Thursday, January 27, 2011

Going home ^_^

I'm going home tomorrow..yeayyy!! Padahal orang lain dah balik semalam lagi hehe..biasalah saya kan suka buat keje last minute, so pagi tadi baru siapa case write-up hik3. Nak balik petang ni sebenarnya tapi tiket dah abis..padan muka yeayy!!! Takpe la..lambat ke cepat ke asalkan selamat sampai rumah sudah.

Tak sabar nak balik nih...ada special occasion nih..jengjengjeng..apa dia? Biarlah rahsia...haha..

Tak sabarnya..lalalalaa..

Monday, January 24, 2011

Manusia beku

Jika inilah jalan yang harus dipilih saya rela..saya rela..wuwuwuwuuu..eh kenapa berbunyi seperti menangis pulak? Ishk mana ada..bukan menangis cuma terharu sob3...Oh dan tahukah anda...perasaan 'tidak dipedulikan' dan jugak 'tidak mempedulikan' itu kadang-kadang sama saja sakitnya. It's hurt so much you know...mula2 kamu tidak pedulikan dia...dan kemudian dia pulak tidak pedulikan kamu..wahhhh..balas dendam ke? haha...rasa macam main..meh kita tengok sape yang paling terer jadi 'manusia beku' T_T 

Takpe..takpe...ini adalah dugaan...dugaaannnn. Jadi kita kena tempuh dengan kesabaran. Kerana apa? Kerana sabar itu indah...Dan kalau jalan ini yang kita pilih, kenapa harus berpaling lagi..ye tak? Terus jalan straight je..no belok-belok. Takpelah..let's keep ignoring each other...anggaplah jelah kita ini manusia invisible (eh..tadi manusia beku?) Oh..manusia beku yang invisible. Comel jugak tu...ya..mulai hari ini saya mahu jadi manusia beku yang invisible..Kamu nak join? Bolehlah kita buat group kat facebook...group manusia beku yang invisible...oh comel..comel..hehe...



p/s : kelemahan manusia beku adalah dia bisa cair hanya dengan sekuntum senyuman..ishk3

Saturday, January 22, 2011

Senyumlah..

..tapi saya..masih belum puas menangis..


Bila kepala terhantuk!

Tadi kepala terhantuk kat katil..Sakit! Nasib baik tak de loss of consciousness T_T terus rasa macam "oh..ni mesti ada buat dosa nih, Tuhan nak bagi pengajaran" Tapi kalau tak terhantuk pun sememangnya diri ni tak terlepas dari dosa kan. Nama lagi manusia. Cuma bila diberi peringatan tu baru la nak sedar. Tu pun kalau sedarlah..kalau masih tak nak sedar jugak?? Semoga Tuhan memberikan kita taufik hidayahNya dan tetap memelihara kita dijalan yang diredhaiNYA. 

Friday, January 21, 2011

Dimana...kan kucari ganti..

Bila awak muncul
saya sembunyi
bila awak hilang
saya rindu...


where are you...

Kenapa hidup saya susah

Di hening pagi Jumaat ini
kawan saya mengeluh di dinding facebook
katanya...
'kenapa cuma hidup saya yang susah??"
kawan....kalaulah kamu cuba mahu mengerti
dan menjangkau pandangan kamu melebihi sempadan diri
nah..cuba lihat disekeliling kamu...kanan dan kiri, depan dan belakang
kesusahan ada dimana-mana...rapat mengekori setiap yang hidup
itu namanya ujian..dan sekarang kamu fikir
manusia mana yang bisa lepas dari diuji
jangan fikir hanya kamu...aku juga begitu
terkadang terasa lelah..saat dunia kian menghimpit
terkadang terasa penat...tak berdaya untuk bangkit
terkadang aku juga terfikir..kenapa selalu aku?
tapi kemudian aku sedar sendiri
yang susah itu bukan hanya aku..
tapi juga dia dan kamu
disana...ada yang kesakitan
disana..ada yang kebuluran
disana...ada yang kehilangan
disana..ada yang ketakutan
dan kita disini...sebenarnya masih mampu tersenyum dan bercanda
jangan dihitung segala kesusahan..nanti yang kamu lihat hanyalah penderitaan
tapi hitunglah segala nikmat Tuhan...
setiap udara yang kamu hirup
dan setiap air yang kamu teguk
lihat diri kamu semula wahai kawan
nikmatNya yang manakah yang telah engkau dustakan...


cuba lihat mereka...dan masihkah kau tertanya...
'kenapa hanya aku yang menderita?'




