Ini kisah malam semalam. Pergi tengok konsert you. Oppss...konsert nasyid lah tapi, bukan konsert dangdut! Konsert Edcoustic anjuran Majlis Perwakilan Pelajar. Buat sesiapa yang tak kenal Edcoustic ni, mereka ni adalah kumpulan nasyid dari Bandung. Sebut kumpulan macam ramai je kan, padahal dua orang je pun, sorang penyanyi, sorang guitarist. Yang pentingnya dua-dua hensem..hahaha :p
Nilah vocalistnya..namanya kang Aden. Suaranya karen bangett. Orangnya apatah lagi..uhuk uhuk..bukan sayalah kata..kawan saya sorang tu..dok puji-puji sepanjang konsert. Hilang konsentrasi I nak menghayati lagu tau. Hahaa..Dahlah tu..comel je dengan cubaannya bercakap kelantan yang tak berapa menjadi tu..Yang main gitar tu pulak macam malu-malu je orangnya..tapi sekali dia bercakap, wah dah gaya ustaz..kagum--kagum!
Lagu dia yang paling popular tu mestilah lagu muhasabah cinta. Saya pernah post lirik dia kat sini dulu rasanya. Siapa yang tak pernah dengar, cubalah try cari kat youtube. Bestlah..tapi saya rasa kalau dengar live lagi sedap kot..Lirik lagu dia pun mostly memang menyentuh kalbu la. Ha..lagi satu lagu ketika cinta bertasbih tu rupa-rupanya dia nilah yang cipta. Saya pun baru tau..hehe...
Oppss..Imam muda Hizbur Rahman pun ada..Malam tu dia perdengarkan bacaan al-quran, bagi tazkirah dan juga ada nyanyi satu lagu nasyid duet dengan kumpulan Kasturi (saya tak ingat dari mana kumpulan ni, tapi dari salah satu kolej kat kelantan ni) Pun sedap jugak mereka bernasyid. Pendek kata, tak rugi lah pergi malam tu.
Sebenarnya tak rancang pun nak pergi. Tiket pun tak beli. Tiba-tiba je semua macam..eh jom pergi! Maka kesanalah kami. Dengan hujannya lagi. Nekad je hahaa...Sekali-sekala, release tension. Takdelah memerap dalam bilik je. Lagipun last year kot (InsyaAllah)..lepas ni takdelah lagi dapat join aktiviti macam ni. Tu pun nasib buat hujung minggu, dan tak oncall pulak tu..kalau tak memang tak de nya dapat pergi.
Sambil-sambil dengar nasyid tu sebenarnya dok teringat-ingat kenangan lama. Masa 1st year, 2nd year dulu..memang rajin jugak pergi konsert nasyid macam ni dengan kawan-kawan baik masa tu. Rindu kat diorang sebenarnya. Lagi-lagi bila dengar lagu Sebiru Hari Ini dengan lagu Muhasabah Cinta tu..rasanya nak nangis je...tapi tak nangis lagi lah...life must go on kan..yang lepas tu lepas lah =)




