Saturday, July 30, 2011

Cuba-cuba bertanam mumbang

Dah tak berapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah tahun ni Allah bagi kesempatan sebulan penuh puasa kat rumah. Seronok la sebab tahun-tahun sebelum ni dekat nak raya baru lah boleh balik kampung. Kecoh la Cukulet ni. Macam la jauh sangat kampung dia tu kan.

Sebut pasal puasa, saya jadi teringat pulak satu peristiwa yang terjadi masa kat matriks. Tapi sebelum tu saya nak pesan awal-awal ..saya cerita ni sebab nak kongsi pengalaman saya je..mana la tau ada pengajaran boleh diambik. Bukan sebab nak judge sapa-sapa. Saya sendiri pun tak sempurna..sobsobsob..

Ok-ok..kita sambung cerita la yek.

Masa kat matriks dalam hutan tu, saya ni kira naif la jugak. Banyak benda saya tak tau. Ya lah..ikutkan nilah kali pertama saya keluar merantau ke negeri orang (eceh..merantau tu..macam pergi jauh sangat je) Kat matriks tu kan kira pengalaman pertama sayalah bergaul dengan budak-budak dari bandar besar macam Kolumpo tu. Saya kan asal dari ceruk kampung, selama ni pun kawan dengan budak-budak kampung je..jadi ada benda-benda yang biasa bagi diorang tapi tak biasa bagi saya..maklumlah orang ulu!

Gini ceritanya..tadi tu mukadimah je..hehe..kemain panjang. Masa tu lagi beberapa hari nak puasa kot (ke dah masuk bulan puasa, kurang ingat la pulak) Ada sorang budak kelas saya ni, asal dari negeri belah-belah barat sana la..kira budak urban la. Dia ni perempuan, and free hair. Saya kan masa kat matriks ni lah baru kali pertama berkawan dengan budak perempuan yang free hair. Eh..bukan lah maksudnya kat negeri saya tu takde orang free hair (wanita muslimah maksud saya, apek jual sayur tak termasuk!) berlambak je. Cuma kalau kat sekolah saya contohnya, time sekolah semua pakai tudung.Tapi kat luar sekolah ada je yang tudung ntah kemana, tapi saya lepas balik sekolah biasanya terus balik rumah, mana la saya tau diorang pakai tudung ke tak kan..(saya ni memang kurang bergaul dengan masyarakat sikit..pemalu ya ampun!!!)

Sambung balik cerita classmate saya yang free hair ni. Jadi saya jelaskan balik ya..ini kali pertama saya berkawan dengan orang yang full time free hair (tu dia, ada full time, part time pulak dah..gasaklah yek) dan diingatkan lagi sekali saya ni budak naif! Ok..dipendekkan cerita (pendek la sangat) hari tu tiba-tiba classmate saya ni datang kelas pakai tudung. Saya ingat lagi masa tu tengah tunggu masa nak masuk makmal. So masa tu saya dengan dia dan sorang lagi kawan saya kot..Ate..dah tengok orang tu pakai tudung, saya ingat kan dia dah dapat hidayah la kan..Alhamdulillah la kot cam gitu kan.

Flashback lagi beberapa tapak ke belakang..sebelum ni ada sorang lagi classmate kitorang yang free hair pastu tiba-tiba berubah pakai tudung. Masa tu semua orang dok bagi pujian dan kata-kata semangat kat dia. Jadi saya ni konon belajar dari pengalaman lah kononnya..saya pun buatlah benda yang sama kat budak ni..saya pujilah dia. Konon nak naikkan semangat dia la supaya istiqamah kan..Hallloo bukan senang tau saya nak puji orang haha..

Maka saya pun berkata,

"Cantik la awak pakai tudung"

Tapi kan..tapi kan..kenapa dia macam tak suka je saya puji dia? Why? Why? Bukankah wanita makhluk yang suka dipuji? Ini sudah menyalahi hukum alam ni! Dan kenapa classmate-classmate saya yang lain tak bagi kata-kata semangat kat dia sebagaimana dulu?? Double hairan!!!

