Kalau orang kata, wanita adalah makhluk yang emotional..hendak tak hendak saya bersetujulah jugak. Bukan menunding pada orang lain tapi sekurang-kurangnya penyataan itu ternyata benar bagi wanita yang bernama cinta cukulet ini (bukan nama sebenar tapi). Saya memang emotional. Kadang-kadang tidak rational. Maklumlah saya ini makhluk satu akal sembilan nafsu. Tak..tak..saya tidak salahkan fitrah kejadian saya ini. Kerana akal yang satu itu seharusnya cukup jika digunakan dengan penuh bijaksana. Maka segala kekurangan itu adalah kerana ketidaksempurnaan diri ini juga.
Oh..panjangnya mukadimah budak cukulet ini. Sebenarnya saya cuma nak cakap yang saya ini emotional orangnya.Oleh itu jangan cuba-cuba mempermainkan emosi saya yek! Dan ke'emotional'an saya itu kadang-kadang membawa kepada penghasilan tindakan yang kurang bijak. Dulu saya ada kawan, baik la jugak. Tapi sebab ke'emotional'an saya tu, maka persahabatan kami pun menjadi suam-suam susu kuku. Saya mengaku. Salah saya. Entah kenapa masa tu saya terlebih emotional. Boleh tak saya nak salahkan hormon? Walaupun saya dah mintak maaf, tapi keadaan tak mungkin serupa macam dulu. Tulisan kalau kita padam pun, bekas dia nampak jugak kan. Apatah lagi perbuatan kita ni. Itulah yang orang tua selalu pesan tu..fikir dulu baru buat.
Saya harap orang tu dapatlah maafkan saya. Walaupun dia mungkin fikir itu salah dia..sebenarnya salah saya jugak. Macam yang saya cakap, saya terlebih emotional! Sekarang baru saya sedar...dah terlambat ke? errr...better late than never kan. Belajar dari pengalaman dulu. Dan saya harap saya akan menjadi insan yang lebih matang, tak cepat melenting, lebih penyabar, cool, dan juga kacak bergaya!



2 terpaksa telan:
saya juga...giler emo.huhuhu...
padahal nabi kata org plg kuat adlh yg blh kawal diri ktk marah.
fail!
wuwuuwuuuuuuuuuuu~~~
kak puding-> marilah kita berusaha menjadi makhluk yg lebih cool huhuhu
Post a Comment