(kawan...terkadang aku juga begitu..mengeluh dengan kesusahan...jadi saat aku menasihati kamu, sebenarnya aku memperingati aku)

Thursday, January 20, 2011

Kerana DIA


Saya nampak awak...
terang dan jelas dimata saya
tapi sengaja saya palingkan muka
pura-pura tak perasan, 
berlagak macam awak tak ada
Ya..awak boleh anggap saya sombong
atau awak boleh kata saya ego
tapi tak..demi Allah
saya tak pernah bencikan awak
cuma saya takut
kiranya awak dapat membaca 
segala rahsia di hati saya..
awak tak boleh tahu
dan awak tak patut tahu
Tidak..bukan sekarang
dan mungkin juga..
..untuk selamanya..



Wednesday, January 19, 2011

Tiada yang kebetulan

Saya selalu fikir..wujud ke kebetulan dalam dunia ni yek? Ala..macam lirik lagu tulah...inikah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan..Betul ke ada kebetulan? Eventhough untuk benda-benda kecik..macam kebetulan terserempak...kebetulan pakai baju sama warna (ehem-ehem ;p)...kebetulan nama sama..kebetulan  itu dan ini...pendek kata banyak la yang kebetulannya. Tapi bila fikir-fikir..hrmm..mana ada benda yang kebetulan kan...bukan ke semuanya dah dirancang dan ditakdirkan oleh DIA? Kalau tanpa izin Tuhan, maka takde satu benda pun boleh berlaku kan..hatta sehelai daun yang gugur pun, semua berlaku atas kehendakNya..Jadi sebenarnya mana ada benda yang kebetulan kan?

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata." (al-Anaam:59)

Ya...itulah dia jawapannya...Nothing happen by accidental...semua yang berlaku, kecik atau besar sudah tertulis dengan terang dan nyata. Itulah namanya suratan Yang Esa. Cuma rahsia disebalik suratan tu je yang kadang-kadang sulit untuk kita rungkai. Itu rahsia Tuhan, kenapa dan mengapa Dia mentakdirkan sesuatu tu berlaku, hanya Dia yang lebih mengetahui =)


( ada 'orang' tu kan, beg dia hampir sama dengan saya punya. Warna sama..design pun lebih kurang..cuma dia jenama lain..saya jenama lain( dan tiruan pulak tu wakakaa..) Kalau letak sebelah menyebelah memang obviously kot serupa hehe..Masa mula-mula perasan tu saya terperanjat jugak. Macam janji2 la pulak ;pYang pasti ini bukan kebetulan kan? Awak tiru saya eh...ke citarasa kita memang serupa? Hahahhaaaa.....)


p/s; Nak beli beg lainlah.....ada sape nak sponsor tak? hihi..


Tuesday, January 18, 2011

Kita semua sama

Bila kita rasa rendah diri dengan segala kekurangan yang kita ada, ingatlah tak ada sorang pun manusia didunia ni yang terlahir sempurna. Kadang-kadang kita tengok orang tu Subhanallah, punyalah kacak, punyalah jelita...pendek kata makhluk Tuhan paling 'seksilah' hahaha..tapi kita mungkin tak tahu dekat balik pakaian yang dia pakai, mungkin ada kekurangan yang tersembunyi. Contohnya..err..dia ada selulit ke..perut dia buncit ke..kui3 We just don't know sebab apa yang terlihat dimata kita cuma yang terzahir je. Apatah lagi kalau yang tersembunyi itu apa yang ada dalam hati...lagilah kita tak nampak kan. Jadi janganlah sesal sangat dengan kekurangan yang kita ada..sebab semua orang pun sama. Bersyukurlah dengan apa yang dah Tuhan beri =)



p/s: ketidaksempurnaan menjadikan kita 'sempurna' sebagai manusia..

Sunday, January 16, 2011

Takdir

Dan akhirnya kau akan mengerti inilah yang terbaik buatmu..

