum kahwin..well itu terpulanglah pada anda. Saya tak nak bercakap pasal hukum hakam, sebab saya pun bukannya arif sangat pun. Anda bolehlah rujuk pada ustaz2 yek hehe...

Cuma yang saya pelik ni golongan yang tak boleh sedetik pun (hiperbola hoho) hidup sebagai seorang single. Yang macam..ah belasah jelah sape2 pun janji orang tak nampak aku single. Yang macam desperate sangat nih..haha golongan inilah yang saya hairan. Kadang-kadang tu bukan cinta sangat pun kat pakwe/makwe dia..just for the sake nak ada someone je..Kalau yang memang cinta giler-giler tu at least boleh lah gak faham kan. Tapi yang jenis yang tak boleh hidup kalau takde insan bergelar boipren gilpren ni camna yek? 

Tak salah kan kalau hidup single mingle je...takde pakwe/makwe..tak bermakna kita tak boleh bahagia kan? Bahagia tu orang kata ada dalam diri kita. Kita yang usaha nak bahagia ke tak nak. Ramai je saya tengok yang ada pakwe/makwe tapi hidup sengsara semacam jek. Hari-hari bergaduh, bertekak..bahagia ke? huhu..Last-last bila dah boring..putus..pastu cari lain...Kadang-kadang tu macam cinta tu takde nilai je..boleh bagi kat sape-sape je..

Untuk gadis-gadis diluar sana yang masih single..don't worry, be happy..nasib kita serupa je kehkehkeh...Tuhan lebih tahu apa yang terbaik bagi kita. Mungkin belum sampai masanya kenapa kita belum ditemukan dengan jodoh kita. Rileks-rilek dah la..jangan nampak yang kita ni sangat desperate..kalau betul-betul desperate pun (hehe ;p) mintaklah dengan Tuhan..semoga dipermudahkan jodoh kita..cepat-cepat ada orang masuk minang..hahaha..Just believe in Allah..dia akan hadirkan the right person, at the right time, for the right reason..itulah jodoh kita..Insyaallah..disaat tu kita akan jumpa bahagia yang kita cari =)

Fahamilah daku..


Bukan senang nak jadi orang yang memahami kan? Kadang-kadang tu diri sendiri pun kita tak faham, nikan pulak nak memahami orang lain. Kadang-kadang tu pulak kita anggap semua orang macam kita..berfikir sama macam kita, lalui kehidupan sama macam kita...dan kita sangka kita dah cukup faham orang tu, padahal kita cuma faham apa yang kita faham je...I mean dari sudut pandangan kita je..padahal apa yang dia rasa sebenarnya lain dari apa yang kita sangka...

Kadang tu pulak kita rasa hairan, kenapa dia ni buat macam tu..kenapa orang tu perangai macam ni..kita rasa pelik, sebab kita rasa kalau kita mesti kita tak buat macam tu. Sometimes kita gagal nak memahami sebab kita tak berada di tempat dia. Kita tak rasa apa yang dia rasa. Dan kita tak tahu apa yang pernah dia lalui, dan apa yang menjadikan dia sebagai dia pada hari ini. Tapi untuk memahami, tak perlu untuk kita jadi dia, or berada di tempat dia or rasa apa yang dia rasa. Just pengertian..yang mesti ada sebab kenapa akhirnya dia jadi macam tu. Kalau kita tahu permulaanya..kadang-kadang lebih mudah untuk kita memahami pengakhirannya.


But sometimes, there are things that doesn't need to be understood, but just to be accepted. Terima. Kerana kita dengan akal yang terbatas, tak kan pernah dapat memahami semua benda. Sure there must be a reason, cuma tak terjangkau dek akal je..hehe..So this are the time when the best thing to do is..terima seadanya. Terima orang lain, seperti mana kita mahu diri kita diterima. Faham orang lain seperti mana kita mahu diri kita difahami. If there is a thing yang kita rasa tak patut, or we know benda tu salah...cuba perbetulkan instead of cuma mempersoalkan. Or at least, doakan..semoga orang-orang yang kita sayang akan temui jalan kebenaran pada akhirnya. Jangan hanya tahu menghukum..sebab kita bukan Tuhan..cuma manusia yang jugak jauh dari kesempurnaan.

Friday, December 24, 2010

Tiba-tiba...

Saya nikan sebenarnya baru balik oncall...Pastu kan entah kenapa, saya rasa happy je tetiba. Padahal tak ada kejadian yang menggembirakan pun yang berlaku. Pelik bin hairan betullah. Dari mana entah perasaan ni tetiba datang...huhu..Penat dan mengantuk tu ada jugak..tapi still happy..sangat tak betul la diriku ini. Manic? tak..takdelah sampai macam tu..hohoho....
 

tapi baiklah gembira dari sedih kan (^_^)

It's funny.. but not

Yup..kadang-kadang hidup ni memang kelakar T_T

Hati yang keliru

Why it's so hard to let go of something that's not even mine?
............

Tuhan pegangi hatiku..
biar aku tak jadi melanggar..

........................

hati yang keliru
sekejap ke kanan
sekejap ke kiri...
 ..................................

setelah tejerat dalam dilema aku mengerti
bagaimana sukarnya mengenal diri sendiri

...........................................
cukup!!
mari cari jalan pulang
setelah sesat dalam terang
.....................................................

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
................................................................

Thursday, December 23, 2010

T_T

Malam ni ramai kawan2 yang nak balik kg..cuti krismas..in fact, semalam lagi dah ada yang balik. Me?..setelah fikir masak-masak, I choose not to go home. Entahlah...I just don't feel like going home, even though I miss my family so much..it just that..........

Tuesday, December 21, 2010

Invisible

Sometimes, it's better to be invisible....tak nampak, tapi ada...huhu..