Rupa-rupanya betul la saya ni budak naif baru keluar kampung. Masa tu saya mana tahu ada budaya pakai tudung time bulan ramadhan je! Sumpah saya tak tahu!! Patut la dia macam awkward je tskkk...Hailah saya ni pun, lagi kali nak puji orang tu pandang dulu kiri-kanan, jangan main redah je. Sekarang siapa yang malu, saya ke dia? Mintak maaf la awak, if I ever make you feel awkward..tak sengaja!

But at least, I learn something new. Tulah orang kata, jauh berjalan luas pengalaman. Lagi banyak kita jumpa orang, lagi banyak ragam dan perkara baru yang kita boleh belajar. But as I said before, I'm here not to judge. Bukan nak kata itu salah, ini haram, itu tak betul, ini tak kena. Memandang dari sudut positif, sekurang-kurangnya masih terdetik di hati dia untuk menghormati kedatangan bulan Ramadhan. And who knows, bermula dari sebulan, kemudian jadi berbulan-bulan dan kemudian selama-lamanya? Hidayah itu kan milik Allah (walaupun dalam cerita ni usaha kawan saya tu cuma berjaya bertahan sebulan je, mungkin belum masanya lagi)

Dan bila fikir-fikir balik kita..eh maksud saya, saya sendiri pun pernah je begitu. Ada je benda-benda yang dibuat, bukan sebab tulus ikhlas dari hati. Tapi sebab-sebab lain yang mendesak saya untuk buat benda tu. Hipokritkah? Mungkin. Tapi kan macam pantun ni la jugak..

Cuba-cuba bertanam mumbang,
Moga-moga tumbuh kelapa,
Cuba-cuba bertanam sayang,
Moga-moga menjadi cinta!

Iya..we might start for the wrong reason, but who knows along the way, He will guide us to the right tract..kan?

Hidayah milik Allah.


p/s: untuk semua..Ramadhan Mubarak! =)

Monday, July 25, 2011

Bosan

Assalamualaikum semua...pe habaq? Harap-harap sihat la naa. Lama dah rasanya tak tulis entry betul-betul..Yang tipu-tipu tu adalah. Setakat taruh gambar sekeping atau letak sajak yang orang lain tulis tak acilah kan. Boleh mengundang amarah para pembaca jugak kadang-kadang tu. Bukan setakat pembaca, malah diri saya sendiri pun dah naik bosan menengok blog ni. Sebosan hidup saya sekarang ni!

Untuk pengetahuan anda-anda semua (walaupun saya tahu anda tak berminat nak tahu, tapi sementelah anda memilih untuk membaca blog ini pada saat ini, maka anda wajib berpura-pura mahu tahu!) pekerjaan saya sekarang hanyalah makan, tidur, tengok tv, baca novel dan jaga baby! Esok bangun pagi dan ulang lagi benda yang sama. Makanya tak ada satu pun perkara yang menarik untuk dikongsi dengan anda semua. Sebab itulah saya memilih untuk merehatkan saja jari jemari saya ni. Lebih baiklah diam dari menulis kerana keterpaksaan. Lagipun orang kan selalu kata, jangan buat kerja dalam keadaan terpaksa. Itu tak ikhlas namanya. Sesuatu yang diberi dalam keadaan tak ikhlas, ahh..anda tahu-tahu sajalah hasilnya bagaimana.

Ok..ok..berbalik semula pada hidup saya yang begitu mendatar sekarang ini, ya..walaupun agak bosan, tapi saya tetap sukakannya. Semuanya berlangsung dengan tenang-tenang aja, tanpa sebarang tekanan..Cukup indah sekali. Kalaupun hakikatnya memang ada juga masalah yang belum beres, saya memilih untuk meminggirkan saja buat saat ini. Biarlah. Saya mahu menikmati waktu ini sepuasnya, sebelum akhirnya ia juga pergi meninggalkan saya. Yang penting sekarang saya mahu rehat puas-puas. Seronok kan bunyinya? hehehe..jangan cemburu ya!