Saturday, January 15, 2011

Susahnya nak jaga sekeping hati

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
(Saujana~Suci sekeping hati)


 Nak jadi baik..tapi banyaknya halangan yang menduga. Iman dahlah cuma setipis kulit bawang...senang sangat dicarik-carik. Hati ni...mudah sangat berbolak-balik. Tak tetap pendirian. Hari ni berazam, esok dah lupakan. Tahu..tapi buat-buat tak tahu. Ingat tapi buat-buat lupa. Tewas dengan nafsu dan godaan dunia. 

Sedih dengan diri sendiri. Cemburu dengan orang lain. Tengok orang baik-baik..teringin nak jadi macam mereka. Rasa macam rendah sangat diri ni. Selalu terfikir..bestnya diorang..kenapa aku tak boleh jadi macam tu...tapi usaha?? entah kemana...sikit sangat. Bila dah ada usaha pulak..alahai susahnya nak istiqamah. 

Kadang-kadang rasa macam....ishkk..aku tak layak jadi macam diorang. Rasa macam banyak sangat kekurangan diri ni. Tapi takkan nak terus hidup dalam kekurangan tu? Takkan tak pernah nak mencuba untuk berubah...walaupun sikit..pelan-pelan usaha..Sedar diri ini memang bukan manusia sempurna...ada dosa, ada noda. Tapi itu bukan alasan untuk tak berusaha untuk memperbaiki kekurangan. Tahu tu..sedar tu..tapi..ishkk...hati masih beralasan. 

Kadang-kadang rasa macam hipokrit.....rasa macam ini bukan aku..Tapi kalau tak paksa diri sendiri, siapa lagi? Bukannya nak jadi orang lain...cuma nak jadi orang yang lebih baik..Susah sangat ke?? Memang la susah...jalan kebaikan memang susah...kenapa? Sebab syurga itu indah. Orang yang layak je boleh dapat. Layak ke aku??? 

Ighfir zunubi ya Allah...

Friday, January 14, 2011

Sebab kita bukan sesiapa..

Penat menghadapi karenah birokrasi..mentang-mentanglah kita ni bukan sesiapa..bukan anak dato', bukan anak tan sri...cuma semut kecil yang dipandang sebelah mata pun tak. Kalaulah mereka mengerti kesusahan yang kita hadapi...oh..barangkali memang mereka takkan pernah mengerti. Susah sangat ke nak memberi pada yang berhak? Agaknya kita yang yang bukan sesiapa ini memang dilahirkan untuk terus menunggu dan menunggu....


Penat..letih...kecewa...

Thursday, January 13, 2011

KIsah kita..

Tadikan kita nampak dia. Dia makan dengan kawan-kawan dia betul-betul menghadap kita. Kita pun makan nasik pelan-pelan sambil kontrol ayu..Fuh..penat tau kita kontrol. Nasib baik kawan kita ada duduk depan kita...boleh la jadi benteng sikit. Kita segan tau dia duduk depan kita. Tiba-tiba kita jadi gelabah.Nasib baik kawan kita yang dok makan dengan kita tu tak perasan..Kita dengar je dia cerita apa padahal dalam hati ni dah dubdabdubdab ..haha..Tapi kita kontrol la...buat macam biasa...takde apa-apa. Lagipun kawan kita ni langsung tak tahu pasal dia.Nasib baik.. 

Kita buat-buat tak nampak je dia..konon-konon tak perasan. Padahal kita ada jugak curik-curik pandang kat dia..hehe..Kita tengok dia senyum je memanjang. Sambil makan nasik pun senyum. Bukan senyum  buat-buat tau..memang mata dia pun senyum. Sparkling eyes..Apa la yang dia happy sangat tu yek. Tapikan dia tak pandang pun kita. Takkan dia tak nampak kita kan...tipu. Kadang-kadang kita pelik jugak dengan dia ni..ada masa dia tegur kita macam biasa..ada masa dia ignore je kita..tapi..hehe..kita pun selalu ignore dia jugak..yalah..kita memang jenis tak reti nak tegur orang, sebab tu kita selalu buat tak tahu je..jahat tak kita? Selalunya dialah yang tegur kita dulu..tu pun kita jawab sikit-sikit je..pastu kita blah. Kita selalu macam tu..huhuhu..

