Alhamdulillah, dah dapat dah baucar bukunya. Gigih tau beratur semata-mata kerana baucar ni. Almaklumlah benda free..Lagipun orang kata kalau kerajaan bagi apa-apa, rembat je, kan ke duit rakyat jugak semuanya tu..huhu..Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, orang nak bagi tunggu apa lagi =D
Nak beli buku apa yek. Fikir..fikir...kena guna dengan berhemah nih. Kalau tak kesian pada pembayar-pembayar cukai semua. Tapi syarat kata cuma boleh guna untuk beli buku-buku akademik je...hurm..hurmm hurm...Tadi saya pergi jalan-jalan makan angin di kedai buku..2 buah kedai saya pergi. Saya pun tanyalah baucar ni boleh guna untuk beli buku apa? Diorang kata buku apa-apa pun boleh. Alat tulis boleh? Boleh! Novel? Pun boleh! Pendek kata apa-apa yang ada di kedai buku tu boleh dibeli guna baucar ni. Majalah mangga dan urtv pun boleh kot..haha... Alah...diorang pun nak untung maa.. Apapun baucar ni masih selamat lagi dalam simpanan saya. Buku-buku kat kedai tu semua tak menarik hehe :p




5 terpaksa telan:
Salam. Nak ambik kat mana baucar ni dik? Nak tolong habaq kat anak-anak sedara Ummi yg tengah 'mengaji'...hehe..
wsalam ummi. ambik kat pusat pengajian masing2...bergantung pada pihak U bila diorang nak distribute, jadi kena tanya pihak U. Ambik jgn tak ambik...200 tu..hehe.
Saya nak RM50 baucer tu bleh? kekekeke
kalau kak eta dapat and dia kata leh beli novel...mau berbinau biji mata pilih buku kat popular hehehehehhe :p
Km-> boleh..tapi mintak la dengan kerajaan hehe
yangjauhdisana-> berapa bijik boleh dapat tu kan ;)
Post a Comment