Sambungan cerita oncall semalam. Selain daripada belajar benda-benda yang sepatutnya kitorang belajar as a medical student, kitorang juga telah diajar dengan benda-benda yang juga sepatutnya kitorang belajar as a...errr..sebagai apa ya? sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan yang lebih cemerlang lah pendek kata.
Masa tu pukul empat pagi tau, dek kerana kelaparan yang sudah tidak mampu dibendung lagi, maka kami (saya dan rakan-rakan seperjuangan) masuklah ke dalam pantri untuk melahap..eh tak,tu gelojoh sangat namanya tu...untuk menyantap makanan yang telah di'tapau'. Sedang kami makan dengan sopan dan ayunya...tiba-tiba...datanglah seekor raksaksa menyerang kami dari belakang. Kami terpinga-pinga tapi masih mampu bertindak balas dengan mengeluarkan jurus ke lapan belas.
Hoi!! (saya menjerit sambil menampar diri sendiri) Mintak maaf cerita tetiba terkeluar dari landasan. Ni lah namanya postcall syndrome hahaha...Sambung balik ke jalan yang benar. Tiba-tiba..masuklah seorang doktor lelaki yang menyergah kami. It's happen to be our senior lah. Tapi sekarang dah kerja kat situ. Dia pun duduk join sekali, maka bermulalah rancangan nasi lemak kopi o versi pukul empat pagi.
Mula-mula topiknya pasal kerja. Pasal life as a HO, pasal gaji (agak $_$ disitu hehe), pasal financial management. Dan entah macam mana topik nya beralih ke arah yang lebih hangat...iaitu...cara-cara memilih pasangan! Tapi semua yang di share kan oleh brother ni memang berdasarkan pengalaman peribadi dia lah. Sangat best..Walaupun saya dengar sambil menyuap makanan ke mulut, itu tidak bermakna saya tidak menumpukan perhatian. Cuma saya fikir perut saya juga memerlukan perhatian sewajarnya kehkehkeh...mesti abang tu berkata-kata dalam hati "budak ni aku bagi nasihat bukan dia nak dengor, makan je yang bersungguh." Eh..tak baik pulak berburuk sangka :p
Sebagai bukti yang saya memang memberi perhatian yang sewajarnya, marilah saya kongsikan balik apa yang telah diceritakan oleh beliau. Topiknya adalah "cara-cara memilih calon" ya anak-anak. Abang ni kata, mungkin sekarang kami rasa benda ni kelakar dan tidak penting, tapi percayalah...nanti bila lagi dua tiga bulan nak habis belajar, ramai yang akan mula desperado untuk mencari pasangan untuk diajak kahwin. eh abang ni..saya dah lama dah fikir benda ni penting ahahahaha.. Ini bukan main-main! kata beliau lagi setelah melihat kami tergelak-gelak sambil menutup mulut supaya tidak terkeluar mihun goreng yang sedang dikunyah. "saya sendiri pernah dapat mesej dari perempuan tau suruh saya pergi meminang dia" Yalah bang, kami percaya sebenarnya..saja buat-buat blur supaya nampak innocent..kehkehkeh..
Eh..banyak betul mukadimah saya ni..tak masuk lagi pun bab cara-cara memilih pasangan ni. Macam ni, kata beliau, mula-mula sekali yang terpenting sebelum kita meng'usya-usya' siapakah dia insan bertuah nak dibuat suami/isteri tu..tanyalah pada diri kita satu soalan ni "Adakah saya sudah mampu untuk berkahwin?"
Ditegaskan disitu "MAMPU"...dari segi zahir dan batin. Bersedia dan mampu adalah dua perkara yang berbeza...kita mungkin bersedia, tapi adakah kita benar-benar mampu? Tepuk dada tanyalah hati...
Kalau rasa dah mampu, haa..barulah boleh proceed ke langkah yang kedua. Eh..tapi sebelum tu, mampu tak semestinya sekarang la, la ni jugak! Mungkin dalam masa terdekat ni...let say..kita rasa dalam setahun ni mungkin kita sudah mampu untuk berkahwin, maka kita sudah boleh mula dah..jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang..ececee..
Langkah kedua, bila rasa dah mampu, barulah boleh cari calonnya..Cari kat mana? Pasar malam? Shopping kompleks? Kedai bundle? Warung kopi??? Siapa..siapakah yang seharusnya dicari?Maka kata abang senior, mula-mula sekali tilik lah diri kita...apa kekurangan dan yang lebih penting lagi apa kelebihan diri kita. Kita kena cari orang yang boleh compensate diri kita. Sebab kita ni tak sempurna kan..maka carilah orang yang dapat menampung ketidak sempurnaan kita. Contoh..abang senior tu kata beliau kurang berdisiplin, maka dia carilah orang yang berdisiplin. Kalau dua-dua tak berdisiplin, kan ke susah. Macam mana nanti bila dah dapat anak?Macam mana nak didik anak supaya berdisiplin.Benar kata beliau itu. Saya pun laju-laju menganggukkan kepala sambil menyuap mihun goreng ke mulut.
