Tuesday, November 22, 2011

Cinta antarabangsa

Orang kata cinta itu buta
tidak mengenal rupa, pangkat atau harta
bisa juga melampaui batas bangsa dan bahasa
seperti ikan dan asam,dua entiti yang berbeza
nah...didalam periuk bersatu jua
mahu bukti lagi?? ya...mari lihat ini pula..


Bahulu dan dorayaki
didalam plastik ini cinta kita bersimpul padu..
ang ang ang..doraemonnnn ;)

Sunday, November 20, 2011

Alasan

Malam.Hujan lebat.Keseorangan.Takut.

Alasan yang bagus untuk....tidur!

hehehe...selamat malam buku-buku sekalian ;)

Saturday, November 19, 2011

DI bawah kehangatan sang suria

Wahh..hari ni cuaca panas elok. Matahari pun nampaknya tidak segan silu lagi menampakkan dirinya. Mungkin sudah puas merajuk kot. Awan pun dah letih menangis hehehe... Hari yang sesuai untuk basuh dan jemur baju! Siapa nak tolong, angkat tangannn! Haipp..semua pun nampaknya telah melarikan diri.

Takpelah kalau tak nak tolong jemur baju pun. Kita tukar aktiviti lah kalau macam tu. Kita sunbathing nak? Bagi tanned sikit kulit tu (macamlah sebelum ni putih melepak kan). Apa? Ingat kat pantai je ke boleh berjemur. Kat mana-mana pun boleh sebenarnya. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Asalkan tak berjemur kat tengah jalan raya sudah. Karang kalau dilanggar lori tangki, penyek pulak.

Tengok macam sorang ni ha..kat depan bilik je dia berjemur. Tak payah pakai bikini ke, two pieces ke apa..lekks je dia ha..Auww seksi u. Jom kita terjahhh! Jeng jeng jenggg...



Mula-mula kita usya dari jauh dulu..
wah seronok je nampak dia kan.

Tengok boleh. Sentuh jangan! aufff..auggffff ..grrrrrrr


Hahaha..siapa punya nih?  Olololo..comelnya tergantung kat situ. Basuh-basuh ni mesti sebab dah ashammm kan? kehkehkeh...gurau-gurau je..tuan punya ni kalau ternampak gambar ni jangan la sue saya pulak. Saya takde duit nak bayar ;P


p/s: Dibawah cahaya sang suria, jelas terasa kehangatan kasihnya...

Wednesday, November 16, 2011

Dia yang hilang. Pinjam awak punya boleh?

Semangat, where are youuuu..
menyorok pulak dia..cakk!!
eh..silap orang...sorry encik
Awak, tumpang tanya
ada nampak tak semangat saya
puas dah saya cari
bawah kerusi, dalam almari, tepi pasu
dalam mesin basuh pun takde
entah kemana entah dia pergi
takkan merajuk kot?
ke dia lari dari rumah?
manalah tahu kot-kot terpengaruh dengan rakan sebaya
hishh..susah hati saya macam ni
saya perlukan semangat saya tu
penting!!
Kalau tak ada dia, macam mana lah saya nak teruskan hidup ni
boleh tu memang lah boleh
tapi..tak bestlah
kalau tak ada dia, nak buat apa-apa pun malas
kadang-kadang tu rasa nak give up pun ada
aiyorkk..tak baik kan rasa macam tu
Tuhan kan tak suka orang yang putus asa
Haaa..sebab tulah saya kena jugak cari semangat saya tu
sampai dapat!
Kalau tak dapat?
Eh..janganlah kata macam tu
InsyaAllah, dapat nya
Tapi kalau tak dapat jugak
saya pinjam awak punya boleh?
ala..sikit je..tak baik tau kedekut
Sharing is caring kan?kan?kan?
Ololo..awak memang baik hati.
Takpe..hari ni awak tolong saya
lain hari saya tolong awak pulak
Janji!




