Hari tu ada lah terbaca kat facebook..kes nya ada lah sorang manusia dewasa ni (harus tu ditekankan perkataan dewasa..kalau budak-budak lain cerita hehe) yang telah meng'up'kan status yang mengutuk bahasa orang ganu kiter..makanya orang ganu kiter pun maroh la (orang ganu pun nelang gop..suka hati nok kutuk-kutuk negeri kiter yer). Hadoilah...pelik kan orang-orang yang umurnya dah banyak tapi fikirannya masih macam budak-budak. Tak matang! Tukang tulis tu satu hal...tukang melayan tu pun satu hal.. last-last pakat bergaduh kutuk mengutuk sampai tahap carut mencarut pun ada. Malu lah adik-adik kittewww kat tadika tengok. Tak boleh dijadikan contoh langsung.
Hidup bermasyarakat 1Malaysia nih kenalah pandai jaga sensitiviti orang sekeliling kan. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar (eh..betul ke peribahasa ni?macam pelik pulak :p) Hati makwe pandai pulak nak jaga, hati kawan-kawan, jiran tetangga, ketua kampung dan pakcik jual roti kenapa tak nak jaga sama? Kalau tak reti nak jaga hati orang, pergi kau duduk di planet marikh sana. Kat situ tak payah nak jaga hati orang, hati alien mungkinlah.
On the other side pulak, kita ni pun tak boleh nak jadi sensitif sangat. Hidup bermasyarakat 1Malaysia yang berbilang kaum, puak dan suku ni kenalah berhati waja dan kebal sikit. Jangan nak cepat melatah opocot mak kau sangat. Cool sudah. Kalau ada orang nak cucuk-cucuk jarum tu selain dari doktor dan akak misi tak payahlah nak layan. Orang kata kalau layan orang bodoh kurang cerdik, kita pun jadi sama macam dia. Kalau nak marah pun sikit-sikit dah lah. Sabar itu kan separuh dari iman. Tak payah nak mencarut-carut bagai. Karang jadi kes dua kali lima sama! No! No! No! No!! Jadilah masyarakat 1Malaysia yang bertamadun dan berakhlak mulia. Sayang menyayang cinta dikenang kasih berpanjangan..oh ohhhh...
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya. Sempena hari raya aidil adha yang bakal menjelang tiba nih, marilah kita sama-sama pakat korbankan perangai kita mana yang tak elok tu. Buang yang keruh simpan yang jernih je. Malaysia boleh!!
Mak, nak balikkkk!



3 terpaksa telan:
ekzekli apa yg akk nak post mgg dpn.
ttg org melatah.
dh draft dh pon
tp x berani nk pos mgg ni,takut ade enonimus terasa,wahaha...
mgg dpn klo terkuar post yg sama, jgn melatah ye?
kikiki
betul... jangan suka-suki kututk-kutuk orag... jangan jugak terlalu mudah melatah...
apeda main carut-carut... takdak tamadun sungguh mereka ittewww mencarut-carut nih... kannsss~~ :D :D
kak puding-> opocot!!!! terkejut mak! hahaa...kebersamaan itu bukankah bermakna kita ini sehati sejiwa :P
kak syah shah-> selotep je mulut mereka keh3
Post a Comment