Lepas tu dah dapat dah gambaran sedikit sebanyakmacam mana ciri-ciri orang yang kita nak tu, bolehlah start buat research. Pandang-pandanglah kiri kanan depan belakang, kot-kot calon-calonnnya ada disitu. Buat list panjang-panjang pun tak apa. Senang nanti kita nak tapis kehkehkeh...Lagi satu kalau nak selidik tu kalau boleh janganlah tanya orang yang baik atau rapat giler-giler dengan orang tu, nescaya jawapan yang akan kamu dapat adalah yang baik-baik belaka. Tanyalah orang kampung dia ke, rakan sekuliah dia ke, so that kita dapat jawapan yang lebih tulus dan jitu.
Bila dah mantap dengan pilihan kita, maka bolehlah boleh suruh orang masuk-masuk tanya. Ingat ya, gunalah orang tengah. Itu lebih afdhallll...hehe... Ha..yang menariknya abang ni cerita, masa dia suruh orang tanya wife dia tu (masa tu belum kahwin lagilah), wife dia tak tahu pun siapa dia, nama dia, kerja dia. Dia cuma suruh tanya 1) adakah wife dia waktu tu sudah ada calon 2) adakah wife dia sudah bersedia untuk berkahwin..Reason dia? Sebab dia nak tengok wife dia ni memilih ke atau ikhlas menerima seadanya. Wife dia ni saya kenal, memang student kat sini jugak. Memang budak baik. And masa diorang kahwin, wife dia masih belajar lagi. After wife dia bagi jawapan yang positif, then barulah dia suruh orang tengah tu bagitahu siapa dia. So bila bincang lagi dan lagi dan masing-masing pun setuju, barulah bermula acara pinang meminang. Dan lagi brother ni cakap, dia tak pernah sms, or call isteri dia sampailah diorang nak bertunang, barulah berhubung sebab nak discuss pasal pertunangan tu.
Huh...dasyatnya. Tak ramai kot yang buat macam tu sekarang ni. Mostly bercouple-couple dulu,berkahwin-kahwin kemudian. Tupun kalau sempat kahwin la, kalau putus diperjalanan? howww? Malah ada yang berselindung di balik title "couple islamic" Sejauh mana islamiknya..tepuk dada tanyalah iman. Sambung lagilah cerita abang tu..Abang tu cakap, kita kalau nak buat sesuatu, rancanglah. Selalunya (but not always) yang kita rancang (dengan betul dan teliti dan rapi tu) lebih baik dari yang tiba-tiba membujur lalu melintang patah. Macam pilih pasangan lah...kalau kita dah rancangan dengan baik start dari awal, InsyaAllah hasilnya juga baik. Bukan bermaksud orang yang kita jumpa tiba-tiba, terjatuh cinta dan terus ajak kahwin tu tak baik..bukan maksud begitu (jodoh tu kan misteri)...tapi maksud saya..ya...merancanglah...bak kata orang puteh 'if you fail to plan, you plan to fail" hehee..
Macam kita nak beli baranglah, kalau kita buat research dulu, kaji dia pun kelebihan dan keburukan, pro and cons barulah pergi beli kan ke lebih baik compare dengan kita terus pergi pasar belek-belek dan terus bayar. Tapi ingat, yang kita beli dengan cara pergi pasar belek-belek dan terus bayar tu taksemestinya tak baik..kita mungkin dapat yang baik, but there is also chances yang kita tersilap pilih yang tak baik kan. Sebab kita tak tahu dan kita tak selidik dalam-dalam dulu. Apatah lagi bila kita sudah dikaburi dengan keindahan luaran dia. Seperti cinta yang telah membutakan mata..haha..terjiwang pulak. Bak kata abah saya...kita diberi peluang untuk membuat pilihan, maka pilihlah yang terbaik! Bak kata rabbani pulak..cari,cari, carilah, pasangan hidup betul-betul oh kawan. Ewahhh..dah macam pakar cari jodoh pulak rasa :P
Dahlah..cukuplah tu kot. Fuhh..panjang giler saya taip. Heheh...nak hilangkan mengantuk sebenarnya. Saya dah tidur dah tadi after Subuh. Lepas tu terbangun dalam hujan yang lebat, lalu mengamit perasaan untuk menulis sebelum ia berlalu dari ingatan. Lagipun tidur banyak-banyak nanti pening kepala. Saya harap apa yang dikongsi ini dapat lah diambil sedikit sebanyak pengajaran. Kalau ada silap tolonglah betulkan. To abang senior, terima kasih untuk satu perkongsian yang bermakna. Oh..lately orang sekeliling asyik bercakap pasal topik ni je..nikah, kahwin, nikah, kahwin.. Kenapakah. Sampai kan pukul empat pagi pun boleh termasuk topik ni jugak. Persoalannya, kenapa ini semua terjadi? Suratan atau kebetulankah? Atau mungkinkah Tuhan sedang menghantar mesejnya? Ya...saya tinggalkan anda untuk memikirkan misteri ini.