Thursday, November 10, 2011

Makhluk emo

Kalau orang kata, wanita adalah makhluk yang emotional..hendak tak hendak saya bersetujulah jugak. Bukan menunding pada orang lain tapi sekurang-kurangnya penyataan itu ternyata benar bagi wanita yang bernama cinta cukulet ini (bukan nama sebenar tapi). Saya memang emotional. Kadang-kadang tidak rational. Maklumlah saya ini makhluk satu akal sembilan nafsu. Tak..tak..saya tidak salahkan fitrah kejadian saya ini. Kerana akal yang satu itu seharusnya cukup jika digunakan dengan penuh bijaksana. Maka segala kekurangan itu adalah kerana ketidaksempurnaan diri ini juga.

Oh..panjangnya mukadimah budak cukulet ini. Sebenarnya saya cuma nak cakap yang saya ini emotional orangnya.Oleh itu jangan cuba-cuba mempermainkan emosi saya yek! Dan ke'emotional'an saya itu kadang-kadang membawa kepada penghasilan tindakan yang kurang bijak. Dulu saya ada kawan, baik la jugak. Tapi sebab ke'emotional'an saya tu, maka persahabatan kami pun menjadi suam-suam susu kuku. Saya  mengaku. Salah saya. Entah kenapa masa tu saya terlebih emotional. Boleh tak saya nak salahkan hormon? Walaupun saya dah mintak maaf, tapi keadaan tak mungkin serupa macam dulu. Tulisan kalau kita padam pun, bekas dia nampak jugak kan. Apatah lagi perbuatan kita ni. Itulah yang orang tua selalu pesan tu..fikir dulu baru buat.

Saya harap orang tu dapatlah maafkan saya. Walaupun dia mungkin fikir itu salah dia..sebenarnya salah saya jugak. Macam yang saya cakap, saya terlebih emotional! Sekarang baru saya sedar...dah terlambat ke? errr...better late than never kan. Belajar dari pengalaman dulu. Dan saya harap saya akan menjadi insan yang lebih matang, tak cepat melenting, lebih penyabar, cool, dan juga kacak bergaya!



Thursday, November 3, 2011

Masyarakat penyayang pemangkin negara terbilang!

Hari tu ada lah terbaca kat facebook..kes nya ada lah sorang manusia dewasa ni (harus tu ditekankan perkataan dewasa..kalau budak-budak lain cerita hehe) yang telah meng'up'kan status yang mengutuk bahasa orang ganu kiter..makanya orang ganu kiter pun maroh la (orang ganu pun nelang gop..suka hati nok kutuk-kutuk negeri kiter yer). Hadoilah...pelik kan orang-orang yang umurnya dah banyak tapi fikirannya masih macam budak-budak. Tak matang! Tukang tulis tu satu hal...tukang melayan tu pun satu hal.. last-last pakat bergaduh kutuk mengutuk sampai tahap carut mencarut pun ada. Malu lah adik-adik kittewww kat tadika tengok. Tak boleh dijadikan contoh langsung.

Hidup bermasyarakat 1Malaysia nih kenalah pandai jaga sensitiviti orang sekeliling kan. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar (eh..betul ke peribahasa ni?macam pelik pulak :p) Hati makwe pandai pulak nak jaga, hati kawan-kawan, jiran tetangga, ketua kampung dan pakcik jual roti kenapa tak nak  jaga sama? Kalau tak reti nak jaga hati orang, pergi kau duduk di planet marikh sana. Kat situ tak payah nak jaga hati orang, hati alien mungkinlah.