Lepas makan nasik tadi kita pun terus blah jugak. Kita tak tegur pun dia. Tapi masa bangun dari kerusi tu ada la kita senyum kat dia sikit..sikit je..ambik syarat orang kata. Nanti dia kata kita sombong pulak. Dia pun senyum jugak kat kita..pastu cepat-cepat kita blah..heee..gelabah kan kita ni. Tapi kan kita perasan tadi, baju kita dengan baju dia sama kaler..ishkk..macam janji pulak..suratan atau kebetulan? hehe....

Oklah..oklah..kita tahu kita 'koya' sket malam ni. Adik-adik kat rumah jangan ikut macam kita yek..tak elok. Kita pun sebenarnya nak lupakan je dia. Tapi susah la..ke kita yang tak cukup usaha? Tapi takpe..dah tak lama dah dia kat sini. Nanti dia dah takde dah...mungkin masa tu kita boleh lupakan dia? boleh ke? kita cuba jelah..hehe...tapi kalau dah jodoh kita dengan dia, kita terima je...hahaha..

Yang koya,
kita..

Hahaha..memang 'koya'..tau tak koya tu ape? tanya la orang ganu..huhu..

Wednesday, January 12, 2011

A person that touch my heart today...

Dalam hidup ni kita dipertemukan dengan macam-macam jenis orang kan...dan kadang-kadang untuk pertemuan yang cuma berlangsung seminit dua, sudah cukup untuk menyentuh hati kita. Tadi saya jumpa patient ni kat klinik, umur baru 4 tahun. Ceria sangat...gelak, senyum. Mak dia pun sama. Memang like mother like daughter la...hehe...bayangkan tengah nak buka simen kat kaki tu pun dia boleh gelak lagi..hehe..Dengan mesin pemotong yang agak scary tu..kalau budak lain mesti dah menangis-nangis kot..Tapi dia tak..aishh..gerammm sangat kat budak ni..comel (^_^) Should learn from her...tetap ceria dan gembira tak kira sekuat manapun kehidupan menguji!

Thanks Dik Pia..for ur laughter and smile =)

Sunday, January 9, 2011

Menjawab soalan ke nih?

Masih berbunga cintaku ini..harum menikam jiwa...chewah2..happy nampak. Siap nyanyi-nyanyi lagi kih3..Padahal, hujan dihati tak siapa yang tahu kan huk3..takpe..takpe..lupakan kesedihan buat sementara waktu. 

So today nak share ape pulak ya bersama para pembaca diluar sana (perghh..macam la ramai benor yang membacanya haha) Oh ya..ada orang tanya kat formspring, camne nak buat blog...ermm..Macam ni yek..memula anda pergi kat www.blogger.com pastu tekan create new blog pastu ikut la step by step..mudah saja..hehehe..membantu tak rasa-rasanya? Ke rasa macam nak lempang? Haha...aiyakkk jangan la macam tu, saya memang tak berbakat nak jadi guru nak mengajar orang ni..sebab tu saya tak ambik degree pendidikan T_T

And pasal nak mencantikkan blog tu...ermmmmmmmm (panjang fikir nih) Bergantunglah pada kekreatifan anda dan jugak cita rasa memasing. Indah di mata saya tak semestinya indah dimata kamu..tak gitu? Cuma nya kalau nak template yang lawa2 tu kena la rajin search..taip je free blogger template kat google tu...berduyun-duyunlah yang muncul. Pilih je mana yang berkenan. Tapi template yang memang dah sedia ada kat blogger ni pun boleh tahan jugak cantiknya. Cuma pandai-pandai la adjust sana sini..insyaAllah..cun la jadinya. Hehe...

Macam saya punya nih, saya ambik kat Deluxe Templates..kena donwload dulu pastu upload balik kat blogger. Gitulah citernya..tapi  orang kata kalau pakai template jenis ni kadang-kadang berat sket blog eh? Ya ke? hehe..ye kot kalau pakai broadband..saya tak pakai broadband, jadi okey jelah hikhikhik...Kalau tak nak blog jadi berat, maka pakai jelah template yang simple-simple..ala orang putih kan selalu kata..less is more..Jadi biar simple asal bergaya =) Kadang-kadang tu blog yang putih kosong camtu pun dah ok dah...as long as apa yang ditulis tu menarik, orang akan tetap singgah baca jugak. 

