Wednesday, June 29, 2011

Mahu begitu atau begini

Siapa suka menyanyi?
saya sukaaa...tapi saya tak pernah karaoke eh
cuma layan perasaan sorang-sorang je
sementelah suara ini pun tidaklah sedap mana
best skit je dari Rebecca Black..oppss!
jangan marah na peminat rebecca..hehe
cuma kalau pilih lagu
saya suka sangat menghayati lirik
kadang-kadang sesebuah lagu tu
dengan lirik yang sama
boleh pula berbeza pengertiannya
contoh macam lagu kat bawah ni..

Anda boleh jadikannya begini..


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

haa..nyanyi sambil membayangkan boipren/girlpren masing-masing


Atau pun anda boleh jadikannya begini...

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMU
Terasa diriku kembali dipandu

ENGKAU yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan ENGKAUlah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang MU
Ku berserah diri

Ha..macam tu pun boleh...tergantung pada siapa yang lebih anda cintai..huhu...

Macam tu jugak dengan diri kita..kita manusia ni pada dasarnya sama je..kemudian terpulanglah pada kita mahu memilih untuk jadi begini..atau untuk jadi begitu...Baik atau buruk..yang mana satu pilihan anda? Tepuk dada, tanya iman =)

Monday, June 27, 2011

Setenang air dikolam..dicampak batu berkocak jua

Berikanlah jawapan
huraikanlah simpulan
biar tenang jiwaku
setelah kasih lama berlalu

Mahu nyanyi lagu ini bila exam nanti..Moga-moga lecturer terpesona mendengar nyanyian saya dan terus memberi full marks -_-"

Saya adalah stress! Stress nak exam and also because of few things yang belum settle..yang saya sendiri tak tahu bila saya nak settlekan. Simple-simple things actually like call tuan rumah lama dan mintak balik duit deposit saya supaya saya boleh beli baju raya chantek. Tapi saya kan last minute person..suka delay-delay-delay-delay things until dah tak boleh delay lagi dah..barulah saya mula bertindak..argghh.. hate that habit! You see.. I create my own stress!!! Sebab benda-benda kecik yang tak sepatutnya menjadi punca stress tapi saya dengan berbesar hatinya telah menyeteresskan (maaf..perosak bahasa) diri sendiri. Sekarang saya cuma ada tiga hari lagi untuk menyetelkan semua urusan..huwaaaa..

Tapi...tiga hari lagi..tiga hari lagi boleh balik rumah..Hip hip horreayyy!! Tak sabar mahu balik rumah dan bermain dengan kambing biri-biri. Ok tipu. Mana ada kambing biri-biri dirumah. Maksud saya mahu menikmati hidup dengan aman dan bahagia. Sekarang tak bahagia. Tak suka duduk disini tak suka tak suka tak suka. Oh jangan meroyan begitu cik cukulet (saya memang suka meroyan walaupun belum pernah beranak..scary kan.patut jumpa pakar psychiatric T_T)

Susahnya nak terus kekal positif. Saya ni walaupun kalau tengok dari luaran nampak macam takde perasaan..macam rileks je (komen-komen manusia disekeliling saya) tapi sebenarnya sayalah manusia yang sangat rapuh perasaannya. Cuma orang tak tahu sebab saya tak suka meroyan depan orang..saya adalah dari spesies manusia pemendam perasaan. Manusia spesies ni dia kalau nangis sorang-sorang..kalau marah sorang-sorang..semua sorang-soranglah. Agak tidak bagus untuk kesihatan mental dan fizikal tapi..ya..itulah dia.

Mintak maaf pada pembaca-pembaca semua. Hari ini tiada entry pembangun jiwa (eh sebelum ni ada ke?) Hari ini entry meluah perasaan. Harap-harap aura negatif ini tidak berjangkit pada anda semua. Kalau ada jugak, sila jangan risau...penawarnya sudah lama ditemui.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. 13:28)


oklah..nak pergi solat sekarang.

