Awak..dah cuti sekolah rupanya..Tak perasan pulak, maklumlah dah lama meninggalkan alam persekolahan. Ishk..tua sungguh rasanya hehe...Semalam dua makhluk kenit yang pernah buat saya menangis kerana berperangai yang sangat menguji keimanan datang kerumah..Phew...yang sorang sebab dah sekolah, dah darjah dua dah pun maka sudah boleh duduk diam-diam atas kerusi sambil makan keropok (walaupun serpihan keropok bertaburan di atas lantai..erkk..budak-budakk) Tapi yang lagi sorang..fuhhh..masih mampu membuatkan orang-orang bujang seperti saya membatalkan rancangan untuk berkahwin dan mempunyai anak. Hanya mampu tengok sambil urut-urut dada (dan bedoa supaya Tuhan memenuhkan diri ini dengan kesabaran..nasib baik la anak orang >:) hehe..) Bila la budak ni nak besar..kot2 la bila dah besar boleh behave sikit kan. Tapi ada sorang lagi yang kecik cinonet ni nampaknya bakal mengikut jejak langkah abangnya jugak kah..mudah-mudahan tidak (eh..nakal pun ikut keturunan kah??)
Awak tahu..bila saya tengok budak-budak nakal sangat-sangat nih rasa takut jugak nak kahwin dan ada anak. Tak..saya bukan takut budak-budak nakal. Kalau tak nakal tak namanya budak-budak. Lagipun orang kata kalau budak-budak nakal dah besar nanti cerdik..ehehe..betul ke? Entahlah..tapi saya tak nakal pun awak..oh mungkin sebab tu saya kurang cerdik T_T Ok..ok sambung balik. Saya bukan takut dapat anak yang nakal. Tapi takut diri sendiri tak mampu memikul tanggungjawab sebagai ibu. Nak didik anak bukan senang kan awak? Kalau setakat nak lahirkan anak sorang setahun sampai berderet-deret..usahkan manusia..ayam pun boleh (eh..ayam tak beranak la tapi..bertelur..tapi konsep dia serupa..meramaikan zuriat..haha) Bab nak mendidik tu yang payah..Nak menjadikan seorang anak tu manusia yang sebenar-benar manusia..Bukan manusia yang erkk..bercirikan bukan manusia (hrmm..macam mana tu??)
Eh..cakap-cakap pasal anak ni macam la nak kahwin esok lusa kan. Tapi tak salah pun..early preparation orang puteh kata. Masa nilah nak belajar..cari ilmu sebanyak mungkin..Nanti senang, tinggal nak praktis je :D InsyaAllah, kalau ada rezeki la..kalau takde praktis kat anak-anak kucing pun ok..hehehe..eh..awak suka kucing ke? (maaf..lari topik pulak ;p)
Sambung balik bab anak nakal tadi. Kalau anak-anak nakal nak salahkan sape yek? Anak-anak yang masih tak mengerti apa-apa? Pengaruh persekitaran yang uhh..semakin lama semakin dasyatttt? Ataupun ibu-bapa yang..errmm..maybe...silap gaya dan cara mendidik? Bab kata orang tualah, nak melentur buluh kan biarlah dari rebungnya. Itu pentingnyaenglish education parenting skills. Ilmu keibubapaan. Nak mendidik anak zaman cyber ni, ilmu pun kena la tahap cyber jugak. Ewah..dah macam kaunselor dah pulak rasanya kehkehkeh..
Tapi tulah..saya rasa nak didik anak-anak, parents kena tahu teknik yang betul. Kalau anak nakal sangat-sangat, macam mana nak handle. Psikologi tu penting bagi saya. Entahlah..walaupun budak tu nakal, tapi saya tetap rasa sedih bila tengok dia kena marah or kena libas dengan mak ayah dia. Budak-budak kan..apa la yang diorang tahu selain dari main, main dan main..Kalau bebelan dan pukulan tak berkesan, most probably cara tu memang dah tak boleh nak guna pakai dah pada budak tu..dah kalis dah barangkali. Why not cari cara-cara lain supaya anak lebih mendengar kata. Masa kecik ni la nak didik pun. Jangan nanti bila anak dah besar, menyesal pulak tak sudah. Jangan jadi Anakku Sazali sudah..alahaiii..
Awak tahu..bila saya tengok budak-budak nakal sangat-sangat nih rasa takut jugak nak kahwin dan ada anak. Tak..saya bukan takut budak-budak nakal. Kalau tak nakal tak namanya budak-budak. Lagipun orang kata kalau budak-budak nakal dah besar nanti cerdik..ehehe..betul ke? Entahlah..tapi saya tak nakal pun awak..oh mungkin sebab tu saya kurang cerdik T_T Ok..ok sambung balik. Saya bukan takut dapat anak yang nakal. Tapi takut diri sendiri tak mampu memikul tanggungjawab sebagai ibu. Nak didik anak bukan senang kan awak? Kalau setakat nak lahirkan anak sorang setahun sampai berderet-deret..usahkan manusia..ayam pun boleh (eh..ayam tak beranak la tapi..bertelur..tapi konsep dia serupa..meramaikan zuriat..haha) Bab nak mendidik tu yang payah..Nak menjadikan seorang anak tu manusia yang sebenar-benar manusia..Bukan manusia yang erkk..bercirikan bukan manusia (hrmm..macam mana tu??)
Eh..cakap-cakap pasal anak ni macam la nak kahwin esok lusa kan. Tapi tak salah pun..early preparation orang puteh kata. Masa nilah nak belajar..cari ilmu sebanyak mungkin..Nanti senang, tinggal nak praktis je :D InsyaAllah, kalau ada rezeki la..kalau takde praktis kat anak-anak kucing pun ok..hehehe..eh..awak suka kucing ke? (maaf..lari topik pulak ;p)
Sambung balik bab anak nakal tadi. Kalau anak-anak nakal nak salahkan sape yek? Anak-anak yang masih tak mengerti apa-apa? Pengaruh persekitaran yang uhh..semakin lama semakin dasyatttt? Ataupun ibu-bapa yang..errmm..maybe...silap gaya dan cara mendidik? Bab kata orang tualah, nak melentur buluh kan biarlah dari rebungnya. Itu pentingnya
Tapi tulah..saya rasa nak didik anak-anak, parents kena tahu teknik yang betul. Kalau anak nakal sangat-sangat, macam mana nak handle. Psikologi tu penting bagi saya. Entahlah..walaupun budak tu nakal, tapi saya tetap rasa sedih bila tengok dia kena marah or kena libas dengan mak ayah dia. Budak-budak kan..apa la yang diorang tahu selain dari main, main dan main..Kalau bebelan dan pukulan tak berkesan, most probably cara tu memang dah tak boleh nak guna pakai dah pada budak tu..dah kalis dah barangkali. Why not cari cara-cara lain supaya anak lebih mendengar kata. Masa kecik ni la nak didik pun. Jangan nanti bila anak dah besar, menyesal pulak tak sudah. Jangan jadi Anakku Sazali sudah..alahaiii..
p/s: belum layak jadi mak orang..haha