Pastu bab nak letak aksesori tambahan tu terpulanglah. Ada orang suka blog dia blink blink..jadi penuhlah lampu liplap sana sini. Ikut suka komelah..ate belog kome, bukan blog mike..idok gitu yeop? But for me, zaman-xaman cute miut ni dah berlalu dah kot...dah tua rasanya diri ini..hehe..(cute sikit-sikit tu takpelah kan..awww) Jadi keep it simple jelah. Letak widget pun mana yang perlu je...Oh chat box takde yek..sebab bosan asyik kena spam je..ha..ambik delete terus, baru puas hati HAHAHAA...padan muka ko tak boleh spam dah..wekkk ;p Jadi kalau ada apa2 pertanyaan tu boleh tanya kat formspring jek (kalau boleh tulis la nama sape yang bertanya tu huhu)..ataupun boleh terus berhubung dengan saya ditalian..017- ececeee..bajet nak bagi nombor telefon plak..mana bleh..marah la bakal hubby saya nanti..(ahakss..sape dia entah) Takpe..emel jelah eh..adik_med(at)yahoo dot com dot my..Jangan risau..dia tak de password email saya..kih3..Oklah....my darling dah panggil tu...


Jap Beee...baby datang nih...

(Yarkkssssss)









p/s : yang last-last tu gurauan semata-mata...jangan ambik serius..Astaghfirullahalazim...(geleng2 kepala)

Saturday, January 8, 2011

Bila orang tegur...kita kata

Lantaklah....peduli apa orang kata as long as I'm happy
Tapi happy ke kita..bila apa yang kita buat tu sebenarnya salah...and sometimes bukan kita tak tahu..cuma kita terlalu ego untuk mengakui kesilapan sendiri. Happy ke kita?

Eleh..nak tegur orang konon..diri sendiri pun tak betul
Memanglah..tak de orang pun yang tak pernah buat silap kat dunia ni. Sebab tu kita kena saling tegur menegur. Kalau nak tunggu orang yang 'sempurna' baru boleh bagi nasihat..rasanya takde orang pun yang berhak.

Aku tahulah apa yang aku buat...takyah sibuk boleh tak?
Betul ke kita tahu? Kalau kita tahu kenapa kita masih tak nak berubah? Bila orang tegur kita kata orang busy body...padahal orang tu punyalah prihatin dengan kita, sayangkan kita..sebab tu dia ambil peduli pasal kita. Oh..dan kalau betul pun orang tu busy body..take it postive ..maybe itu cara Tuhan nak 'tegur' kita...sebab DIA peduli pasal kita.

Mak ayah aku pun tak kisah...ko apehal?
So kalau mak ayah tak kisah, jadi kita boleh buat saja yang kita suka? Takyah kira dosa pahala? Macam tu ke?

Ala rileks la...muda lagi kot...
Kerana mati itu pasti..itu yang kita kena ingat. Muda..tua...sampai saat kita semua akan dijemput Tuhan. Bersiap sedialah dari sekarang...

Bukan aku tak nak berubah..tapi tak sampai seru lagi
Seru apa yang sebenarnya kamu tunggu? Macam mana kalau seru tu tak datang-datang sampai ke mati? Serulah diri sendiri...kadang-kadang kita kena paksa diri walaupun payah. Nak berubah memang tak mudah..Itupun kalau kita sayangkan diri.

Aku tak nak jadi hipokrit..ini diri aku yang sebenarnya
Bak kata Adam dalam cerita Nur Kasih.. "Kita memang tak boleh jadi orang lain..tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik"



Bila orang tegur...itulah kadang-kadang jawapan yang terkeluar dari mulut kita (kita...termasuk SAYA!) Ada lagi banyak alasan lain kot...Beribu alasan, kadang-kadang cuma untuk menutup kesalahan sendiri. Kita tahu apa yang kita buat tu salah...tapi entah kenapa susahnya hati nak mengakui..apatah lagi nak berubah. Kenapa...egokah kita? Tapi pada siapa? =(


Thursday, January 6, 2011

Menunggu di sayup rindu



Tiba-tiba terjumpa pulak lagu ni...best jugak..layan jeklah eh..hehe


(hujan-hujan ni ...sejuk dan lapar..so otak pun beku..takde idea nak menaip panjang lebar....zzzzzz...haha)