Eh sebelum tu..awak,jangan lupa doakan saya tau. Terima kasih.Saya pun sayang awak jugak (tektik memaksa pembaca mendoakan penulis blog)

Friday, June 24, 2011

Dulu benci sekarang sayang

Dulu-dulu..walaupun saya suka makan coklat, tapi saya tak suka coklat hutan hitam black forest..sebab? saya tak berapa minat dengan jeli kat dalam dia tu. Tapi sekarang ni..entah kenapa entah..tiap kali beli coklat saya mesti pilih black forest..sebab? saya minat sangat dengan jeli kat dalam dia tu..Pulak T_T

Aneh kan perasaan ni? Dari suka boleh jadi benci..dari benci boleh pulak jadi cinta. Itulah dia hati manusia yang mudah berbolak-balik. Tidak boleh dengan yakin mengakui cinta atau benci buat selama-lamanya. Selama-lamanya? Mana ada benda yang kekal untuk selama-lamanya kan? kecuali DIA..

Saidina Ali sendiri pernah pesan.."Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

Pengajarannya? Berpada-padalah bila mencintai mahupun membenci. Bila membenci..jangan membenci keterlaluan. Tak perlu dicanang-canang sampai ke kutub antartika. Bila Tuhan mahu menguji dan Dia kirimkan rasa cinta pada apa yang pernahnya dulu kita benci ..masa itu tegarkah menjilat ludah sendiri?

Macam tu jugak kalau bercinta..orang kata sampai tak ingat dunia. Tapi bila dah hilang sayang..macam perang dunia ketiga! hohoho..kenapakah?? Sekurang-kurangnya bila kita bersederhana dalam setiap tindakan dan perbuatan kita..tidaklah kita terasa sangat kalau semuanya berubah sekelip mata kan?




Eh..dah habis pulak coklat nih? alaaa..

Saturday, June 18, 2011

Hujan

Dekat luar hujan lebat..siap dengan kilat dan petir berdentum..wuuu..kalau kat rumah mesti dah lari-lari menyorok belakang emak (tipu!) Dah lama tak main hujan...last sekali mestilah masa kecik-kecik dulu kan. Kalau sekarang dah besar gajah pun masih nak main hujan depan laman rumah nanti apa pulak kata masyarakat. Tapi kalau tak ada orang tengok..erkk..apa salahnya kan? hihi..(sambil pandang kanan kiri).

Orang kata menangis dalam hujan best eh? Sebab air hujan tu boleh cover air mata kita..hoh? tak ada keje nak menangis dalam hujan? Baik menangis bawah selimut..pura-pura tidur. Lagipun takut la tengah feeling-feeling menangis macam dalam cerita hindi tu tetiba..kebabooomm..kena panah petir hah..kan ke naya lagu tu? dari elok-elok kita sorang je yang menangis terus orang lain pulak yang ramai-ramai menangisi pemergian kita..sadis..sadis..

Kenapa ya..dulu masa kecik-kecik kita boleh berseronok main-main dalam hujan..tapi sekarang..bila dah besar, hujan bagi kita adalah kesedihan dan air mata? ....

Dah..dah..berhenti menangis (eh..sape yang menangis ni?). Nak tahu tak, salah satu waktu mustajab doa ialah ketika hujan turun? Jadi..instead of menangis dan terus-terusan bersedih, baik kita tadah tangan dan mohon supaya Allah berikan kita ketabahan dan kekuatan. Hidup harus kuat! Hoyeahh..










engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu
(peterpan- menghapus jejakmu)


Hujan-hujan ni perut lapar la pulak..nak gi beli roti canailah. Tata.


Alien

image from here

Saya rasa saya pelik
macam alien
bila saya keluar rumah
saya rasa semua orang tengok saya
alamak...apa yang tak kena nih?
saya tilik diri..
atas bawah atas bawah
tudung senget ke?
baju koyak?
kasut terbalik?
eh..semua okay

saya rasa saya pelik
macam alien
oh..kamu pun sama?



p/s: perasaan 'perasan' itu memang selalu ada..hehe..

Friday, June 17, 2011

Bila terasa rindu

Tadi belek-belek entri lama..Oo..almost 4 years dah rupanya saya berblogging. Ishkk..tak sangka blog ni bertahan selama tu..Ikutkan perangai saya yang cepat bosan ni, kira blog ni bernasib baik sebab tak didelete..ngeehehee..