Sambung lagilah cerita. Saya ini jenis yang kalau mahu mula, cukup susah. Tapi bila dah mula datang semangatnya tu, nak berhenti pulak yang payah! Haiilah..maka nak tak nak anda baca lah lagi ya. Sambung pada cerita saya di rumah ni. Ya..memang sekarang ni saya dok di rumah saja. Kalau di kampung, saya memang jarang keluar. Macam anak dara sunti! Eh..apa pulak macam? Kan saya memang anak dara. Wah..kiranya saya ni ada ala-ala gadis pingitan jugak la ya..cuma versi yang cuma pandai masak nasi dan goreng telur! Sangat menyedihkan. Kalau bakal mak mertua terbaca ni mau kena rejek. Awas ya, kalau sampai rahsia ini bocor, maka andalah suspek utama! Huh..boleh tahan garang jugak saya ni..

Kan saya dah kata, kalau dah mula saya memang payah berhenti. Tengok tu, dah mula menulis yang merepek-repek. Nasiblah pada yang membaca. Jangan nak sumpah seranah saya pulak. Sapa suruh kau orang bukak blog ni? Ada saya paksa? Takde kan, kan? Pergi sana salahkan diri sendiri. Lepas dah sedar, baru boleh balik sini dan sambung lagi baca. Apa!!! Ada lagi sambungan..Bila dia ni nak berhenti merepek nih???? Haa..Mesti kamu semua cakap macam tu dalam hati kan? Kan? Tak kisah. Nak jadi penulis, kadang-kadang kita kena belajar untuk syok sendiri jugak. Yalah..mula-mula memanglah kita syok sendiri, tapi lepas tu manalah tahu kot-kot orang pulak yang syok kat kita! Kan ke orang selalu kata, semuanya bermula dari diri sendiri. Masa nilah kita nak aplikasi semua tu pun.

Dahlah...saya rasa saya patut berhenti lah. Maksud saya berhenti untuk entri ni saja. Entri-entri lain InsyaAllah, kalau panjang umur, murah rezeki, ada ilham, saya tulislah lagi. Saya tahu, mesti ada yang rindu punya nak baca karutan saya ni kan? Amboi..optimis betul kau ya Cukulet! Perasan! Hahaha..takpelah..sesekali. Paling lebih pun dua tiga kali. Macamlah korang tak pernah nak perasan. Jangan tak mengaku pulak. Ishkk..tadi kata nak berhenti..ni nampak macam makin panjang. Oklah..dah..dah..cukup setakat ini saja. Saya akhiri dengan sekeping gambar buat renungan kita bersama..


Kalau hari ini dalam keadaan yang cukup segala-galanya,
kita masih merasakan hidup kita membosankan..cuba pula
tanya pada diri sendiri adakah kita sanggup untuk
menukarkan hidup kita dengan dia?



Tetiba, jadi serius pulak ending kau ya, Cukulet?

Sunday, July 24, 2011

Tidak Tergenggam



Cinta, ditaburkan dari langit
Lelaki dan wanita menengadahkan tangan
Berebut-rebut menangkapnya
Banyak yang mendapat secupak
Banyak yang mendapat segantang
Semakin banyak
Semakin tidak tergenggam




Cinta di Dalam Gelas - Andrea Hirata

Tuesday, July 19, 2011

Terbang burung terbang




Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
(meet uncle hussain - Pokok)

Dan semuanya baik-baik saja




Through the years,
many tears I have wasted
I've moved on,
moving on

Can't erased can't replaced
What I've tasted
Life's goes on,
an on...
(Anggun - I'll be alright)

Biar setinggi langit






"...dan kita..kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi itu!"

Monday, July 18, 2011

Bukan senang...

