Wednesday, February 23, 2011

Apa makna diam saya..

Bila saya tak kisah saya diam je
bila saya marah pun saya senyap jugak
habis tu macam mana orang nak tahu apa perasaan saya?



(tapi saya tetap rasa sabar itu lebih baik.)..

Monday, February 21, 2011

Dosa semalam..

pernah tak bila kita nasihatkan seseorang
dengan sesuatu yang dulunya kita sendiri pernah buat
terasa kat dalam hati ni..bagai dihiris-hiris


pedih...

Semakin dalam..

Disaat aku melepaskan ia pergi
aku sebenarnya tidak kehilangan apa-apa
kerana aku percaya ia tetap ada
bahkan rasanya kini semakin mendalam...

Sunday, February 20, 2011

Yang satu itu IV

Jangan salahkan yang satu itu

bila dirinya sendiri tak tahu menahu..

Saturday, February 19, 2011

Yang satu itu III

Dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing batu
Walau berjuta boleh kucari
manakan sama yang satu itu

Yang satu itu II

Jikalau dah ada seribu yang menghargai

yang satu itu dah tak penting lagi..







tapi benarkah begitu?

Yang satu itu

Walau beribu-ribu..malah berjuta-juta sekalipun yang datang..

tetap..

takkan sama dengan yang SATU itu


tapi yang satu itu..

walau ditunggu sejuta tahun sekalipun

belum tentu jua akan kunjung datang..


anehnya..hati tetap jua begitu.

Friday, February 18, 2011

Rasa

Rasa tak sedap hati
Rasa berdebar
Rasa tak senang duduk
Rasa seram sejuk
Rasa macam nak demam..


Kenapa ni? 

Thursday, February 17, 2011

Belum waktunya lagi..

Saya faham dan mengerti
sekarang bukan masanya
masih ada yang perlu diutamakan
dan masih ada yang perlu didahulukan
macam yang selalu dipesan
buat satu-satu
jangan nanti yang dikejar tak dapat
yang dikendong habis berciciran
sabarlah menanti
semua akan indah pada waktunya
bila? hanya DIA yang lebih mengetahui =)

Sunday, February 13, 2011

Ragam

Semakin banyak manusia yang kita kenal, macam-macam karenah yang kita dapat lihat. Cerita kehidupan yang kadang-kadang tak terduga oleh kita. Perkara-perkara yang mungkin kita takkan lalui, tapi boleh kita belajar dari pengalaman hidup orang lain. Perangai manusia yang aneh dan pelik, dalam survival kehidupan yang juga semakin menggila.



Kadang-kadang tak mampu nak kata apa-apa, cuma pandang, senyum dan geleng kepala je...hehe =)

Friday, February 11, 2011

Umur bertambah, usia berkurang

Nak tulis lagi lah..walaupun takde org baca ekeke..Sekarang ni bajet busy, time weekends je boleh update blog ;p So sementara ada masa ni update la banyak2 sikit, tak lah sunyi sepi je, dah macam dalam gua dah haha..Dulu-dulu punyalah rajin kan, kalau boleh hari-hari nak update tu, padahal cerita ntah hape2 je. Sekarang ni konon-konon dah matang la sikit. Sikit je, tak banyak. Tapi takpe, orang kata sikit-sikit lama, lama jadi bukit huhu..

Lagipun dah tua-tua ni mood nak berhuha-huha di blog dah menurun dah. Erkk..tua kah? Bukan baru tujuh belas ke? hehe..Cer teka cer teka umur saya brape? Jeng jeng jeng..lagi beberapa hari lagi umur saya akan menginjak ke angka....24!!! Oh tidakk..terasa sangat tua sobsobsob..Bukan ke baru semalam abah hantar pergi tadika? Kenapa tiba-tiba jadi 24 nih? (in denial T_T) Tapi memang la, memang sangat tak sedar yang diri nih dah dewasa. Tapi bila tengok uban kat kepala mak ayah yang dah memutih, bila tengok kawan-kawan dah kawen, ada anak semua, and bila pergi kedai jurujual dah start panggil akak instead of adik, barulah tersedar rupa-rupanya memang dah besar dah diriku ini. Dah dewasa!! Bukan lagi kanak-kanak ribena apatah lagi remaja hiphop (erkk kenapa mesti hiphop? ntahlah haha)

So umur makin bertambah, nilai diri ini bagaimana pulak yek? Adakah jadi makin better, or worse?? Aiyarkk..tepuk dada tanya iman. Umur makin bertambah, tapi usia makin berkurang. Makin mendekati kematian. Cukup dah ke bekal nak bawak ke sana? Hrmm...(tiba-tiba lagu sepohon kayu sayup-sayup berkumandang..)