Terima kasih kat encik blog sebab sudi menemani saya merepek selama 4 tahun ni. Ya lah..time-time meroyan tu, blog ni jugak yang menjadi mangsa. Bila baca balik tu kekadang kelakar jugak..lebih-lebih lagi bila baca benda yang merepek-repek tu..Entah apa la yang saya fikir masa tu eh..haha. Power renjes la, resaksa gondron la ;p Tapi rindu la nak tulis-tulis macam dulu. Sekarang ni asyik serius je. Tak funfair betul.

Dulu-dulu pun saya rajin blogwalking dan komen-komen kat blog orang. Sekarang saya banyak baca je..jarang-jarang tinggal komen. Entahlah..saya lebih senang jadi silent reader je....At least I do read your entry, ada orang tu tinggal komen tapi tak baca pun entry yang kita tulis..mana lebih sentap? hahaa...Lagipun saya selalu bajet busy..tu sebab tak komen tu..padahalll ;p Apa-apapun..I love being invisible hehe..

Tapi saya nak ucap thank you la kat semua yang masih lagi sudi singgah blog saya yang suam-suam milo nih. Even korang pun menyilentkan diri korang jugak but I know korang baca kan?kan? kan? olololo..malu-malu pulak..hahaha..Mekasih, apa yang baik tu ambiklah jadi pengajaran, yang buruk busuk masam tu toksah la dok ikut. Saya cuma manusia biasa, tak lepas dari salah dan silap. Sama-samalah kita belajar yek.

Cheh..apa kes ni..tetiba entri ni mejadi seperti sebuah ucapan majlis makan malam akhir tahun? Oh tidak! Ni lah jadinya kalau bagi saya peluang pegang keyboard. Entah apa-apa je saya taip. Padahal tadi saya nak tulis benda lain. Senget betullah. Takpelah..terlajak taip dah tak boleh diliquid (walaupun boleh je tekan backspace) Awak-awak semua baca jelah..tulah sape suruh datang blog ni? hahahaa

Nina yang comel



Makan pisang pun comel



Makan kacang pon comel




Menangis pon comel jugak!!haha

Oloololo Nina..kenapa awak comel sangat nih. Rasa nak cubit-cubit je pipi..hehe...Dahlah tu bijak pulak tu. Adakah betul teori yang mengatakan anak-anak mix ni memang comel dan cerdik? Nak cari orang asing jugak la camtu..err..abang Lombok termasuk tak? muahahaa :p

p/s: kiteww mix laki dan pompuan je..

Wednesday, June 15, 2011

Always look at the bright side!

Kalau nak tahu inilah positif thinking namanya..

A little bird in the sky,
You look up and it shits on your eye,
You don't cry and you don't mind,
You just thank God,
Cows don't fly.


Heee ^_^

Monday, June 13, 2011

Ku ikhlas tuk bertahan

Walau sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan...


Lirik lagu ni asyik bermain-main je dalam kepala saya dari pagi tadi. Especially yang part ku ikhlas tuk bertahan tu..perghh..sekali-sekali layan perasaan memang best jugak..haha..Tapi ikhlas tuk bertahan mengikut tafsiran saya lah..ikut tafsiran penulis lirik tak tahu la macam mana.

Ikhlas tuk bertahan..Ikhlas tu maksudnya kita buat kerana Allah kan? Semata-mata kerana Allah. I means walau apa pun ujian yang menimpa kita, kita harus memilih untuk redha, tabah dan tetap bertahan, hanya kerana Allah. Walau ikut hati kita nak je buat perkara-perkara yang tak masuk dek akal (kecewa lah kononnya) tapi kita tak buat. Sebab kita tahu ni ujian Allah untuk kita..there must be a reason kenapa Dia menguji kita begini. Dan kita mengerti bahawa ini adalah cara untuk Allah mendidik diri kita. Dan kita faham bahawa ini adalah tanda bahawa Dia mengingati kita, hambaNYA yang mungkin selama ini selalu terleka. Dan juga kerana kita yakin dan pasti akan ada hikmah disebalik semua ni. Dan akhirnya atas semua sebab inilah..maka kita memilih "ku ikhlas tuk bertahan" =)


p/s: 'walau sakit hati ini kau tinggalkan' tu tak de kena mengena okeh..penyedap rasa je tu haha

Thursday, June 9, 2011

Pujukan paling manis =)



"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"

(74:7)


Wednesday, June 8, 2011

Antara seksa dan selesa..