Sambung lagi cerita pasal baby..well, being a part time baby sitter secara sukarela (and sometimes paksarela) is just like a sneak preview on how it's feel to be a mum. Phewww....for me, handling a 2 months old creature is not that easy (apatah lagi for the first time). It can be quite stressfull especially when the baby is crying non stop and you can't figure out what's wrong with her! Diaper, check! Kembung perut? Nope! Sleepy? tak jugak! Or is it that 'thing' yang mengacau ni (sambil buat muka seram dan pandang kiri kanan)

Itu baru jaga sekejap-sekejap..kalau for the whole life? Terbuktilah para ibu ni memang insan-insan yang tabah. Bayangkanlah segala kesusahan yang terpaksa ditanggung sejak dari mengandung lagi. Kaki bengkak, morning sickness, body shape lari, stretch mark lagi..pastu kena jaga itu ini...wwowowowww..And then sakit bersalin! Siapa yang sanggup? Mak-mak je yang sanggup. Lepas bersalin kena pantang empat puluh hari pulak (certain tempat 100 hari..hoh lagilah)..sanggup nih makan nasik lauk ikan panggang je hari-hari. Yang breastfeed, even dah habis pantang pun kena pantang jugak lagi. Kalau dulu hari-hari hadap nescafe, sekarang sanggup ganti milo sebab takut anak kembong perut!. Oh ibu..Belum lagi kalau anak meragam ke demam ke, bersengkang mata la hingga ke pagi. Tak cerita lagi bab nak didik anak supaya jadi 'orang' tu..

Copy balik quote dari komik Ibu Robotku Sayang nih yek..(semalam saya baca balik komik ni, and it's never fail to make me cry..sob sob sob..)


" Akhirnya aku faham. Apabila seorang wanita menjadi ibu dia tak boleh terbang lagi..kerana sayapnya diberikan kepada anaknya. "


Fuh..bukan senang nak jadi mak orang rupanya. That's why I said before "it's all about responsibility"..Kalau saya, I don't think that I'm ready to be a mum. Not mentally and emotionally prepared. Not even to be isteri orang (ya lah..kalau tak jadi isteri orang, camna nak jadi mak orang kan hoho..).. Maybe sebab tu Tuhan belum kasik jodoh lagi tu =)..Still a lot of things that I need to learn (jadi kepada yang berkenaan sila hentikan spekulasi anda itu, cheq lambat lagi nak kawen k..haha ) ..But despite all those things I do believe that once Allah choose you to hold the title of the 'mother' He will also lend you the strength..that's why semua mak-mak pun adalah superwomen! Bertukarrrr!!



Wednesday, July 13, 2011

Anak orang

Saya dah makin pandai tau dukung baby :p


Nak tahu tak, best sangat-sangat bila kat rumah ada baby tapi bukan anak sendiri..boleh gomol puas-puas dan yang paling penting.. bila baby menangis kita boleh larikkkkkkk...lalalalalala..



It's all about responsibility babeh ;)

Tuesday, July 12, 2011

Pahit yang mengasyikkan


Ini adalah kerepek kegemaran abah saya. Nama dia kerepek binjai. Harga dia agak mahal bagi angkatan kerepek-kerepek semalaysia...dua puluh ringgit untuk 500 keping.Maknanya sekeping 4 sen. Tapi mana ada orang cukup makan sekeping je kan...sekurang-kurangnya satu tupperware barulah puas hati. Kerepek ni orang buat dari buah binjai. Ambik buah dia pastu tumbuk-tumbuk bagi penyek...tadaaa..maka jadilah cococrunch kerepek. Sebijik biasanya dapat sekeping je..sebab tu la kot agaknya dia mahal. Lagipun pokok dia dah jarang jumpa dah sekarang. Mungkin kita patut masukkan dia dalam kategori spesies terancam seperti orang utan dan harimau siberia. Nanti saya usulkan pada parlimen.

Kalau nak tahu, rasa kerepek ni agak pahit. Sebab tu lah dulu saya tak suka. Saya rasa yang pahit-pahit ni sesuai untuk orang tua-tua je macam abah saya. Tapi tadi setelah berzaman-zaman tak makan, saya pun ambik sekeping dan masukkan dalam mulut. Kunyah..kunyah..dan kunyah. Rasa dia? Masih sama macam dulu..tetap tak berubah..Pahit. Tapi anehnya..macam sedap pulak. Lalu saya pun ambik lagi dan lagi tapi saya tak habiskan satu tupperware tau..nanti abah nak makan apa? see..saya memang anak yang solehah.