Sunday, December 19, 2010

Rasa ini

Benda yang biasa bagi orang lain
tapi mungkin istimewa bagi kita

Kata-kata yang biasa bagi orang lain
tapi mungkin bermakna bagi kita

Kalau orang lain tak mengerti tak apa
biar saja kita yang menyimpannya =)

***
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati


***
awak...boleh tak jangan senyum kat saya lagi?
nanti saya jatuh hati...
tapi.....

1+1

Hari ni ada 2 perkara telah berlaku pada diriku ini hukhukhuk...Satu yang menyedihkan, satu lagi yang menggembirakan.

Takpelah..yang pahit tu kita jadikan pengajaran, yang manis-manis tu kita simpan dalam hati buat kenangan..tak gitu..keh3

Tuesday, December 14, 2010

Demam cinta?

Cinta Yang Agung - Kahlil Gibran


Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’


Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas LAGI ..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati
bersamanya…
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh

Ececeh..asyik pos pasal cinta je ni. Kenapakah? Is love in the air? hahaha..takdelah. Saje je nak menggedik sorang-sorang layan jiwang. Kat luar tak boleh lah...kena kontrol macho. So kat dalam blog jelah kita gedik...auww...giler...haha..(jangan layan..orang stress memang selalu buat benda pelik T_T)

Monday, December 13, 2010

..........

Dari mana punai melayang
dari sawah turun ke padi
dari mana datangnya sayang
dari mata turun ke hati

Bunga cina jambangan cina
bungkus inai dalam kertas
sungguh saya bena tak bena
dalam hati haram tak lepas


Anak ruan tidak terluang
benang sutera didalam buluh
hendak dibuang tidak terbuang
sudah mesra di dalam tubuh


Kiri jalan kanan pun jalan 
sama tengah pokok mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
sama-sama menanggung rindu


Limau purut lebat ditangkal
batang selasih condong uratnya
hujan ribut dapat ditangkal
hati kasih apa ubatnya?

Sunday, December 12, 2010

Awkward

Tadi terjumpa dia..cuba senyum macam biasa..but I feel awkward..Dia cuma angguk-angguk je...Tapi saya tahu dia pun rasa awkward jugak. Dah tak sama macam dulu...kenapa entah..

Saturday, December 11, 2010

Diari bawah bantal

Setelah sekian lama berfikir (chewah..macam hal serius je haha) akhirnya I decided to change nama blog ni..So no more 'Cerita Budak Kampung'..dah jadi Diari Bawah Bantal..hehehe..cuma link je malas nak tukar..biarlah still link yang lama..malas pulak rasanya nak menyusahkan diri sendiri... Harap tak ada yang kelirulah yek..masih blog yang sama, penulis yang sama..link pun masih sama..cuma nama blog je yang dah tukar. Kenapa? Jangan ditanya kenapa..hahaa (macamlah ada yang kesah pun kan)

p/s : memang saya simpan diari bawah bantal, tak caya cuba check hehe
p/s no 2: masih budak kampung ;p

Friday, December 10, 2010

Hujung minggu

I have lotssssss of things to do....








but I end up doing nothing =(



(not because lack of time, but lack of motivation..apa nak jadilah)

Thursday, December 9, 2010

Kita ni

Kadang-kadang silap orang kita nampak, tapi silap sendiri tak pernah nak sedar

p/s : peringatan utk diri sendiri =)

Wednesday, December 8, 2010

Surgeon wannabe??

Wuwuwuwuuu...hari yang memenatkan..Hari ni dapat observe 2 major surgery. Hasilnya?? kaki dah tak mampu nak berdiri dah..Perghh..Tak dapat bayangkan bagaiman surgeon mampu bertahan berdiri berjam-jam lamanya. Nampaknya saya takde bakat nak jadi surgeon T_T Tak boleh ke operate orang sambil duduk? hahaha...

Tapi saya suka la surgeon-surgeon ni. Hampir semuanya sempoi-sempoi...takde garang-garang macam nak makan orang. Dah la dalam OT selalu bukak radio..sambil operate patient sambil dengar lagu Nobody nobody but you..sangat cool okeh..hahaha..Dah la tu kelakar pulak tu...boleh melawak-lawak lagi..comeeelll..Ni yang terasa nak jatuh cinta dengan surgeon nih...eh tak! tak! admire je..kihkihkih (Awak,awak...awak tak nak jadi surgeon ke? boleh la saya jatuh cinta dengan awak *wink2 ;p)

Eh..dah la tu mengarut..nak buat case report...uuuu..mmummmy nak tidorrr!!!!!

p/s : I don't think I'm going to be a surgeon...I would rather choose psychiatric kot..kih3

Sunday, December 5, 2010

Apa pandang-pandang?

Siapa suka lagu ni? Meh kita nyanyi sama2 yek...

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Eh...kejap2...boleh ke pandang-pandang nih? Bukan kena tundukkan pandangan ke (tapi jangan langgar tiang dah la)..hehe

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

(^_^)


p/s : apa pandang-pandang? cucuk bijik mata tu kan..wah garanggg hahaa

Saturday, December 4, 2010

Lalalala..




This song is dedicated to those yang merasakan diri mereka kekurangan kasih sayang...I love you..lalalalala ;p


There will be always someone who love you out there..sama ada kamu sedar atau tidak. Never feel that you're alone..cause you never. Jadi..bila kamu kecewa ke hapa kebenda..please please please..jangan buat tindakan yang bodoh. Sebab kamu bukan hanya  memusnahkan diri sendiri tapi jugak menghancurkan hati-hati orang yang menyayangi kamu. Sayangilah diri sendiri dan jugak orang yang menyayangi diri anda..ok babeh? hahaha