Kalau dibagi dua pilihan
antara menyeksakan diri
dan menyelesakan diri
mana yang dipilih?
ha jawab..jawab..
sebab jawapan ada di tangan anda..hehe
bak kata abah saya
"kita diberi peluang untuk memilih, maka pilihlah yang terbaik"
sayang abah..tetiba ;p
kenapa saya boleh terfikir pasal ni?
haha..sebenarnya saya sejuk..
pastu macam malas nak pakai sweater...
macam poyo je feeling-feeling oversea hahah
tapi pastu tiba-tiba datang kesedaran dihati (eceh..)
dari pada saya menyeksa diri
baiklah saya menyelesakan diri
so saya pun pergilah ambik sweater (yang cantik) itu dan pakai
haa..kan dah selesa (dan cantik)..tak susah pun
tapi saya rasa kan
dalam dua pilihan tadi
antara seksa dan selesa
ramai jugak yang pilih untuk menyeksakan diri kan?kan?kan??
tapi macam yang saya cakap tadi
it's your own choice..
kalau seksa itu equals to bahagia buat diri awak
ya...teruskan saja dong...
macam ada orang yang suka pilih untuk pakai high heels
walaupun mungkin seksa dan tak selesa (err..bagi saya la..huhu)
tapi maybe itu buat dia rasa bahagia
apa hak kita untuk menghalang..
lagipun itu kaki dia...bukan kaki kita haha..
tapi (saya ni suka sangat guna perkataan tapi kan?)
ada jugak perkara-perkara yang saya rasa
lebih baik kita pilih selesa dari seksa
contohnya
kalau perasaan sakit hati yang ada dalam hati tu buat kita rasa terseksa
kenapa tidak kita pilih untuk menyelesakan diri kita
forgive and forget..why not??
selesa..aman..damai..dan bahagia..
hidup ini adalah pilihan
you...make your own choice...tahu?

Sakit hati

Sakit hati..tak suka tak suka tak suka tau aaa (sambil tendang-tendang sofa macam Zizan). Huh..tengah panas ni..sakit hati. Tapi sabar..sabar...fuhhh..tarik nafas..hembus..tarik nafas...hembus...Nah..terimalah lagu ini yang bertajuk "Sakit Hati"

Kau masih seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa tak berseri
Memang tak ada manisnya

Kau masih seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Marah tak menentu
Manakah sabarnya

Sakit hati
Jangan membakar diri
Jangan tersilap keji
Sakit hati
Jangan terlepas maki
Jangan ikut emosi

Bukankah tuhan beri ujian
Untuk menduga kesabaran insan
Bukankah tuhan titiskan cinta
Untuk menghapus semua sengketa

(adaptasi dari Patah hati..saujana..tolong jgn saman saya, saya orang miskin keh3 ;p)


Awak...bila sakit hati....ingat ya...S.A.B.A.R..istighfar banyak-banyak. Kalau marah itu api, maka padamkanlah dengan air..kalau tak ada air, boleh juga guna selimut, pasir, pijak2 dengan kaki atau pun kalau lebih canggih boleh guna fire extinguisher. Takpun boleh telepon abam bomba (yang hensem saja :P). Jangan biarkan api merebak nanti terbakar pula diri sendiri. Kan nanti kita pulak yang hangus rentung. Sape yang rugi?? Diri sendiri jugak...maka ingatlah pesan saya ni..S.A.B.A.R!!!!

Dahlah..nak gi berendam dalam ais

Tuesday, June 7, 2011

Hadiah kecil dari stranger

Awak pernah tak..masa awak tengah-tengah moody, menjalani hari yang terasa sangat menyeksakan..tiba-tiba muncul orang asing, menghulurkan hadiah kecil buat awak. Dan sekelip mata dunia awak berubah. Terus rasa ceria gembira..hehe..Pernah tak awak..pernah tak??