Emak saya kata makan kerepek ni boleh jadi ketagih tahu. Habislah..saya tak mahu jadi penagih kerepek. Lagipun masuk pusat pemulihan dadah kerepek agak aneh bunyinya kan? Nasib baik saya segera insaf. Abah saya..ah..abah saya takpe..abah saya banyak duit, beliau mampu beli kerepek binjai. Biarlah saya bahagia dengan kerepek pisang je. Pisang pun pisanglah..sedap jugak kan.

Pengajarannya? Tak semua yang pahit tu tak sedap. Buktinya..kerepek binjai, kopi, dark choc..adalah antara pahit yang mengasyikkan. Kita cuma perlu pejamkan mata dan rasai kenikmatannya. Ah..macam hidup ni jugak..tak semua pengalaman pahit tu tak best...Cuba pejam mata dan ingatkan balik macam mana kepahitan tu telah membawa kita kepada kejayaan pada hari ini..Pahit yang mengasyikkan bukan? =)

Monday, July 11, 2011

Roboh sudah


Tak semua benda dapat dipertahankan
lebih-lebih lagi bila hanya kau sendirian berjuang
semoga dia faham..semoga...

................................................................



Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda















Adik..please don't do the same mistake..janji dengan diri sendiri..

Mimpi oh mimpi!

Semalam saya mimpi! Mimpi saya kahwin..arghh tidak!!! Tapi takde la majlis ke apa..tau-tau je dah kahwin. Dan saya tak pernah kenal pun suami saya tu (suami????) Pilihan keluarga ok...sebijik dah macam zaman dulu-dulu. Dah la tu..muka dia pun saya teringat-ingat sampai sekarang. Tak hensem sangat la..hahaha..Pastu dalam mimpi tu saya bagitau mak saya yang kawan-kawan saya sorang pun tak tau lagi yang saya dah kahwin (kahwin mengejut katakan!) Mak saya jawab..ishkk..mana boleh macam tu..kena bagitau..hahaha..kelakar la bila ingat balik. Masa tu sebenarnya saya tengah bersiap-siap nak balik ke kampus semula. So macam dia ada jugak la kat situ. Tak bercakap pun dengan dia. Main pandang-pandang je..chewahh..feeling cerita hindustan..kuch-kuch hota hai..inspector sahab! Eh..lupa nak cakap..nama dia ada something "tengku blablabla"..hamboi tak agak-agak kan nak kahwin dengan tengku..tengkujuh boleh la kot :p

Kelakar la..bila ingat je mimpi ni mesti saya terasa nak gelak. Tu la...mesti tidur tak basuh kaki la ni. Ke banyak sangat dengar cerita pasal kahwin? Ke saya yang memang nak sangat kahwin sampai terbawa dalam mimpi??Oh tidak!!!


Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


" Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat."


( Hadis Riwayat Bukhari )



Ni mimpi ni..nak masuk kategori mana nih?