Jendela hati

Masih lagi mahu berbicara pasal mata...sebab mata memang banyak menyimpan rahsia. Kata Kahlil Gibran.."mata adalah jendela hati" Kata orang lain pulak, mulut boleh berbohong, tapi mata tak pernah menipu. Kadang-kadang melalui pandangan mata, kita boleh meneka sedikit sebanyak perasaan orang tu kan..lain pandangan mata orang yang tengah bersedih dengan pandangan mata orang yang tengah gembira. Apatah lagi padangan mata yang memandang penuh sinis, atau pandangan mata yang penuh keikhlasan. Pandangan mata yang redup, pandangan mata yang sayu,pandangan mata yang kosong..semua menggambarkan hati empunya mata. 

Cuma tulah..kadang-kadang kita yang gagal membaca..hehe...Kena belajar how to read eyes sign la camni..Antara yang saya penah baca..bila kita suka kat someone, kita punya anak mata akan membesar tau (pupil dilate) Kenapa? Satu, sebab ia akan menjadikan mata kita lebih menarik (so that orang tu akan terpikat la kononnya..one of attraction mechanism)..satu lagi supaya kita dapat tengok orang yang kita suka tu dgn lebih jelas..haha..Logik tak? Pernah tengok kartun jepun tak? Yang bila nampak benda yang dia suka tu mata dia jadik bulat and bersinar-sinar..haha...macam tu la agaknya ;p So kalau tak nak orang baca hati kita, jangan tengok mata, tunduk je sampai langgar tiang ekekee...

Thursday, February 10, 2011

Antara kulit dan isi


Pandangan mata selalu menipu..pandangan hati itu yang hakiki..kalau hati kita bersih..ecece..menyanyi pulak di malam Jumaat ini hehe..Orang kata don't judge the book by its cover. Tapi bila kita jumpa seseorang for the first time, saat kita belum kenal lagi dia, yang kita nampak first-first mestilah luaran dia je kan...Gemuk ke, kurus ke, hitam ke putih ke, hidung mancung, hidung penyet..tinggi rendah...Kadang-kadang tu kali pertama kita tengok orang tu kita dah rasa suka, kadang-kadang tu belum kenal lagi dah rasa menyampah ehehehe...Tapi apa nilai pandangan pertama ni yek? 

Tadi kawan saya cakap..mula-mula kita mungkin suka seseorang tu sebab rupa atau sifat luaran dia, but bila dah lama kita dah tak nampak semua tu dah..kita dah tak peduli rupa dia macam mana, sebab yang kita nampak hati dia. Kita akan menyukai dia yang kat 'dalam' bukan yang kat luar ni. Or mungkin jugak terbalik. Mungkin semakin kita mengenali dia, perasaan suka yang mula-mula ada tu akan pudar. Sebab bila dah lihat diri dia yang sebenar, apa yang pada mulanya terlihat cantik rupa-rupanya taklah seindah mana.

Rupa paras yang indah (which is very subjective..beauty lies in the eyes of beholder kan hehe) memang boleh buat orang jatuh cinta/suka tapi sometimes ia tak cukup untuk buat orang kekal menyintai/meyukai...Macam buku jugak, kulit luaran dah tak lagi penting bila kita dah mula menyelami isi kandungannya...tul tak ^_^


Sunday, February 6, 2011

Biarkan ia tetap diam

Kerana kadangkala diam itu lebih bererti
dari bingit yang tidak bermakna..

(masih memilih untuk diam..)

 ....sunyi...






