Wednesday, November 2, 2011

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Mekasih akak yang baik hati.


Comel tak buku-buku ni. Warna-warni macam eskrem paddlepop! Tapi rasa dia taklah lemak-lemak manis macam eskrem..malah boleh mengundang penyakit darah tinggi..kehkehkeh...Ini adalah kompilasi soalan-soalan exam past years. Banyak kan..rajin betul senior yang buat ni..semuanya sebab nak tolong adik-adik junior!

Nampak je buku ni cam ni..cer teka harga dia berapa? Dalam sembilan puluh ringgit jugak semua ni. Sembilan puluh ringgit tu buleh beli nasik lemak tiga puluh bungkus tau! Tapi yang bestnya..saya dapat semua ni freeeee..Alhamdulillah..rezeki di malam hari ni =) Siapa yang baik hati tu? Adalah sorang akak ni...saya tak kenal pun sebelum ni. Ok..sebenarnya sekarang ni pun saya tak kenal..saya cuma tau nama beliau je...(tu pun cuma nama panggilan..hukhuk)

Ceritanya bermula begini..pada suatu hari yang indah dan permai, ketika itu saya baru sahaja habis kelas..Saya pun berjalan dengan riang gembira untuk pulang ke hostel. Burung-burung turut berkicau gembira mengiringi kepulangan saya.Tiba-tiba di pertengahan jalan,, seorang akak yang tidak dikenali telah menegur saya. Akak ni sebenarnya dari U lain (luar negara tak silap saya). Datang nak ambil exam kat sini. Beliau pun meluahkan hasrat dia untuk meminjam paed developmental set sebab dia takde. Berbekalkan semangat wonderpet, saya pun ok je. Kalau kita permudahkan urusan orang, nanti Tuhan permudahkan urusan kita kan :)

Jadi, tadi akak ni pulangkan balik barang saya sebab dia dah habis exam. Dan dia pun mengoffer buku-buku ni semua yang beliau tak guna pun lagi. Auwww..malu nak ambik! Tapi ambik jugaklah..hehe..rezeki kan tak baik ditolak..muahaha..Mekasih akak..semoga Allah merahmati akak dan akak pass exam with flying colourssssss...nak add akak kat facebook pun saya tak tahu nama penuh akak..ekekekee...

Tolong orang bukan sebab nak dapat balasan...tapi bila dapat rasa seronok kan. Ha..ni baru balasan kat dunia...bayangkan pulak betapa best dan meriahnya balasan di syurga yang Allah akan bagi. Maka janganlah takut, kedekut, malas, culas nak tolong orang. Hari ni kita tolong orang...esok lusa mungkin kita pulak yang perlukan pertolongan orang..what you give you get back kan...kalau kita tak sudi tolong orang, sape yang sudi nak tolong kita nanti? superman? otromen? cicakman? ah..takde maknanya...diorang tu nak keluar dari kotak tv pun tak lepas..kehkeheh..


p/s: entry ni bukan nak up diri sendiri yek..jangan salah sangka..saya ni bukan baik sangat pun. Cuma saya rasa gembira dan teruja je hehe...

4 terpaksa telan:

Ann Huda (Ate) said...

Clap, clap, clap untuk adik 'sedap' sesedap cukulet ni :). Apa juga kebaikan yg kita buat dg ikhlas pasti akan membawa rasa bahagia dan dikurniakan rasa tenang.

Ate suka N3 ni...suka suka suka.

Puding Karamel said...

akak nak cakap dari pihak akak tu...
yang memberi pon seronok juga...
gembira sgt bila notes2 akk terpilih utk dfotostet.ohoho

dan gembira bile adik2 berjaya dlm exam.
mcm give n take, walaupon x de direct transactionof material, tapi ada happiness.

us saiful kata erti hidup pada memberi, ye tak..?
pis

cinta cukulet said...

ate-> saya tak sedap la..rasa pahit-pahit :p


kak puding-> ya betul...erti hidup pada memberi...secret of happiness "give more, expect less" =)

cujen said...

comelnye buku-buku tu!!!!!