Wednesday, January 5, 2011

Biar tak usah kita ucapkan.. Ketulusan bukan pada ucapan

Tak berani mata memandang
Hanya senyuman dari kejauhan
Ada rahsia
Di dalam hati yang tersembunyi
(Alleycats - Bukan pada ucapan)

Ini bukan hanya soal hati dan perasaan. Lots of things to consider...aiyoorkk..things are so complicated la..or is it me who make it complicated? hehehe...
Tapi untuk saat ini, berdiam diri adalah pilihan yang terbaik buat saya..dan mungkin saya akan berdiam diri untuk selama-lamanya..Biarlah yang rahsia kekal rahsia. Kecuali Tuhan mengizinkan saya untuk merungkai rahsia ini..ya saat itu semuanya akan jelas sejelasnya.
Atau mungkin juga rahsia ini akan hilang ditelan masa.Mungkin jika dibiarkan begitu sahaja ia akan menjadi rahsia yang dilupakan...Mungkin ia akan menjadi seperti pohon yang tidak dibaja...akhirnya layu dan mati begitu saja..
Biarlah..biarlah masa yang menentukan..que sera sera...what will be will be..hehe




Tuesday, January 4, 2011

Kenapa awak dah berubah...

Ok..dah dapat balik laptop..memang pantas orang kedai tu..ni yang nak sayang lebih ni hehehe...

Tapi...tapi....
Encik laptop dah tak sama macam dulu =(

Walaupun jasadnya tak berubah,  but the feeling is just not the same. Saya macam dah tak kenal dah dia. Macam orang asing...erkk..benda asing. Sedihnya...Nasib baik segala kenangan kita bersama dulu masih elok tersimpan dalam memori awak tau...kalau tak..huuu...menangis tak berlagulah saya...


Takpelah encik laptop..walaupun awak dah tak sama macam dulu, hakikatnya awak tetap encik laptop yang sama kan...dah 3 tahun lebih awak temankan saya. Ingat lagi dulu..bukan senang saya nak dapatkan awak, sebab tu saya sayang awak sangat-sangat. Awaklah kawan baik saya...saya memang banyak habiskan masa dengan awak hehe...So sekarang, saya akan belajar untuk mengenali awak semula. Eventhough a lot of things have change, tapi awak tetap awak...and nothing will change that =)

hehe..kena format je pun...meroyan je lebih ;p

Monday, January 3, 2011

Dugaaaaannnnn

Laptop rosak..have to stop blogging for a while.....jangan rindu-rinduan tau hahaha....

Sunday, January 2, 2011

Hujan-hujan ni..

Hujan renyai-renyai dari pagi tadi
Ingatkan tak nak makan nasi tengah hari ni.
nak jimat..cukuplah kot makan roti
padahal malas nak pergi beli..
tapi perut merayu-rayu pulak mintak diisi
kesian...tak baik seksa diri sendiri
turun bawah..beli nasik lauk ikan keli
then singgah pulak 7e
niat di hati nak beli slurpee..
mesin pulak rosak..hrmmm..takde rezeki
terus ambik air oren dalam peti
tinjau-tinjau kanan kiri
eh..macam tak cukup je ni
terus capai cikedis sama megi
bukak peti lagi sekali
ambik aiskrim pulak barulah puas hati
hujan-hujan ni...perut selalu mintak diisi
nak makan itu nak makan ini
tambah-tambah tengah stress macam ni
konon-konon nak gembirakan hati sendiri
iyalah tu...lantaklah asal happy
nanti kalau tak cukup duit mintak dengan mak lagi T_T

(mengarut je hujan-hujan macam ni..alamak report tak siap lagi..MATI!!!!)

Saturday, January 1, 2011

Maha Melihat - Opick feat Amanda


Seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

When it mean to happen, it will happen. If not, there is another plan for you.

Pagi 1 Januari 2011..

Setelah semalam yang kehujanan..hari ini mood cuaca kelihatan lebih baik. Walaupun masih mendung, tetapi tiada lagi titis-titis air jernih yang membasahi...harap-harap hari ini sang mentari tidak lokek memberikan senyumannya.

Azam.

Selalu orang memulakan tahun baru dengan azam dan tekad yang baru. Saya? Saya cuma mahu menjalani hidup dengan lebih baik. Dan sederhana. InsyaAllah =)