*bunyi cengkerik kedengaran sebagai sound effect


bila semua diam..dan hanya sepi yang menemani
barangkali suara hati akan lebih jelas kedengaran
syhhh...jangan cuba untuk berbicara
just listen to your heart..
dengarilah dengan teliti
lagu apakah yang sedang didendangkan?




dan dalam diam..aku cuba memahami diri sendiri

Friday, February 4, 2011

I love you Onii san!!!

Kehadapan onii san yang kacak lagi bergaya,

Onii san, ingat lagi tak kenangan masa kita kecik-kecik dulu? Dulu kita selalu main gusti-gusti ..tumbuk-tumbuk atas tilam dalam bilik abah. Pernah satu kali tu, tertumbuk kuat sangat sampai patah gigi T_T Ganas jugak saya kan masa kecik dulu. Ni semua pengaruh onii san la ni huhu..

Pastu onii san selalu jugak bawak saya bonceng naik basikal. Pergi kedai beli bawang, pergi cari straw untuk projek kelas la..pergi pasar minggu..paling best pergi beli komik. Sebab onii san jugaklah saya suka baca komik, sampailah hari ni. Saya ingat lagi dulu onii san suka sangat beli komik dragon ball la, pedang setiawan la..tiap-tiap bulan tak pernah miss kan, sampai penuh dalam drawer. Tapi sayang semua dah kena bakar dah, kalau tak boleh jual, kot-kot boleh jadi jutawan ke $_$ kuikuikui. 

Onii san, dulu masa saya sekolah menengah, kalau kebetulan onii san cuti semester ke, onii san rajin datang ambik kat sekolah kan. Dah lama tak naik motor dengan onii san. Tapi onii san bawak motor laju macam ribut..sampai nak tercabut tudung. Naik motor dengan onii san memang pengalaman yang mendebarkan. Tapi sekarang rindu pulak nak naik motor dengan onii san. Onii san tahu tak..dulu kalau onii san ambik saya kat sekolah kan, kawan-kawan saya mesti intai-intai onii san. Sebab onii san hensem sangat, ramai yang terpikat kat onii san tau. Tapi jangan harap, semua saya rejek huahuahuaaa....Mesti diorang kecewa tak dapat jadi kakak ipar saya.

Tapi kan, memang untung sapa dapat onii san. Onii san bukan je hensem, tapi baik sangatt. Onii san yang selalu tegur dan ingatkan saya . Suruh pakai tudung elok-elok, pakai baju labuh-labuh, ingatkan pasal solat, mengaji...tapi adik onii san ni kadang-kadang degil jugak. Entah bila la nak jadi baik macam onii san =( Saya suka sangat berborak dengan onii san. Sebab onii san jarang cakap yang mengarut-ngarut. Mesti ada je input-inputnya. Walau dalam lawak dan kelakar onii san, onii san selalu je menyentuh hati saya dengan nasihat onii san. Terima kasih onii san.

Onii san, hari ni satu lagi detik bermakna dalam hidup onii san kan. Dan tak lama lagi, onii san akan jadi milik orang dah. Lepas ni mesti dah tak boleh keluar selalu dengan onii san, keluar jalan-jalan dengan onii san best, rasa macam ada bodyguard je..hehe..tapi satu je tak best, kalau shopping dengan onii san. Mesti nak cepat, baru nak beli je, onii dah cakap, tak payah belilah, membazir. Onii san kena belajar shopping tau! Nanti kesian isteri onii san tak boleh nak shopping. Nak buat macam mana, orang perempuan dengan shopping memang tak boleh dipisahkan hehehe...

Onii san..cepat betul masa berlalu kan. Kita semua dah jadi dewasa dah. Kadang-kadang terlalu sibuk dengan hidup sendiri, sampai lupa nak bertanya khabar. Tapi satu je onii san, jarak dan waktu mungkin memisahkan kita, tapi ikatan adik-beradik ni InsyaAllah takkan putus sampai bila-bila. Dan saya mungkin bukanlah adik yang baik buat onii san, tapi bagi saya onii san adalah abang terbaik yang Tuhan anugerahkan buat saya. Saya tak pernah cakap ni depan-depan, tapi saya sayang onii san tau! Semoga Tuhan sentiasa merahmati onii san...

(Onii san, cepatlah sikit kawen tu. Tak sabar nak dapat anak sedara yang comel-comel ^_^)