Sunday, July 10, 2011

Yang biasa-biasa saja

Nama saya Abu..macam pernah dengar? ya..nama yang biasa-biasa saja
Saya adalah jenis manusia yang mungkin biasa anda temui dimana-mana saja..ditempat-tempat biasa..dipasar, di pejabat pos, di kedai mamak, di stesen bas.. kategori manusia yang biasa-biasa saja
kalau anda mengenali saya pasti anda merasakan tiada yang uniknya mengenai saya..semuanya biasa-biasa saja
kalau mahu dinilai dari fizikalnya..maka kategori saya adalah biasa-biasa saja
rupa saya..tidak kacak tidak jugak jelik..ya..biasa-biasa saja
tinggi saya pula..tidaklah terlalu pendek dan tidak juga seperti hantu galah..ya..biasa-biasa saja
saiz badan saya?? nak kata gemuk tak juga, nak kata kurus sangat pun tidak..ya..biasa-biasa saja
kalau mahu dinilai dari segi harta..maka masih juga biasa-biasa saja
saya tidaklah miskin papa kedana, tidak juga kaya-raya....biasa-biasa saja
rumah saya walau tak sebesar mana tapi masih selesa..ya.. rumah biasa-biasa saja
punya kenderaan sendiri, walau bukan mercedes mata belalang, bukan juga basikal tua..yang biasa-biasa saja
makan pula cukup tiga kali sehari..tidak bermewah, tidak juga berkurang..ya..biasa-biasa saja
saya juga punya kerja..tidak, saya bukanlah pengarah syarikat, bukan pula buruh kontrak..kerja biasa-biasa saja
bercerita pasal keluarga..hrmmm..keluarga saya juga biasa-biasa saja
bukan keturunan raja..bukan orang ternama..ya..biasa-biasa saja
kawan-kawan saya...juga sama seperti saya..semuanya biasa-biasa saja
bukan orang popular, bukan artis terkenal, bukan usahawan terkemuka..ya..biasa-biasa saja
aktiviti seharian saya juga biasa-biasa saja
seperti orang lain, pergi kerja dan balik kerja..biasa-biasa saja
kadang-kadang saya juga bersukan..cuma jogging atau bermain bola..ya...yang biasa-biasa saja
pendek kata..dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, semua mengenai saya adalah biasa-biasa saja
mungkin kah anda bosan mendengar cerita saya ini yang biasa-biasa saja?
tapi tak mengapa....yang pastinya saya tidak pernah bosan walau semuanya biasa-biasa saja
setidak-tidaknya saya masih punya satu kehidupan yang bahagia
walau cuma biasa-biasa saja =)


(ppsss...sebenarnya ada rahsia bagaimana mahu menukarkan yang biasa-biasa ini menjadi luar biasa. Anda mahu tahu? Rahsianya adalah....syukurrr )



cerita yang biasa-biasa saja ini adalah rekaan semata-mata dari penulis yang juga biasa-biasa saja..hehe..

Friday, July 8, 2011

Aku, dia dan handbag


I bought myself my first handbag today! Dan perasaan saya? Saya rasa saya dah cukup dewasa! hahaha..Tiada lagi perasaan keliru I'm not a girl not yet a woman tu. Kenapa saya rasa begitu? Sebab saya selalu fikir yang handbag tu untuk orang-orang besar je..orang-orang yang dah kerja especially. Memegang title student membuatkan saya selalu rasa saya ni masih kecik. Padahal...ikut umur dah boleh sesangat jadi mak orang! Saya tak perasan saya ni dah dewasa. Tapi bila bawak handbag barulah wujud perasaan aku wanita yang punya hati nurani yang tak dapat dibohongi tu. Ececeee..wanita...gelimak!

Padahal ramai je bebudak yang bawak handbag. Ada yang nampak cute tapi ramai jugak yang nampak macam mak-mak. Haha..jahat kutuk orang tak baik tau (nasihat diri sendiri) Cuma saya jelah yang baru merasa nak pegang handbag (pegang je..pakai belum tentu..entah-entah simpan buat pekasam dalam lemari..) Ya! Saya tak pandai bergaya macam orang lain. I don't wears make up, accessory or high heel. Percaya tak lipstick sebatang pun saya takde. Habih-habih pun saya taram lipbalm yang ada sikit warna. Tu pun sebab tak nak bagi nampak pucat sangat macam mayat. Sempoi kan saya..eceh..puji diri pulak. Mintak maaf..mintak maaf..haha.