On the other side pulak, kita ni pun tak boleh nak jadi sensitif sangat. Hidup bermasyarakat 1Malaysia yang berbilang kaum, puak dan suku ni kenalah berhati waja dan kebal sikit. Jangan nak cepat melatah opocot mak kau sangat. Cool sudah. Kalau ada orang nak cucuk-cucuk jarum tu selain dari doktor dan akak misi tak payahlah nak layan. Orang kata kalau layan orang bodoh kurang cerdik, kita pun jadi sama macam dia. Kalau nak marah pun sikit-sikit dah lah. Sabar itu kan separuh dari iman. Tak payah nak mencarut-carut bagai. Karang jadi kes dua kali lima sama! No! No! No! No!! Jadilah masyarakat 1Malaysia yang bertamadun dan berakhlak mulia. Sayang menyayang cinta dikenang kasih berpanjangan..oh ohhhh...

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya. Sempena hari raya aidil adha yang bakal  menjelang tiba nih, marilah kita sama-sama pakat korbankan perangai kita mana yang tak elok tu. Buang yang keruh simpan yang jernih je. Malaysia boleh!!


Mak, nak balikkkk!

Wednesday, November 2, 2011

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Mekasih akak yang baik hati.


Comel tak buku-buku ni. Warna-warni macam eskrem paddlepop! Tapi rasa dia taklah lemak-lemak manis macam eskrem..malah boleh mengundang penyakit darah tinggi..kehkehkeh...Ini adalah kompilasi soalan-soalan exam past years. Banyak kan..rajin betul senior yang buat ni..semuanya sebab nak tolong adik-adik junior!

Nampak je buku ni cam ni..cer teka harga dia berapa? Dalam sembilan puluh ringgit jugak semua ni. Sembilan puluh ringgit tu buleh beli nasik lemak tiga puluh bungkus tau! Tapi yang bestnya..saya dapat semua ni freeeee..Alhamdulillah..rezeki di malam hari ni =) Siapa yang baik hati tu? Adalah sorang akak ni...saya tak kenal pun sebelum ni. Ok..sebenarnya sekarang ni pun saya tak kenal..saya cuma tau nama beliau je...(tu pun cuma nama panggilan..hukhuk)

Ceritanya bermula begini..pada suatu hari yang indah dan permai, ketika itu saya baru sahaja habis kelas..Saya pun berjalan dengan riang gembira untuk pulang ke hostel. Burung-burung turut berkicau gembira mengiringi kepulangan saya.Tiba-tiba di pertengahan jalan,, seorang akak yang tidak dikenali telah menegur saya. Akak ni sebenarnya dari U lain (luar negara tak silap saya). Datang nak ambil exam kat sini. Beliau pun meluahkan hasrat dia untuk meminjam paed developmental set sebab dia takde. Berbekalkan semangat wonderpet, saya pun ok je. Kalau kita permudahkan urusan orang, nanti Tuhan permudahkan urusan kita kan :)

Jadi, tadi akak ni pulangkan balik barang saya sebab dia dah habis exam. Dan dia pun mengoffer buku-buku ni semua yang beliau tak guna pun lagi. Auwww..malu nak ambik! Tapi ambik jugaklah..hehe..rezeki kan tak baik ditolak..muahaha..Mekasih akak..semoga Allah merahmati akak dan akak pass exam with flying colourssssss...nak add akak kat facebook pun saya tak tahu nama penuh akak..ekekekee...

Tolong orang bukan sebab nak dapat balasan...tapi bila dapat rasa seronok kan. Ha..ni baru balasan kat dunia...bayangkan pulak betapa best dan meriahnya balasan di syurga yang Allah akan bagi. Maka janganlah takut, kedekut, malas, culas nak tolong orang. Hari ni kita tolong orang...esok lusa mungkin kita pulak yang perlukan pertolongan orang..what you give you get back kan...kalau kita tak sudi tolong orang, sape yang sudi nak tolong kita nanti? superman? otromen? cicakman? ah..takde maknanya...diorang tu nak keluar dari kotak tv pun tak lepas..kehkeheh..


p/s: entry ni bukan nak up diri sendiri yek..jangan salah sangka..saya ni bukan baik sangat pun. Cuma saya rasa gembira dan teruja je hehe...