Monday, July 9, 2012

Kisah saya dan lesen memandu (yang tak sudah2)

Kalau sape2 yang follow blog ni, tahun lepas saya ada tulis satu entri pasal saya nak ambil lesen memandu kan...Jadi persoalannya sekarang, setelah satu tahun berlalu, adakah saya sudah berjaya memiliki lesen? hahahaa...jawapannya adalah tak! Tahun lepas yang konon-konon beria2 sangat tu, tapi rupa-rupanya terbantut di pertengahan jalan. Ishkk..tengah apanya, suku pun tak sampai kot. Tahun lepas saya cuma stop setakat ujian berkomputer tu je...sedih tak? hahaha...saya tak sedih, ayah saya la kot sedih tengok anak dia dah tua bangka begini masih tak berlesen kih3...Sebab musabab kenapa jadi begitu tu, biarlah rahsia...yang penting, perancangan Allah itu tetap yang terbaik.

Makanya, kali ni nak tak nak, rela tak rela, saya kena juga teruskan belajar memandu sampai sukses dapat lesen. Kalau tak, sape nak hantar saya pergi kerja nanti? takkan jiran sebelah rumah? nak harapkan suami, suami pun takde (cheittt..sempat lagi tu :P) Nasib baik saya punya result ujian berkomputer tu masih valid lagi, takpayah nak ambik lagi sekali...dah la semua tu melibatkan duit...oh tidakk!! Jadi saya cuma sambung part yang seterusnya, teori kereta..RM500 kena...sobsobsob..dahlahh duit mak abah...sobsobsob...bakpe mahal sangat nak buat lesen nih? patutnya kerajaan buat subsidi hehe..

Apapun, saya dah lepas dah teori kereta..and tadi praktikal yang 3 jam tu. Hahaha..pertama kali pegang stereng kereta, rasa macam tak percaya saya berjaya menggerakkan kereta itu (walaupun kaki asyik nak tekan pedal brek je..cuak terlebih) Being me yang penakut ni, saya tak sangka saya boleh buat..rasa macam diawan-awangan je..haha..kejayaan kecil yang besar maknanya pada saya...bukan sebab saya berjaya bawak kereta, tapi sebab saya berjaya melepasi ketakutan saya sendiri =)

Tapi kan, susah jugak la sebenarnya...dah la saya ni tak se'tough' orang lain..stereng kereta tu berattt!!! huwaaa...saya rasa tangan saya macam nak tercabut. Dah la kena dera dengan cikgu. Tadi kan belajar kat litar je, jadi belajar cara-cara nak parking je la jawabnya..part nak pulas stereng kereta sampai habis tu..haihhh.. Tuhan je la yang tahu. Dah la banyak kali ulang tadi, sampai yang last sekali tu serius, memang saya struggle hahaha...nasib baik tu last! Bawak kereta tapi perasaannya macam baru balik jogging empat belas kilometer..dengan berpeluhnya..phewww..

Cuma, cikgu tadi baik la...takde nak marah ke hapa, sebab saya tak hafal pun step parking tu. Manalah tau..ingatkan tak belajar lagi bab tu. Dalam fikiran saya cuma dia tunjuk part2 kereta je, mana stereng, mana gear, pastu pusing-pusing situ je...rupa-rupanya tidak heheehe..ampun la cikgu, dapat anak murid blur macam ni.

So, itu jelah nak cerita..buang masa tak baca? hahaa..yang penting, saya dah dapat lesen L (lesen L je pun, tu pun nak kecoh). Lepas ni atas jalan raya pulak..huhhuhu..itu lagi cuak. Tapi kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tak boleh kan? kan? kan? ;P

6 comments:

aslina majid said...

huwaaa... usaha tangga kejayaan :)

memang hazab pon main pulas2 stereng, nak plak keta degil nak mati yang kita pun tak sure sekolah memandu tu buat maintenance ke tak...

saye dah dapat lesen keta bulan 2 haritu... lepas 2 tahun ade lesen moto... hehe :)

Muhammad Izuan said...

button belah kanan ni menyusahkan...

antara said...

hihihi..

sila bertabah. moga anda berjaya kelak. auuumm!! xD

cinta cukulet said...

hari ni dah sakit muscle dah..hehe

cinta cukulet said...

abaikan je..

cinta cukulet said...

tabah la ni..meowww^_^