Korang, korang..apa erti cantik yek?
Adakah pada mata yang bundar?
Atau..urmm..hidung yang mancung?
Mungkinkah bibir yang menawan...ouch..so seksi..haha
Ya...ya...ya..cantik itu subjektif. Lain orang lain definisi cantiknya. Tapi definisi hanya sekadar definisi..akhirnya hati sendirilah yang akan membenarkan erti cantik itu. Once hati kamu cakap cantik..apa jua definisi kamu tentang kecantikan selama ni dah tak bermakna lagi. Mungkin cantik yang hati kamu lihat itu lebih dari erti cantik yang kamu fikirkan..Mungkin juga it's contradict to each other..huhu..
Kenapakah saya bercakap tentang cantik ini? Kenapa..kenapa? Kerana semalam saya berpeluang merasai apa itu 'cantik'..Ya..rasa..bukannya lihat..Camni ceritanya..
Once upon a time..ecehh mengada...Semalam kat ward, ada sorang patient baru masuk. Perempuan. Berkulit gelap (keturunan India). Pakai tudung. Mula-mula saya tengok dia, my first impression is "Ermm...seriusnya muka makcik ni..takut la pulak nak gi tegur." Adoilahh..boleh pulak saya ingat dia makcik..tapi masa tu saya tengok sekilas macam tu je..hehe..Ok2 sambung cerita. Kali kedua, saya dengan kawan saya pun nak pergilah clerk patient ni. Oh..dia tengah baca Yassin la..bagusnya..takpe-takpe, nanti kita tanya dia yek.
Kemudian kami pun pergilah buat kali ketiga...Wah..nampak dia tengah borak2 dengan penjaga pesakit katil sebelah. Eh eh..nampak mesra la pulak..ini petanda baik ni hehe.. So kami pun bagilah salam..dan hulur tangan nak bersalam. Eh..dia salam siap cium tangan pulak dah.Halamak kami dah serba salah..segan la pulak. Apasal sopan sangat nih..huhu..Tengok umur..oh adik lagi rupanya. Tengok muka sekali lagi..ha'ahlah..muda lagi budak nih (adakah patut ingat dia makcik masa mula2 tadi..ishk3)
Kami pun berbual-bual la dengan dia. Tanya pasal sakit dia..and dia pun ada cerita sikit-sikit pasal diri dia. Sebenarnya dia ni saudara baru..Perkim hantar dia sini untuk belajar agama. Ooo..begitu rupanya. Tapi yang buat saya kagum dengan dia ni..Ya Allah..cara dia bercakap sopannya..lembut sangat. Bercakap dengan dia walaupun tak sampai lima belas minit kot..tapi terus rasa macam hati ni terpaut ok. Eh..terpaut bukanlah macam jatuh cinta tu..bukaaaann!! haha..Tapi macam terjatuh hati dengan akhlak dia tu. Kagum ok kagum!
Terus rasa macam....bagusnya dia ni. Dan terus rasa macam diri sendiri ni banyaknya kurang..compare to her yang baru mengenali Islam. Dengan pakaiannya..dengan perwatakan dia..terasa jauh meninggalkan diri saya nih. Memanglah saya kenal dia hanya sekejap.Barangkali apa yang saya nampak tu pun tak sampai 10% je dari diri dia yang sebenar. Tapi itu imej yang berjaya dia beri to a stranger macam saya ni..Imej seorang muslimah!
And to be honest..memang mula-mula tengok dia (especially yang first time saya tengok dia tu) saya tak rasa pun dia cantik..or menarik. Apa yang orang selalu definisikan tentang kecantikan tu memang takde pada dia. Tapi bila saya dah berbual dengan dia..entah kenapa mata saya tak boleh lepas dari pandang wajah dia. Saya rasa dia sangat cantik! Yes..sangat cantik! Rasa tenang je..rasa macam dia sangat menarik. Saya nak berbual lagi dengan dia sebenarnya..tapi doktor dah datang..so tak sempat..Sedikit kesal disitu. Kan best kalau dapat tahu lebih lanjut cerita dia.
So itulah dia cerita saya semalam. Buat yang membaca mungkin cerita biasa je..tapi buat diri yang merasa ni..terasa macam satu pengajaran yang berharga dari Ilahi. Tentang erti cantik. Cantiknya manusia pada saya bukan lagi pada mata yang melihat, tapi pada hati yang merasa! Mata kamu mungkin bundar, hidung kamu mungkin mancung, pipi kamu mungkin bak pauh dilayang, bibir kamu mungkin bak delima merekah, kulit kamu mungkin halus tulus mulus..tapi itu belum cukup untuk menjadikan kamu cantik. Cantik dimata mungkin ya..eh..mungkin jugak tidak...kan dah dikata tadi yang cantik itu subjektif..hehe..Maka kalau kamu Miss Universe sekalipun, tetaplah akan ada orang yang meragui kecantikan kamu itu..huhu..
Cantiknya pada hati itu yang paling penting. Kerana bukanlah dari mata itu turun ke hati, tapi dari hati turun ke mata! Kalau hati baik..cantik..Insyaallah..mata yang memandang pun akan nampak kamu cantik..Malah lebih cantik dari Miss Universe. Tak percaya?? Cubalah..hehe..Jom, sama-sama kita cantikkan hati kita! ^^
p/s : teringat adik tu sampai sekarang..she's one of the person yang berjaya menyentuh hati saya huhu...