Cuma bila dah makin meningkat usia ni perasaan nak bergaya tu ada la timbul sikit-sikit. Namanya perempuan kan. Memang perempuan ni suka nak cantik, nampak cantik dan tengok benda yang cantik-cantik (walaupun definisi cantik tu berbeza-beza) Saya suka je tengok orang lain bergaya. Cuma bila nak aplikasi kat diri sendiri je susah sikit. Mostly sebab saya rasa tak sesuai dengan diri saya. Nampak orang pakai make up memang cantik, tapi bila diri sendiri nak pakai rasa macam..err..tak kena je. Lagipun mata saya ni sensitif sikit, tak boleh ditenyeh sesuka hati, karang ada yang berketumbit pulak. Elok-elok nak cantik kan..merasaa haha.. Highheels pulak? Saya dah tinggi macam galah dah! tak sesuai!!! So bergayalah ikut kesesuaian (dan jugak kemampuan!) diri masing-masing. Apa yang nampak cantik kat orang, tak semestinya sesuai dengan kita. Yang penting jadilah diri sendiri. Sekian terima kasih. Malam ni nak tidor peluk beg baru. Haha :P


p/s: selain merasa macam orang besar-besar, membeli handbag jugak menimbulkan perasaan sedih sebab duit habih. How could people spend thousands for just a handbag? fuhhh..(lap peluh kat dahi)

What did I do today?



Oh the moon has come, the day is done,
the night has covered up the sun,
I have stood so often before you to pray,
but I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatihah?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me what did I do today?

I have whispered to you as I made Ruku
Subhana Rabey'yal Adheem.
But was my faith bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my Mother?
Did I teach another something I know?
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.

Though I've bowed to you with my face in the dust,
Subhana Raby'yal a`la.
The blessings you give I could never repay.
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah, Tell me what did I do today?




Jom..tanya pada diri sendiri..Apa yang aku buat hari ni? Jawab dengan tulus. Jujur dengan diri sendiri. Apa yang aku buat hari ni? Kebaikkan atau keburukan? Apa yang dah aku beri? Manfaat atau kemusnahan? Adakah hari ini lebih baik dari semalam..sama...atau lebih teruk?

Jom..muhasabah diri. Bukan hanya pada hari ini, tapi setiap hari..Muhasabah diri...semoga kita semua tidak menjadi insan yang mudah lupa...lupa diri..lupa Tuhan..

Ya Allah...peliharalah hati kami dan tetapkanlah kami dalam agamaMU..



p/s: kalau anda mahu "BERSIH" apa kata mulakan dengan diri sendiri..jom bersihkan hati kita. Biar suci sesuci-sucinya ^_^

Wednesday, July 6, 2011

Dan duri pun menjadi mawar..

rindu pemilik kaki kecik ini =)


Aneh kan..hanya dengan menatap jernih matanya kita boleh jatuh kasih, hanya dengan melihat tulus wajahnya kita boleh jatuh sayang. Dia tak perlu buat apa-apa, tapi mampu membuatkan kita jatuh cinta. Hadirnya dia..bisa menjadi tali..menghubung jiwa-jiwa. Mampu melembutkan yang keras..merapatkan yang renggang..menambahkan yang kurang...


Pengikat hati

Dan seperti kata Jalaluddin Rumi;

Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta..

Maha Suci Allah, yang telah mengirimkan rasa cinta ini dalam hati manusia.

Terima kasih Tuhan =)

Monday, July 4, 2011

Kembali ke sekolah!





Tak dapat concentrate cikgu mengajar sebab
dok tilik tudung orang depan cantik sangat :p

Saturday, July 2, 2011

Rumah yang manis!

1) Nasik yang dimasak emak sangat best. Keenakan berganda!
2) Abah suruh ambik lesen kereta. Tidak dapat mengelak lagi...hoho
3) Bau baby yang wangi..rasa seperti mahu gigit-gigit.
4) Bila baby menangis dan asyik pandang belakang kita..erkk..seram jugak kan? kui3
5) Misi hari ini..mengemas bilik. Wahh!!! barang saya sangat banyak,mana mau campak?
6) Mahu belajar memasak jugak. Konon-kononnya lah..
7) Nanti mahu bersihkan seluruh rumah..biar bersih, cantik, wangi, kacak dan bergaya..tapi nanti itu bila? haha
8) Harus study jugak. Buku tak boleh tinggal.
9) Bila dirumah internet bukan lagi sumber hiburan nombor satu. Blog pun sudah tidak menarik hati lagi..heee
10) Home sweet home...saya sayang rumah saya! (dan manusia-manusia didalamnya) ^^