Mesti pernah kan...walaupun mungkin awak tak menganggap ia sebagai sebuah hadiah..but I do..hehe..'Hadiah kecil' yang cukup bermakna. Nak tau hadiah apa yang saya dapat tadi? Cuma kata-kata manis dari seorang pesakit je..Akak ni cuma cakap saya nampak muda, macam baru 19 tahun..See...simple je kan, tapi dah cukup untuk memberi kesan pada hati saya, terus jadi berbunga-bunga bak taman bunga. Siap ada rama-rama berterbangan lagi..haha..(Ya lah..selama ni saya selalu rasa muka saya nampak matang dari usia..tak sangka la ada orang nak kata nampak lebih muda..euwwww )

So..tak susahkan nak bagi hadiah kecil buat orang. Hari-hari pun boleh rasanya. Kadang-kadang tu tak perlu dengan kata-kata pun. Senyuman yang ikhlas pun boleh jadi satu hadiah yang cukup bermakna. Lagipun bukannya kita rugi apa-apapun. Tak keluar modal pun. Dapat pahala mungkin..sebab dah menggembirakan hati orang..hehe..Siapa yang tak suka dapat hadiah kan? Walaupun cuma hadiah kecil..Jom-jom ..spread the happiness ^_^

Monday, June 6, 2011

Pinjamkan aku senyumanmu..

Tadi..
saya bangun pagi dengan perasaan takut..
takut untuk menghadapi hari ini
sedangkan sebenarnya
apa yang berlaku tidaklah seteruk apa yang dibayangkan
it's not that bad..
semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan esok juga..semoga masih ada harapan
mentari..pinjamkan aku senyumanmu
aku juga mahu terus bersinar


optimis...hidup ini indah ^_^


Saturday, June 4, 2011

Berat nanang..

Boleh pulak saya tak tahu esok cuti...Dah siap nak galas beg pergi sekolah dah ni..kih3...Kalau mak saya tahu ni mesti mak saya kata "berat nanang sunggoh budok ni, ingat ke nape dok tahu" hahaha..

Koya..koyaaa :P

Thursday, June 2, 2011

Cause everything happens for a reason


Awak..awak (dan saya) harus percaya pada ketentuan Ilahi. Bahawa segala apa yang terjadi pada diri awak, pada diri saya dan pada diri mereka semuanya telah diatur oleh sebaik-baik pengatur, tidak lain dan tidak bukan Allah Azza wa Jalla. Maka walau seperit apa pun dugaan yang menimpa awak (mahupun saya) maka tetaplah tersenyum..Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti!

pssssttt...awak tahu apa makcik Marilyn Monroe pernah cakap..dia kata "I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together."

;)

Wednesday, June 1, 2011

Tahukah awak

tahukah awak
bahawa memang banyak benda dalam dunia ni yang awak (dan saya juga) tak tahu

tahukah awak
kalau ada perkara yang awak tak tahu maka janganlah suka buat-buat tahu

tahukah awak
kalau awak tak tahu sepatutnya awak bertanya pada yang tahu

tahukah awak
bahawa malu bertanya akan membuatkan awak sesat jalan

tahukah awak
walaupun tersesat namun awak sebenarnya masih boleh pulang ke pangkal jalan

tahukah awak
walaupun sudah pulang ke pangkal jalan tidak bermakna semuanya sudah ok

tahukah awak
manusia boleh membuat kesilapan yang serupa berkali-kali

tahukah awak
kesilapan terbesar adalah bila awak tidak belajar dari kesilapan masa lalu

tahukah awak
orang yang berjaya bukan orang tak pernah buat silap melainkan orang yang sentiasa belajar dari kesilapannya

tahukah awak
orang yang bijak juga bukanlah orang yang tahu akan semua benda, melainkan orang yang sentiasa bertanya kalau ada benda yang dia tak tahu

tahukah awak
kalau awak tak nak bertanya sedangkan awak tak tahu, maka awak boleh dikategorikan sebagai bodoh sombong

tahukah awak
orang yang bodoh sombong biasanya tak hensem

tahukah awak
kenyataan yang terakhir kat atas tu adalah sebenarnya palsu

oklah last-last

tahukah awak
kalau awak sendiri tak tahu apa yang awak sebenarnya tak tahu maka awak tak lain tak bukan adalah makhluk yang sedang keliru...